RAIN'S NOTE

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya Rain Shop melabuhkan tirai pada 21 Januari 2023. Rain Shop mula ditubuhkan 17 September 2022. 4-5 bulan saya di Rain Shop, terima kasih kepada yang tidak lelah menunggu dengan sabar, sejujurnya saya tahu service saya kadang lambat, kadang laju >.<

Berawal dari bab 1 hingga akhir, saya dah banyak pelajari. Saya publish book ni untuk suka-suka sebab saya rasa saya rindu nak edit semula, mungkin? Apapun, pelbagai request yang kadang mencabar, menarik hati saya bahkan ada yang menjadi kesukaan saya. Terima kasih sebab pernah request di Rain Shop, saya terharu sangat masih ada yang ingin request di sini. Maafkan saya atas beberapa hasil yang tak memuaskan, tak berapa jadi, saya akan berusaha untuk buat hasil yang memuaskan, insya-Allah.

Untuk yang selalu request, terima kasih banyak-banyak ♡ Untuk yang selalu sedekah vote dan kunjung comment di Rain Shop, tyyy ♡

Walaupun kenangan di sini tak banyak, saya hargainya. Saya bukan seorang pro, tapi saya sedang belajar cara menjadinya. Terima kasih atas sokongan yang anda semua berikan, anda semua buat saya tak nak berhenti dari terus berkembang dalam bidang ni.

Terima kasih untuk 7k views dan 1k votes ♡♡

Terima kasih juga berjaya buat book ni jadi 90 bab keseluruhannya hshs, pejam celik pejam celik tak terasa dah banyak bab saya buat :""

Saya tutup Rain Shop sebab storage saya penuh sangat. Saya pun tak nak sampai 100 bab takut banyak pula jadinya. Memandangkan saya akan hiatus, tak bermaksud acc ni hiatus. Cuma saya hiatus untuk persiapan s2, saya tak hiatus untuk benda lain ^^ mungkin menghilang sekejap pastu muncul lagi, kita tengok keadaan.

Saya tak menerima sebarang request, re-do dan seangkatan dengannya. Sebab saya akan uninstall app yang selalu saya gunakan edit, kurangkan storage saya huhu. Jadi maaf ya :""

Apapun, saya mesti akan rindukan followers saya, pelanggan yang request sini, tyy sangat-sangat pernah mengisi hari-hari saya dengan begitu indah :'

Saya tak pasti menghilang berapa lama, mungkin saya muncul hanya untuk check notifikasi. Apapun moga anda semua dapat jalani hidup dengan baik dan selalu bahagia ya. Tunggu untuk s2!

Daripada Rain, 21 Januari 2023

"Jika khidmat ini dapat membahagiakan hari-hari anda, terima kasih kerana pernah berkunjung walaupun sekali" ♡♡♡

♡♡♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro