Bab 39

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pergi ke bilik Romeo, aku merasa tenang semacam. Aku tak pulang ke bilik aku sebab aku tahu Qiqi pasti akan report pada abangnya yang aku bersedih. Dan aku tak mahu Haydar datang melihat aku dalam keadaan begitu. Aku tak suka.

"Kau tak rasa ke yang kau patut tanya Haydar sendiri pasey benda tu? I mean, that's his life kan?"

"Kau fikir, kenapa dia tak bagitau je benda betul daripada awal lagi senang? Kenapa dia baru nak beritahu sekarang? Kenapa aku kena dengar daripada mulut orang lain dulu instead of mulut dia?" Dah keluar dah mode Erra Fazira dalam Sembilu aku. "Salah aku ke nak dia cuma jujur?"

"Razif, not everyone likes to live in their past. Mungkin the breakup is that bad to the point dia sendiri maleh ingat dah. Bagilah peluang untuk dia explain."

Aku diam saja. Mujurlah roommate si Peghok ni tak ada kalau tak percuma je dia tengok Sembilu versi aku di dalam bilik ni.

"Habis kau memang tak nak bagitau dia langsung pasal kau jumpa Razif Kamal tu tadi? I mean, tu benda besor, Zif. Kau tak rasa kau patut bincang benda tu dengan dia ke? Masa depan kau."

"Kalau dia boleh rahsiakan pasal hidup dia, kenapa aku tak boleh rahsiakan benda pasal hidup aku?"

"Pergi mampoih hanglah. Aku suruh tanya sendiri kat dia, kau takmo. Tau dak relationship macam rumah. Apa yang jadi dalam tu, orang dalam rumah tu yang kena seleseykan. Kau boleh bawak oghang masuk tapi jangan bagi deme tu buat keputusan. Pikiorler apa aku kabor ni."

Untuk petang membawa ke malam itu, banyak kali jugalah dia menelefon aku tapi satu pun aku tak angkat. Biarlah aku merawat luka dan perit ini sendiri. Haih dah mode lagu Ziana Zain circa hujung 90an pulak.

Tapi dalam selepas Isyak macam tu, aku mendapat panggilan daripada Roy. Dia sajalah kut yang aku boleh percaya dalam masa seperti ini.

"Hello, Razif. Ada mana?"

"Ada kat bilik kawan. Sal?"

"Jom minum. Aku faham kau sedih tu. Alang-alang, dapat kita cerita sikit pasal offer Mandar tadi tu."

"Boleh je. Kejap aku turun."

Macam biasa port kami berdua lepak iaitu di mamak. Aku turut membawa kontrak tadi sebab manalah tahu kan.

"Dah bagitau Haydar pasal benda ni?"

Aku menggeleng.

"Kenapa? Kau tak rasa yang dia patut tahu ke?"

"Then he should have known to let me know pasal dia punya past relationship. Mana adil aku je yang dia tahu."

Dia ketawa kecil. Maklumlah dia tua lima tahun daripada kami. Haruslah dia lebih matang kalau nak mengatasi isu seperti ni.

"Pasal Filzah ke?"

"Who else?" Kemudian aku memandang dia. "I want you to tell me everything I should know about the Razifs. Specifically Haydar."

Muka dia kehairanan. Nampak dia punya kening bertaut macam nak bercantum.

"Apa aku boleh cakap, if korang bergaduh, elakkan Qiqi tahu."

"Asal?"

"Qiqi tu mulut macam perempuan. Andai kata kau bagitau dia pasal kau gaduh dengan Haydar ni, habis semua benda dia cerita kat Haydar tu nanti. Kau pun faham jelah bila benda sampai pakai mulut ni. Mesti banyak yang jadi penambah perasa kan?"

"Habis aku cerita kat kau ni, takde kau nak tambah perasa ke?" Aku cuba berlelucon dan aku rasa dia pun dapat membacanya.

"Kalau aku nak tambah pun, aku dapat apa. Aku bukannya daripada family tu pun and to add more, aku bukannya suka lelaki macam korang. Apa aku buat is just a friendly gesture."

Betul juga apa yang dia katakan itu. Boleh dikatakan, Roy ini paling harmless dalam cerita ini.

"Haydar memang ada ex-girlfriendlah kiranya?"

"Ha'ah ada."

"Berapa ramai?"

"Tu sebenarnya aku tak pasti. Tapi Filzah tu memang remarkable sikitlah sebab I don't know, sampai lepas SPM tak salah. Kau check kan Insta Filzah tu yang lama-lama pun ada gambar dorang berdua."

Aku cuba menahan emosi. Tak mahu pula aku jadi Erra Fazira dalam Sembilu lagi kat sini pula.

"Tapi if betul dia sayang kau sekarang, aku rasa benda macam ni should be the least of your concern, betul tak?" Like, dia sayang kau kut? Shouldn't that be a concrete reason?" Dia menghirup teh tarik sambil mengatur ayat.

"Betul tu betul tapi sekarang ni aku bukan marah dia pasal tu. Aku marah pasal sebab apa dia nak berahsia benda macam tu daripada aku."

"Aku rasa aku tahu sebabnya. Dia bukan sorokkan daripada kau. Tapi daripada Danny."

"Kenapa dia nak sorokkan daripada Danny?"

"Banyak sebab. Danny tu diktator sikit. Finn, kalau dia tak suka, dia terus cakap. Tapi Danny ni, entahlah aku susah nak cakap."

"Apa maksud kau susah nak cakap?"

"Dia suka masuk campur hal adik-adik dia. Bila Finn dah malas nak ambil kisah, dia akan masuk lepas tu indoktrinkan kepala budak berdua tu dengan cara dia berfikir. Lepas tu kalau dia tak suka, dia akan buat budak-budak tu fikir macam dia jugak. Mana Finn boleh masuk dah kalau macam tu."

Sebenarnya aku agak setuju jugak dengan apa yang Roy katakan. Banyak kali juga aku nampak ianya berlaku di depan mata aku sendiri.

"Tapi pasal kau dengan Haydar, trylah talk to him about it. Salah aku jugak sebab ingatkan kau dah tahu, rupanya tak. Sabar eh?" Dia menyuap rojak ayam ke mulutnya. "Sayang jugak. Korang cute kut together. Tak naklah sebab benda-benda macamni, korang terpisah kan?"

Dia menghantar aku pulang namun aku tidak terus pulang ke bilik. Aku gunakan peluang itu untuk berjalan merayau sekitar INSEMAS dulu. Aku sempat memandang tingkap biliknya dari bawah dan ianya gelap saja. Tak ada oranglah tu.

Repulsively, aku ambil telefon dan aku dail nombor Mandar. Panggilan pertama tak berjawab jadi aku cuba memanggil kali kedua.

"Hello, Aiman Haydar speaking..."

"Hi, Mandar. Ni saya, Razif Haydar."

"Anak Krul?"

"Ya saya."

"Dah habis fikir dah ke?"

"Sebenarnya belum lagi tapi..."

"Dah tu kenapa telefon?" Ala dia ni aku belum habis cakap lagi.

"Sebenarnya, saya nak berbincang in detail pasal benda tu. So, are you free tomorrow?"

"Free je. What time but jangan pagi eh. I need to go to the studio kejap."

"Dalam petang pukul dua boleh? I'll tell Finn yang saya tak boleh pergi training."

"No need. Aku boleh bagitau dia. So, aku contact nombor ni eh apa-apa?"

"Ya."

Habis sahaja panggilan itu, aku rasa air mata aku mengalir sedikit. To add dramatic effect, hujan turun selebat-lebatnya membasahi bumi INSEMAS secara tiba-tiba.

Sampai di depan bilik, aku nampak kasut Qiqi tiada. Nafas lega dihela lembut. Malah apabila dibuka pun, lampu tidak dinyalakan dan kipas dimatikan.

Aku melangkah masuk dan menutup pintu. Satu suis pun tidak aku hidupkan. Aku terus berbaring meniarap di atas katil membiarkan air mata terus mengalir tanpa sebab.

"Mencintaimu..." Satu suara yang sangat familiar kedengaran dan suis kipas dihidupkan. "... tonaku biru."

Aku bingkas dan memandang pemilik suara tadi yang rupanya sudah lama bersembunyi di balik pintu. "Ronanya menyamankan. Melegakan segala kegundahan dalam kalbu tak bersempadan."

Aku masih diam membiarkan dia saja yang berbahasa.

"Jauh darimu, birumu memudar merah. Seperti darah yang andainya ianya mampu mengalir dari hati yang ditarah." Damn, it's so poetic.

"Melihat wajahmu, tonanya ungu. Satu sentimen misteri tak tak terlafaz dek bibir yang selama ini madah berlagu."

"Haydar..." Namanya kuseru perlahan.

"Dan tanpa dirimu, sosokku kelabu. Terangnya tidak, malapnya tidak membiarkan aku keseorangan mencari jalan tanpa hala tuju."

Dia nyalakan lampu dan berdiri memandang aku tepat. Aku bangun duduk dan bersandar di dinding.

"Congrats for the offer..."

Aku tersenyum tanpa rela.

"Kenapa tak bagitau aku?"

"Well, maybe once you stop keeping secrets from me, I will tell everything about me."

Dia menghela nafas berat. Dia duduk di sebelah aku dan cuba menyeka air mata aku yang aku pun dah confuse dengan air hujan tadi.

"Razif, pergi mandi. Hujan nanti."

Aku masih tak bergerak dari duduk aku.

"Kau dah makan?"

Aku menggeleng.

"Kau pergi mana tadi?"

"Kenapa kisah pulak? Pergilah tanya Filzah!"

"I asked all that because all that equivalent to 'I love you'. Takkan aku nak cakap those things kat Filzah?"

Air mata aku mengalir lebih deras lagi. Terus dia aku peluk dan aku lepaskan semuanya di situ. Aku meraung pun ada rasanya.

"Razif, I'm sorry, okay."

"Aku nak tahu pasal kau sebab aku sayang kau!"

"Ya, aku tahu. Sebab tu aku nak minta maaf."

Aku tahu aku bukan sentiasa lemah begini. Tapi ada sesuatu tentang Haydar yang sentiasa membuatkan aku kembali padanya. Sesuatu yang istimewa.
------------

Rollercoaster tak? Mujur Haydar pandai pujuk kalau tak, mahu world war. And what's with mulut Roy eh? Is he telling the truth?

Sneak peek

"Bukannya aku tak nak cerita benda ni kat kau tapi..."

"If it's good for you, it's good for me."

"Kontrak lima tahun tau."

"Cuma apapun, jangan lupa aku eh?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro