#R | 05

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

~ Raisha Hanani ~

"KAU tengok tu... Eii, handsomenya bakal pakwe aku!"

Aku kerling wajah Mira yang sedang kegembiraan dalam kegedikannya melihat pelajar lelaki yang baru masuk ke dalam kelas kami beberapa hari lalu. Aku menggeleng tanpa sedar dengan telatah Mira.

Kenapalah yang Mira suka sangat dekat lelaki tu? Bukannya lelaki tu pernah borak dengan dia pun. Pandang pun nak tak nak aje. Muka menyombong 24 jam!

Eh, dah kenapa pula aku mengata mamat tu?

"Gedik giler kawan aku ni!" Aku putarkan bola mataku ke atas. Menyampah juga kekadang dengan perangai Mira yang tak boleh tengok lelaki. Handsome sikit, menggeletis. Padahal bukan lelaki-lelaki tu suka pun dia. Kebanyakannya pakwe orang!

Mira ketawa terkekeh-kekeh. Bahu aku ditampar-tamparnya. Cis, sakit oii!

"Mak cik, kau jangan nak over boleh? Tak senonohlah orang pandang. Cuba control ayu sikit. Ni, tak... patutlah kembar aku reject!" Selamba aku mengutuknya berhadapan.

Ketawa Mira terhenti. Rekah di bibirnya juga hilang. Dia pandang aku dengan pandangan tidak puas hati.

"Kau ni! Menyempat pula nak ungkit! Eii, aku dah nak move on ni! Supportlah member sikit. Ish, kau ni! Tak senanglah..." Mira merungut dengan bibir yang memuncung panjang.

Tersengih aku melihat riak wajahnya. Baru tahu nak diam sikit. Tadi bukan main tergedik sini, tergedik sana...

Namun, tidak sampai seminit diamnya Mira, dia sudah mencuit-cuit lengan aku tatkala si dia yang menjadi perhatian sedari tadi melintas di hadapan kami. Anak mata Mira aku lihat bersinar teruja.

Aku turut memandang ke arah yang sama. Kejung seketika tubuhku tatkala lelaki itu sempat memanah renungannya pada wajah aku. Anak mata kami bertembung buat beberapa detik sebelum terputus dengan pemergian si dia yang semakin jauh.

"Alaa..." Mira mengeluh kecewa.

Berkerut pelipis aku dengan karenahnya. Aku toleh ke sisi, menumpukan perhatian semula kepada Mira.

"Kenapa kau?"

"Dia pandang kau je. Nampak sangat dia tertarik dengan kau!"

Hampir terhenti nafas aku mendengar kata-kata Mira. Aduh, kenapalah Mira bagi ayat harapan tu dekat aku? Dia tak tahu ke hati aku ni rasa semacam setiap kali terpandang budak baru tu? Apa ni? Tak nak, tak nak!

"Err... dia terpandang je kut?" Aku cuba nafikan kata-kata Mira kerana aku tidak mahu terbawa-bawa dengan perasaan. Parah nanti!

"Aku haraplah macam tu..." Mira bersuara lemah. Siap tayang memek muka sedih.

Hendak sahaja aku hamburkan ketawa dengan sikapnya yang pelbagai. Macam-macamlah kawan aku seorang ni...

"Jomlah, balik kelas. Dah beli sandwich ni, aku nak makan dalam kelas je," ajakku tanpa mempedulikan kekecewaan Mira yang penuh kepura-puraan. Bukannya aku kenal dia sehari dua, nak dekat 5 tahun kut!

RAMBUT yang aku lepas bebas tanpa ikatan, aku ramas kasar sehingga berserabai semuanya. Tidak aku peduli apa rupa aku pada ketika ini.

Yang aku peduli adalah mesej yang disampaikan guru sains aku melalui aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Kenapa dalam banyak-banyak makhluk dalam dunia ni, aku digandingkan dengan makhluk itu? Makhluk yang mengganggu ketenteraman hati aku. Makhluk yang mengundang rasa aneh dalam diri aku. Makhluk yang...

"Huwaaa! Kenapa dia? Dan kenapa aku kena dengan dia?"

Aku sembam wajah aku ke meja belajarku. Telefon bimbit yang sudah tercampak ke katil aku perhati. Bibir mencebik, wajah berkerut seakan ingin menangis.

Aku bukan nak drama aku kena berpasangan dengan dia. Tapi, tadi di sekolah aku terpaksa pulang awal kerana...

Aku tepuk-tepuk pipi aku berulang kali sehingga aku rasa pipi aku pijar penangan tamparan sendiri.

Malu!

Sungguh, aku malu menghadap wajah itu. Aku tidak tahu bagaimana ingin menghadap wajah itu. Aku tidak tahu bagaimana pandangan dia terhadap aku. Memanglah ia perkara normal bagi perempuan, tetapi apabila yang melihat dan menegur lelaki bukan mahram kau?

Haish! Aku kena cakap dengan cikgu ni! Aku tak nak berpasangan dengan dia. Aku nak Iyan jadi pasangan aku! Tak kisah cikgu nak kata aku manja tak bertempat dengan kembar aku, asal aku tidak dipasangkan dengan lelaki yang sedang aku elakkan sungguh-sungguh!

Langkah kaki aku bawa ke arah katil. Aku ambil telefon bimbit yang aku campakkan ke sana sekejap tadi. Aku buka aplikasi WhatsAppku.

Serta-merta, darah merah menyerbu ke seluruh kulit tubuhku. Aku tergamam sekejap sebelum jeritan kecil aku lepaskan sambil telefon bimbitku aku gawang-gawang ke udara.

Aku belum menyimpan nombor itu dalam senarai kenalanku, tetapi aku tahu itu mesej daripada dia kerana dia memperkenalkan dirinya.

+60 11 - *** ****

Salam.
Raisha Hanani?
Aku ni, Iman Raykal.
Nak cakap pasal apa yang Cg Rafida minta...

Aku hela nafas dalam. Aku kipas-kipas wajahku yang terasa hangat membahang. Aku masih tidak dapat melupakan senyum yang bergayutan di pinggir bibir nipis itu saat dia menegur tentang pakaianku yang bertompok kemerahan melalui Mira.

Memang dia tidak memandang wajah aku, atau belakang punggungku saat Mira menyatakan hal memalukan itu... tetapi aku tidak tahu apa yang ada dalam fikirannya saat bibirnya terkoyak senyum sembunyi saat pandangan kami saling bertaut di kelas. Entah-entah dia ketawakan aku dalam diam! Aku segan memikirkan itu!

+60 11-*** ****

Bluetick?

Berbunyi lagi notifikasiku daripada orang yang sama. Tidak menyedari lama aku membiar mesejnya tidak berbalas. Lekas-lekas aku menarikan jari-jemariku di atas papan kekunci.

Me

Ohh... okey.

Aku berfikir sejenak balasanku kepadanya. Apa yang okey? Kenapa laju sangat tangan ni taip dan hantar? Sha... kau memang suka memalukan diri ya?

+60 11-*** ****

Apa yang okey?

Haaa... kan! Dia tanya soalan tu jugak!

Nak jawab apa ni?

Aku ketuk-ketuk sisi skrin telefon bimbit dengan jari-jemariku.

Me

Tak ada apa.
Awak cakaplah apa awak nak cakap...

Aku lihat perkataan typing... yang membawa debar dalam dadaku. Bukan sedikit dan biasa-biasa debaran itu. Kuatnya sehingga aku terasa jantungku seolah-olah mahu terlompat keluar.

+60 11-*** ****

Kau selesa ke nak berpasangan dengan aku?

Laju aku membalas pertanyaannya. Walaupun aku akui aku memang tidak selesa, tetapi tidak mungkin aku mahu nyatakan terang-terang. Karang dia fikir apa lagi pasal aku!

Me

Okey je. Kenapa? Awak tak selesa?

Sejenak aku terfikir, betul, kan? Dia sebenarnya yang tak selesa, kan? Dia yang tak nak, kan? Dia tak suka dipasangkan dengan aku? Dia tak suka aku? Dia malu pasal tragedi aku berdarah tadi? Aku ni memalukan ya?

Membuat telahan sendiri, aku jadi hampa. Dada aku terasa sendat. Entah kenapa, aku terasa hati dengan soalannya.

+60 11-*** ****

Nak tanak, aku terpaksalah terima.
Dah cikgu yang tetapkan...
Esok kita jumpa dekat kelas.
Bincang kerja cikgu bagi.

Benarlah... dia yang tidak mahu berpasangan dengan aku. Dia terpaksa sebab arahan cikgu.

Tidak membalas mesejnya, aku langsung campak telefon bimbitku ke katil semula. Aku capai bantal pelukku lalu aku dakap ia erat. Aku bawa langkahku ke arah luar bilik.

"You dah makan? Mak Mah nak kemas dah tu..."

Iyan terhenti langkah di hadapanku. Mungkin sahaja tadi niatnya ingin ke bilik. Terserempak dengan aku, dia menyapa sekejap.

"Taklah. I diet."

Aku lihat Iyan mencebik.

Apa? Betullah! Jarang aku makan malam. Iyan ni pun... macam tak tahu!

"Apahal you monyok?"

Eh, caring pulak kembar aku ni!

"Tengah period. Biasalah..."

Aku menjawab ala kadar. Bukan Iyan tak tahu aku balik sekolah awal sebab apa tadi. Iyan yang hantar aku balik ke rumah menggunakan motornya sebelum dia kembali ke sekolah semula tidak lama selepas menghantar aku dengan selamat.

Memang mood aku agak ke laut pada waktu ini. Aku sensitif semasa periodku. Jadi, tidak pelik apabila aku overthinking dan terasa dengan kata-kata Iman Raykal dalam perbualan WhatsApp kami.

"Hmm..."

Aku lihat Iyan yang ingin menuju ke biliknya semua, namun terhenti lagi langkahnya dan dia berpaling lagi ke arahku.

"I tahu you berpasangan dengan budak baru tu. I nak ingatkan you, you jangan nak melebih ya. I dapat tahu ada apa-apa tak kena antara you dengan dia, siaplah dia."

Weh!

Aku ternganga sekejap mendengar amaran kembarku itu sebelum aku mendengus sebal. Terasa ketegangan wajahku.

"Bukan I yang nak! Cikgu yang pilih, kan?"

"I tahulah. I cuma ingatkan you je..."

"I tahu jaga diri I!"

Aku membentak tidak puas hati. Aku bukan budak kecil lagi dia nak kawal sebegini!

"Tanggungjawab I untuk jaga you."

Aku campak bantal peluk aku ke lantai apabila Iyan meninggalkan aku dengan sepotong ayat keramat itu.

Dekat sekolah, bukan main buat aku macam orang asing! Sekarang nak bajet protective pulak! Eii, benci!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro