BAB 8 | TRAGEDI

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KEADAAN di dewan kuliah terasa sedikit janggal dan kekok. Ivy membaca buku yang berada di hadapan, cuba menghilangkan rasa gugup dan resah. Setiap butir perkataan yang diucapkan oleh pensyarahnya langsung tidak dapat diambil perhatian.

Meliar pandangannya memerhati sekeliling lalu semua orang di situ kembali menumpukan perhatian terhadap Miss Feira. Keluhan dilepaskan. Sampai bila dia mahu jadi begini?

"Relaks, Ivy. Jangan risau sangatlah. Kau je yang overthinking," bisik Ivy kepada dirinya sendiri

Kini, dia kembali fokus. Setiap butir perkataan yang terpapar di layar skrin terus ditulis di dalam buku notanya. Baru sahaja dia ingin mengangkat muka, sebiji telur mentah dibaling ke mejanya lalu pecah. Dia terkedu.

Kedengaran gelak tawa beberapa orang pelajar perempuan. Dia tidak berani untuk mengangkat muka, hanya mampu menundukkan kepala dan menatap cecair telur yang melekat pada baju dan tudungnya.

Sedih dan esak tangis cuba ditahan. Baginya, ini permulaan yang terlalu awal untuk dia bersedih. Lagipun, dia bukannya seorang gadis yang lemah dan berhati tisu. Walaupun mukanya kelihatan naif, ternyata mereka salah membuat tafsiran. Hubungan persahabatannya dengan Fasha, Tengku Dayang dan Fazrina banyak mengajarnya pelbagai perkara dan mereka berjaya menempuh dugaan itu bersama-sama.

"Fuh! Relaks Ivy. Mereka tak tahu siapa kau lagi. Bila dah sampai masanya nanti, baru kau tunjuk taring kau." Dia berkata perlahan. Nada suaranya sedikit menggeletar.

"Hey girl, are you okay? Do you want me to punish them?" Sapa Miss Feira tiba-tiba. Nasib baiklah pensyarahnya ini baik.

"No need, Miss Feira. I'm okay. This is just small matter. Hmm, may I go to the toilet?"

"Sure."

Dia terus bangun dan berlalu pergi. Suara perlian Cassandra dihiraukan. Kaki terus dibawa ke tandas yang terletak hanya berdekatan dengan dewan kuliah.

"Tak guna punya, Cassandra! Jangan ingat aku tak tahu yang ini kau punya kerja!" bebel Ivy dengan nada yang geram. Tudung dan bajunya yang kotor terus dibilas dengan air.

"Sudahlah tudung dan baju ni mahal!"

Sekiranya Fasha, Dayang dan Fazrina ada bersamanya sekarang, sudah lama riwayat Cassandra itu akan ditamatkan! Jangan main-main dengan ketua mereka, Fasha. Boleh tahan sinisnya.

"Tudung dan baju besar macam ni bukan selalu murah-murah ke? Tiada jenama. Lagipun kau datang ke sini mesti disebabkan biasiswa kan?" ujar satu suara tiba-tiba.

Ivy terus memandang ke sisi. Terkejut dia dibuatnya apabila melihat seorang lelaki bertopi yang tidak dikenali berada di dalam tandas perempuan. Dia terus melangkah setapak ke belakang. Berharap semoga dia tidak diapa-apakan.

"Alahai, engkau ni janganlah terkejut. Aku ni perempuanlah. Pemakaian aku je macam lelaki. Kalau kau tak percaya, suara aku ni mana ada garau," ujar gadis itu lagi.

Ivy sekadar mengangguk lalu tersengih. Dia baru perasan rambut hitam gadis itu disanggul tinggi. Dan sebab itulah gadis itu kelihatan seperti lelaki.

"Oh begitu. Maaf."

"Tak ada apalah. Lagi satu, kau tak jawab soalan aku lagi."

"Haa soalan?" Soalan dibalas soalan. Gadis itu mendengus dan kelihatan sedikit marah. Jelas terpapar perwatakan kasar dalam diri gadis misteri itu. Dia pula yang berasa takut.

"Aku tanya tadi, kau ni ambil biasiswa ke? Dan lagi satu, baju-baju besar macam ni bukan selalu murah ke sebab tadi kau kata mahal." Sekali lagi gadis itu melontar soalan yang sama.

"Ohh... Saya bukan pelajar yang ambil biasiswa. Dan tentang baju pula, murah dan mahal itu biarlah dirahsiakan. Asalkan saya dapat menutup aurat dengan sempurna." Dia memberikan senyuman.

"Walaupun kau dipaksa, diugut, diseksa dan dimaki, kau akan tetap pertahankan aurat kau?" Dengan senyuman yang sinis, gadis itu bertanya lagi.

Lidah Ivy menjadi kelu. Dia sendiri tidak dapat pastikan sama ada dia mampu pertahankan atau tidak. Sedangkan dirinya baru sahaja memulakan langkah penghijrahan tidak sampai sebulan. Dalam keadaan situasinya sekarang, perkara tersebut agak mustahil untuk dia pertahankan.

Jawapan sepi yang diberikan oleh Ivy mengundang keluhan di bibir gadis itu. Dia tidak mahu memaksa lalu dihulurkan tangan untuk bersalaman. Senyuman manis terukir dibibirnya. Ivy terkedu.

"Lupa nak perkenalkan diri. Nama aku Zahra. Walaupun aku lagi tua daripada kau, tak perlu panggil aku kakak atau sis. Mulai hari ini, kita berkawan. Dan aku janji... Aku akan cuba untuk melindungi kau," kata Zahra bersungguh-sungguh.

"Tapi kenapa?"

"Sebab aku pun macam kau juga. Dipalau dan dihina hanya kerana aku berlatar belakangkan keluarga miskin. Aku pelajar yang menuntut biasiswa," jawab Zahra senada. Ivy mengangguk lagi lalu dia terus menyambut huluran itu dengan hati yang senang.

"Terima kasih. Salam perkenalan, Zahra."









•¤•











SUASANA malam yang sepi itu kelihatan suram tanpa adanya cahaya mentari yang disuluhkan kepada bulan sebagai perantaraan. Bunyi cengkerik mahupun haiwan yang aktif pada waktu malam juga tidak kedengaran. Sunyi dan sepi tanpa ada sebarang bunyi.

Di kawasan pedalaman, terdapat sebuah rumah banglo yang dibina dengan rekaan khas dan elegan. Dan dari salah sebuah bilik, kelihatan seorang budak lelaki yang berumur 11 tahun sedang duduk di atas kerusi meja belajarnya. Danial yang sedang membuat kerja sekolah itu terus berpaling apabila bunyi ketukan pintu biliknya kedengaran.

"Danial? Ibu masuk ya?" sapa satu suara wanita.

"Masuklah. Danial tak kunci!" laung Danial dari bahagian dalam. Wanita itu terus membuka pintu tersebut lalu diberikan senyuman manis kepada Danial.

"Danial masih buat kerja sekolah?" tanya Puan Fakhira lalu bergerak mendekati anak lelakinya yang seorang itu.

"Haah. Ada sikit lagi nak siap," jawab Danial dengan wajah yang comel dan polos. Puan Fakhira tersenyum lalu kepala anaknya itu diusap lembut.

"Rajin betul anak ibu ni. Bagus! Nanti bila dah besar, belajar rajin-rajin. Banggakan ayah dan ibu." Danial pula sekadar mengangguk sebagai balasan.

"Ibu! Ibu!" Laungan Farah kedengaran semakin kuat menghampiri mereka. Setelah itu, terjegul wajah cantik manis gadis itu di hadapan pintu bilik Danial. Puan Fakhira terus dipeluk erat. Manja.

"Dah form 3 pun masih perangai budak-budak lagi," ejek Danial bersama senyuman senget. Farah buat tidak peduli. Ibunya dipandang dengan riak wajah simpati.

"Kenapa, sayang?"

"Farah rindu ayah. Bila ayah nak balik? Dah seminggu ayah tak balik. Banyak lagi ke kerja di luar negara tu?" tanya Farah dengan wajah yang sedih.

Puan Fakhira terdiam lalu dia segera membalas jawapan anak gadisnya itu.

"Nanti ibu call ayah bila ayah nak balik ya. Mungkin dalam dua tiga hari lagi. Sabar ya," pujuk Puan Fakhira dengan lembut. Farah hanya mengangguk.

"Nanti bila ayah dah balik, kita pergi bercuti nak? Tempat yang dekat-dekat sini pun tak apa," kata Farah dengan nada yang bersemangat. Puan Fakhira mengangguk lalu tersenyum.

"Boleh, sayang."

"Puan..." Suara seorang pembantu rumah menyapa. Puan Fakhira segera berpaling memandang Wana yang sekadar berdiri di hadapan pintu bilik.

"Ya, Wana?"

"Err... Ada orang di luar, puan. Tapi orangnya tiada pula," kata pembantu rumah itu dengan nada yang risau.

"Kamu dah periksa CCTV?" tanya Puan Fakhira.

"Sudah, puan. Tetapi tak ada orang."

Puan Fakhira kelihatan berfikir. Siapa pula yang datang mengunjungi rumah tanpa memberitahunya terlebih dahulu? Tidak semena-mena, Puan Fakhira tersenyum. Wana memandang pelik.

"Kenapa, puan?" Seriau pula dia melihat senyuman wanita itu.

"Saya rasa itu mesti suami saya. Dia nak buat suprise lah tu," ujar Puan Fakhira bersama senyuman nakal. Wana memandang hairan. Dia tidak berfikir begitu.

"Tapi boleh je kalau Encik Afnan masuk sendiri. Dia ada kunci pendua, puan," kata Wana, masih risau. Puan Fakhira hanya menggelengkan kepala.

"Jangan risaulah, Wana. Saya kenal suami saya. Sebelum saya kahwin pun, dia banyak beri kejutan dekat saya."

"Tapi..."

Tanpa mengendahkan Wana, Puan Fakhira terus melangkah keluar daripada bilik. Baru sahaja dia ingin turun tangga, telefon pintarnya berbunyi. Terpapar nama suaminya pada layar skrin. Panggilan suaminya itu terus dijawab bersama senyuman yang lebar.

"Assalamualaikum, abang. Alahai, tak payah buat kejutan pada saya. Saya tahu abang ada di depan pintu pagar kan?" Puan Fakhira terus menyapa dengan nada yang gembira.

"Abang ada di pintu pagar? Mana ada," nafi Encik Afnan bersama kerutan di dahi.

"Eleh, tak payah tipulah. Saya tahu abang ada di luar," kata Puan Fakhira lagi.

"Ya Allah, sayang! Demi Allah itu bukan saya! Saya telefon awak ni sebab saya nak beritahu yang saya balik esok. Lebih baik awak beritahu saya, siapa yang ada di luar? Awak ada dalam bahaya ke?"

Dengar sahaja jawapan suaminya, langkah Puan Fakhira serta-merta terhenti. Mukanya kelihatan pucat dan takut. Segera dia berlari naik ke atas semula dan menuju ke bilik anaknya.

"Puan?" Tingkah laku Puan Fakhira yang berubah serta-merta menyebabkan Wana menjadi bingung.

"Farah! Danial! Ikut ibu sekarang!" Tanpa menunggu jawapan kedua-kedua anaknya itu, lengan mereka terus ditarik dan dibawa ke dalam sebuah bilik.

"Ibu? Kenapa ni?" tanya Farah, panik.

"Tak ada masa ibu nak terangkan. Yang penting kamu berdua kena bersembunyi!" ujar Puan Fakhira lagi.

Dia terus membuka sebuah almari besar yang mengandungi banyak pakaian bergantungan di dalamnya. Pakaian-pakaian tersebut diselak lalu dia menekan satu butang kecil di bahagian tepi sekali. Setelah itu, sebuah pintu umpama lif terus terbuka. Farah dan Danial terkejut bukan kepalang kerana mereka tidak menyangkakan perkara itu selama ini.

"Farah, lif ni akan membawa kamu ke bahagian ruang bawah tanah. Dan akan ada sebuah pintu di sebalik almari. Jadi, teruskan perjalanan sehingga kamu berjaya jumpa jalan keluar dari kawasan ni. Ibu nak kamu jaga adik kamu sebaik mungkin. Pastikan dia selamat, ya?" kata Puan Fakhira lagi dengan nafas yang semakin laju.

"Tapi, kenapa? Kenapa ibu tak ikut?" tanya Farah bersama esak tangisnya. Puan Fakhira hanya tersenyum.

"Andai ibu masih hidup, kita pasti akan bertemu semula, sayang. Ingat pesan ibu. Jaga Danial dengan baik."

Farah hanya mampu menganggukkan kepala. Puan Fakhira terus mencium pipi kedua-kedua anaknya itu. Air mata tidak dapat ditahan lalu mengalir jatuh ke pipinya jua. Setelah itu, dia terus menekan butang merah itu lalu pintu tadi pun tertutup.

Sampai sahaja Danial dan Farah di ruang bawah tanah, mereka berdua terus mencari sebuah almari yang dikatakan oleh ibu mereka.

"Kakak, rasanya yang ini!" ujar Danial sedikit kuat.

"Mari kita tolak sama-sama." Farah pantas memberi kata putus. Danial terus mengangguk.

"Hiyahhh! Sikit lagi!" Dengan sekuat tenaga dan beberapa kali cubaan, mereka terus menolak almari itu ke tepi. Akhirnya, terpampang sebuah pintu di belakang almari itu.

"Danial, cepat masuk!"

"Kakak tak nak masuk?" Danial terus bertanya hairan. Farah tersenyum lalu menggelengkan kepala. Danial terus sebak.

"Ke... Kenapa?"

"Kalau kita berdua larikan diri, dia orang akan jumpa pintu ni. Jadi, kita tak kan selamat walaupun dah larikan diri. Kalau kakak tak pergi, kakak boleh tolak almari ni dan pintu ni tak kan nampak."

"Tak nak! Kakak dah janji nak jaga Danial! Kalau selama ni Danial sakitkan hati kakak, Daniak minta maaf! Danial janji tak kan byat lagi. Danial sayangkan kakak. Sayang sangat-sangat!"

Danial menangis teresak-esak dalam pelukan Farah. Gadis itu lantas menenangkan adiknya itu. Kepala Danial diusap.

"Jangan risau. Kakak tak ambil hati pun. Kalau Danial sayangkan ibu dan kakak, ikut cakap kakak. Kalau Danial tak pergi, ayah akan seorang diri. Siapa yang nak jaga ayah nanti?" pujuk Farah lembut. Sebaknya sedaya upaya ditahan.

"Baiklah. Danial ikut cakap kakak. Tapi kakak janji kena kembali tau. Jangan tinggalkan Danial," ujar Danial perlahan. Air mata yang bertakung di tubir mata dilap. Jari kelingking ditunjukkan. Farah tersenyum lalu diapun menyambungkan jari kelingkingnya dengan jari kelingking Danial.

"Ya. Akak janji. Kita sekeluarga pasti akan bersama. Kalau bukan di dunia, Insya Allah di Syurga."



























Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro