BAB 15 | MENJAGA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KETUKAN pintu diberikan terlebih dahulu, namun telinganya langsung tidak dapat menangkap apa-apa balasan. Pintu itu terus dibuka lalu kakinya terus dibawa ke arah Andrea yang sedang duduk melutut di atas lantai. Gadis itu hanya mengerling sedikit. Dibiarkan saja rambut panjangnya mengurai menutupi wajah.

Lelaki itu merendahkan badan. Sedikitpun dia tidak mengangkat muka. Niat kehadiran lelaki itu ke sini sudah dapat diagak meskipun dia tidak bertanya. Tidak lain tidak bukan sekadar mahu melempiaskan nafsu serakahnya. Andrea terpaksa rela.

"How much did you paid to Alex?" tanya Andrea tanpa nada.

Dia sudah pasrah dan berputus-asa. Jika dia terus bersikap keras kepala dan memberontak, Alex pasti akan menunaikan janjinya, membunuh orang-orang yang dia sayang tanpa perasaan belas kasihan. Lagipun, bukannya dia tidak pernah lihat lelaki itu membunuh di hadapan matanya sendiri. Memang kejam!

"Ini akulah," ujar lelaki itu perlahan, cuba untuk menarik perhatian Andrea. Namun, gadis itu langsung tidak menoleh. Kata-kata bisu itu mengundang keluhan di bibir sang jejaka.

"Andrea... Kalau ya pun, angkatlah kepala. Kau tak nak berjumpa dengan aku ke?" Lelaki itu memujuk lagi.

Andrea hanya menurut. Kepalanya diangkat perlahan. Setelah mengamati wajah jejaka itu, matanya terus membesar tidak percaya dengan dunia realitinya sekarang. Jejaka itu terus mengukirkan senyuman.

"Ya. Ini aku. Huxley..." ujar Huxley. Andrea memandang tidak percaya.

Bibir pucat Andrea bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu, namun suaranya langsung tidak terkeluar. Lidahnya kelu. Mungkin terlalu terkejut melihat orang yang dia cinta dalam diam berada di hadapan mata.

"Terkejut sangat ke berjumpa dengan aku?" tanya Huxley atau nama sebenarnya, Haffaz.

Jejaka itu ketawa kecil melihat reaksi Andrea. Comel. Andrea tersipu malu, mengundang senyuman di bibir Haffaz.

"Kenapa duduk di bawah ni? Bangunlah..." ujar Haffaz lembut.

Andrea terus bangun dan duduk di atas katil. Kain bajunya digenggam dengan kedua-dua belah tangan. Gementar. Haffaz pula duduk di atas kerusi. Ruang persekitaran bilik Andrea diperhati. Suram.

"Tak patut betul Alex buat kau macam ni. Kau diseksa umpama haiwan. Aku kesian dengan kau, Andrea. Badan kau kurus. Bibir kau pucat. Jelas kesan lebam di muka kau," komen Haffaz dengan suara yang lembut, menambah getaran di hati Andrea.

"Saya dah biasa, Haffaz. Dah tiga bulan saya berada di sini," kata Andrea perlahan. Kepalanya ditundukkan, malu kerana dirinya tidak lagi suci seperti dahulu. Dia bukannya seperti gadis-gadis lain.

"Bertahanlah sedikit lagi. Nanti bila tiba masanya, kau akan bebas juga." Haffaz menambah lagi. Andrea hanya tersenyum.

"Aku akan cuba sedaya upaya bebaskan kau dari neraka ni," sambung Haffaz, memberi kata janji dan harapan kepada Andrea.

"Apa yang buat awak datang ke sini? Kenapa awak bayar saya?" tanya Andrea, bingung sebenarnya dengan tujuan utama lelaki itu ke sini.

"Kau jangan salah faham. Aku terpaksa guna cara ni kalau nak berjumpa dengan kau walaupun aku terpaksa bayar mahal. Kalau aku beritahu direct yang aku nak berjumpa dengan kau, aku risau Alex akan syak sesuatu."

"Maafkan saya."

"Kenapa pula kau nak minta maaf? Kau tak salah apa-apa pun. Ini memang kehendak aku. Lagipun, ni dah memang tugas aku untuk menjaga dan melindungi kau." Kata-kata Haffaz membuatkan Andrea hairan.

"Tugas? Maksud awak?" Haffaz melepaskan keluhan yang berat. Dia sudah terlepas cakap!

"Haffaz? Beritahulah saya..." desak Andrea apabila melihat jejaka itu hanya membisukan diri.

"Sebenarnya... Abang kau yang tugaskan aku. Jaga dan tengokkan kau." Haffaz menjawab dengan intonasi yang perlahan.

Andrea terkedu. Darah terus menyirap naik ke kepala. Giginya diketap dengan penuh amarah yang semakin membuak-buak. Dia terus bangun daripada duduk.

"Kenapa pula dia nak ambil berat pasal saya? Sedangkan dialah punca saya berada di sini! Dia tipu saya, Haffaz! Dan awak nak saya percayakan kata-kata dia?" kata Andrea dengan nada yang sudah naik seoktaf bersama air mata yang laju mengalir. Jiwanya sakit! Hatinya perit!

"Maafkan dia, Amira. Dia menyesal sangat-sangat. Dia cuba nak perbetulkan kesilapan dia yang dulu. Dia nak ubah balik keadaan. Lagipun... Hidup dia dah tak lama, Amira. Dia ada kanser peparu," ujar Haffaz sayu. Nama sebenar Andrea disebut.

Andrea mengetap bibir. Matanya dipejam rapat. Bukan dia tidak pernah cuba untuk memaafkan abangnya, tetapi penderitaan demi penderitaan yang dialaminya cukup membuatkan dia berasa putus asa. Hidupnya sudah tiada erti.

"Maaf? Kalau cakap je senang la. Yang rasa sakit... Rasa sedih... Rasa perit tu saya, Haffaz. Awak tak kan faham. Disebabkan dia... Saya bukan lagi seperti gadis-gadis lain. Maruah saya diragut. Masa hadapan saya lebur, musnah dan berkecai. Keluarga saya bencikan saya. Tinggal apa lagi yang ada untuk saya di dunia ni? Dah tak ada... Hidup saya dah musnah, Haffaz..." luah Andrea dengan nada yang sebak.

Dia terus terduduk dan memeluk lutut, menghamburkan semua rasa sakit dan lelah yang dialaminya selama ini. Andai diberikan pen untuk dia meluahkan semua yang terbuku di hati, nescaya dakwat pen itu akan habis sebelum dia meletakkan noktah yang terakhir.

"Maaf kalau kau rasa aku tak faham perasaan kau, tapi abang kau pun terseksa juga. Hari-hari dia terpaksa lawan penyakit dia. Semata-mata nak tebus perasaan bersalah dia kepada..."

"Cukup! Aku tak nak dengar lagi dah! Sampai bila-bila pun aku tak kan maafkan dia! Aku benci dia! Aku benci!" Andrea terus membantah keras bersama tangisan yang semakin lebat. Sekali lagi Haffaz mengeluh berat.

"Walaupun aku rasa aku tak layak cakap benda ni. Ilmu agama di dada akupun cetek, aku harap kau maafkanlah abang kau sebab bila kau mampu memaafkan orang lain, Allah akan ampunkan semua kesalahan-kesalahan kau. Dugaan itu tanda Allah cinta kita, Amira. Setelah terlalu lama kita pergi menjauh daripada-Nya, Allah hadirkan ujian agar kita kembali ke pangkuan-Nya," ujar Haffaz lembut. Andrea sekadar mendengar.

"Dan lagi satu... Walau apapun yang berlaku dalam hidup kau, maafkanlah diri kau terlebih dahulu sebelum kau memaafkan orang lain dan selepas itu, kau akan nampak segala hikmah yang tersembunyi."

"Walaupun abang kau tak minta aku buat semua ni, aku tetap akan jaga kau. Aku minta diri dulu. Assalamualaikum. Jaga diri," tambah Haffaz lagi sebelum berlalu pergi.

Kata-kata jejaka itu membuatkan hatinya tersentuh. Setelah itu, air matanya kembali gugur.








•¤•








MATANYA meliar memandang sekeliling, mencari kelibat Zahra jika gadis itu hadir ke kelas hari ini. Namun, kelibat gadis itu langsung tidak kelihatan.

'Dia tengah ada kelas kut,' fikir Ivy.

Kaki dibawa terus ke arah dewan kuliahnya. Secara tiba-tiba, tangannya oleh seseorang lalu dibawa entah ke mana. Sampai sahaja di hadapan tandas perempuan, tubuhnya terus ditolak kasar ke dinding.

"Aduh!" Buku-buku yang dipegangnya terus jatuh ke bawah.

"Hi! Kita berjumpa lagi ya!" Cassandra terus menyapa penuh sinis. Terdapat lima orang lagi rakan sekutu gadis itu, berdiri mengelilingi Ivy yang semakin resah menanti tindakan selanjutnya.

"Kenapa? You takut ke?"

"Apa yang awak nak, Cassandra? Saya tak kacau hidup awak pun." Dia menjawab perlahan. Sungguh, dia memang malas mahu bergaduh dengan Cassandra.

Mata bertentang mata, ingin menunjukkan dia bukannya gadis yang lemah dan senang dipijak-pijak begitu sahaja! Cassandra mengetap rahang. Berasa tercabar apabila melihat pandangan tajam mata gadis itu. Pipi gadis itu terus ditampar kuat.

"Berani betul you bertentang mata dengan I ya! Sedar diri tu sikit! You hanya sampah di sini!" Cassandra berkata lantang. Dia mengukirkan senyuman sinis. Air mata yang bertakung di tubir mata terpaksa ditahan.

"Kalau saya ni sampah, yang awak pula apa? Tong sampah?"

"Dasar biadap! Girls!" ujar Cassandra penuh amarah.

Kawannya, Lizzy terus mengangkat baldi yang berisi air kotor itu. Ivy mengeluh lalu memejamkan matanya, reda andai inilah dugaan yang ditakdirkan buatnya. Secara tiba-tiba, Zahra muncul lalu terus menolak Lizzy dengan kuat. Gadis itu tidak dapat menyeimbangkan badan lalu terus terjatuh ke sisi. Air di dalam baldi itu terus tertumpah mengenai pakaiannya dan Cassandra. Ternganga Cassandra dibuatnya.

"OMG! What are you doing, Lizzy! Dan you pula siapa nak masuk campur urusan I!" herdik Cassandra dengan pandangan yang menyinga.

"Whatever!" balas Zahra bersama senyuman sinis. Pergelangan tangan Ivy dicapai lalu dibawa gadis itu pergi jauh dari situ.

"Errghh!"



























Maafkan patik kalau cite mcm byk sgt acene dan watak. Hehe nampak je byk tpi bila dah tahu rahsianya, tak la byk mana pun. Maaf kalau koramg rasa cite ni membosankan. 😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro