BAB 54 | RAHSIA ORGANISASI

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

وَأُفَوِّضُ أَمْرِىٓ إِلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرٌۢ بِٱلْعِبَادِ

"Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya."

















SENGAJA Inspektor Khalil membiarkan kesunyian mencengkam suasana di dalam pejabat ini. Memberi masa untuk Nurhan menghadam semua jawapan yang datang secara bertubi-tubi. Memang sukar untuk menerima kenyataan tetapi itulah takdir yang Allah sudah tetapkan. Meskipun dapat kembali ke masa lalu, takdir kematian Najwa tetap akan berlaku.

Air mata Nurhan tumpah juga mengenangkan adiknya yang tidak sempat bertaubat dan diberi peluang memadam dosa-dosanya. Kematian tragis akibat mengikut telunjuk lelaki tidak bertanggungjawab itu membenihkan perasaan benci dan dendam dalam hati Nurhan. Dia mahu lelaki itu ditangkap, dipenjara dan diseksa selayaknya jenayah yang telah dilakukan!

"Kami mendapati bukan Najwa dan Rita saja yang menjadi mangsa. Saya percaya kes kehilangan ramai gadis sebelum ini berpunca daripada Razen. Lelaki ini cuma pengikutnya yang setia."

Tanpa sebarang soalan daripada Nurhan, Inspektor Khalil memberitahu info tersebut. Nurhan terus mendongakkan kepala. Dia terkejut besar.

"Mak... maksud tuan, Tuan Razen? Penjenayah berbahaya tu? Dia masih bebas?"

Nama Tuan Razen sering muncul di kaca televisyen beberapa tahun yang lalu dan hangat diperkatakan oleh masyarakat pada masa itu. Masyarakat menjadi takut. Namun sejak kebelakangan ini, berita tentang penjenayah itu semakin hilang seiring berlalunya masa. Ramai yang beranggapan lelaki itu telah ditangkap. Nama Tuan Razen telah dilupakan.

"Ya. Razen licik. Dia gunakan kuasa pihak atasan untuk hilangkan jejak najis yang ditabur. Organisasi keselamatan negara kita dalam bahaya kalau orang macam ni tak ditangkap..." ujar Inspektor Khalil yang turut marah.

"Najis meskipun dihilangkan... tetap ada kesan. Tetap ada bau..." Nurhan menyambung. Inpektor Khalil mengangguk mengiyakan.

"Sebab tu kami masih berusaha mencari musuh-musuh yang menyorok di dalam selimut. Suspek dah ada tapi... bukti-bukti yang ada masih samar. Tanpa bukti yang kukuh, waran tangkap tak boleh dikeluarkan."

Dalam diam, Nurhan mengeluh perlahan. Sukar untuk dia memahami selok-belok dunia siasatan. Kewujudan perundangan sememangnya menjaga keamanan negara namun, adakalanya undang-undang yang dikenakan langsung tidak masuk akal! Dalam keadaan hal penting seperti ini, pegawai polis tetap terikat dengan peraturan dan kerana itu penjenayah seperti Tuan Razen masih bebas di luar sana!

"Saya faham kamu marah tapi dalam hal ni kita tak boleh terburu-buru buat keputusan. Razen dan pengikutnya licik. Mereka sentiasa ada back up plan. Tersilap langkah, semua orang akan terbunuh. Dia terkenal dalam dan luar negara. Dia ada kabel yang kuat dan sebab itu kita kena dapatkan lebih banyak kuasa."

Inspektor Khalil membulatkan benua eropah dan asia di atas sebuah peta dunia bersaiz kertas A4 yang telah diklipkan pada fail siasatan. Bulatan merah yang ditanda itu memberi satu lagi kejutan buat Nurhan. Dia tidak sangka pengaruh penjenayah itu sangat besar.

"Kita perlukan bantuan organisasi keselamatan dan pertahanan di luar negara. Pencarian mereka yang bersubahat dengan Razen sudah dibuat. Siasatan demi siasatan sedang dilakukan. Sekarang, kami hanya perlu menunggu laporan. Suspek-suspek yang ditangkap ni kami akan gunakan untuk dapatkan maklumat dan tangkap Razen." Inspektor Khalil menyambung lagi.

Nurhan menyandarkan tubuhnya di kerusi. Dia terkedu. Siasatan kali ini dilakukan secara besar-besaran. Tidak pernah dia mendengar kes besar seperti ini berlaku di Malaysia. Bulu romanya meremang. Situasi mereka seperti mahu berperang.

"Kes kali ini terlalu sulit dan rahsia. Sebab itu masyarakat tak dapat apa-apa berita. Kalau tak... memang huru-hara," gumam Nurhan namun masih kedengaran jelas pada pendengaran Inspektor Khalil.

Inspektor Khalil tersenyum nipis lalu bangun dari kerusinya. Kakinya dibawa ke arah jendela. Kedua-dua belah tangan diletakkan ke belakang. Lagaknya seperti orang yang telah biasa mengalami pelbagai situasi mencemaskan. Pemandangan jalan raya yang agak sesak di luar tingkap diperhati lama.

"Ya, betul. Kadang rakyat akan beranggapan yang kehidupan mereka aman dan damai sedangkan musuh ada di mana-mana. Pertahanan negara yang goyah menjadi rahsia organisasi keselamatan negara. Mereka berjuang dalam diam tanpa ada sesiapa yang tahu. Nyawa menjadi taruhan dan masyarakat akan mula sedar apabila mereka sudah menjadi jenazah..."

Nurhan terkedu mendengar penjelasan yang bersifat luahan itu. Mereka jarang dihargai. Gaji juga tidak sebesar mana. Namun, amanah yang disandang tetap dijalankan dengan baik. Ada yang benar-benar ikhlas dan ada yang berpura-pura demi mendapatkan penghargaan dan jawatan. Setiap perkara ada sisi gelapnya sendiri. Baik dari segi politik mahupun pendidikan, pasti ada manusia-manusia yang bertuhankan nafsu.

Kesepian yang mencengkam suasana ketika itu disambar bunyi dering telefon pintar milik Inspektor Khalil. Lelaki itu terus menjawab panggilan tersebut. Nurhan tenggelam dalam dunianya sendiri. Kini, hanya kedengaran balasan suara milik Inspektor Khalil dengan seseorang yang tidak diketahui melalui panggilan telefon.

"Apa? Tan Sri Afnan dah sedar? Syukur... alhamdulillah. Saya ke sana segera."

Suara Inspektor Khalil kedengaran gembira. Panggilan terus dimatikan. Nurhan yang sejak tadi hanya berdiam diri terus bangun lalu bibirnya menguntumkan senyum, memahami situasi inspektor itu yang mempunyai urusan lain. Dia tidak mahu lelaki itu rasa serba-salah kerana terpaksa menunda siasatan mereka.

"Minta maaf. Saya ada urusan penting. Boleh kita tunda ke hari yang lain?" Inspektor Khalil tetap memohon maaf meskipun Nurhan amat memahami situasinya. Melalui air muka Nurhan, sedikitpun lelaki itu kelihatan tidak keberatan.

"Tak apa, tuan. Saya faham."

"Baik, terima kasih."

Setelah itu, Inspektor Khalil terus keluar dari pejabat dengan tergesa-gesa. Mata Nurhan mengekor pemergian pegawai polis itu dan dia hanya tegak berdiri di situ. Dia perlu bertindak sebelum terlambat! Lakonannya berjaya menipu lelaki itu. Bibirnya tersenyum nipis.

























«•»


























SETELAH mematikan enjin keretanya, Inspektor Khalil terus menuju ke wad khas yang menempatkan Tan Sri Afnan. Para pegawai polis yang menjaga lelaki itu di luar wad menundukkan sedikit badan sebagai tanda hormat kepada lelaki itu. Inspektor Khalil tidak membalas dan terus meluru masuk ke dalam.

Tan Sri Afnan yang menyandarkan tubuhnya ke katil terus tersenyum kendatipun dia masih tidak bermaya. Mukanya pucat tetapi kelihatan berseri. Setelah hampir seminggu koma, akhirnya lelaki itu sedarkan diri juga. Tanpa berkata apa-apa, Inspektor Khalil terus memeluk lelaki itu. Dato' Zainal yang berada di sisi katil hanya tersenyum.

"Alhamdulillah. Aku bersyukur masih diberi peluang kedua," ujar Tan Sri Afnan bersama senyuman. Belakang lelaki itu ditepuk perlahan.

"Itu sebagai tanda kau perlu bantu kami, Afnan. Tangkap Razen. Kau saja yang lebih tahu sifat licik dia." Dato' Zainal terus bersuara lembut, memujuk lelaki itu lagi.

"Ya... nampaknya begitulah..." Tan Sri Afnan tersenyum tawar.

Sejarah bakal berulang. Kehilangan insan tersayang memberi ketakutan dan trauma yang berpanjangan. Tuan Razen berjaya membuatkan Tan Sri Afnan melepaskan jawatannya. Kini, lelaki itu semakin buas memburu mangsa-mangsa yang tidak berdosa. Jiwanya semakin serakah mengumpul harta.

"Tan Sri masih belum pulih sebelumnya. Macam mana bekas jahitan terbuka? Nampaknya sepanjang menjalankan misi, kami perlu menjaga Tan Sri," balas Inspektor Khalil setelah meleraikan pelukan.

"Tak perlu. Misi kita menangkap Razen, bukannya menjaga saya. Kematian kita hanya Allah yang tahu. Kita akan pergi pada masa, tempat dan situasi yang tepat. Jadi, tak perlu risau. Semuanya dalam genggaman Allah..."

Inspektor Khalil menganggukkan kepala lalu tersenyum, menghormati pendirian dan keputusan lelaki itu.

"Ada apa-apa laporan daripada pihak di sebelah sana?" tanya Inspektor Khalil kepada Dato' Zainal. Tan Sri Afnan kelihatan tidak terkejut. Pasti Dato' Zainal telah memaklumkan hal itu kepada lelaki itu.

"Setakat ini... masih belum. Saya risau juga. Harap rancangan kita berhasil..." Dato' Zainal kelihatan gusar.

"Tak apalah. Mungkin mereka masih menjalankan siasatan." Inspektor Khalil cuba bersangka baik. Dato' Zainal tersenyum kelat manakala Tan Sri Afnan hanya mendiamkan diri. Dia kelihatan tenang sedangkan mereka sudah kesuntukan masa.














- Tengah cuti sek ke tu? 👀
Untung lerrr 😶

jgn lupa vote 🤍

13/12/2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro