PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AMARAN ‼️ SEMUA HASIL KARYA ADALAH 100% DARIPADA IDEA PENULIS SENDIRI. JADI, DIHARAMKAN UNTUK MENCIPLAK, PLAGIAT, MENIRU DLL.

SEBARANG PERSAMAAN DARI SEGI NAMA WATAK DAN JALAN CERITA JUGA SEKADAR KEBETULAN.

Trailer - Rahsia Sebuah Hati

https://www.youtube.com/watch?v=UqlJq371jpw


Setiap hati, ada tersimpannya rahsia yang tersendiri.

Takdir yang Allah ukir, lebih baik daripada apa yang kita fikir.





───•¤•───







Imbas kembali,

"Ivy?" Secara tiba-tiba, suara Danial menyapa.

Lantaran itu, dia terus berdiri tegak, tidak berani untuk berpaling ke belakang. Perlakuan Ivy menyebabkan Danial hairan lalu dia terus berdiri di hadapan gadis itu. Ivy mendongak. Lidahnya kelu. Danial nampak santai dengan baju t-shirt dan hoodienya. Kacak!

"Oo... hai. Awak dah sampai rupanya." Ivy tersenyum manis.

Namun, Danial masih tetap dengan muka bekunya. Secara tiba-tiba, dia menarik senyuman sinis.

"Huh! Kau buta ke? Kalau tak, kenapa aku ada di depan kau sekarang." Danial menjawab dengan dingin. Terus mati senyuman Ivy.

"Hahaha. Haahkan. Saya ni rabun agaknya." Ivy ketawa palsu sambil mengetuk kepala.

'Dinginnya mamat ni!'

"Biar aku berterus terang dengan kau."

Kata-kata Danial membuatkan Ivy tidak sedap hati. Kepalanya terdongak melihat jejaka itu.

"Aku tahu niat kau. Tapi, maaf. Aku langsung tak berminat dengan perempuan yang macam kau ni. Gaya macam tak ada maruah pun ada." Kata-kata Danial sungguh tajam bagaikan belati yang menoreh hati.

Ivy terasa mahu menangis sekarang. Segera dia mengalihkan mukanya ke arah lain. Air matanya cuba ditahan, namun itu bukanlah daya upayanya. Empangan matanya pecah. Danial terkedu. Wajah gadis itu kelihatan merah menahan malu, sedih dan amarah yang kini bercampur-baur.

'Alahai, sensitif rupanya perempuan ni.'

"Ya. Saya mengaku saya sukakan awak. Dan saya juga mengaku yang saya tak layak untuk awak, Danial. Saya tak kisah kalau awak tolak saya sebab bukan awak seorang je lelaki yang ada di dunia ni. Tapi, saya tak kan terima kalau awak dah hina saya. Seteruk manapun saya ni, awak tak layak nak pijak-pijak maruah saya! Tahniah, Danial. Sekarang, saya memang bencikan awak! Forever!" tengking Ivy sepuas hati.

Dia terus berlari pergi dari situ bersama juraian air mata. Hatinya terguris dengan kata-kata Danial. Danial pula hanya berdiri kaku di situ. Tidak tahu untuk berbuat apa. Hatinya menjadi serba-salah tatkala melihat air mata tangisan gadis itu.

'Betulkah apa yang aku dah buat ni?' Bisik hati kecilnya. Serba salah.












───•¤•──









Sudah berbulan lamanya kisah pahit itu terjadi. Namun, ia masih mengekalkan kesan yang sangat mendalam dalam ingatan dan sanubari. Perasaan kecewa dan luka yang tergores di hati, hanya dirinya sendiri yang merawat biarpun tempoh masa yang diambil begitu lama.

'Siapalah kau di matanya, Ivy... '

'Dia memang sangat bencikan kau.'

'Sudahlah, Ivy. Move on. Lupakan dia.'

'Kau bencikan dia, Ivy! Tolonglah bencikan dia!'

Kata-kata di atas seringkali aku lafazkan. Walaupun acapkali diri ini berusaha untuk menghilangkan wajahnya dari fikiran dan menipu diri sendiri yang aku bencikan dia, hati ini tidak akan sesekali mampu menipu kerana ia sendiri bersifat jujur.

Namun, apa sahaja yang boleh aku lakukan? Hati dia bukan untukku. Dia bukan imamku. Bukan teman sehidup sematiku. Dia hanyalah seorang lelaki yang hadir dalam hidupku hanya sekadar untuk memberikan pengajaran dan peringatan.

Walaupun hati ini ada nama dia, aku tetap perlu yakinkan diri dan akui dengan takdir bahawa aku bukanlah insan yang layak untuk mendampingi hatinya. Kaulah Danial Faiz, lelaki beku, pemberi makna bagi setiap detik degupan jantungku. I hate you but I love you.

Inilah kisahku yang aku nukilkan buat dirimu. Segalanya tentang rahsia sebuah hatiku.

Always be your side,
Ivy Azrin.

Ivy terus menamatkan penulisan diarinya itu dengan noktah. Dia menghela nafas yang terasa berat dengan perasaan rindu dan cinta yang sangat mendalam. Namun, apa gunanya ia jika lelaki itu langsung tidak tahu erti menghargai.

Walaupun dia mempunyai dua belah mata untuk menilai, perilakunya tetap seperti orang buta. Dialah yang membutakan matanya sendiri. Dialah juga yang mengunci setiap sudut pintu hatinya sendiri. Siapa yang tidak kenal manusia spesies ini. Dialah Danial Faiz.

Ivy menutup buku diarinya itu lalu dimasukkan ke dalam beg. Ruang persekitaran biliknya ini dipandang lama lalu perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman. Malam ini, malam terakhir dia mendiami bilik ini kerana pada keesokan harinya, dia akan bertolak ke Paris yang merupakan ibu negara Perancis dan ibu kota bagi negeri Île-de-France.

Beg kertas pemberian kakaknya, Izfina dipandang. Mungkin inilah masanya untuk dia menyahut panggilan Yang Maha Esa. Esok, hari terakhirnya di Malaysia. Biarlah semua perkara yang sudah berlalu teruskan berlalu. Dan biarlah kehidupan barunya di Perancis, menjadi titik permulaan untuk dia berhijrah.

'Ya Allah, semoga Engkau mempermudahkan semuanya,' bisik hati kecil Ivy.




Vote for more update! 😁

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro