Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Guys, prepare some insulin shots because this chapter might give you diabetes.
----------------------
Habis practice pada malam itu, aku pun mula berfikir yang aku terpaksa jalan kaki balik ke blok aku dan sebenarnya, jarak dia agak jauh bila difikirkan balik. Jam juga ketika itu sudah menunjukkan hampir pukul satu pagi. Aku kena melintasi beberapa Divisyen sebelum sampai ke blok hostel aku. Seram weyyyy!

Aku pergi ke arah Haydar yang baru masuk ke dalam kereta. Aku panggil nama dia dan dia menoleh.

"Ya?"

"Boleh tak nak tumpang kau sampai blok aku?"

Dia memandang aku atas bawah. "Boleh tapi..." Alaaaa ni tak best. "Aku nak keluar pergi 7E kejap. Kau rushing ke?"

"Kau hantar aku balik dulu tak boleh ke?"

Dia tersenyum menyimpan makna.

"Kau tak lapar ke?"

Adalah jugak sebenarnya. Mana cukup makanan kat Manhattan tu tadi. "Sikit."

"Jomlah. Kau ada kelas ke pagi esok?"

"Ada tapi pukul sembilan. Lama ke ni?"

"Depends tapi aku pun takdelah nak lama sangat sebenarnya. Nak beli Maggi Cup dengan Slurpee je."

"Oh, boleh je kut."

Aku pun sekali lagi naik Maserati Ghibli yang dipunyai oleh Danny itu dan ikut sajaah kemana Haydar nak bawa aku.

Lagu yang dipasangnya kali ini adalah lagu Nona Zaman Sekarang.

https://www.youtube.com/watch?v=W6Y-3j_13DU

"Mana kau tahu lagu ni semua?" Again, not that I am curious, aku cuma nak buat situasi tak awkward.

"I love poetry and lagu sekarang lack of that."

"Kau suka poetry?"

Dia mengangguk. Aku memandangnya penuh dengan rasa ketidakpercayaan.

"Seriuslah?"

"Apa je yang kau percaya kat aku ni?"

Aku diam. Obvious sangat ke yang aku ni annoyed dengan dia?

"Kau nak makan apa? Aku belikan." Dia bertanya sebaik kami tiba di 7Eleven.

"Aku tak lapar sangat sebenarnya."

"Kau fail BM sekolah dulu eh? Aku tanya kau nak makan apa bukannya kau lapar ke tak?"

Takyahlah marah kut ya pun dia nilah. "Kau nak makan apa?"

Dia pandang aku memang dengan gaya dah fed up gila dah dengan aku. "Aku dah cakap kan tadi Maggi. Kau nak Maggi jugak ke?"

"Boleh jugaklah. Aku tak payah turun ke?"

"Tak payahlah. Duduk jelah sini."

"Okey."

Aku duduk dan aku baru sedar yang makhluk ni tak bawak handphone dia sekali. Tapi takpelah pun, bukannya dia lama pun dalam tu.

Memang betul pun tak lama. Dia kembali lima minit selepas itu dengan di tangannya terdapat dua Maggi Cup Kari dan dua botol Coke dalam plastik.

"Nah untuk kau."

"Ni kau belanja jugak ke?"

"Hmm. Makan jelah. Bukannya mahal sangat pun."

"Danny bagi ke kita makan dalam kereta dia ni?"

"Selagi tak tumpah merata, dia okey je."

"I thought dia tak bagi orang lain bawak kereta dia."

Untuk statement yang itu, dia tak kata apa-apa. Boleh jadi dia curi-curi bawa kereta abang dia tu. Tapi tengokkan gaya Danny, kau memerlukan keberanian ya untuk mencuri kereta dia.

"Kau takde kereta sendiri eh?"

"Ada tapi adik aku pakai. Tu aku pakai kereta Danny."

"I see. But why?"

"Saja."

"So kau nak park kereta ni kat bawah blok kau kejap lagi?"

"Aku balik rumah kejap lagi. Kelas aku pagi esok cancel and aku nak pergi bank kejap."

"So kau nak patah balik hantar aku kat hostel then gerak balik rumah?"

"Hmm."

"But why? Tak ke macam jauh perjalanan kau tu nanti?"

Dia memandang aku, menggelengkan kepalanya dan sambung makan Maggi tadi. Aku pun pelik dengan dia ni.

"Kiranya kau rapat jugaklah eh dengan Danny tu eh sampai boleh pakai kereta dia bagai ni?"

"Kinda."

"Tak banyak cakap pulak kau malamni."

"Nanti banyak cakap sangat kau kata aku annoying pulak so baik aku diam je."

Ala, dia ni merajuk ke? Tapi kalau dia merajuk takkanlah dia sampai belikan aku Maggi kan? Or...

"Member-member kau tak ada pulak ajak kau lepak malam-malam macam ni?" Aku bertanya lagi.

"Ada je. Aku malas. Balik-balik jumpa hadap game buat apa."

Mujurlah Lima Lahanat tu tak ada yang main game sangat. Main tu adalah tapi tak adalah beriya sangat.

"So kau memang prefer sorang-sorang ke macam mana?"

"Somewhat. Ada masanya aku suka ada orang dengan aku tapi ada masanya aku selesa seorang je."

Aku mengangguk-angguk.

"Kenapa kau tanya?"

"Saja, curious."

"Why are you so interested now?"

"Yelah, kan kau yang kata kita macam tak nak get to know each other so aku trylah initiate benda ni."

Dia mencebik. Magginya yang sudah dihabiskan dimasukkan dalam plastik air tadi. Aku juga yang telah menghabiskan Maggi aku ketika itu menyusul perbuatannya itu.

"So, aku hantar kau balik eh? Ke kau nak apa-apa lagi?"

"Sekarang ke?"

"Takkanlah next year pulak. Dah pukul dua pagi dah pun. Unless kau nak ikut aku balik."

"Eh, tak. Takpe. Next time maybe." Why do I even say 'next time' tho? Buat apa aku nak pergi rumah dia? "So jomlah."

Dia minum seteguk air Cokenya sebelum memulakan semula pemanduan.

Sepanjang perjalanan pulang, untuk memastikan aku tak terlepas cakap apa-apa, aku mendiamkan diri sahaja. Bahaya betul dengan dia ni. Lain aku nak cakap, lain yang keluar kejap lagi.

Selepas tiba di blok asrama aku, aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Dia menyambutnya.

"So, guess I'll see you tomorrow afternoon." Aku mengucapkannya.

"Yeah, seems like it."

"Kau tak nak ajak aku lunch sekali ke?"

Dia ketawa kecil. "Kenapa aku nak kena ajak kau lunch sekali pulak?"

Alamak malunya. "Takdelah. Biasanya kan kau ajak aku makan sekali sebelum practice. So..."

"So what?"

"Oh, tak nak eh?"

"Tak kata pun tak nak." Eeeee apa masalahnya dia ni? "Jumpa aku kat Foyer Divisyen Muzik esok waktu lunch."

"Kau tak nak makan dengan member kau ke?"

"Eh eh kau ni. Tadi kau yang ajak aku makan sekali then kau tanya pasal kawan aku pulak."

"Takdelah, mana tau kalau kau ada plan lain ke?"

"Kalau ada pun, I'll make myself free for you."

Err, what should I feel? Someone please tell me what should I feel with that statement. Kenapa dia cakap macam tu?

"Oh, tapi..."

"Takde tapi. Jumpa esok..." Kemudian dia mendekat dengan aku seolah hendak memeluk aku membuatkan aku secara refleksnya mengecilkan badan. "Aku nak bukakan kunci jelah dengan buka pintu ni."

"Oh, ingat apa tadi?"

"Ingat apa? Ingat aku nak peluk kau?"

Aku dumbfounded. Like legit.

"Kau bagi ke kalau aku nak peluk kau? Kalau kau bagi boleh je."

Aku tersenyum awkward sebelum membuka pintu dan keluar dari keretanya cepat-cepat. Aku terdengar dia panggil namaku selepas itu.

"Jumpa esok!"

Aku lambaikan tangan saja.

Tak tipu, aku memang rasa something lain. Something hard to explain and describe.




Balik je rumah, aku terus mandi dan berbaring di atas katil. Gambar Polaroid yang sentiasa ada di meja sisi katil aku diambil dan aku tatapnya sepenuh hati. Gambar yang aku dapatkan dari Instagramnya dan aku printkannya dalam bentuk Polaroid.

"Acik, kunci kereta aku kat mana?" Angah menjengulkan kepalanya di muka pintu.

"Ada kat meja bawah. Esok kau hantar aku kan?"

"Bukan kau pergi pakai kereta kau ke? Qiqi dah tak pakai kan kereta kau."

"Aku malas nak drive doh."

"Habis ingat aku rajin?" Melihatkan aku yang sedang memegang keping gambar tersebut, dia tersenyum dan masuk duduk di sebelah aku. "So, how was it?"

"It went well, I guess. Kitorang sempat makan Maggi lagi sebelum balik tadi."

"Damn, opportunist."

"Well, dah orang bagi pinjam kereta kan."

Dia ketawa kecil. Angahlah orang yang pertama aku beritahu tentang seksualiti aku lima tahun dulu. Mujur dia terima dengan baik sebab hehe... dia pun sama.

"You really like him, don't you?" Dia bertanya.

"Yeah, of course."

"What if dia tak suka kau balik?"

"Cukup dia tahu yang aku suka dia, dah cukup buat aku happy."

Dia senyum sebelum menggosok rambutku dan keluar dari bilik. Sebelum menutup pintu, dia sempat berkata, "8:30 pagi sharp kita gerak."

"Okey, Angah!"

Selamat malam, Razif...
--------------
So sweet tak or not? Saja tunggu malam sikit baru post nak build up the emotion gitu hahahah... do drop some feedbacks okay. I read all of your feedbacks jangan risau.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro