BAB 44 | RUNGKAIAN MISTERI

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kita yang hari ini ialah kerana pilihan kita pada masa lalu."

ꨄ︎















SUDAH sembilan jam mereka berdua berada di hospital ini namun, kelibat doktor yang merawat Tan Sri Afnan masih belum memunculkan diri dari bilik bedah tersebut. Sejak tadi para jururawat asyik berulang alik dari bilik bedah ke setiap sudut hospital, menandakan keadaan bekas anggota MEIO itu amat parah dan mencemaskan.

Meskipun malam sudah beralih menjadi siang, Encik Khalil dan Dato' Zainal tetap setia menunggu di luar bilik kecemasan tersebut. Sudah pasti mereka berdua merupakan orang yang paling cemas menanti khabar berita mengenai Tan Sri Afnan. Doa tidak putus-putus diutarakan buat Yang Maha Esa. Berharap semoga dikabulkan agar kejahatan Tuan Razen dapat dikekang dengan adanya Tan Sri Afnan dalam organisasi MEIO biarpun lelaki itu telah mengundurkan diri.

"Ya Allah... macam mana ni? Macam mana saya nak bagi tahu Danial kalau Afnan tak dapat diselamatkan?" ujar Dato' Zainal setelah lama mendiamkan diri dengan penuh kesabaran sejak tadi. Jelas riak wajahnya kelihatan sangat risau dan cemas.

Jika nyawa Tan Sri Afnan tidak dapat diselamatkan, kejadian sama yang pernah terjadi terhadap lelaki itu akan berulang terhadap Danial pula. Danial akan menyesal dan menyalahkan dirinya sendiri lalu turut mengundurkan diri daripada terus melakukan siasatan. Dan pastinya itulah perkara yang amat Tuan Razen mahukan! Dia tidak boleh membiarkan penjenayah itu terus bebas!

"Sabarlah, Dato'. Kita perbanyakkan doa. Mohon bersungguh-sungguh. Insya Allah Dia akan makbulkan. Yakin dan husnudzon dengan Allah," nasihat Encik Khalil agar Dato' Zainal tidak putus harapan.

Andai Tan Sri Afnan dapat diselamatkan, peluang untuk menumpaskan penjenayah terunggul tersebut amatlah cerah kerana hanya lelaki yang berumur 40-an itu saja yang selalu berhadapan dengan Razen sepanjang karier hidupnya. Pasti Tan Sri Afnan lebih memahami dan 'mencerna' sifat dan semua gerak geri licik yang telah dilakukan oleh Razen selama bergelar penjenayah global yang paling dikehendaki.

Namun, andai lelaki itu tidak dapat diselamatkan, pasti ada hikmah disebalik semua takdir yang berlaku kerana hanya Allah yang lebih mengetahui. Manusia hanya mampu merancang apa yang akan terjadi esok hari, tetapi sebenarnya Dia-lah sebaik-baik perancang. Takdir bukannya ditulis pada saat akhir, tetapi telah ditulis di Luh Mahfuz sejak sebelum alam ini diciptakan lagi. Manusia tiada hak untuk mempersoalkan takdir.

"Dato Zainal?"

Dato' Zainal terus bangun daripada duduk apabila mendengar namanya dipanggil. Tidak sedar yang doktor sudahpun keluar dari bilik operasi. Encik Khalil juga turut terkejut lalu terus berdiri di samping Dato' Zainal. Dia hanya mendiamkan diri, membiarkan lelaki itu saja yang berurusan dengan doktor.

"Macam mana Ainuddin?" Dato' Zainal terus bertanya kepada rakan baiknya setelah agak lama meneliti laporan pesakit di tangannya. Doktor Ainuddin mengangkat kepala lalu terus tersenyum nipis.

"Alhamdulillah. Tan Sri Afnan okey. Nasib baik tindakan dia cuba menghentikan pendarahan cepat. Jadi, dia tak banyak kehilangan darah. Cumanya memakan masa sedikit untuk pulih sebab peluru yang ditembak menyebabkan luka yang amat dalam dan serius. Jadi, Dato' kena pastikan yang luka dia betul-betul pulih."

"Alhamdulillah..." ucap Dato' Zainal dan Encik Khalil serentak. Syukur kerana Tuhan masih memberi peluang dan keizinan untuk hamba Allah bernama Afnan tersebut terus bernafas di atas muka bumi ini.

"Kami akan pindahkan Tan Sri Afnan ke wad khas. Kalau ada apa-apa, panggil saja saya ya."

"Terima kasih, doktor. Saya akan kerahkan anggota polis saya berkawal di wad Tan Sri. Razen mungkin akan buat sesuatu..." kata Encik Khalil sedikit risau. Dato' Zainal mengangguk lalu menepuk perlahan bahu lelaki itu.

"Jangan risau. Saya pun akan jaga Afnan nanti. Arahkan mereka jaga di kawasan luar hospital juga. Insya Allah Razen tak kan boleh buat apa-apa lagi. Ainuddin, nanti bagi saya senarai identiti jururawat yang bertanggungjawab menguruskan Afnan nanti. Mereka saja yang boleh masuk wad. Saya tak nak ada orang yang ambil kesempatan," sambung Dato' Zainal demgan suara yang tegas. Doktor Ainuddin mengangguk. Dia memahami keadaan mereka berdua.

"Baiklah. Saya akan bagi nanti. Saya minta diri dulu."

"Baik. Terima kasih sekali lagi, doktor. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda," doa Dato' Zainal seikhlasnya. Doktor Ainuddin dan Encik Khalil terus meng'amin'kan.






























•𖧷•













"MACAM mana aku nak percaya kau orang bertiga ni betul betul polis? Sekarang, semua orang boleh menyamar," ujar Amirul sinis setelah mendengar penerangan Danial mengenai rancangan memberkas anak-anak buah Tuan Razen.

"Kau tak ada pilihan lain selain percayakan kita orang. Lagipun kau perlukan ramai orang untuk bantu selamatkan adik kau. Kau tak kan mampu lawan seorang diri," kata Ikram ada
betulnya.

"Lagi satu, kau langsung tak berpengalaman dalam hal-hal macam ni. Anak-anak buah Tuan Razen ni licik. Tersilap langkah, habis musnah," sambung Razuddin dengan wajah yang serius. Amirul tergelak sinis lalu terus bangun daripada duduk.

"Kau tak ada bukti. Kau ingat aku akan percaya ke dengan apa yang kau cakap? Orang-orang munafik macam ni lah yang buat aku dan adik aku merana!" Amirul menengking keras.

Setelah ditikam belakang oleh rakan yang amat dia percayai, dia mulai curiga dan tidak percayakan sesiapa lagi. Cukuplah keseronokannya demi duit selama ini perlu dibayar dengan maruah adiknya secara terpaksa! Dia sudah serik!

Razuddin tersengih lalu terus berpeluk tubuh. Ikram yang berada di sebelah terus menepuk perlahan belakang badan rakannya itu, berharap yang lelaki itu tidak mengeluarkan kata-kata yang sinis dan kejam. Bukannya dia tidak tahu dengan perangai Razuddin jika sudah berang. Danial Faiz pula hanya mendiamkan diri.

"Munafik? Jadi kenapa kau percaya kawan kau yang munafik tu dulu? Bukankah kau penyebab utama kenapa adik kau dijual? Kau patut salahkan diri sendiri... bukannya orang lain. Kau ni memang abang yang tak berguna. Sampah!" herdik Razuddin sinis. Amirul berang lalu terus meluru ke arah Razuddin. Tumbukan dilayang tepat ke arah muka lelaki itu.

"Jaga mulut kau sikit!"

Razuddin terus mengelap bibirnya yang berdarah. Amirul dipandang tajam. Ikram yang berada di sebelah terus memaut kedua-dua belah bahu rakannya itu.

"Sabar, Raz! Jangan bertindak melulu!" marah Ikram yang geram dengan perangai rakannya yang satu itu. Panas baran!

"Sudahlah. Aku tak perlukan pertolongan kau orang. Macam kau cakap, ini semua salah aku sendiri. Adik aku merana kerana aku. Ya, aku memang sampah. Aku patut sedar yang aku ni memang tak layak untuk terus hidup di dunia ni. Aku cuma manusia yang tak berguna... Disebabkan aku... adik aku sengsara. Jadi, biarlah aku sendiri yang perbetulkan semuanya..." kata Amirul lalu terus berlalu pergi.

"Tunggu!" panggil Danial Faiz. Langkah Amirul terhenti.

"Kalau kau perlukan pertolongan, carilah aku. Aku sedia membantu," ujar Danial bersama senyuman kecil. Amirul turut tersenyum sedikit.

"Terima kasih. Tapi aku tak perlukan pertolongan kau. Aku minta diri," balas Amirul lalu terus berlalu pergi dari situ tanpa berpaling lagi. Razuddin mencebik.

"Berlagak!" Ikram hanya menggelengkan kepala manakala Danial sekadar mendiamkan diri. Diperhatikan saja langkah keluar yang dibawa oleh Amirul disebalik sebuah tingkap yang terkunci rapat. Senyumannya terlukis di bibir.

Ikram dan Razuddin saling berpandangan. Masing-masing tidak tahu maksud sebenar disebalik senyuman jejaka itu. Danial bukannya seorang yang tidak waras tetapi penuh dengan misteri! Mereka berdua sendiri tidak dapat merungkaikan misteri itu meskipun telah mengenali Danial sejak kecil.

























Assalamualaikum korang. Sihat ke tu? Dah lama rasanya tak update huhu. Sayang nak biar cerita ni tergantung sebab banyak lagi misteri yang belum diungkap dan dirungkaikan. Stay tune! 😏

#Pls vote n comment if you want me to keep update😛💗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro