QHC 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

La la la la

Permaisuri Gempa menyanyi kecil di taman yang indah itu. Matanya meliar bunga-bunga yang cantik di taman. Tangannya memetik sekuntum bunga dan menghidunya. Wangi!

Seekor burung berterbangan dan bertenggek(?) di jari permaisuri. Burung itu berkicauan mengikut rentak alunan nyanyian permaisuri. Permaisuri terhibur dan seiring menyanyi juga.

"Gempa!"

"Opocot aku cantik!" Permaisuri Gempa melatah kecil apabila terkejut teriakan ayahnya. Burung itu terus terbang pergi dan bunga di tangannya jatuh. Permaisuri Gempa mengurutkan dadanya. Huh, dia akan mudah terkejut kalau tiba-tiba orang menjerit.

"Gempa!" jerit ayahanda lagi.

"Opocot burungku nanti goreng!" latahnya lagi. Dia segera berlari ke arah ayahanda yang berdiri di luar taman.

Ayahanda memang alah dengan bunga, sekali dekat memang bersin tidak henti-henti.

"Gempa, kenapa asyik pergi ke taman? Ayahanda panggil tak dengar?" soal ayahanda. Turun naik nafasnya memarahi Gempa. Gempa diam.

"Sorry ayah..."

"Ahh. Takde sorry sorry. Dah umur 30 tak kahwin,"

Mulalah bab terpesong pula lantang di bibir ayahanda. Permaisuri Gempa cuba menahan  telinganya untuk kebal dengan bebelan ayahanda. Macam dah ibu.

Cakap pasal ibu...

Permaisuri Gempa tunduk. Dia rindu akan ibunya. Lepas ibunya tiada, ayahanda banyak berubah. Mata kini mula panas.

"Gempa, kamu dengar tak ayahanda cakap apa?" tanya ayahanda.

Permaisuri Gempa mengangkat wajahnya dan memandang ayahanda. Senyuman manis tersinggung di bibirnya.

"Hah, berangan! Ayahanda tengah cakap ni boleh pula berangan. Ayahanda penat-penat nak beri nasihat tapi Gempa..."

"Tuanku."

Seorang pembantu wanita menghampiri mereka dan senyuman lekang di bibirnya.

"Kenapa?"

"Putera Anderson sudah sampai, tuanku. Baginda sudah menunggu tuanku di bilik tetamu."

Ayahanda menangguk faham lalu bibirnya senyum. Permaisuri Gempa menghela kan nafas, akhirnya mulut ayahanda diam juga. Tetapi, ada satu masalah lagi,

Putera Anderson.

" Gempa, kenapa kat sini lagi? Pergilah bersiap. Seorang permaisuri patut beramah dengan tetamu," ujar ayahanda lagi. Permaisuri Gempa menangguk lemah sebelum dia menuju ke kamarnya.

Dia sebenarnya sudah lama bersiap. Lihat bajunya, cantik lagi dan muka tiada comot. Bau wangi lagi.

Haih, ayahanda. Demi nak perfect anaknya ini di depan mata Putera Anderson, mulalah menyuruh.

Selepas dia sudah menukar pakaian lain, Permaisuri Gempa berjalan ke bilik tetamu ditemani beberapa pembantu di belakang.

Apabila pintu dibuka, Permaisuri Gempa melihat Putera Anderson yang leka berbual dengan ayahanda.

Selepas mereka tahu kehadiran Permaisuri Gempa, Putera Anderson bangun seraya tunduk tertit. Lalu Permaisuri Gempa membalasnya.

Permaisuri Gempa melihat pakaian Putera Anderson. Heh, pakai pakaian yang mahal, mahkota emas di atas kepala, tidak padan dengan putera. Sedangkan dirinya sebagai permaisuri hanya memakai pakai pakaian yang biasa. Berbeza dengan perwatakan mereka, selalunya gadis suka pakai pakaian yang mewah, lelaki hanya pakai pakaian biasa saja.

Pelikkan?

Terbalik.

"Ini hadiah untuk beta." Putera Anderson memberi sejambak bunga dan sekotak hadiah besar kepada Permaisuri Gempa. Penuh tangan Permaisuri Gempa dengan hadiahnya. Ayahanda hanya senyum melihat agenda baginya sungguh manis.

"Err. Terima kasih."

Permaisuri Gempa menghulurkan hadiah itu kepada pembantunya. Selepas mereka berbual panjang, akhirnya Putera Anderson pergi.

Ayahanda menyuruh pembantu meninggalkan mereka di bilik tetamu berdua. Aku ikuti sahaja kerana aku tahu apa ayahanda akan kata nanti.

Selepas ayahanda menutup pintu,

Dan bermulalah.

1...

2...

3...

"Hah, macam mana Putera Anderson? Sopan kan?"

Dah agak!

Permaisuri Gempa menghelakan nafas lelah. Perkara sama dia akan ulang.

"Gempa tak nak juga dengan dia..."

Deng!

Muka ayahanda kemerahan bak tomato, dia sedang menahan amarahnya dengan jawapan Permaisuri Gempa.

"Kamu asyik tolak saja, kamu tahu tak..."

"Ayahanda yang sepatutnya tahu yang Gempa ni cerewet. Faham tak, c-e-r-e-w-e-t?"

"Tapi, sampai bila kamu nak macam ni?"

"Sampai Gempa jumpa yang betul."

"Bila?"

Gempa diam. Dia mengetuk dagu dengan jarinya.

"Ayah terima tak kalau Gempa kahwin dengan rakyat kita?" soal Permaisuri Gempa. Ayahanda diam lalu menangguk lemah. Permaisuri Gempa mula mengukir senyuman.

"Kalau macam tu, kita buat majlis! Kita jemput semua rakyat."

"Kalau Gempa berkenan dengan seseorang..."

"Huh, iyalah!"

Permaisuri Gempa bangun dan senyum riang. Dia memeluk ayahanda nya sebelum keluar dari bilik itu.


***
Akhirnya dah update. Harap korang suka jalan ceritanya.
^^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro