BAB 49 | RANTAI KEKESALAN

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Love what you have, before life teaches you to love what you lost."





















BACAAN surah Al-Kahfi yang dialunkan oleh Dato' Zainal dan Encik Khalil setelah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di wad itu berjaya menyedarkan Tan Sri Afnan daripada lena yang panjang. Perlahan-lahan sepasang mata itu dicelik, namun tertutup kembali apabila biasan lampu di wad itu menyilaukan matanya.

Kepalanya ditoleh ke sisi melihat dua orang lelaki yang amat dikenalinya sedang berteleku di atas sejadah. Berkopiah dan berbaju melayu bersama kain pelikat. Tangan dan badannya yang berselirat dengan wayar diperhati dengan wajah yang berkerut hairan. Dia cuba mengingat kembali kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan dia terlantar sebegini, namun kotak ingatannya langsung tidak mengingat apa- apa.

"Afnan?"

Suara Dato' Zainal menyapa telinganya. Dalam sekelip mata, ketika dia ingin menoleh, lelaki itu sudah berdiri di sisi katil. Jelas terpancar perasaan lega dan gembira pada riak wajah lelaki itu. Dia mengukirkan senyuman nipis.

"Be... berapa lama aku tak sedar, Zainal?"

"Termasuk hari ini... empat hari."

Jawapan rakan baiknya itu membuatkan dia terdiam. Mimpi yang dialaminya selama ini terasa begitu sekejap, namun hakikatnya ia mengambil masa selama lebih daripada sehari. Perjalanan yang panjang tetapi terasa sangat singkat. Tan Sri Afnan tidak terkejut kerana kuasa Allah melebihi segala-galanya dan tidak mustahil untuk dilaksanakan biarpun di luar batasan akal fikiran manusia.

"Saya pergi panggil doktor sekejap," ujar Encik Khalil lalu terus keluar dari wad tersebut. Dato' Zainal menganggukkan kepala sambil tangannya ligat membantu Tan Sri Afnan bangun daripada pembaringan.

"Apa yang dah terjadi?"

Keadaan Tan Sri Afnan yang berkemungkinan mengalami hilang ingatan jangka pendek sudah diambil maklum oleh Dato' Zainal dan Encik Khalil. Lagipun itu cuma kesan sampingan yang bersifat sementara. Lambat-laun, ingatan Tan Sri Afnan akan pulih dengan sendirinya.

"Kau kena tembak dengan Razen. Mujur kau telefon aku dan aku cepat sampai, Afnan..." jelas Dato' Zainal yang berasa sedikit kesal dengan keadaan rakannya itu, namun pada masa yang sama dia bersyukur dan berasa lega kerana keadaan lelaki itu tidak begitu serius.

"Maaf, Zainal. Patut waktu tu... aku ambil peluang tangkap dia."

"Tak apalah, Afnan. Kau sendiri tak jangka dia akan datang malam tu. Lagipun dia bersenjata dan ada anak buah. Kau pula seorang diri. Kalau aku, aku sendiri akan tewas. Sekarang, yang penting... kau dah selamat."

Dato' Zainal memujuk lembut. Tangan kirinya naik menepuk bahu lelaki itu. Tidak sempat mereka meneruskan perbualan dengan lebih mendalam, Doktor Ainuddin dengan seorang jururawat wanita telah tiba di wad itu, diikuti Encik Khalil dari belakang.

"Assalamualaikum, Tan Sri Afnan. Macam mana dengan keadaan Tan Sri hari ini?" tanya Doktor Ainuddin dengan suara yang ramah. Dibiarkan saja jururawat tadi menjalankan tugasnya, memeriksa tekanan darah, kadar denyutan nadi dan jantung.

"Waalaikumussalam, sihat. Terima kasih ya doktor. Disebabkan jasa doktor, saya dapat terus hidup sehingga ke hari ini," balas Tan Sri Afnan bersama senyuman yang nipis.

"Dah memang tugas saya, Tan Sri. Ada rasa kejang atau lenguh ke? Boleh gerakkan jari kaki dan tangan?"

Tan Sri Afnan segera menggerakkan jarinya sepertimana yang disuruh oleh doktor itu. Setelah empat hari kaku tidak bergerak, ototnya langsung tidak dapat mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan. Oleh itu, dia perlu menjalani rawatan rapi bagi memulihkan semula sel saraf dan otot sebelum dibenarkan keluar dari hospital.

"Alhamdulillah, boleh. Cuma tak boleh gerak banyak sangat."

Doktor Ainuddin menganggukkan kepala. Jururawat yang ada di sisi segera menulis rekod kesihatan terkini Tan Sri Afnan manakala Encik Khalil dan Dato' Zainal sekadar mendiamkan diri, memberi ruang buat doktor itu menjalankan pemeriksaan.

"Baiklah. Nanti saya akan segera jalankan rawatan yang Tan Sri perlukan. Buat masa ni jangan banyak sangat bergerak sebab luka Tan Sri masih belum sembuh."

"Terima kasih banyak-banyak, Ainuddin. Saya terhutang budi," balas Dato' Zainal bagi pihak Tan Sri Afnan. Doktor lelaki yang berumur 40-an itu sekadar tersenyum.

"Sama-sama. Saya minta diri dulu ya. Kalau ada apa-apa, boleh panggil saya atau jururawat yang bertugas."

Dato' Zainal dan Encik Khalil mengukirkan senyuman dan menganggukkan kepala, memberi keizinan untuk lelaki itu berlalu pergi menyelesaikan tugas yang seterusnya. Saat doktor lelaki itu menarik pintu wad khas itu, mata Tan Sri Afnan tertancap pada beberapa orang pegawai polis yang sedang berdiri tegak di luar, tahulah dia itu semua pasti arahan Dato' Zainal. Dia tersenyum nipis.

"Aku hargai jasa kau, Zainal tapi kau tak perlu sampai arahkan orang-orang bawahan kau jaga keselamatan aku. Aku bukannya sesiapa. Tak ada jawatan pun..."

"Tapi nyawa kau tetap berharga. Kalau kau mati, Danial akan jadi macam kau. Menyesal seumur hidup."

Kata-kata Dato' Zainal meskipun kedengaran kasar, namun ada benarnya. Akibat kelalaian Tan Sri Afnan, dia terpaksa menerima taruhan terbesar dalam hidupnya apabila isteri dan anak perempuannya dibunuh kejam oleh Tuan Razen.

Hakikatnya, itu bukanlah kelalaian yang disengajakan kerana rancangan yang dirancang penuh teliti itu sebenarnya musnah disebabkan adanya musuh dari dalam. Perlahan-lahan menyusup dari luar dan bersembunyi disebalik gelaran pegawai anggota polis yang boleh dipercayai. Licik!

"Sampai bila kita nak biarkan Razen terlepas? Dah berapa banyak mangsa yang hilang dan terkorban? Kita tak boleh biarkan benda ni berleluasa! Lama kelamaan masyarakat sendiri hilang kepercayaan terhadap polis!"

Dato' Zainal bersuara tegas menyuarakan pendapatnya apabila melihat lelaki itu sekadar membisukan diri, berharap lelaki itu akan terbuka mata dan mindanya mengenai perang psikologi yang sengaja dicetuskan oleh Razen terhadapnya.

"Aku yakin, tanpa aku... kau boleh buat Zainal. Kalau tak, kau tak kan jadi pengganti aku. Jangan jadi pengecut, Zainal. Aku yakin kau boleh," balas Tan Sri Afnan dengan suara yang mendatar.

Pandangan tajam lelaki itu langsung tidak dibalas. Dia pasti... lelaki itu sangat marah dan bengang dengan ucapannya. Bukannya dia tidak mahu kembali menjalankan tugasnya tetapi... jika keluarganya sendiri tidak mampu dia lindugi apatah lagi orang lain yang berada di luar sana.

Dia kesal kerana tidak mampu menjadi pelindung yang terbaik buat mereka yang memerlukan. Kegagalannya melindungi keluarganya sendiri menyebabkan dia turut merasa gagal melindungi masyarakat. Oleh itu, lebih baik dia menyerahkan jawatannya kepada sesiapa yang lebih layak.

"Bukan aku tapi sebenarnya kau yang pengecut, Afnan! Kau pentingkan diri sendiri! Disebabkan sekali kejatuhan kau, kau takut nak bangkit semula dan biarkan orang lain pula yang jadi mangsa. Kematian isteri dan anak kau dijadikan alasan untuk kau mundur dari medan peperangan! Apa yang berlaku ni dah menjadi aturan Allah dan bukannya salah kau. Hakikatnya, kau sendiri yang tak reda dengan takdir Tuhan!"

Kata-kata Dato' Zainal menyebabkan Tan Sri Afnan mengalirkan mutiara dari tubir matanya tanpa sedar. Encik Khalil yang dari tadi menjadi pemerhati perbalahan di antara dua orang rakan itu memutuskan untuk pergi dari situ, memberi ruang untuk mereka berdua berbicara.

Dia sangat faham dengan keadaan Tan Sri Afnan. Kehilangan orang yang paling dicintai menyebabkan seluruh jiwanya musnah berkecai. Dengan hanya sekali tusukan pedang oleh pihak musuh, matlamatnya sebagai seorang pahlawan yang ingin berbakti terhadap masyarakat juga dengan mudahnya punah dan musnah.

"Ya, aku mengaku yang aku tak mampu nak tangkap Razen. Sepanjang perjalanan karier kau, kau yang selalu berhadapan dengan dia. Jadi, kau dah tahu dan hadam setiap gerak-geri, rancangan dan teknik licik dia. Redalah dengan apa yang dah terjadi, Afnan. Isteri dan anak kau sendiri pasti tak nak kau terus menyesal macam ni. Lepaskan rantai kekesalan yang pernah membelenggu kau selama ni..."

Kali ini, Dato' Zainal memberi pujukan yang lembut. Bukannya dia tidak cuba memahami keadaan lelaki itu namun, yang sudah berlalu biarkanlah terus berlalu. Adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah. Jangan disebabkan kita membiarkan kesedihan dan kekecewaan terus berlarutan dalam diri, psikologi dan jiwa kita terus terseksa tidak mahu bangkit kembali.

"Cukuplah sampai di sini. Sampai bila kau nak macam ni? Semua orang perlukan kau. Mana perginya prinsip kau yang selama ni nak berbakti kepada masyarakat dan mengekang segala kejahatan? Kembalilah Afnan. Jadi seperti dulu..." rayu Dato' Zainal yang turut sama menangis.

Setiap jatuh bangun dalam kehidupan rakannya itu telah disaksikan dan tersimpan kemas dalam kotak memori sejak mereka berdua di bangku sekolah menengah lagi. Tubuh lelaki itu terus dipeluk apabila matanya melihat air mata jantan lelaki itu tidak ada tanda-tanda mahu berhenti. Dia faham pasti berat untuk merelakan segalanya namun... Tan Sri Afnan tetap perlu cuba.




















•𖧷•























MATA Ivy tercelik apabila telinganya dapat menangkap bunyi tapak kasut mendekati dirinya. Dalam keadaan tangan yang diikat dan perutnya menahan kelaparan, dia hanya tidur meringkuk separuh lena di atas lantai yang bersimen dengan merapatkan kedua-dua lututnya ke dada. Bahaya yang bila-bila saja boleh mendatang menyebabkan dia sering terjaga lalu tertidur semula.

Langit yang masih kelam dan gelap yang dilihat oleh Ivy melalui sebuah tingkap yang dipagari besi menunjukkan hari masih malam dan tiada tanda-tanda mentari mahu menjengukkan diri. Segala yang terjadi hari ini menyebabkan malamnya terasa panjang dan meletihkan.

"Bangun!"

Suara seorang lelaki dengan tubuh yang besar bertindak mencengkam kasar rambutnya yang ditutupi tudung. Dalam keadaan payah dan tidak bermaya, dia terpaksa juga memaksa dirinya bangun dari pembaringan meskipun agak lambat. Menggigil-gigil tangannya menongkat badan di atas lantai.

Lelaki itu terus meleraikan ikatan tangannya pada tiang lalu tangannya digari. Tidak cukup dengan itu, sekali lagi dia dipaksa bangun berdiri umpama diperlakukan seperti binatang. Pergerakannya yang lambat seperti siput menyebabkan tahap kesabaran lelaki itu menipis lalu tubuhnya ditendang kuat tanpa ada sedikitpun belas kasihan. Ivy terus jatuh tersungkur ke sisi.

"Bila aku suruh bangun tu, bangunlah cepat sikit, perempuan! Ini tak, terhegeh-hegeh! Kau tercegat apa lagi di situ! Bangun sekarang sebelum aku pukul kau lagi! "

Lelaki bengis itu mengugut kasar apabila melihat Ivy masih terduduk di atas lantai dan sekadar mendiamkan diri. Dengan sisa kudrat yang ada, Ivy menggagahkan diri juga bangun berdiri walaupun kakinya terasa lemah pada saat ini. Tubir matanya yang bertakung dengan air mata sekali lagi tumpah mengalir ke pipi namun, esakannya di pekung dada terpaksa ditahan.

Jantungnya berdegup kencang dan badannya semakin menggigil apabila melihat lelaki berwajah bengis itu merapati dirinya. Tamparan dan tendangan yang diberikan oleh Luna tadipun masih terasa sakitnya, ditambah pula seksaan yang diberikan oleh lelaki itu, menyebabkan kudratnya semakin hilang dan terhakis.

"Lebih baik kau berhenti menangis sebelum aku pecahkan muka kau dengan tangan aku ni!"

Lelaki itu terus mengacu penumbuk tepat di hadapan gadis itu. Ivy terus membatukan diri dan menekur memandang lantai. Mata lelaki bengis itu langsung tidak berani ditatap apatah lagi melawan setiap tutur katanya. Melihat keadaan Ivy yang terdiam dan menundukkan kepala, lelaki itu mengukirkan senyuman sinis penuh kemenangan! Dia gembira dan puas melihat gadis itu menggigil ketakutan!

"Sekarang, ikut aku! Jangan cuba nak lari atau kau akan mati! Bukan kau seorang je tapi keluarga kau sekali!" ugutnya lalu terus mencengkam kuat lengan gadis itu, mengheret dan memaksa Ivy mengikut jejak langkahnya.

Pistol yang tersimpan kemas di saku seluarnya dicapai lalu dihalakan ke leher Ivy. Tangan kekarnya yang dipenuhi tatu itu pantas menarik kasar lengan Ivy. Langkahnya yang terlalu cepat menyebabkan gadis itu agak ketinggalan lalu tersungkur jatuh melutut di atas lantai. Ivy merintih sakit.

"Bangun! Jalan tu cepat sikit! Lembablah kau ni!"

Lelaki itu menengking garang lalu pistolnya dihentak kuat pada kepala Ivy tanpa mempedulikan keadaan gadis itu yang sedang kesakitan dan keletihan. Dengan kasar, sekali lagi Ivy dipaksa berdiri, menyebabkan rentak pernafasannya tidak teratur dan tercungap-cungap. Disebabkan tidak mahu dipukul lagi, dia terpaksa juga menyamakan rentak langkahnya dengan lelaki itu.

Tubuhnya terus diheret kasar sehingga langkahnya terhenti di hadapan suatu pintu besar yang dikelilingi rantai bermangga pada tempat pemegangnya. Salah seorang pengawal yang berpakaian serba hitam dan bersenjata di situ terus memasukkan satu kunci ke dalam mangga tersebut lalu rantai besi yang mengelilingi pemegang pintu itu segera dilepaskan.

Pintu itu dibuka lalu sekali lagi dia diheret masuk ke dalam. Saat kakinya melangkah masuk, matanya terus membesar apabila melihat ramai gadis yang berada di dalam bilik itu dalam keadaan tangan kanan dan kiri mereka dirantai dari dua arah yang berbeza. Ada di antara mereka yang melihatnya dengan pandangan simpati dan ada juga yang menangis lirih.

Namun, dia tidak mampu melakukan apa-apa kerana nasibnya juga akan sama seperti mereka. Hanya pandangan sayu saja mampu dia berikan sambil kakinya berjalan longlai menuju ke suatu penjuru di bilik itu. Bibirnya diketap rapat menahan sebak di dada. Secara tiba-tiba, kedua-dua belah tangannya ditarik kasar lalu digari dengan rantai besi yang panjang sama seperti mereka yang lain.

"Duduk sini diam-diam! Kau jangan sesekali cuba nak memberontak atau lari kalau tak nak nyawa kau melayang! Faham!"

"Fa... faham." Tergagap-gagap Ivy menjawab arahan lelaki itu. Badannya menggigil ketakutan.

"Bagus! Sekarang kau nikmatilah masa sekarang selagi boleh sebelum kau dijadikan hamba pelacuran..." kata lelaki itu dengan sengihan yang tidak mampu diertikan maknanya. Dia terus berlalu pergi dari situ lalu menghilang dari pandangan sebaik saja pintu besar tadi ditutup rapat.

Ivy tersentak mendengar kata-kata terakhir lelaki itu. Hamba pelacuran? Terlayar pelbagai bayangan mengerikan dalam fikirannya. Serta-merta air liur ditelan kesat. Akibat tidak mampu menanggung lagi sebak di dada, dia terus menumpahkan air mata.

'Ya Allah... tolonglah aku. Aku tak kuat...'



















ATTENTION!



Korang!

Actually BAB 48 | Murah, saya tersilap tulis karakter! 😭 Sebelum ni saya tulis Haffaz tapi sebenarnya yang dengan Rita kat kampung tu Nurhan! Allahu kesian Puan Zulaikha tersilap anak gara-gara saya! 😭

Patutlah saya macam pelik. Maafkan saya readers. 😭 Author pening, korang mesti lagi pening en😂. Inilah yang terjadi bila dah lama tak menulis 😌

Btw meh sini saya nak tegakkan kembali kebenaran ceh... Harap korang tak terkeliru lagi la ek

(Hek eleh padahal author yang keliru...)

Ok stop! Saya tahu saya salah. Maafkan saya huaaa😭. Ok dah jgn gedik. Jom tengok bwh ni, antara watak yg penting: ⬇️

PARIS

- Danial Faiz

- Razuddin
- Ikram
- Andrea/ Amira
- Amirul
- Haffaz
- Luna/ Zahra
- Alex
- Cassandra


MALAYSIA

- Tan Sri Afnan
- Dato' Zainal
- Encik Khalil
- Rita
- Nurhan
- Nana
- Pn. Zulaikha
- Lian
- Khairul


Btw bab ni sy taip 2.2k lebih auu. Jgn lupa vote hshshshshs

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro