BAB 10 | BABY BREATH

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

JAM yang berada di pergelangan tangan diperhati. Amirul mengetap bibir. Dipeluk tubuh sambil kakinya asyik melangkah tidak tentu arah sejak tadi, resah dan gelisah. Setelah penat berdiri terlalu lama, dia kemudiannya menyandarkan tubuh ke kereta.

"Hish perempuan ni! Mana dia pergi? Aku tunggu dia di depan dewan fakulti tadi, dia tak muncul-muncul pun. Jangan kata dia kena culik sudah," ujar Amirul, risau.

Disebabkan terlalu lama menunggu di sana,  Amirul mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ivy. Mana tahu gadis itu pulang sendiri dek terlupa yang Amirul akan menghantarnya pulang. Namun begitu, rumah gadis itu kelihatan kosong dan pintu pagar yang berkunci menandakan gadis itu tidak berada di dalam.

"Aku nak call pun, bukan ada nombor dia. Haish! Jangan cakap dia kena pukul dengan minah-minah gengster di universiti tu pula?" omel Amirul seorang diri. Pelipisnya dipicit.

"Hahaha!"

Amirul terus berpaling. Kelihatan gadis itu sedang bergelak-tawa bersama seorang lelaki bertopi. Segera dia membawa langkah mendekati mereka berdua.

"Haa balik pun! Puas orang cari!" kata Amirul sambil bercekak pinggang ala-ala ibu tiri Cinderella. Ivy terus terdiam.

"Ehh? Sorry! Saya terlupa yang awak tunggu saya."

"Haa tahu pun! Ni lelaki mana yang awak sapu ni? Tak sampai sehari dah ada teman lelaki ya." Amirul memerli.

Zahra yang disangka lelaki itu hanya mendiamkan diri dan menundukkan kepala, sengaja menyembunyikan wajahnya di sebalik topi. Justeru, sukar untuk Amirul melihat wajah gadis itu.

"Dia bukan lelakilah. Dia perempuan dan nama dia Zahra." Ivy segera membalas. Amirul menganggukkan kepala lalu dia menghulurkan tangan.

"My name is Amirul. Nice to meet you."

"Nice to meet you too. Nama aku Zahra," ujar Zahra tanpa memandang Amirul. Jejaka itu terkejut.

"Are you Malaysian?"

"Ya. Kami bertemu di tandas universiti tadi." Ivy segera memberitahu. Kalau dia tak beritahu, Amirul tetap akan bertanya juga.

"Hebat tempat pertemuan pertama kau orang," usik Amirul bersama ketawa yang kecil. Ivy hanya mampu menjeling.

"Maaf? Tapi boleh lepaskan tak?" Zahra terus bertanya dalam nada yang tegas. Tidak selesa apabila Amirul masih belum mahu melepaskan tangannya.

"Amboi! Nak mengurat pun agak-agaklah." Ivy mengusik. Amirul sekadar tersenyum dan matanya setia nemandang Zahra yang hanya menundukkan kepala.

"Boleh saya tengok muka awak? Mesti cantik. Ataupun... Muka awak terlalu buruk sampai malu nak tunjuk?" perli Amirul, sinis. Zahra terus melepaskan tangannya dengan kasar. Ivy ternganga mendengar balasan Amirul. Biadap!

"Tak ada kena mengena dengan kau! Ivy, aku balik dulu," bidas Zahra tegas dan dia terus berlalu pergi.

Amirul tersengih dan selamba kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket, melihat langkah pemergian gadis itu yang semakin menjauh bersama siulan kegembiraan.

"Zahra!" Ivy cuba untuk memanggil Zahra tetapi gadis itu langsung tidak berpaling.

"Ish! Awak kenapa, Amirul? Tak baiklah! Macam mana kalau dia terasa hati? Sudahlah dia satu-satunya kawan yang saya ada sekarang!" marah Ivy tidak berpuas hati. Siulan Amirul terhenti.

"Apa? Betullah kan? Orang yang macam tu mesti tak cantik dan kenapa pula awak nak berkawan dengan tomboy? Taste awak ni lain betul. Saya kan ada. Lelaki asli yang akan cuba lindungi awak," kata Amirul bersama kenyitan mata.

"Ish! Apa yang awak merepek ni!" bentak Ivy penuh kegeraman.

"Wow, garang! I like!" Amirul mengusik lagi. Dia ketawa suka.

Ivy menjeling tajam lalu dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu pagar dibuka dengan kasar.

"Hey, girl! You make my heart smile!" laung Amirul dengan kuat.

"Dasar toyol gila warna oren!" balas Ivy sebelum menutup pintu rumahnya dengan kuat. Protes! Senyuman Amirul terus bertukar hambar.

"Apa dia samakan aku yang handsome dan cool ni dengan toyol oren. Mentang-mentang aku pakai baju warna oren," omel Amirul tidak berpuas hati.






•¤•







SETELAH menunaikan solat Zuhur, Danial terus turun ke bawah. Ruang tamu yang kosong dan lengang itu cukup menjadi bukti bahawa keluarga Rara sudahpun berangkat pulang.

Dia hanya mampu mengeluh. Terbit pula perasaan bersalah dalam hatinya. Kaki dibawa ke halaman rumah apabila matanya dapat menangkap kelibat ayahnya yang sedang menyiram bunga-bunga Baby Breath atau dalam bahasa saintifiknya, Gypsophila.

"Rara dah balik ke?" Danial bertanya walaupun dia sudah tahu jawapan bagi soalannya itu.

"Sudah. Ayah tak tahu apa yang kamu buat dekat dia sampai menangis dibuatnya tapi ayah harap kamu maafkanlah dia jika betul dia yang bersalah," balas Encik Afnan dengan tenang.

"Dia cakap apa?"

"Entahlah. Tiba-tiba dia datang dalam keadaan muka nak menangis, paksa mama dan papa dia nak balik cepat. Jadi, mereka pun ikutkan jelah."

"Maaf." Danial berkata perlahan. Encik Afnan berpaling lalu dia menghadiahkan senyuman nipis buat anaknya. Bahu jejaka itu ditepuk perlahan.

"Ayah tahu apa yang kamu lakukan semua bersebab. Kamu tak kan berkasar selagi orang tu masih dengar cakap," ujar Encik Afnan. Faham sangat dengan sikap anaknya. Danial tergelak. Ayahnya pula memandang pelik.

"Kenapa kamu gelak?"

"Rasa macam bertuah pula dapat ayah yang macam ni. Baik, memahami dan romantik pula tu," seloroh Danial. Encik Afnan pantas menumbuk bahu Danial tetapi jejaka itu sempat mengelak.

"Wah, bagus. Nampaknya kemahiran kamu mempertahankan diri semakin baik," puji Encik Afnan dalam nada gurauan.

"Like father, like son," kata Danial lagi bersama ketawa kecil. Encik Afnan sekadar menggelengkan kepala.

"Ya. Mestilah. Suatu hari nanti, kamu pun akan jadi romantik macam ayah, menghargai isteri."

Senyuman Danial memudar, tidak selesa dengan isu yang dibangkitkan oleh Encik Afnan tentang dirinya. Jujur yang hatinya masih belum mampu menerima seorang wanita bergelar isteri dalam hidupnya.

"Danial tak perlukan sesiapa dalam hidup Danial. Cukup hanya ada ayah seorang sahaja."  Danial membalas setelah agak lama mendiamkan diri. Encik Afnan mengeluh. Anaknya memang keras kepala.

"Betulkah dalam hati kamu tu tidak ada perasaan terhadap sesiapa? Walau sedikit pun?" Encik Afnan cuba menguji.

"Ya, Danial yakin."

"Danial, kadang kita lupa dengan satu perkara. Kita mungkin rasa kita dah cukup hebat bila menipu orang lain. Tetapi hakikatnya, kita yang telah pun menipu atau tertipu dengan diri sendiri."

Danial kelu. Dia sendiri ragu-ragu apabila memikirkan perasaannya sendiri. Encik Afnan hanya tersenyum melihat anak terunanya itu membisu. Remaja, memang susah sedikit fasa hidupnya.

"Sebelum peristiwa tujuh tahun lepas dan sebelum ayah berkahwin dengan ibu kamu, ayah selalu hadiahkan bunga Gypsophila ni kepada mak kamu. Nak tahu sebab apa?" tanya Encik Afnan tanpa memandang anaknya. Danial pula hanya membisu.

"Sebab bunga ni nampak manis, polos dan comel seperti ibu kamu. Sewaktu ayah mengurat ibu kamu, dia memang seorang yang pemalu. Sama seperti bunga ni. Comel je," tambah Encik Afnan lagi bersama ketawa kecil, lucu apabila teringat kenangan muda dahulu.

"Dan disebabkan itu, ayah tanam bunga ni. Sekurang-kurangnya bila ayah tengok bunga ni, rindu ayah terhadap ibu kamu sedikit terubat. Ayah tak akan mungkin lupakan kenangan lalu," ujar Encik Afnan tenang.

"Tapi maaf, ayah. Danial tak bersedia lagi nak terima seseorang dalam hidup Danial. Jujur yang hati Danial masih belum dimiliki." Danial masih menafikan. Encik Afnan hanya menganggukkan kepala.

"Ya, baiklah. Ayah faham. Dan lagi satu, bila kamu nak sambung belajar ni? Tak kan dah berjanggut putih baru nak mohon universiti?"

Danial hanya tersengih. Digosok lehernya perlahan.

"Hmm... Nantilah... Lagipun siapa yang nak jaga ayah nanti? Kalau mereka masih cari ayah lagi macam mana?"

"Pandailah kamu bagi alasan. Kalau kamu tak nak sambung belajar, terimalah permohonan Tuan Khalil tu. Siasat kes polis. Kamu kan mahir dan suka bidang-bidang macam ni."  Encik Afnan menambah lagi.

"Buat masa ni, Danial masih tak berminat," jawab Danial selamba.

Encik Afnan sekadar menggelengkan kepala. Puas dirinya asyik memberi nasihat tetapi Danial masih keras kepala. Ikut perangai siapa pun tidak tahulah!

























Okeyy, mari kita main teka-teki! 🤪🤫

1) Berdasarkan jalan cerita sebelum ni, korang rasa kenapa Danial tak boleh terima perempuan dalam hidup dia? 😆

Kita bagi ABCDEF ekk

A) Danial sebenarnya sukakan orang lain.

B) Danial menyampah dan tak suka dengan perempuan gedik

C) Danial takut kehilangan org ii yang dia sayang

D) Danial trauma dan lagipun ayahnya sahaja yg tinggal dlm hidupnya. Jadi, dia takut peristiwa tu akan berulang kembali

E) Danial takut org ii yg dia sayangi menderita dan disakiti seperti yg terjadi dlm hidupnya

F) Lain-lain jawapan. Komen 👉

Haaaa agak ii apa jawapan dia? Haha cukup perencah KBAT tak? 😂 Kami nak jawapan yg tepat dan betul.

Nanti kita akan tahu jawapannya pada bab yg akan dtg! So see you soon! Bye! 🤣❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro