BAB 34 | KHILAF

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

UGUTAN Adillia pada pagi tadi di sekolah mengundang rasa resah dan risau dalam jiwa Amira. Sejak tadi dia asyik mundar-mandir di dalam bilik, langsung tidak keluar biarpun ibunya mengetuk pintu berulang kali dan bertanyakan keadaannya yang tiba-tiba berubah secara drastik.

Pulang saja dari sekolah, dia terus mengurungkan diri di dalam bilik malah langsung tidak menyapa Puan Kamilah yang ketika itu berada di luar rumah. Pintu sengaja dikunci rapat.

"Erghh! Tak guna betul lah si Adillia tu! Selama ni aku tahan je sabar dengan kau!" herdik Amira seorang diri sambil mencengkam rambutnya dengan kuat.

Sudah lama perasaan sakit hatinya dipendam dan disimpan buat gadis itu. Selama ini, dia hanya berdiam diri dan tidak membalas setiap kata caci dan maki mereka semua. Dan pada hari ini, nilai kesabarannya sudah pun melebihi batasannya sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan.

Perlahan-lahan perasaan sakit hati membenihkan perasaan dendam yang semakin menjalar jauh keseluruhan hati tanpa dia sedari. Malah tembok ego semakin terbina tinggi sehiggakan kesalahannya sendiri tidak mahu diakui. Mata hatinya mulai buta. Semakin mati tidak bersenyawa.

"Aduh! Macam mana aku nak buat ni!" keluh Amira penuh keresahan dan ketakutan. Kukunya digigit sedikit.

Kepalanya ligat mencari jalan penyelesaian bagaimana cara untuk menutup mulut Adillia dan mereka yang lain. Dia tidak mahu semakin dibenci. Cukuplah selama ini dia bertahan dengan kata-kata nista yang dilontarkan, telinganya semakin perit untuk mendengar lagi sedangkan itu memang khilafnya. Sepatutnya, dia berani menghadapi masalah yang telah pun dia cipta sendiri. Bukannya berdalih mahupun melarikan diri!

Perasaan Amira semakin berkecamuk dan berserabut. Jam pada dinding sudah menunjukkan jam 5.00 petang. Tanggungjawabnya sebagai seorang hamba masih belum dilunaskan lagi, sedangkan waktu semakin bergulir pantas menjengah senja. Zuhur dan Asar semakin jauh meninggalkan Adilia yang masih sibuk berfikir.

"Haish! Serabutlah! Tolonglah! Fikir Amira! Fikir!" Kepalanya ditepuk berulang kali, mengherdik diri sendiri sedangkan itu ialah salah satu sifat yang sangat dibenci Allah.

"Lebih baik aku minta tolong Luna! Harap dia boleh tolong aku!" kata Amira sendirian. Telefon pintarnya yang tersorok di bawah katil diambil lalu nombor telefon didail. Talian pun bersambung.

"Kenapa call?" sahut suara seorang gadis di sebelah sana. Amira menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya pernafasannya kian membaik apabila Luna mengangkat telefonnya. Pintu peluangnya kelihatan terbuka cerah pada pandangan mata.

"Luna... please, I need your help! Tolong saya!"

"Why? You dalam masalah ke?" Luna terus bertanya hairan. Nada percakapan Amira kedengaran begitu terdesak.

Keluhan berat dilepaskan oleh Amira seraya bibirnya mula bergerak mengungkap sebuah kisah yang terjadi di sekolah pada pagi tadi dari awal hingga akhir. Tidak ketinggalan satu pun hatta sekecil kuman! Semuanya diterangkan secara jelas dan terperinci, meluahkan perasaan gelisahnya yang bercampur baur dengan ketakutan.

Takut jika dia akan semakin dibenci dan dihina bukan saja dalam kalangan geng Adilia malah semua pelajar dan guru di sekolah itu. Sedangkan... dia dikenali sebagai seorang pelajar yang sopan-santun dan baik budi pekerti.

Esok, hari permulaan yang bakal mengubah segalanya. Kekhilafannya bakal turut mengubah tanggapan mereka. Amira akan dikenali sebagai gadis munafik yang bertopengkan malaikat suci tanpa noda dan dosa! Gelaran yang paling buruk seumur hidupnya!

"Ohh... macam tu rupanya. Patutlah you macam terdesak..." balas Luna tanpa reaksi gelabah mahupun takut seperti Amira. Dia tetap kekal bertenang.

"Please... Luna? Apa yang patut saya buat?" luah Amira meminta pertolongan agar masalahnya dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Relaks... you pergi je sekolah macam biasa esok..." kata Luna selamba.

"Pergi sekolah macam biasa? Mana boleh! Pasti keadaan akan berubah! Orang lain akan pandang saya jahat!"

"Jangan risau. I yakin mereka masih belum bertindak. Kita masih ada masa..."

"Saya tak faham. Apa maksud awak yang sebenarnya, Luna?" tanya Amira yang langsung tidak faham kenyataan gadis itu.

"Habis je call ni... hantar gambar dia orang."

"Awak nak buat apa? Awak nak rasuah ke, Luna?" Nada persoalan kedua Amira berubah menjadi terkejut. Tidak semena-mena aliran pemikirannya seiring dengan Luna. Dia mulai faham maksud tersirat gadis itu. Di hujung talian, Luna sekadar mengukirkan senyuman sinis sambil menyalakan sepuntung rokok.

"Exactly! You're absolutely right!" Luna memuji kebijaksaan Amira.

"Aww! Thank you so much, Luna!" Perasaan hati Amira mulai beralih arah. Kini, dia semakin tenang apabila mendengar perancangan Luna yang amat munasabah tanpa memikirkan hukum-hakam bahawa rasuah itu haram di sisi agama.

"Saya tak kisah bagaimana pun caranya, saya harap mereka kunci mulut mereka rapat-rapat!" sambung Amira lagi. Gembira.

"Malam ni you datang kelab. I nak you tengok sendiri mereka kunci mulut," ujar Luna lagi. Amira mengangguk pantas sedangkan perilakunya itu langsung tidak boleh dilihat oleh Luna.

"Okey!" Amira terus memutuskan panggilan. Badan dihempas ke atas katil bersama senyuman yang masih meniti di bibir. Hatinya senang mendengar khabar gembira yang baru diperolehinya itu.

Dia tidak kisah bagaimana pun cara itu, asalkan mulut Adilia dan mereka yang lain dikunci serapat-rapatnya. Meskipun begitu, niat tidak akan sesekali menghalalkan cara. Rasuah tetap dianggap sebagai satu perbuatan yang sangat keji.

Disebabkan itu, kita mula dapat lihat mereka yang bersalah tidak dijatuhkan hukuman setimpal. Sistem undang-undang negara mula tergugat dengan ketidakadilan hasil campur tangan kotor manusia yang mengamalkan rasuah! Jelas dunia semakin tenat menghadapi kiamat!







•¤•










MALAM ini, kebetulan bulan mengambang kelihatan terhias tinggi di angkasa raya. Sinarannya menyerlahkan bentuk awan yang saling bergumpalan di sekitarnya. Kelihatan kelabu suram dan tidak putih bersih seperti di kala hari siang. Namun, ia tetap memukau pada pandangan manusia yang melihatnya.

Angin malam terasa kuat mengelus tubuh yang dilapisi baju gaun hitam nipis. Kedengaran kilat dan guruh saling sabung-menyabung di langit yang kelam. Tepat sekali jangkaan bahawa malam ini awan akan mula menangis lebat lalu tumpah di atas permukaan tanah bumi. Menangisi alam yang semakin kotor dan tercemar dengan dosa-dosa manusia.

Langkah Amira dibawa laju ke arah sebuah bilik rahsia. Permintaan para lelaki yang ingin menari bersamanya ditolak bersama ukiran senyuman. Semestinya mereka tergugat dengan keanggunan dan kejelitaan yang menghiasi wajah Amira pada malam itu.

Hari ini, sekali lagi dia keluar tanpa pengetahuan dan keizinan ibu bapanya yang ketika ini berada di surau, mendengar ceramah yang selalu disampaikan oleh seorang ustaz yang seringkali hadir ke situ. Satu lagi amalan yang ditinggalkan Amira setelah sekian lama dididik untuk mencintai ilmu Allah.

Sampai saja di hadapan pintu bilik rahsia itu, Amira tidak segera membukanya. Sebaliknya, dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembuskan dengan perlahan. Satu senyuman terukir di bibir.

"Aku tak sabar nak tengok muka takut kau, Adilia. Mungkin sebelum sebelum ni ialah hari kau, tetapi semestinya ini hari aku. Aku tak sabar nak tengok kau tunduk dengan aku. Cukuplah selama ini aku mengalah..." bisik Amira sendirian.

Baru saja dia ingin membuka pintu, tidak semena-mena pintu itu sudah pun dibuka dari dalam. Terjegul wajah Adilia yang kelihatan takut dan resah. Amira sedikit terkejut dengan situasi yang tidak terjangka itu. Begitu juga Adilia.

"Amira?" Nama Amira spontan meniti di bibir Adilia. Amira sekadar diam tidak berkutik. Matanya lama memerhati raut wajah Adilia yang jelas kelihatan berang dan marah.

"Kau..." Tidak sempat gadis itu menghabiskan ayatnya, kedengaran satu tembakan kuat dihasilkan dari dalam bilik.

Bang!

Tembakan itu tepat mengenai belakang kepala Adilia seraya darah pun memercik ke merata tempat termasuk wajah dan tubuh Amira. Tepat pada pandangan matanya sepasang mata Adilia terbelalak besar menahan kesakitan lalu rebah di sisi kakinya. Amira terkejut bukan kepalang.

Tubuh Adillia yang sudah berubah menjadi mayat diperhati dengan hanya lirikan mata. Darah mula menyeruak keluar lalu membasahi lantai dan kasut tumit tingginya. Mata Adilia terbeliak besar.

"Arrrgghhhhh!" Amira terus menjerit bagaikan orang yang terkena histeria. Badannya mula menggigil menahan ketakutan lalu kakinya spontan terundur beberapa langkah ke belakang. Dia sungguh terperanjat! Tidak sangka Adilia bakal berhadapan detik kematian sebegitu rupa.

"Andrea? Lambat kau datang..." sampuk Luna yang baru saja muncul di hadapan pintu bersama Alex. Di tangan lelaki itu jelas terdapat sepucuk pistol.

"A... apa yang a... awak dah bu... buat?" gagap Amira bertanya. Dia mulai takut mendengar kenyataan yang bakal keluar dari mulut Alex mahupun Luna.

"Hmm... perempuan ni dah mati ke?" omel Luna seorang diri tanpa mempedulikan pertanyaan Amira. Mayat Adilia yang tertiarap di atas lantai dikuis-kuis dengan kakinya.

"Luna! Apa yang awak dah buat!" Suara Amira sudah naik seoktaf. Luna menoleh lalu tersenyum dan mengangkat bahu.

"You kata nak tutup mulut dia, I tutuplah mulut dia. Siapa suruh dia dan rakan-rakan dia tolak wang yang I beri..." Kenyataan Luna membuatkan Amira terkesima.

"Maksud awak... rakan-rakan dia pun..." Kata-kata Amira dihentikan. Dia tidak sanggup untuk menyebut perkataan 'dibunuh'...

"Yes. Mereka ada di dalam..." beritahu Luna selamba tanpa ada sedikitpun rasa bersalah. Amira benar-benar tergamam.

"Ke... kenapa? Saya tak suruh pun awak bunuh!" tengking Amira penuh amarah. Luna tergelak sinis.

"Ops! You tak ingat ke apa yang you cakap? You suruh I buat apa saja asalkan mulut mereka dikunci rapat. Itu yang you minta kan? Memandangkan mereka menolak tawaran, cara yang tinggal hanyalah membunuh."

Amira terdiam mendengar kata-kata gadis itu. Perlahan-lahan kepalanya mula meraih ingatan tatkala perbualan antara dia dengan Luna melalui talian telefon. Bagaikan dihambat guruh dan kilat yang saling sabung-menyabung di luar, sendi lutut Amira terasa melemah lalu terus jatuh terduduk di atas lantai.

Dialah punca segala-segalanya. Punca kematian Adilia yang jelas tidak bersalah dalam kes ini. Hakikatnya dialah yang bersalah. Keinginannya yang mahu menyelamatkan diri daripada masalah akhirnya mengundang kekhilafan yang tidak boleh dimaafkan. Nyawa tidak akan sesekali menyarungi jasad Adilia kembali. Dia sudah terkhilaf dalam membuat percaturan!

"Walaupun you punca segalanya, you tak boleh tinggalkan kerja you walau apa pun yang terjadi! You dah jadi tawanan kami!" kata Luna keras yang pastinya mengejutkan Amira.

"Tawanan? Saya bukan hambalah, Luna! Saya tak kira! Saya nak undur diri! Apa yang awak dah buat kepada Adillia, langsung tak boleh diterima! Saya akan report polis!" balas Amira berbaur ugutan. Luna tergelak sinis.

"Yeah. I know. You pasti akan pergi. But I tak kan biarkan itu terjadi..."

Baru saja Amira ingin membalas, kepalanya sudah dihentak dengan suatu objek yang keras dan tumpul oleh seseorang dari arah belakang. Kesakitan mula menerjah urat kepalanya lalu pandangan mata menjadi berbalam-balam dan kabur. Amira terus rebah ke sisi.

"Tidurlah buat sementara waktu. Sweet dream, dear..." bisik Luna yang kini sudah berada di sisi Amira. Tidak lama kemudian, ruang pandangan Amira terus gelap.







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro