BAB 3 | DIA?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI yang ditunggu-tunggu sudahpun tiba. Pantulan cermin yang memaparkan bentuk tubuh badan Ivy yang bersarungkan blouse labuh bersama seluar pallazo putih dipandang. Dikemaskan sedikit tudungnya agar menutupi dada dan bahu.

Senyuman manis terus terukir di bibir comel gadis itu. Diambil pas yang terletak di atas meja lalu disarungkan ke leher. Kemudian, begnya yang berada di atas kerusi turut diambil lalu digalas.

"Okay! Here we go!" ujarnya teruja setelah mengunci pintu utama dan pagar rumah. Telefon pintar dikeluarkan lalu dicari lokasi American University of Paris dari tempat dia berdiri.

"Aduh! Lima kilometer dari sini? Boleh tahan jauh ni. Aku ni dah la lembab berjalan." Dia membebel sambil menggaru pipi. Nampaknya, terpaksalah dia mencari alternatif lain.

Kaki terus dibawa ke arah jalan besar. Mencari sebuah kereta yang dinamakan teksi. Nampak sahaja kereta yang berwarna kuning itu, dia terus menghulurkan tangan agar teksi itu berhenti. Namun begitu, senyumannya memudar apabila melihat pemandu teksi itu hanya berlalu pergi.

"Hmm... pemandu teksi tu dah ada penumpang di tempat lain kut," bisiknya perlahan, sekadar bersangka baik.

Dicari teksi-teksi yang lain. Namun, kesemua teksi yang lalu-lalang hanya buat tidak endah sahaja. Dahi Ivy berkerut hairan. Pelik. Adakah dirinya memang tidak wujud di sini?

Jam yang berada di pergelangan tangan terus diperhati. Sudah 45 minit berlalu. Jika dibiarkan sahaja masa menginjak pergi, memang lambat dia akan sampai ke destinasi. Cermin kecil yang berada di dalam poket diambil lalu dibetulkan sedikit tudungnya agar kelihatan kemas.

"Haish. Kalau beginilah, memang lambat aku ke universiti. Baik aku jalan kaki je." Dia merungut lagi.

Baru sahaja dia ingin membawa langkah pergi, sebuah kereta mewah berwarna putih terus berhenti di tepi. Terkejut dia dibuatnya. Diperhati sahaja gerak-geri lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Hi sweetie. Remember me?" Seorang lelaki berkaca mata hitam terus menyapa.

Dahi Ivy berkerut hairan.

'Mimpi apa mamat ni pagi pagi? Terserempak pun tak pernah. Manalah aku kenal.'

"Sorry but I really don't know who you are." Dia membalas yakin. Jejaka itu terus mengangkat kening apabila mendengar jawapan yang dia berikan.

"Really?" Lelaki itu terus membuka kaca matanya.

"Kalau awak ingat lagi, sayalah lelaki yang awak nak baling kaca semalam," kata lelaki itu bersama senyuman senget yang terukir di bibir.

Matanya terus terbuntang. Peristiwa dia hampir dirogol semalam terus terlayar di fikiran. Tanpa berkata apa-apa, dia terus membuka langkah seribu.

"Tolong! Tolong! Ada orang nak rogol saya! Tolong!" 

"Wait! Tunggu! Aku bukan perogol!"

Dia terus mengejar gadis itu dari belakang. Niatnya bertemu dengan gadis itu sekadar ingin menjernihkan keadaan. Namun, boleh pula gadis itu melarikan lari. Langsung tidak diberikan peluang dan ruang untuk dia memberikan penjelasan.

Pergelangan tangan Ivy direntap. Gadis itu terus meronta-ronta ingin melepaskan diri. Disebabkan terlalu bengang dan geram, dia terus menarik tudung gadis itu ke belakang. Terus terkaku gadis itu dibuatnya.

"Hey! Lepas sekarang!"

"Tak nak. Siapa suruh kau lari macam orang gila! Aku bukan perogol!" kata jejaka itu tegas.

Hilang sudah saya-awak yang selalu digunakan dalam kehidupan sehariannya terhadap perempuan.

"Ye ke? Penipu! Dasar lelaki tak berguna! Lepaskan aku!"

Ivy berusaha untuk menepis tangan sang jejaka yang dia gelar perogol itu, namun disebabkan keadaan mukanya terdongak ke atas menyebabkan dia sukar untuk melihat. Habis rosak tudungnya!

"Kau pula gila! Ada pula kata aku perogol! Padahal salah sendiri pintu rumah lupa nak tutup! Nasib aku yang masuk sebab risau rumah kau pecah masuk! Kalau perogol betul-betul? Memang sengsara hidup kau sampai bila-bila!"

Mata Ivy dikerdipkan berulang kali, cuba menghadam kata-kata yang dilontarkan oleh jejaka itu. Barulah dia sedar ke alam realiti. Jejaka yang berada di hadapannya itu dipandang polos.

"Eh ye ke?"

"Yelah!"

Ivy hanya menayang sengih. Perlahan-lahan pegangan jejaka itu di tudungnya ditarik semula. Dia dijeling tajam.

"Hehe maaflah. Saya tak sedar pula. Mungkin penat sangat kut." Pipinya digaru kekok.

Jejaka itu hanya mampu mengeluh. Perkara sudah terjadi, buat apa lagi menyimpan amarah di hati.

"Yelah. Kali ini saya maafkan. By the way, nama saya Amirul. Awak pula?" Huluran tangan diberikan.

Ivy memandang dengan perasaan bersalah.  Jika dahulu baju seksinya dijadikan asbab untuk menyentuh ajnabi sesuka hati, kini tudung yang tersarung menutupi mahkotanya membuatkan dia susah hati. Niatnya ikhlas ingin melindungi imej yang suci ini.

"Maaf. Saya tidak menyentuh lelaki. Dan selamat berkenalan. Nama saya Ivy Azrin." Akhirnya, Ivy mengambil keputusan untuk berterus-terang meskipun pahit.

Amirul hanya tersenyum nipis dan menganggukkan kepala, akur dan menghormati pendirian gadis itu. Tangannya terus ditarik kembali.

"Awak melayu?" tanya Ivy polos walaupun dia sudah dapat agak berdasarkan raut wajah Amirul walaupun lelaki itu mewarnakan rambutnya.

"Yes. But saya bukan Islam."

Jawapan Amirul membuatkan dia terkejut dan tersentak, seolah-olah langit yang selama ini kukuh di atas akhirnya runtuh ke bawah menghempap kepala. Sungguh dia tidak sangka.

"Bu... bukan Islam? Jadi apa agama awak yang sekarang?"

"Saya tiada agama. Saya atheis," jawab Amirul selamba.

Rokok yang berada di dalam poket diambil lalu dia terus menyalakan api tanpa ada sedikitpun perasaan berdosa. Sedangkan rokok itu ialah pembunuh senyap bagi setiap organ dalaman,  perlahan-lahan racunnya menjalar ke seluruh badan.

"Tapi kenapa?" tanya Ivy kecewa. Sedih kerana lelaki itu telah salah membuat keputusan. Tersilap memilih jalan.

"Sebab dekat sini... ramai penduduk yang tak suka orang Islam. Sebab itu, ramai yang buat tak layan awak tadi. Awak mungkin sangka yang pemandu teksi tadi dah ada penumpang, tetapi ternyata awak silap. orang yang macam tu sebenarnya anti-Islam."

Jawapan Amirul menyentak tangkai hati Ivy. Matanya membulat kerana terkejut yang teramat. Langsung tidak sangka perkara sebegini akan terjadi. Adakah dia yang beragama Islam ini akan turut diperangi di sini?

"Jadi, disebabkan itu awak..."

Ivy tidak sanggup menyebut perkataan murtad. Amirul pula seolah-olah faham. Dia mengangguk lalu terus menyarung kaca mata hitamnya kembali.

"Dan ada juga sebab lain. Tapi biarlah jadi rahsia."







───•¤•───







HARI ini, langit di bumi Malaysia kelihatan cerah seperti kebiasaan. Manakala awan sentiasa ada untuk memberikan keredupan kepada manusia daripada terus menerima pancaran terik mentari biarpun mereka sering alpa dan lupa untuk mengingati-Nya.

Air sirap limaunya sudah dihirup sampai separuh dek terlalu setia menunggu seseorang yang masih belum kunjung tiba di kafe itu. Jam di pergelangan tangannya dikerling. Sudah satu jam dia menunggu, namun lelaki bernama Furqan masih tidak terlihat tubuh mahupun bayangnya.

"Faiz!" sapa suara seseorang. Danial Faiz terus berpaling. Pandangan tajam dan tidak puas hati terus diberikan.

"Kenapa lambat?" Suara Danial Faiz terus dilontar. Mungkin tersimpan sedikit amarah kepada kawannya itu.

Tanpa pelawaan Danial, Furqan terus menarik kerusi lalu duduk. Sudah datang lambat, boleh pula lelaki berusia sembilan tahun lebih tua itu menghirup air sirap limau milik Danial. Nasib baik jejaka itu bukannya seorang yang jenis cepat melenting.

"Maaflah wei. Tiba-tiba bos nak serahkan kes baru kat aku. Tak boleh nak buat apalah," balas Furqan serba salah.

Danial Faiz sekadar mengangguk. Hilang sudah perasaan amarahnya tadi apabila mendengar penjelasan kawannya itu. Dia faham sangat dengan lumrah kehidupan Furqan sebagai salah seorang polis yang berpangkat inspektor itu. Setiap hari, pasti ada sahaja kes yang perlu diselesaikan.

"Kes apa pula kali ni? Kes penculikan di Kampung Nelayan tu dah selesai ke?"

"Kes dadah. Disebabkan kes tu berlaku berdekatan dengan kampung tu, aku terpaksa buat kedua-duanya. Tapi tu lah, aku pelik sangat-sangat."

"Kenapa?" Wajah kacak Furqan dipandang bersama kening yang terangkat. Ingin tahu.

Sementara itu, Furqan meliarkan pandangan ke segenap kafe itu. Takut-takut ada yang mencuri dengar perbualan walaupun kedudukan meja mereka paling terpencil.

"Aku cuma pelik. Sepanjang aku siasat, aku langsung tak jumpa kesan apa-apa. Kalau ada bukti sekalipun, tak berapa jelas. Bagi aku, suspek kes kali ini memang licik dan bijak! Aku rasa dia ni ambil PHD dulu kut," balas Furqan selamba.

Danial hanya membuat raut wajah yang kosong. Langsung tidak menemui sebarang lawak dalam percakapan Furqan. Memang sesuai dengan gelarannya ketika di sekolah menengah dahulu. Beku.

"Mesti ada dalang di sebalik semua tu. Mungkin ada orang atasan yang cuba melindungi mereka. Dan aku dapat rasakan kes dadah yang kau terima hari ni dengan penculikan tu memang ada kaitan." Danial membalas dengan berhemah.

"Ya. Pada mulanya aku pun berfikir perkara yang sama. Pasti ada kaitan. Cumanya sekarang aku masih mencari bukti."

"Aku yakin bila mereka dapat tahu yang polis nak siasat tempat tu, pergerakan mereka dihentikan buat sementara. Tidak mahu dihidu. Tapi lama kelamaan, kebatilan akan terbongkar juga. Lagpun kau bukan calang-calang. Firasat kau sentiasa tepat." Danial memberika hujah yang sahih. Furqan sekadar mengangguk.

"Alhamdulillah. Bantuan daripada Allah. Oh ya, kau tak sambung mana-mana ke?"

"Hmm aku belum buat keputusan lagi."

"Tapi tulah, kau mohon lambat pun tak kan ada sesiapapun yang nak tolak. Kau straight A's kot. Rugi kalau tolak," tambah Furqan lagi.

"Hmm..." Danial Faiz hanya membalas ala kadar. Bukan kerana tidak berterima kasih dengan pujian yang diberikan namun biarlah perasaan rendah diri menjaga dan memelihara hatinya daripada unsur riak.

"Macam mana hubungan kau dengan perempuan tu?"

"Perempuan mana ni?" tanya Danial Faiz tidak endah. Bosan apabila dirinya asyik dikaitkan dengan mana-mana perempuan.

"Alaaa... perempuan yang kau lukakan hati dia tu. Tak kan tak ada sedikitpun perasaan serba salah dalam hati kau?"

"Aku dah minta maaf kat dia."

"Tapi sekali je kan kau minta maaf? Belum tentu rasa sakit tu akan menghilang."

Kata-kata Furqan membuatkan Danial Faiz terdiam. Dipandang langit menerusi cermin tingkap dengan pandangan yang kosong. Jejaka itu hanya mampu mengeluh dalam hati.

"Biarlah. Itu urusan dia."

Furqan sekadar menggelengkan kepala. Sudah banyak kali dia memberi nasihat, namun sifat beku dan dingin jejaka itu masih tersarung dalam tubuh. Suatu hari nanti, kutub utara pasti akan mencair jua sedikit demi sedikit. Dan itulah yang diharapkan Furqan.










Wahhhh ada watak baru yang bernama Furqan. Kalau nak tahu, Furqan nama lain bagi Al-Quran yang membawa maksud hal yang membezakan kebaikan dan keburukan. Memang sesuai kan?

By the way maafkan sis sebab terlalu lama menyepi. Nak update pun kekurangan idea dan busy. Disebabkan tak nak skill ni jadi tumpul, kena juga nenulis walaupun sedikit.

Harap maafkan patik ya. Doakan sis menduduki SPM 2021 dengan baik dan dipermudahkan segala urusan. 😍❤

Vote jgn tak vote ekk 😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro