Bab 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sejujurnya, aku pelik ya apabila Finn sanggup datang berjumpa dengan aku. Lagi mengejutkan adalah dia datang siap bersama Ramona. Mungkin dengan itu saja caranya aku dan dua yang lain ini mampu membuka hati kami menerima Ramona itu sebagai girlfriendnya yang sah. Tapi itulah, buatlah apapun, aku tetap menyampah dengan Ramona itu.

Namun bukan itu highlight aku hari ini. Highlight aku paling utama haruslah Razif yang datang menjenguk aku sebaik aku baru lima minit masuk wad. Berbekalkan reputasi Papa dan Mama, aku tak lama menunggu di wad kecemasan. Nampak tak sekarang ni semuanya kena pakai orang dalam?

Memandangkan esok pagi Danny ada kerja endorsement dia kena buat kat KL, makanya insan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga aku malam itu adalah adik durjana bernama Iqwani atau nama manjanya yang aku tak tahulah siapa yang bagi namanya Qiqi. Tapi kami sekeluarga panggil dia Adik je. Senang.

Tapi sebelum dia pulang, aku nampak Danny macam murah dengan senyuman sikit.

"Asal kau senyum je ni?" Aku terus bertanya direct.

"What? Nak muka aku kena sumpah keras kejung macam Finn sampai mati ke?"

"Takdelah. Jaranglah nampak kau senyum je."

"Nothing." Dia memandang aku dan Adik berulangkali. "Can yalls not?"

"Angah...!" Adik pula masuk line.

"What? All I know is his name is Jonathan Bruce Williford and he's from Sarawak. And, he followed my Instagram for two years already."

Aku tersenyum sinis sebagai balasan. "And kau pun follow dia balik?"

"I can't resist. He's cute."

Angah kemudiannya pergi meninggalkan aku berdua bersama Adik. Sama seperti Angah, Adik juga tahu tentang aku. Dan dia juga tahu tentang Angah yang kononnya masih nak explore sexuality dia. I wonder how homophobic Papa was when he was young sampai dua anak lelaki dia tak straight. Adik ni pun bukan boleh percaya.

"So, yang tadi tulah yang Acik suka eh?"

Aku hanya tersenyum kepadanya. I mean, dah terang lagi bersuluh malah dispotlight kut perkara itu. How can anyone not see it?

"Handsome. Ada taste jugak Acik eh?"

"Kau mulut dengan bontot tak jauh beza eh? Sama je sial dua-dua."

"Habis tu, nak jadi macam mulut Along? Acik tahan mulut Along tu ke?"

"Kau pandai eh kutuk dia belakang. Depan-depan bukan main lagi jilat dia tu."

"Hey, of courselah! Nak hidup kut."

"So dengan Acik takde pulak kau nak buat benda sama?"

"Sebab Adik takde kepentingan lagi. Tunggulah nanti Acik dah kaya sikit macam Angah ke, bolehlah Adik ampu Acik pulak."

Tak sangka dah besar adik aku yang seorang ni. Tapi walaupun usianya bertambah, mulut dia sama dengan budak umur lima tahun. Selagi tak tidur, tak diamlah mulut dia tu.

"Dia tahu ke Acik suka dia?"

Aduh budak ni! Kalau tak kerana dia, tak adalah aku kat sini sekarang ni, Iqwani oi.

Aku angguk.

"And?"

"Dia tak terima."

"Ya ke? Dah tu kenapa dia datang? Nak bagi fake hope?"

"Adik, tak eloklah tuduh macam tu."

"True what? It could work in two ways only. Acik dah confess and Acik kata yang dia tak terima Acik then that's fine. Tapi kenapa dia nak datang tengok Acik pulak bila tahu Acik dah terlantar kat sini?..."

Baru aku hendak membuka mulut membidas, dia menambah lagi. "Sama ada antara A) Dia tengah bagi fake hope kat Acik by make you thinking yang 'oh maybe dia suka aku sebenarnya uwu' or B) Dia pun sukakan Acik jugak. And Adik rasa it is the latter."

"Mengarutlah kau ni, Adik."

"Acik, berapa lama je dia kenal Acik untuk datang tengok Acik kat sini bagai. Kawan-kawan Acik pun kata nak datang esok kan tapi dia tak, dia rush terus datang sini. He sets you as the priority."

Aku menghela nafas berat. "Okey, Dr. Cinta. So sebenarnya apa point kau ni?"

"Adik rasalah kan, sebenarnya dia tu sama je suka kat Acik. Dia deny perasaan dia."

Aku ketawa kecil mendengarnya. Confident level adik aku yang seorang ni boleh tahan juganya.

"And kenapa pulak dia nak deny perasaan dia?"

"Hello, Mr. Razif Haydar! Ingat senang ke nak accept the fact yang you are feeling something that is out of normalities? Especially benda yang significantly foreign macam tu. Of course dia akan berdebat dengan diri dia jugak to accept the fact." At this point, aku tak pasti sama ada aku sedang mendengar seorang budak lelaki berusia 18 tahun atau penceramah motivasi di kem motivasi SPM. "Percayalah cakap Adik, dia suka kat Acik jugak."

Habis sahaja hujah dia itu, aku menerima panggilan daripada insan yang memang membuatkan hati aku berbunga semacam.

"Haa, dia tu kan? Kalau betul dia tak suka Acik, dia takkan call. Cuba jawab."

Dan panggilannya aku jawab.




Selepas Isyak, aku cuba membuat assignment yang ada. Dengan ketiadaan Joni di dalam bilik, aku rasa aku boleh fokus. Joni pulang katanya makciknya sakit tenat di Melaka. Tak beritahu pula bila balik.

Tapi jokes on me, aku langsung tak boleh fokus dengan kerja aku. Minda aku asyik menerawang memikirkan tentang Haydar. Percayalah semasa dengan Natalie dulu pun ianya tidak seteruk ini. Atau mungkin masa aku dengan Natalie dulu pun, dia yang datang confess kat aku. Sama kes jugalah dengan yang satu ini pun.

Aku terpandang t-shirt Gucci putihnya yang masih berada di dalam bakul laundry. Aku bangun dari dudukku dan pegang baju tersebut. Tidak ada baunya tapi knowing the fact that itu adalah baju dia, somewhat buat jantung aku berdetak semacam.

"Cukuplah aku nampak kau bahagia, aku pun dah bahagia dah."

Sebanyak itu dia sayangkan aku. Walau bukan dengan dia, dia nakkan aku bahagia.

"Aku takkan pernah paksa kau untuk sukakan aku balik."

Ya, kau tak paksa tapi hati aku yang dah bolak-balik sekarang ni. Semua yang aku lakukan will bring me back to you, Haydar. Kau tak buat apapun yet aku still teringatkan kau. Mantera cinta apa yang kau berikan pada aku ni, Haydar?!

Jujurnya, aku tak nak terus mengatakan perasaan yang aku sedang rasakan ini adalah cinta. I mean, aku tak pernah ada perasaan pun pada mana-mana lelaki pun sebelum ni dan apalah istimewanya dia untuk membuatkan aku berubah fikiran. Kacak lagilah aku daripadanya.

Kalau ini bukan namanya perasaan cinta, jadi apa namanya perasaan ni?

Dan ada sedikit rasa rindu walaupun baru bertemu dia tak sampai tiga jam lepas. Macam aku kerap nyatakan sebelum ini, aku nak dia ada dengan aku walau tak perlu ada sebarang komunikasi.

Aku ambil handphone aku dan repulsively mendail nombor dia. Agak lama ianya berdering sebelum akhirnya ianya berjawab.

"Hello..." Dengar suara dia di hujung talian, aku tersenyum sedikit.

"Hai, Haydar..."

"Kenapa, Zif?"

"Oh, how you're doing?"

"Lepas jumpa kau tadi, I would say better."

Kenapa aku tersenyum?!

"Kenapa call?"

Aku bingung sebentar apa yang hendak dijadikan alasan. Panik jugalah aku mencari alasan apa yang logik dan make sense.

"Baju kau ada lagi kat aku. Nak aku pulangkan bila?"

"Tak payah pun tak apa. Ambil jelah. Aku buat hadiah."

"Janganlah macam tu. Aku tahu tu baju Gucci ori. Tak naklah benda mahal sangat macam tu. Kut ya nak buat hadiah, bagilah benda lain." Even kau dah bagi hati kau kat aku.

"Dah basuh ke?" Kenapa lemah sangat suara dia ni? Haydar, kau okey tak?

"Belum lagi."

"Nanti aku keluar hospital, aku bagitau. Basuh dulu tau. Handwash tau."

"Okey..." Aku masih hendak berborak dengannya. "Siapa dengan kau sekarang?"

"Adik aku. Kenapa tanya?"

"Oh, saja je. Good to know that."

"Hmm..."

Kemudian suasana hening antara kami berdua.

"Razif..."

"Huh ya kenapa?" Kenapa aku panik tetiba ni?!

"Kau memang nak aku diam je ke sepanjang call ni?"

"Err..." Nak cakap ya tapi macam obvious sangatlah pulak. "Kau occupied eh?"

"As I always said, I'll always make myself free for you."

Sumpah aku rasa aku macam nak muntahkan rama-rama yang ada dalam tekak aku sekarang.

"Takpelah. Jumpa nanti okey. Get well soon."

"Okey. Take care."

"You too."

"Hmm..."

Dah bye-bye tapi tak ada siapa pun yang nak matikan panggilan. Apa kena dengan kami ni?

"Letaklah call." Aku mencadang.

"Kau yang call, aku yang kena letak."

"Oh ha'ah eh. Okey..." Dalam paksa, aku mematikan panggilan.

Aku bangun dari kerusi dan terus menghenyakkan badan ke atas katil. Di mataku dia, di akalku dia, di hatiku dia. Razif Haydar Nazif Aduka, azimat cinta kau bagi kat aku ni?
--------------
Haaa nampaknya love is in the air. By the way, pernah tak korang dalam position Razif or Haydar ni? And we all need adik macam Qiqi betul tak?

Sneak peek

"Aku rasa semakin aku nafikan, semakin aku tak boleh tahan..."

"Blok Estetika, Tingkat 3, bilik 344..."

"Aku rasa, aku dah tak boleh tipu diri aku dan diri kau sekarang ni.

"Bukan kau ke yang kata yang kau tak su..."

Haa saspens kan kan kan? With that, sebab votes dah slow sikit so 35 votes ehek... naikkan balik jumlah votes!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro