Bab 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Maka, aku officially sudah menjadi artis rakaman under Abang Mandar. But still, aku masih masuk juga pertandingan duo yang Finn dah daftarkan tu. Dan dia pun to be honest, dah less grumpy. Masih tak layan aku baik tapi, manusia kan?

Jadinya, untuk meraikan, malam itu kami mengadakan Pizza Party di dalam bilik aku fully sponsored by Haydar and Romeo. Mana tak sayang dua-dua bajingan dalam hidup aku ni. Party itu disertai oleh Lima Lahanat, Haydar kesayangan saya, Qiqi dan tetamu jemputan, Roy!

"Mana Manuk?" Joni membangkitkan persoalan.

"Ha'ah. Bukan ke dia kata nak datang dengan Angah tadi." Qiqi menambah.

"Pergi datinglah tu. Entah kongkek memana dulu ke?" Haydar memberi tamsilannya.

"Angah kau tahu ke aku ada ni?" Roy bertanya kepada Haydar dan Qiqi.

"Entah. Kut Manuk bagitau ke."

Roy kembali menghadap pizzanya. Melihatkan betapa tenangnya dia ni, aku pelik kenapa Danny tak suka sangat dengan dia ni. Apa yang Roy ni boleh buat sampai dia benci sangat?

"Kerap betul hujan eh lately ni?" Roy bersuara memecah keheningan.

"Rezeki." Syed menyahut. "Tapi masalahnya kain baju ah jemur lambat kering."

"Ya doh. Aku pun fikir benda sama." Joni bersetuju dengan statement Syed.

Pintu diketuk kemudiannya dan Qiqi pergi menyambutnya. Maklumlah first year haruslah mengikuti arahan senior. Dan orang yang berdiri di muka pintu itu sangatlah mengejutkan kami semua.

Manuk dengan basah kuyupnya berdiri tercegat di situ. Matanya berkaca dan menyedarkan itu, aku terus berlari mendapatkannya.

"Nuk, kau kenapa ni, Nuk?"

Dia memandang kedua-dua Haydar dan Qiqi dan air matanya mengalir lebih laju lagi. Aku terus didakapnya dan aku dapat rasa bahu aku membasah. Pasti pasal Danny.

"Nuk, masuk dulu eh?"

Manuk masuk dan duduk di atas katil aku. Aku menyuakannya air mineral dan dia meneguknya persis bertahun tak jumpa air. Kemudian dia bersandar di bahu aku.

"Let me guess, Danny?" Roy naik ke katil aku dan menepuk belakang Manuk.

Manuk mengangguk. Masih tersedu lagi.

"Apa dia buat?"

"We caught in a fight and dia slipped out of the tongue. But it was too harsh..."

"Classic ole Razif Daniel." Roy memintas. "And let me guess, dia tinggalkan kau tepi jalan. Biarkan kau balik jalan kaki."

"Betul."

"I see..." Aku mengangguk. Pelukan menenangkan aku berikan kepada dia. "You deserve better, Jonathan. Setakat mamat macam Danny tu, he doesn't deserve you. Kau boleh dapat lagi bagus kut daripada dia. Or at least someone yang boleh faham kau."

Manuk hanya mengangguk sahaja. Syed menghulurkannya pizza dan ianya disambut olehnya dengan sangat cermat.

"Razif, nanti hantarkan Manuk balik bilik tau. Kesian juga dia kena macam tu." Haydar mencadang. Aku mengangguk.

"Macam tak logik je Angah buat macam tu. I mean, memanglah mulut dia macam tak ada insurans sikit tapi macam pelik..."

"Nak pelik apa, Qiqi? Dah memang gitu pun perangai dia. Kau fikir kenapa Aiman dulu tinggal dia? Mestilah sebab perangai dia."

Aku mula syak something is wrong sebab aku nampak mulut Manuk seperti mengulum sesuatu seperti kemarahan. Aku cuba menggosok belakang dia untuk menenangkan. After all, dorang masih belum break whatsoever.

"Zif, hantar aku balik sekaranglah."

Aku pun, seperti yang dipintanya, turutkan saja. Sempat Haydar berbisik kepadaku, "Anything bagitau aku tau."

Aku pun berjalanlah dengan Manuk menghantarnya ke bilik. Sepanjang perjalanan itu, tidak ada apa yang dibicarakan antara kami berdua. Mungkin Manuk masih memerlukan ketenangan jiwa.

"Zif..." Dia bersuara ketika kami tiba di hadapan pintu biliknya. "Actually, that was an act."

"Huh?!"

"Aku just nak tengok reaksi dia jak."

"Aku tak faham."

Dia membuka pintu dan di atas katilnya terdapat Danny yang sedang galak bermain handphone. Aku semakin bingung.

"Sayang..." Dia memanggil Danny dan menarik aku masuk ke dalam. "You are right, Sayang."

Danny berdiri dan bersilang tangan di dada memandang aku. "Razif, aku cuba nak selamatkan kau dengan Haydar. By all means, he's no bueno, Razif. He's bad news."

"Sorry, aku tak faham. Apa benda ni?"

"Kau sendiri nampak how dia burukkan aku depan everyone kan? Kau masih nak percayakan dia ke? Dia tu Mami Jarum wey. 10 dia cakap, 15 tak betul wey!"

"Danny, sudahlah!" Aku memandang dia tepat ke dalam mata membuatkan dia diam seribu bahasa terus. "Aku tak tahu apa yang jadi antara korang berdua dan aku lagi tak tahu apa yang kau nak berdendam sangat dengan dia. He's nothing but nice to me and Haydar and he's a good friend to Finn jugak. Kenapa kau nak bitter dengan dia memanjang? Just because he's nice with your brother and you're not, doesn't mean he's fake. Pernah tak kau terfikir yang people are just being nice?"

Manuk nampaknya terus pucat apabila aku snapped macam tu. Danny masih berombak dadanya.

"Pernah tak kau fikir yang kenapa kau rasa hidup kau miserable is because you choose to live your life that way? Kau paint everyone with an image that just because people are nice, they are fake. If he really a villainlah kan, why don't came up with a proof? Roy, dia walk the talk. And dia kata kau asshole, aku rasa aku dah boleh tahu kut kenapa."

Habis mengucapkan itu, aku terus keluar and sedihnya, Manuk langsung tak kejar aku pun. Dia lagi pilih orang yang dia baru kenal for few months daripada aku yang daripada minggu orientasi ni. What the fuck, Manuk? Is his dick like that good?

Balik ke bilik, aku beritahu mereka yang tiada apa-apa berlaku. Tapi kecoh jugalah bila Manuk tiba-tiba keluar group.

"Dia nak tenangkan fikiranlah tu." Romeo memberi teori. Aku masih senyap walaupun aku tahu yang Haydar tahu kenapa aku senyap.

Selepas semua mereka pulang, tinggallah aku, Haydar, Qiqi dan Roy. Aku rasa aku patut bercerita kepadanya tentang apa yang baru terjadi. Habis semuanya aku luahkan semua pada Roy.

"Seriuslah Angah kita macam tu. Susahlah nak percaya." Qiqi memberi pendapatnya. Aku tak salahkan dia. After all, itu abang dia.

"Aku pun sebenarnya tak tahulah apa yang dia nak benci sangat dengan aku. Balik-balik nak salahkan aku pasal dia dengan Aiman and pasal dia dengan Finn. Aku orang luar kut. Apa je yang aku boleh buat nak jahanamkan korang adik-beradik?"

"Entahlah, Roy. Aku pun tengok dia macam lagi ego daripada Finn sekarang. Cuma tak sangkalah sampai tahap dia sanggup frame kau macam ni." Haydar pula bersuara.

"Sorry tau, Roy. Tak pasal je kau kena."

"Sebenarnya aku tak kisah pun kalau korang nak siding dengan dia. Sebab aku pun faham. Yalah, aku ni kan kaki kipas."

Aku tak boleh from not feeling bad towards Roy. Dia baik kut. Okeylah, baik is an understatement. He always calm and dia kalau cerita pasal orang pun, dia cuba untuk tidak bias.

Tak macam Danny tu!

"Ikutlah apa korang nak fikir. Aku nak gerak dulu and thanks for the treat tho. Meh aku buangkan sampah ni semua."

Selepas Roy beredar, aku memandang Haydar dan dia juga memandang aku. Aku nampak wajahnya gelisah dengan apa yang baru berlaku.

"Selagi dia tak kacau kita, sudah. Aku okey je. Lagipun dia abang kau kan?"

"Damn aku ingatkan Finn dah teruk. Rupanya Danny pun sama."

"Abang berdua..." Qiqi datang ke katil aku. "Maybe korang patut confront balik dengan Danny and Manuk. Tak adillah dengar one side je."

"One side apanya, Adik. Kita sendiri nampak macam mana Manuk boleh ikut je apa Angah punya plan. Nampak sangatlah kut situ."

"Ya, Adik tahu. Tapi cuba fikir balik kenapa jadi macam ni? Mungkin kalau..."

"Takde kalaulah! Sama jelah Angah dengan Along tu. Kita je yang normal dalam family tu.

Aku malas hendak masuk campur hubungan mereka adik-beradik. Yang aku tahu, Danny pun sama je macam Finn or maybe even worse. Harapnya aku dengan Haydar selamat jelah. Or will it, tho?
-------------

So yeah, Razif n Manuk's friendship ended. Thanks to Roy or thanks to Danny? You decide!

So, 50 votes to unlock next chapter macam biasa. Stay tuned!

P.s. malas nak buat sneak peek hehehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro