TUTORIAL 07 | ILLUSTRATION #1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TUTORIAL 07 | ILLUSTRATION #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama Rain tak buat tutorial. Tutorial kali ni agak panjang babnya (mungkin setaraf bab novel wattpad) jadi mohon bersabar ^

Illustration ni tak simple, tak juga boleh dikatakan wow la. Rain mula minat nak lukis digital, masih jauh lagi perjalanan Rain. Apa pun harap tutorial ni membantu. Btw kalau nak buat ni kena berjam-jam, Rain rasa Rain buat tadi mula pukul 8 malam TT

Tutorial ni Rain kasi full sampai bab colour pun. Sebab tu panjang.

Keseluruhan tutorial ni menggunakan ibispaintx.

.
.
.

Sila tekan layer yang nombor satu ya. Saya lupa nak bulatkan ':

Tekan tombol '+' lepas tu opacity gambar sampai 55%. Kalau tak nak ikut opacity tu pun tak apa, asalkan mata awak boleh nampak bila awak buat lineart nanti. Sila jangan lukis di gambar, lukis di layer.

Pilihlah dua brush yang awak nak. Maaf kalau panahnya agak pelik.

Lukis rambut dan bunga tepi telinga. Lukis apa yang ada di rambut dialah.

Lepas tu kepala, tangan, leher apa semua. Semuanya berkaitan demgan warna kulit. Lukislah dengan teratur walaupun hakikatnya saya lukis dengan teratur bila time tutorial je :)

Lukis baju.

Lukis corak. Entahlah tu corak ke tak.

Lukis kedut-kedut kat baju, biar cantik.

Lepas tu warnakan. Sila tekan layer yang dibulatkan.

Warna ikut colour yang kelihatan pada gambar asli tadi. Lepas tu tekan layer lagi.

Kita nak warna rambut pula. Tekan tombol '+' dan 'clipping' pada rambut yang diwarnakan tadi. Guna warna yang sama dengan rambut tadi. Lepas tu guna multiply untuk hasilkan warna yang gelap.

Lepas dah buat apa yang patut, tekan tombol 'brush' dan 'smudge'.

Tekan brush 'hair'.

Lepas dah smudgekan rambut tadi, boleh lihat hasilnya di gambar yang kecil tu. Saya tak boleh menunjukkan dengan full sebab tak nak screenshot banyak sangat. Lepas dah smudge, tambah layer lagi lepas tu 'clipping'. Gunakan multiply juga.

Pilihlah mana-mana. Dah pilih, brush dekat tempat yang sepatutnya gelap. Sila jangan brush semua. Kalau tak tahu mana tempat yang gelap, rujuklah dengan gambar sebenar dia.

Tambah layer dan 'clipping'. Kali ni gunakan 'add' untuk pencahayaan.

Guna brush 'pen fade' untuk kesan yang lebih baik. Gunakan pada rambut yang terkena cahaya seperti dinyatakan dalam gambar sebenar.

Tambah layer lagi dan 'clipping'. Sila guna multiply.

.
.
.

Kita sambung chapter seterusnya, sebab dah limit TT Mungkin esok saya upload jadi maaf sebab tergantung macam ni :'

Rabu, 8 Mac 2023

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro