Bab 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sakitlah sial! Buatlah slow sikit." Aku hamunkan si Joni yang sikit punya baiklah nak sapukan ubat di luka aku malam itu.

"Eh, musibat! Letak sendirilah kalau tak nak sakit."

"Janganlah marah. Kesiankanlah sikit kat orang yang sakit ni."

"Kesian tu kesianlah jugak tapi kau ni bodoh nak mampus! Dah tahu yang dia tu diktator kalah Hitler, nak juga stay dalam kelab toksik tu. Wey, semua orang taulah Divisyen Muzik tu Divisyen paling toksik dalam INSEMAS ni. Zaman Papa kau dulu mungkinlah tak tapi kau tengoklah si Finn tu macam mana. Dahlah tak professional langsung!"

"Salah aku jugak kan tumbuk dia hari tu..."

"Wey monyet! Kau tumbuk dia hari tu justified tu. Dia petik nama bapak kau kan, memanglah siapa je yang tak naik angin. Kalau aku, bukan setakat tumbuk, mati dia aku kerjakan."

"Marahnya Abang Joni kita ni..."

Dia memandang aku dengan muka 'bitch what the fuck?' sebelum dengan kasarnya menenyeh kapas berisi minyak ke luka di pipi aku.

"Wey pantat, sakitlah!"

"Memang nak bagi sakit kut mahu cerdik sikit kepala hotak kau ni? Bodoh macam periuk!"

"Periuk pun bodoh eh?"

Sekali lagi, muka penatnya ditunjukkan. "Kau tak nak laporkan pada pihak atasan ke? Ni kira kes besar tau? Dia ingat dia siapa suka-suka nak belasah anak orang?"

"Malaslah wey. Aku anggap benda ni dah settle. Aku tumbuk dia, dia tumbuk aku. Lagi satu, panjang cerita nanti and dia ada pengaruh. Aku tak nak jerat diri aku sendiri. Aku harap Papa aku je and aku tak rasa pun Papa aku akan okey with the idea anak dia belasah orang."

Dia mengangguk-angguk. "Baguslah kalau kau fikir macam tu. Bukannya apa, benda macam ni kau kena ingat, it's violating your own rights. Dia sepatutnya act professional." Dia tutup bekas first aid kit tersebut dan memandang aku semula. "He knows?"

"Haydar?"

"Takkanlah abang burger bawah tu pulak. Yalah, Haydar."

Aku menggeleng perlahan.

"Kau nak bagitau dia ke?"

"Nope. Tu abang dia. Mana tahu kut-kut dorang nak berbaik ke? Aku tak naklah jadi punca adik-beradik bergaduh."

"Pergi mamposlah! Dia yang macam sial asal pulak nak kata kau punca. Even adik dia sendiri tak suka dia kan?"

"Tu adik dia biar dorang settle sesama dorang. Kalau aku masuk campur, walaupun niat aku baik, aku tetap orang luar."

Dia mengangguk-angguk. Tapi betul juga, aku tak telefon Haydar langsung. Handphone aku di atas meja aku ambil dan nombornya aku dail. Ianya tak mengambil masa yang lama untuk dijawab.

"Hai..." Dia menyapa lembut. Perlahan sahaja senyuman terbit di wajah aku. "Kau okey tak?"

"Aku okey je. Tak apa. Jangan risau pasal aku."

"Of course aku risau. Dahlah kau balik macam tu je. Aku pelik jugak lepas tu aku ingat nak mesej kau tapi Roy kata no need sebab mungkin you're in an emergency so aku tunggu jelah kau yang call."

"Laa, kenapa tak call je? Takde apa serius sangat pun. Kesian kau tertunggu."

"Kalau aku boleh tunggu untuk kau buka hati kau, apalah sangat nak tunggu kau call aku?"

Haydar, Haydar, time macamni pun kau sempat nak pickupline lagi.

"Kau kat mana tu?"

"Oh, kat bilik dah. Kau?"

"Finn ajak aku balik rumah tadi. Mama aku masak gulai ikan tenggiri. Tu aku balik tu hehe."

"Manja!"

"Dengan kau pun aku manja, what?"

"Ha'ah. Tak tahulah manja ke annoying yang lebih."

"Eleh, annoying pun kau sayang jugak kat aku."

"Eeeiii mengadanya!"

"Dengan kau je, Razif."

Aku tersenyum sendirian. Joni yang memandang menggeleng kepala sebelum menyumbat telinganya dengan earphone.

"Esok kau datang tak?" Haydar bertanya soalan yang membuatkan aku menjadi serba-salah.

"Datang." Kut.

"Nak lunch sekali tak?"

"Hmm, yang tu I'll get back to you about it. Sebab dah lama jugaklah aku tak makan dengan geng aku kan so naklah jugak makan dengan dorang. Kau okey je kan?"

"Okey je. Nanti kita jumpa eh?"

"Tak sampai berapa jam, takkan dah rindu kut."

"Setahun lebih aku tunggu, mestilah aku cherish every moment I have."

Sekali lagi, aku tersenyum. Siallah asal dia comel sangat malam ni.

Kemudian aku perasan ada satu call lain yang masuk. Aku lihat nama pemanggilnya dan ianya nombor tak dikenali.

"Haydar, I need to hang up. Ada call masuk."

"Uuu hotstuff!"

"Bodohlah, aku serius ni."

"Okay, goodnight."

Selepas mematikan perbualan, aku pun menjawab panggilan nombor tak dikenali itu. Suaranya agak familiar dan pemiliknya adalah lelaki.

"Hello, Razif..."

"Hello, Abang Roy eh?"

"Kau panggil lagi aku abang eh? Ha'ah ni aku Roy. Jom mamak. Aku lapar nasi kandar ah."

"Sekarang ke?"

"Yalah sekarang. Kalau aku lapar esok, aku ajak kau esok."

"Oh so sekaranglah?"

"Ya, Razif. Jomlah. Finn tak ada ni."

Aku pun bersetuju dan menukar singlet yang aku pakai tadi kepada t-shirt yang lebih appropriate. Kemudian aku pandang lovebite yang cantik saja landingnya di leher dan bawah collarbone aku.

"Razif, almost semua budak kat sini ada lovebite. Takyahlah risau sangat."

"Bukan apa. Aku nak keluar dengan Roy masalahnya. Kalau dia bagitau Finn cane?"

"Cakap jelah yang itu bukan Haydar yang bagi. Habis cerita. Unless dia tahu."

Betul juga apa yang dikatakan oleh Joni tu. Aku pun turun ke bawah dan dia sudah pun menunggu di dalam kereta. Kami pun pergilah ke mamak tempat biasa kami pergi tu. Biasa amende ni baru kali kedua. Jujurnya, aku tak rasa dia just nak ajak lepak casually. Mesti ada benda dia nak tanya.

"Razif, aku nak tanya..." Kan aku dah kata. "Tadi Finn bawak kau pergi mana?"

"Hmm, kenapa?" Mampos aku nak jawab apa ni!

"Sebenarnya, dia dah bagitau aku apa yang jadi. Aku cuma nak tanya sebab nakkan kepastian je."

"Apa yang dia cerita?"

"Yang dia tumbuk kau tulah. Aku sendiri tak percaya yang dia sanggup buat kau macam tu. Aku kenal dia daripada form one, aku tak sangka pulak sampai tahap macam tu sekali dia sanggup buat kau. Dia tak pernah pukul orang wey."

"Well, apparently he did."

"So sebenarnya kau dengan Haydar ada apa-apa ke tak? Tak apa, kau boleh cerita kat aku. Aku takkan snitch kat Finn. Sebab whatever it is, dia memang dah lama fikir korang couple pun."

"Seriuslah? Sebab? Sebab kitorang asyik together for most of the time."

"Quite yes." Dia menghirup teh tariknya. "Also, aku rasa Danny sendiri yang bagitau."

"Kenapa dengan Danny?"

Dia ketawa kecil. "Kau tahu tak dia tu snitch gila? Dialah yang selalu buat teruk whenever it comes to Finn. Sampai habis Haydar dengan Qiqi dihasutnya supaya menyampah dengan Finn tu. Kadang-kadang, Finn buat benda baik pun si Danny tu still nak perli."

"Seriuslah?"

Roy mengangguk. "So, back to the question, sebenarnya kau dengan Haydar ada apa-apa ke tak?"

"Cakap jelah yang itu bukan Haydar yang bagi. Habis cerita. Unless dia tahu." Apa yang Joni katakan tadi terngiang semula.

"Jangan risau, aku takkan cerita kat Finn. Kalau aku bagitau Finn pun, dia sayanglah adik-adik dia."

"Ha'ah, sebab sayang adik dialah lebam pipi aku ni haa."

Roy tergelak sambil menyuap nasi dan dalca ke dalam mulutnya. Aku menghirup sirap bandung aku melegakan tekak.

"Kitorang suka each other tapi kitorang stay friends."

"Bukan kau ada girlfriend ke? Natalie budak Peragaan. Ingat aku tak tahu? Famous kut Nat tu." Payah couple dengan orang famous is you have to taste a bit of it.

"Awal sem hari tu break. Takpelah, takde jodoh." Kemudian aku memandang dia semula. "Kenapa Finn anti sangat gay?"

Dia menghembus rokoknya ke udara. "Well, aku boleh cakap ada sebabnya Finn jadi macam tu and aku tak rasa yang Danny pun tahu."

"Teruk sangat ke?"

Dia menjongket kening kanannya. "Kalau aku cerita, kau jangan cerita kat sesiapa even to Haydar. Just macam aku proceed untuk keep your secret, secret."

Aku mengangkat sumpah.

"Masa kitorang form five, Finn punya nudes kena leak kat Blog dengan Tumblr. Katanya, dia bagi kat seorang budak perempuan sekolah kitorang. Rupanya, dia kena catfish dengan seorang bapok pervert kat sekolah tu. Bapok tu yang pergi sebarkan gambar dia."

Tercengang aku mendengar berita itu. I mean, patutlah berdendam sangat dia dengan kaum tu. Mangsa rupa-rupanya.

"Habis dia belasah budak tu sampai lunyai. Terus budak tu pindah sekolah lepas tu. Tapi, sad to say yang nudes to remain on Internet sebab budak tu refuse nak padam gambar-gambar tu semua. Even lepas Finn nak offer duit pun dia tak nak."

"Shit!"

"Kan? Tapi apa yang si Danny tu tau? Balik-balik dok burukkan abang sendiri. Bukan pernah dia nak tanya ke apa. Aku pernah je tanya Finn suruh explain keadaan ni kat family dia tapi macam aku cakaplah, Qiqi dengan Haydar dengar cakap Danny. Tak pasallah Finn tu outcasted then painted as black sheep."

Aku terkedu sekejap. Sebab itulah, Razif, jangan cepat sangat menuduh orang. Kau tak tahu what's happened in their life. Benda-benda macam nilah yang kita tak tahu revolves around anyone.

Nak salahkan Danny pun tak boleh juga sebab dia mana tahu. Tapi tulah, semua benda dia kata Finn jahat.

Kenapa aku boleh terjebak dengan keluarga ni?
-------------

So, that's all for now! So antara Danny dengan Roy, both ada sides mereka but siapa yang lebih legit? Or kedua-duanya betul?

Sneak peek seterusnya tak ada tapi cukuplah tahu it's gonna be cute and sweet hehe... kalau nak votelah lelaju ya macam update yang ni hehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro