Bab 24 (Manuk + Danny)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ada sejam jugalah aku memikirkan apa yang hendak dipakai. Itu baru yang hendak dipakai, belum lagi rambut yang hendak digayakan. Nak date dengan model kut, haruslah aku mencari pakaian yang terbaik. Kalau setakat model tempatan yang setakat handpicked jalan kat KL Fashion Week, aku tak kisah sangat tapi dia ni pernah buat walk kat Versace, Italy kut. Lagi aku insecure. Aku hanya anak Sarawak yang tak ada apa-apa kut.

Calling Danny Aduka....

Shit! Awalnya dia telefon. Janji pukul dua, sekarang baru satu setengah. Tapi okeylah kut sebab aku pun dah siap.

"Hello..."

"Aku dah kat bawah blok kau ni. Dah siap?"

"Sudah tapi..."

"Aku faham. Kau handsome jugaklah pakai apapun. Turunlah kalau dah siap."

Semasa aku turun dari tingkat empat itu, aku dapat merasakan jantung aku dupdapdupdap pada kelajuan yang tak normal. Sangat tak normal aku dapat merasakan ianya hampir terkeluar. I scored a date with a supermodel!

Turun di bawah, aku nampak dia bersandar di but depan keretanya, bermain handphone. Beberapa orang budak perempuan yang melintas aku nampak tersenyum-senyum kepadanya dan dia membalas senyuman itu. Tak kurang ada juga yang bergambar.

"Hai..." Aku menegurnya selepas aku lihat peminat yang mengerumuninya berkurang. "Tak nak kacau orang buat meet and greet tadi."

Dia tersenyum dan aku tak pernah nampak senyuman secantik itu datang dari mana-mana lelaki. Sorry, Razif. You used to be lelaki paling handsome aku kenal but now I have to give the crown to Danny.

"Dah makan?"

"Dah. Breakfast tadi."

"Belum lunch lagilah ni?"

"Belum."

"Samalah. Jom naik."

Aku tertelan liur melihat kereta yang dipandunya. Aku buka pintunya penuh berhati-hati. Maserati Ghibli kau! Kumpul duit sampai mati pun belum mampu nak beli.

"Pukul berapa habis kelas tadi?"

"Oh, pukul sebelas tadi. Aku skip kelas tengahari."

"Laa, kenapa? Tak sihat?"

"Taklah. Malas."

"Malas ke excited?"

"Both?"

Dia tersenyum sekali lagi. Kenapa kau handsome sangat, Danny? Geram tau tengok!

"Nak makan apa, by the way?"

"Oh, aku tak kisah. Aku ikut je."

"Too bad aku pun tak tahu nak makan mana."

"Then I think we just singgah mana-mana mall and decide there."

Dia mengangguk sahaja. Apa aku boleh simpulkan adalah Danny aktif dalam texting dan depan-depan, dia agak pemalu. Apa dia nak malu?! Dia Danny Aduka kut!

"Pernah ada date ke before ni?" Dia bertanya.

"Pernahlah tapi masa sem lepas. Just a Tinder date. Twice and tak boleh vibe."

Dia ketawa. "I see."

"And you? Wait, what question was that? Of courselah pernah."

"Well, you are right. I did. Boys and girls, semua pernah." Kemudian dia memandang ke arah aku. "But all of them, it was them who asked me. And you, I asked you out."

Jangan blushing, Jonathan! Jangan blushing, Jonathan. Okey, aku terblushing jugak.

"Wow, that cheek is so red."

"Don't mentionlah!"

"Jonathan, don't be shy. You have to deal with all of this when you be my boyfriend soon." YOU HEARD THAT?! DANNY ADUKA BARU CAKAP YANG AKU MUNGKIN JADI BOYFRIEND DIA SOON! "Also, why they call you Manuk?"

"Oh, masa orientasi dulu, kan dorang bagi kita makanan. Then fasi tanya makan lauk apa. Aku sebutlah ayam tu manuk. Masa tu, aku belum pernah agik datang KL jadi sik fasihlah mok madah bahasa sini. Tu lekat jadi nama Manuk tu."

Sekali lagi, dia tersenyum. Senyuman dia tu aku rasa nak potretkan saja dan tampalkan dalam bilik. Sekarang ini, hanya ada di dalam hati saja.

Tiba saja di sebuah mall, kami mula berjalan beriringan. Ketika itulah, aku perasan tangannya meraih tangan aku. Aku tak minta ya guys!

"You okay with it?"

"Oh, sure fine." Danny Aduka pegang tangan kau, kau nak cakap tak fine ke? Siapa je gila nak cakap macam tu.

"Nando's okey tak?"

"Okey je."

"Dari tadi asyik okey je. You make me feel intimidated." Dia menarik muka.

"Eh, janganlah macam tu. Serius aku okey jak."

"Aku gurau jelah." Kemudian dia mencubit pipi aku. "You know I have Borneo blood jugak?"

"Bulaklah!"

"Betul tapi bukanlah Sarawak. Mama aku sumandak Sabah, orang Kota Kinabalu. Jadi aku boleh cakap sikitlah bahasa sana."

"Seriuslah?"

"Betullah. Jodoh kita dua kut." By all means, Danny Aduka, stop this or imma scream to the top of my lungs here.

Kami masuk ke dalam Nando's dan mula memesan makanan. Aku tak expect dia belanja so aku order yang biasa-biasa je.

"Jangan takut. Aku belanja." Macam tau-tau je. "Aku yang ajak kan?"

"Betul ni?"

"Betul. Hari ni biar aku belanja semua. Dan untuk hari-hari akan yang datang." MINTAK AIS MINTAK AIS!

"What do you mean hari-hari akan datang?" Bodoh eh, Jonathan?

"Yes, you're my to-be boyfriend. Lupa ke?" Rasa nak terbang balik Sarawak sekarang sebab malu sangat. "Anyway, how's Razif doing now? Malam tadi, me and Haydar dah confront Finn about his wrongdoing but knowing Finn, I don't think he will change in a short time."

"Oh, semalam adalah dia borak sama kita urang semua. Lepas tu malam sikit, Roy datang."

"Roy?" Dia yang sedang menghirup air terhenti. Matanya tepat memandang aku. "Masrun Kasilan? TKD Muzik?"

Aku mengangguk.

"Why would he seeing Razif?"

"Tak tahu tapi Joni cakap yang Razif bagitau dia malam tadi yang Roy tu basically convince Razif to not quit the band. Sebab sebenarnya Razif memang dah nak quit pun."

"Seriuslah? So he's still?"

"Tak taulah lepas dah jumpa Roy semalam dia dah tukar fikiran ke tak?"

Dia bersandar ke belakang sikit. "If it were to be me, I would quit, honestly."

"Why?"

"Roy is just lesser of two evils. As much as he's saying he's not in the same boat with Finn, he's with Finn. Whatever my brother is doing, he's always with him. Call me petty but I never trust anyone who are close to Finn."

"So, Roy ni kira jahatlah jugak?"

"He might be and might not be. If he is really nice as he always claim, then my bad for it. After all, he's Finn's friend. That's all you need to know. Tapi if Razif nak stay, aku faham je."

Kami berdua makan dan seterusnya berjalan-jalan di dalam mall itu tanpa hala tuju. Kami beli tealive kemudiannya duduk di satu kawasan lapang yang sememangnya ruangan untuk istirahat. Ketika itulah aku gunakan momen itu sebaik-baiknya. Bukan selalu dapat date dengan model terkenal.

"Finn tahu pasal kau?"

"Tahu. And of course, he doesn't like it. And I don't blame him for it."

"Why?"

"Just like our choice to choose this way, it's his choice to be that way. Cuma, the least you could do is be compassionate and respect each other. Something that sadly he doesn't have."

"Tapi kau sayang dia ke?"

"Baik buruk dia, dia tetap abang aku. Aku pun tahu yang dia tu sayangkan kami adik-beradik. Cuma, dia pilih untuk benci kitorang for who we are."

Kemudian dia pegang tangan aku. Mata kami bertentangan.

"And I hope you see me as who I am."

"Of course I am."

"That's all I need to know." Dia diam semula. Wajah aku dia pandang dan senyuman terlarik semula. "Can we set for our first date?"

"Seriously? Ni bukan first date ke?"

"I mean, first date as boyfriends?"

WHATTTTTTTT??
-----------
Just a short chapter but jadilah tu kau nak panjang mana...?!?!

No sneak peek but chapters akan datang will getting more intense and emotional and of course, cuter. Just keep voting okay! 45lah macam biasa...

P.s. How's Manuk and Danny tho?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro