BAB 13 | JEJAK LANGKAH

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TELEFON pintarnya yang berdering minta diangkat itu terus diambil dari atas sebuah rak. Butang hijau ditekan lalu dihalakan ke telinga. Rambutnya yang basah dan terjuntai ke dahi dilap dengan tuala yang kering.

"Ya. Kau nak apa call aku ni? Baru tadi berjumpa. Tak kan dah rindu kut?" tanya Danial bersama ketawa kecil. Bukan selalu dia berjenaka dengan Furqan.

"Hmm. Lepas ni yelah akan rindu." Furqan membalas senada.

"Kenapa pula?" Danial terus bertanya, hairan.

"Aku lupa nak beritahu kau tadi. Aku dah kena balik ke Perak. Nak sambung tugasan aku yang tergendela di sana. Cukuplah empat hari aku dah cuti di sini," jawab Furqan di hujung talian. Danial menganggukkan kepala.

"Oo baiklah kalau macam tu. Semoga maju jaya. Buat kerja kau elok-elok," kata Danial sambil tangannya sambung mengelap rambut yang basah. Kedengaran keluhan Furqan di hujung sana.

"Danial... Tak nak ke sertai aku?" Furqan memujuk buat kali terakhir. Danial hanya mengukirkan senyuman.

"Aku cuma orang luar, Furqan. Lagipun..." Ayatnya sengaja dijeda, menimbulkan tanda tanya di hati kawan baiknya itu.

"Lagipun?"

"Lagipun... Aku nak sambung perjuangan ayah aku buat kali terakhir," kata Danial tanpa memberitahu isi tersiratnya. Furqan terpinga-pinga.

"Sambung perjuangan ayah kau? Buat kali terakhir? Apa maksud kau ni? Kau nak jadi tentera ke, Danial? Macam ayah kau? Itu hala tuju kau? Ehh... Aku tak fahamlah." Furqan bertanya secara bertubi-tubi.

Danial mendiamkan diri buat seketika. Terbit senyuman yang sangat menawan dari bibirnya itu. Kacak. Senyuman yang tidak pernah dilihat oleh sesiapapun termasuk ayahnya dan Furqan.

"Ya. Aku akan ikut jejak langkah ayah aku. Tapi... Bukan tentera." Sekali lagi Danial sengaja berahsia.

Kata-kata Danial semakin menimbulkan banyak persoalan dalam fikiran Furqan. Lelaki yang sudah menginjak usia 27 tahun itu pula semakin bingung. Berkerut-kerut dahinya mencari makna tersirat disebalik kata-kata lelaki itu.

"Bukan tentera? Tapi ayah kau kerja tentera, kan? Danial, cuba kau berterus-terang dengan aku. Aku tak faham."

Sekali lagi Danial hanya mendiamkan diri bersama senyuman yang terlakar di bibir. Dipandang pohon besar yang sudah tumbuh meninggi di perkarangan rumah melalui jendela biliknya. Damai dan tenang.

"Kali ini... Aku akan ikut kata hati aku. Dan aku yakin. Inilah yang terbaik. Kisah yang Allah ukir, lebih baik daripada apa yang kita fikir, Furqan..." tambah Danial lagi tanpa memberita maksud kata-katanya tadi. Masih menjadi misteri dan tanda-tanya.







•¤•







"SO, ayah kau berpangkat Dato' la ni?" Zahra bertanya senada sambil kakinya melangkah ke hadapan.

Beg-beg kertas hasil pembelian mereka hari ini dibawa dengan hanya sebelah tangan. Sengaja dia menawarkan diri untuk membawa barang-barang Ivy sekali. Pada mulanya Ivy menolak, tetapi setelah didesak berkali-kali, gadis itu sekadar merelakan.

Kebetulan, mereka bernasib baik kerana kedua-duanya mempunyai masa lapang pada hari itu. Justeru, mereka mengambil keputusan untuk pergi membeli-belah. Bertukar-tukar maklumat diri supaya hubungan antara mereka menjadi lebih akrab.

"Haah," jawab Ivy sambil menganggukkan kepala.

"Macam mana pula dengan awak, Zahra?" Ivy bertanya pula. Zahra terdiam. Raut mukanya kelihatan sedih.

"Aku anak yatim piatu, Ivy," jawab Zahra perlahan. Ivy kelihatan serba-salah.

"Maaf! Saya tak sengaja! Maaf kalau awak terasa dengan saya." Ivy segera memohon maaf, risau sekiranya gadis itu akan terasa hati. Zahra hanya mengukirkan senyuman nipis.

"Tak ada apalah. Aku tak kisah. Mari sini aku tolong panggilkan teksi," ujar Zahra setelah mereka keluar dari pusat beli-belah itu. Ivy segera menghalang.

"Eh tak apa! Biar saya panggil. Lagipun awak dah bawa barang saya. Tak adillah pula."

"Ivy... Kau tu bertudung. Tak semua orang di sini suka wanita bertudung." Kata-kata Zahra menyentak tangkai hati Ivy. Barulah dia teringat.

"Ooo... Haahkan. Saya terlupa." Suara Ivy terus berubah kendur.

Zahra hanya tersenyum nipis dan menggelengkan kepala. Simpati dengan nasib malang yang menimpa gadis itu. Baru sahaja tangan kanannya ingin diangkat untuk menahan teksi, kedengaran suara seseorang memanggil Ivy. Terus gadis itu berpaling.

"Amirul? Apa yang awak buat di sini?" Ivy terus bertanya apabila pandangan matanya jatuh pada susuk Amirul. Dia hairan. Jejaka itu terus menghampiri mereka berdua. Riak wajah Zahra kelihatan tidak senang.

"Saya yang sepatutnya tanya awak. Sudahlah tak beritahu saya nak keluar dengan perempuan ni. Lama saya tunggu di hadapan rumah. Nak hantar awak ke kelas," kata Amirul setelah berdiri di hadapan Ivy. Zahra berdecit.

"Kau siapa nak atur hidup dia? Suka hati dialah." Zahra menyampuk, terselit nada menyampah dalam bicaranya. Lelaki itu terus memandang tajam. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

"Kau pula siapa nak masuk campur urusan aku? Aku ingatkan kau sombong. Tiba-tiba je hari ni tegur aku. Kenapa? Jatuh hati ke?" perli Amirul.

"Kenapa pula aku nak jatuh hati dengan kau? Menyampah lagi ada la," bidas Zahra kasar. Sedikitpun dia tidak memandang Amirul.

"Kau ni kalau bercakap, memang tak kan pandang muka orang ke? Ke sebab kau malu nak tunjuk muka kau yang berparut tu?" ujar Amirul, sinis.

"Sudahlah tu, Amirul..." tegur Ivy perlahan. Disebabkan dia, mereka berdua pula bergaduh. Bagai anjing dengan kucing! Langsung tidak boleh berjumpa!

"Kalau muka aku berparut, kau punya masalah ke?" balas Zahra, geram. Dipandang Amirul dengan pandangan yang menyinga. Jejaka itu tersenyum senget.

"Akhirnya, tunjuk juga muka kau. Tapi tu la... Asal muka kau macam familiar? Ke kau ni ex girlfriend aku?" ujar Amirul bersama kening yang diangkat. Zahra mendengus kasar.

"Kisah pulak aku!"

Zahra terus memberikan beg-beg kertas milik Ivy lalu dia terus mengangkat tangan untuk menahan teksi. Tidak betah dia menghadap muka jejaka itu lebih lama! Menyakitkan hati nurani!

"Ehh! Zahra!"

Panggilan Ivy tidak dipedulikan. Dia terus masuk ke dalam sebuah teksi. Ivy ingin mengikut, namun Amirul pantas menghalangnya. Lengan Ivy yang berlapik baju dipegang.

"Lepaslah, Amirul!" marah Ivy.

"Tak payah ikut perempuan tu," kata Amirul, tegas.

"Awak siapa nak halang saya berkawan? Dia satu-satunya kawan yang saya ada tau! Saya tak fahamlah dengan awak ni! Apa masalah awak dengan Zahra sebenarnya?" tanya Ivy, geram. Teksi yang membawa Zahra pula sudah hilang dari pandangan.

"Masalah aku ialah kau! Kau dapat kawan baru, terus lupakan aku. Sedangkan aku yang tolong kau sewaktu hari first kau kat sini. Ingat Ivy, tak semua orang boleh kita percaya," ujar Amirul. Ivy tergelak kecil.

"Then, kau? Macam mana pula? Kalau macam tu, aku pun tak boleh percayakan kau. Mana tahu kau buat semua benda ni sebagai perangkap?" kata Ivy, sinis. Panggilan awak-saya juga sudah bertukar.

Amirul terkelu. Hujah Ivy ada betulnya. Gadis itu pantas menarik tangannya dengan kasar apabila melihat jejaka itu hanya mendiamkan diri. Amirul dijeling tajam. Kakinya dibawa ke arah kanan, meninggalkan Amirul seorang diri.

"Ivy, masuk kereta aku. Aku hantar kau balik."

"Tak payah! Aku boleh naik bas! Kau kata teksi tak selamat kan? Kalau macam tu, aku naik bas. Jangan halang aku," laung Ivy sedikit kuat. Amirul sekadar mengeluh.












•¤•















DANIAL termenung melihat gambar keluarganya itu. Rindunya kepada ibu dan kakak tercinta sangat mendalam. Sangat perit untuk menahan rasa sakit sebuah kehilangan. Rindu akan detik-detik tatkala mereka ketawa dan bersuka-ria bersama.

Setiap kali dia melihat gambar tersebut, terlayar bayangan-bayangan menakutkan itu di fikiran. Tidurnya selalu tidak lena dek mimpi indah yang telah diragut begitu keras sekali oleh sebuah kenangan silam. Masih jelas untuk dia mengingatinya semula.

"Tengok di bahagian sana!" arah satu suara yang begitu kuat dari tingkat atas.

Farah dan Danial yang berada di ruang bawah tanah tersentak. Serta-merta tautan jari kelingking mereka terlerai. Peluh sudah membasahi tubuh. Mereka ketakutan. Apa sahaja yang boleh dilakukan oleh seorang gadis berumur 15 tahun dan kanak-kanak lelaki untuk melawan semua musuh yang lengkap bersenjata? Tiada!

Bang!

Bunyi tembakan terhasil. Danial terus melihat wajah Farah yang turut kelihatan takut dan risau. Air matanya semakin lebat mengalir.

"Kakak... Macam mana ni? Macam mana dengan mama?" tanya Danial sayu. Farah turut menangis. Adiknya itu dipeluk erat.

"Danial, jangan risau. Allah sentiasa ada dengan kita. Jangan takut," pujuk Farah walaupun hakikatnya dia turut lemah.

"Tapi... Danial tak sedia lagi. Danial tak nak kehilangan kakak. Danial tak nak kehilangan ibu. Danial takut. Danial tak nak hidup seorang diri..."

"Ya. Akak tahu. Tapi satu je akak nak pesan. Andai takdir tidak memihak kepada kita, jangan sesekali kita salahkan Allah dan orang lain. Ingat, kisah yang Allah ukir, lebih baik daripada apa yang kita fikir. Mungkin buruk bagi kita pada masa sekarang, tetapi perkara tersebut baik buat kita pada masa hadapan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ingat pesan kakak, Danial..."

"Baik, kakak. Danial akan ingat sampai bila-bila."

Farah meleraikan pelukan. Kedua-dua bahu adiknya dipegang lembut bersama ukiran senyuman yang kelihatan tenang.

"Sekarang, kakak nak... Danial lari daripada sini sekarang! Lari selaju dan sejauh yang mungkin. Cepat! Pergi!" ujar Farah. Danial ditolak masuk melalui pintu itu.

"Kakak!"

"Pergi, Danial! Lari!" kata Farah buat kali terakhir sebelum pintu itu ditutup rapat. Danial ingin membukanya semula, namun pintu itu seakan-akan terkunci.

"Ka... Kakak..." Dia menangis sekuat hati. Betapa sukarnya untuk dia menghadapi dugaan ini seorang diri. Dia tidak kuat.

Perlahan-lahan kakinya diundurkan ke belakang lalu dia terus berpaling dan berlari selaju yang mungkin. Dia tekad. Janjinya bersama Farah tidak akan sesekali dia mungkiri!

"Ya. Akak janji. Kita sekeluarga pasti akan bersama. Kalau bukan di dunia, Insya Allah di Syurga." Terlayar kata-kata kakaknya di ingatan.

'Kakak... Danial pegang janji kakak.'





















Mesti korang pelik kan? Apa yang dah jadi sebenarnya? Memang banyak betul misteri dalam buku ni kan?

Apa yang penulis cuba nak sampaikan? Siapa watak jahat? Dan siapa watak 'dia' yang sakit tu? Siapa Amira? Siapa Alex? Siapa Zahra dan siapa Amirul? Kenapa Encik Khalil seperti tahu rahsia hidup Danial?

Korang rasa cerita ni klise ke tak? Nak tanya pendapat korang.

Dan yup. Sepenuhnya jalan cerita ni hasil buah fikiran saya sendiri. Nak tahu kenapa saya rangka plotnya macam ni? Suatu hari nanti awak semua akan tahu juga. 😉❤

- Aira -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro