Bab 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Balik semula ke studio, aku perasan yang muka Finn masih lagi macam nak menelan aku hidup-hidup. Aku harap dia tahu etika professionalisme dan tidak akan menggunakan hubungan aku dengan adiknya untuk menegur aku. Aku boleh terima kritikan only when it makes sense.

"Korang seriuslah sikit! Kita ada major performance tau hujung sem ni. Kalau korang perform lemau je, kau ingat orang nak datang ke tengok korang?! Nak jual apa? Muka?!" Aku perasan time dia sebut 'muka' tu, dia pandang ke arah aku. Apa yang dia dengki sangat aku tak tahulah?

Hari itu, kami berlatih sebuah lagu baru yang ditulis sendiri oleh Roy dan dicompose oleh Finn. Tajuk lagu tersebut adalah Dissappear dan sejujurnya, aku boleh vibe.

"Razif! Kau minum ais ke?!" Dia bertempik membuatkan hampir satu studio menjadi seperti dilanggar garuda. "BERAPA KALI AKU NAK CAKAP BENDA YANG SAMA?! TAKKAN DAH DEKAT SEMINGGU TAKDE TRAINING, PROJECTION KAU SAMA JE SLOW!!"

Aku terkucam seribu satu bahasa. Rasa nak menangis pun ada. Agaklah, Papa pun tak pernah marah aku macam tu sekali.

"Kau jangan ingat just sebab bapak kau tu famous, aku tak boleh nak maki kau. Kalau benda kau bagi macam taik, memang aku hamburkan jelah!" Kemudian dia pandang kepada yang lain sama. "Benda ni pun sama kat korang jugak! Bukannya kat dia seorang je."

Aku kemudian menelan liur yang sangat perit. Air mata aku rasa bergenang tapi aku tahankan saja.

"Dahlah. Kita dismiss. Semak aku!"

Dan tak pernah dibuat ya, training hari tu dua jam setengah je. Aku pun tak tahu apasal dengan dia hari ni tapi memang atmosphere hari ni dalam studio intense gila. Memang tak best. Semua orang macam takut dengan Finn.

Sebelum balik, aku nampak Finn macam ada heated arguments dengan Haydar. Tak habis lagi ke pasal tadi? I was straight before tapi tak adalah sampai nak homophobic bagai.

"Aku tak suka kau rapat sangat dengan dia. Cukup aku dah ada Danny, aku tak nak kau pun ikut macam dia tu jugak."

"Along, kau tu abang je, bukannya siapapun. Siapa yang aku dengan Angah nak suka, takde apa kena-mengenanya dengan kau. Ini hidup kitorang."

"Hidup bangsat, betullah tu."

"Aku peliklah dengan kau. Aku dengan Angah tak pernah sekali pun bother hidup kau dengan sesiapa tapi asal kau kisah sangat pasal kitorang?!"

"Pergi mamposlah dah aku abang korang!"

"Then act like one!" Terus dia angkat kaki dan mengejar aku ke muka pintu. Siap kepit tangan aku lagi masa tu walaupun aku jujurnya rasa nak lari laju-laju je masa tu.

Sampai kami jauh meninggalkan studio, barulah Haydar perlahan-lahan melepaskan tanhan aku. Kemudian dia memandang aku yang masih sebal dengan kesedihan tadi.

"Nak makan?"

Aku menggeleng. Kau rasa lepas kena marah tadi, aku ada mood lagi ke nak makan? Aku tak boleh betul bila orang libatkan Papa bila nak marah aku. Marah aku sorang saja dahlah.

"Betul ni?"

"Takpe."

"Jomlah."

"Kau nak makan, pergi jelah. Aku nak balik bilik."

Dia mencebik muka. Alah ni yang melemahkan ni.

"Kalau aku teman je boleh tak?"

"Makanlah sekali. Temanlah aku."

Aku akur dengan permintaannya itu. Lagipun aku tak pasti sama ada Joni sudah balik atau belum dan bersendirian dalam bilik pada keadaan begini agak berisiko tinggi ya.

Aku pun naik keretanya menuju ke McD yang terdekat dengan kami. Tapi dia sekadar beli di kaunter drive-thru saja. Mungkin dia sendiri perasan yang aku tidak dalam mood yang baik.

"Makan eh, Razif."

"Takpe. Kau makanlah dulu."

"Aku tahu kau mesti marah lagi pasal Finn tu tadi. On his behalf, aku minta maaf eh?"

Air mata aku yang jenuh diempang tadi terus mengalir deras membasahi pipi. Aku terus memeluk dia dan menangis semahu-mahunya. Habis basahlah baju dia ketika itu. Percayalah, waima pada Lima Lahanat sekalipun, mereka tidak pernah nampak menangis.

"Takpe, nangislah if it helps you." Dia menepuk-nepuk lembut belakang aku. "Maafkan aku tau sebab tak back up kau tadi."

Aku masih tersedu semasa dia mengungkapkan itu. Tapi berada dalam dakapan dia adalah sesuatu yang aku tak pernah tahu aku suka sehinggalah hari ini. Sangat menenangkan.

"Feeling better now?"

"Much." Aku menarik badanku sedikit. Ya, memang habis basah baju dia ketika itu. "I'm sorry you have to see me this way."

"Don't apologise. Kita semua menangis when it is too much. And what Finn did is too much."

"It's okay. I'm just being emotional unnecessarily."

Dia memegang mukaku. "We might not dating yet but I swear I will protect you, Razif. Tapi tadi, I'm so sorry. If anyone or simply anything gonna make you cry, best believe they'll regret it."

Aku memeluknya kembali. Dia seperti merelakan saja.

"Sabai dee mai?" Mendengar dia menuturkan itu, terus aku mengangkat muka aku. Mana dia tahu?! "Am I say it correctly?"

"Chai... I mean yes. Mana kau tahu?"

"Bila kau bagitau yang mak kau ada kacuk Thai, terus aku cuba nak belajar bahasa tu. I mean, aku baru tengok dua video Youtube je so aku just tahu tu je setakat ni."

Aaaaaaa cutenya!!! Masa aku dengan Natalie dulu pun ada jugaklah aku belajar bahasa Russia sikit kalau tak yang aku tahu Cyka Blyat jelah.

"Now makan eh? Aku suapkan eh?"

Dia pun menyuapkanlah bubur ayam itu ke dalam mulut aku macamlah aku ni tengah sakit. Aku pun, dah namanya pun dia yang menyuap, bukan main lagilah aku punya girang.

Habis makan, aku bersandar di bahunya sambil dia menghabiskan burgernya yang baru dijamah sedikit tadi. Disuakannya kepada aku dan aku juga menjamah sedikit.

"Senyum sikit." Dia meminta. Aku turutkan saja. Aku senyum segaris kepadanya. "Kan handsome tu."

Seusai itu, kami pulang semula ke INSEMAS. Disebabkan aku kata yang aku masih sedikit sedih, dia menawarkan diri untuk menemani aku di dalam bilik sementara menunggu moodku ceria semula.

To my surprise apabila aku buka pintu dan mendapati yang Manuk sudah berada di dalam bilik. Tapi aku tetap mengajak Haydar masuk singgah dahulu.

"Pintu sik kunci tadi. Nasiblah sik ada barang hilang pun. Sudahlah laptop kau biar atas meja jak." Kemudian dia pandang kami berdua dengan wajah curiga. "Is it what I think it is?"

"What that you think it is?"

"Okay, in case kau tak nak bagi tau, let me tell first. Yes, aku dah lama tau yang aku gay cuma aku tak rasa yang aku kena bagitau korang tapi in case it makes you feel more comfortable, hence I'm coming out now. So, I did my part, your turn?" Semasa Manuk came out live depan kitorang, aku dapat rasakan mata aku terbeliak sehabis-habisnya. "Oh, come on. Don't be so surprised. Syed knows about it."

"Wow! That's such a confession to make." Haydar ketawa kecil. Kemudian dia duduk di atas katil bersilang kaki. "Lemme guess, my brother?"

Manuk tersenyum. Dalam diam kau, Danny Aduka yang dia dapat. "Bohlah tawa! "Well, kita nyaduak dah sampai telefon each other hari-hari jugaklah sekarang ni cuma siktauklah bilanya mok kuar sama."

"Manuk, what the fuck?"

"Hello, he called me Jonathan okay? So sila panggil aku Jonathan ya?"

"Tak payah nak Jonathan sangatlah kau!" Aku mengambil tempat di sisi Haydar seraya membaling bantal ke muka Jonathan @ Manuk itu.

"Dah! Kita nya tadik sembang pasal nyaduak kan. Kenak tukar topik?" Kemudian dia memandang mata aku. "So, Razif?"

Belum sempat aku hendak memberi apa-apa reaksi, Haydar mencelah, "Kitorang tak couple, tapi kitorang tahu kitorang sayang each other. Kan, Razif?"

Aku memandang wajah mereka berdua berselang-seli. Ditambah lagi dengan senyum awkward aku, lagilah.

"Ala sweetnya... Kau tunggu nanti aku dengan Daniel."

"I'm sorry, did you just call my brother Daniel?"

Manuk tersenyum. "Dia kata special case."

"Siap kau, Angah!" Aku sempat dengar Haydar mengomel. "Kau dah okey belum ni? Aku nak gerak."

"Takpe. Manuk ada ni."

"Betul ni eh?" Dia bingkas dari duduknya.

"Betul. Pai kon na, krap."

"I don't speak Tomyam." Dia membuka pintu. "Bye."

Selepas pintu ditutup, aku memandang Manuk tapi terganggu apabila pintu kembali dibuka dan Haydar perlahan-lahan menjengulkan kepalanya. Ketawa aku dibuatnya.

"Betul eh dah okey?"

"Betul."

"Manuk, jaga dia elok-elok."

"Taulah aku!"

Haydar, Haydar, aku pelik dengan kau ni? Dalam dua minggu, aku boleh ada dua perasaan pada kau. Betullah kata orang, jangan terlalu membenci nanti jadi sayang.

Tengok sekarang!
-----------
So siapa nak lempang Finn sila angkat tangan anda tinggi-tinggi? Also, siapa nak boyfriend macam Haydar pun sila angkat tangan tinggi-tinggi?

Anyway, 45 votes then only I will WRITE the next chapter bukannya post hahahahaha ni nak marah ni hahahahahaha.

Sneak peek

1) "Jangan lupa minggu depan ada Hari Terbuka INSEMAS."
2) "Ada sebab kenapa nama Razif tu Razif sebenarnya."
3) "Aku rindu kau. Kau tak rindu aku ke?"
4) "Siapa kita nak suka, tak ada kena-mengena dengan orang lain. Antara kita dengan orang tu je."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro