Bab 50

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tak tenang hidup aku seharian dibuatnya. Semua yang aku lakukan akan membawa aku pergi ke arah Haydar. Nak makan pun ada kalanya teringatkan dia. Berfikir sama ada sudah ke dia makan atau belum. Kau tahu, macam orang kata, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Lebih kurang macam tulah kehidupan aku.

Jadi, untuk meleraikan kekusutan itu, aku cuba untuk selesaikan satu demi satu permasalahan yang aku ada ketika itu. Dan semua ini akan aku lakukan seorang diri. Nampak tak betapa independentnya seorang Razif Haydar. Nampak tak macam mana aku nak move on kalau nama pun dah sama dengan dia.

Aku call Finn pagi itu untuk tanya sama ada dia di pejabat atau tidak pada hari itu. Dan thank God, dia ada jadi aku mengadakan satu appointment dengan dia. Melihat dia di pejabatnya pada hari itu, aku agak bersyukur dan aku rasa seperti ada satu besar hilang dari kepala aku.

"Kenapa kau nak jumpa aku ni?" Dia menghulurkan secawan teh O limau sebaik aku duduk di atas kerusi berhadapan dengannya di dalam pejabat itu. Pejabat yang kali terakhir aku masuk adalah semasa aku berusia lima tahun, semasa Papa masih lagi seorang KD.

"Aku nak quit duo tu. I've made the decision."

Dia memandang aku dengan mata membundar besar. Aku sendiri tak berank bertentang dengan matanya ketika itu. Pandangan yang mampu menumbangkan sekawan gajah, sejujurnya.

Baru dia hendak membuka mulut, pintu bilik tersebut diketuk dan kerani Divisyen Muzik, Kak Wawa masuk dengan sebuah fail.

"Eh, Razif! Lama tak jumpa. Papa sihat?"

"Sihat je, Kak Wawa." Kak Wawa ni merupakan kerani dari zaman Papa KD lagi kat situ. Komited betul dia kat sini.

Habis saja urusan mereka berdua, Finn kembali memandang aku. Pandangan yang agak redup bagi aku. Aku tak pernah nampak pandangan sebegitu darinya.

"Pasal aku ke?"

Aku menggeleng pantas.

"Dah tu?"

"Aku rasa aku tak boleh nak balance too many things in one timelah, Finn."

"Bitch please! Papa kau architecture student and KD in the same time kut."

"Itu Papa aku. Bukan aku, Finn. Tolonglah faham keadaan semasa aku, Finn."

Dia mengulum kegelisahannya. "Sayang, kau berbakat. With that, aku assume kau mesti kau nak quit band sekali kan?"

Aku angguk lagi.

Dia menghela nafas berat. "Kalau itu permintaan kau, siapalah aku untuk paksa kau stay. Kau pasti jugak ni bukan sebab ex kau ada dalam tu?"

Aku menggeleng.

"Actually aku baru tahu Natalya tu ex kau. Itu pun sebab Kemboja yang sebut last two days. Kalau tak, aku ingat dia just tergedik dengan kau je."

Aku terkesima dengan info itu. I mean, takkanlah Roy menipu pulak? Dan jujur manalah si Finn ni pun kan.

Habis sahaja urusan dengan dia, aku kembali ke bilik. Petang itu aku sudah ada another appointment dengan Abang Mandar yang Romeo sudah janji untuk menemani bersama. Jadi, aku balik ke bilik dan mandi sebelum Romeo masuk ke bilik aku.

Tapi, balik saja aku dari mandi, aku nampak Haydar ada di dalam bilik dan sedang duduk di atas katil Qiqi. Melihat saja aku kebasahan baru balik dari bilik air, dia terus berdiri dan menutup pintu. Kemudian, dia berdiri memandang aku.

"Awat?" Aku terlepas sedikit loghat utara.

"Kenapa kau quit?"

"Kenapa kau kisah?"

"Kenapa aku tak boleh kisah?"

Aku diam. Untuk tidak mengendahkan dia, aku pun sarung t-shirt dan seluar untuk keluar sekejap lagi.

"So you're going to ignore me or what?"

"What else?" Aku berpaling memandangnya. "Kalau apapun aku cakap sekarang ni, I'm the villain kan. Ya, aku quit semua tu sebab kau. Sebab sekarang ni, semua yang aku buat mesti akan ingatkan aku kat kau dan aku tak suka benda tu. Cukup kau dah datang dalam mimpi aku setiap malam sebelum ni, now aku terbayang kau kat semua tempat."

"So sekarang, kau nak salahkan aku untuk jadikan kau macam tu?"

Aku terdiam. Aku terus tunduk memandang lantai.

"Kau datang dalam hidup aku sebagai anugerah, tapi aku datang dalam hidup kau sebagai sumpahan. Aku minta maaf, Razif." Kemudian dia mengeluarkan gelang HAYDAR dari dalam poketnya. Aku perasan gelang RAZIF itu tersarung elok di pergelangan tangnnya. "Aku datang ni sebab nak pulangkan benda ni balik kat kau je."

"Kenapa kau nak pulangkan balik?"

"It's a gift, Razif. Even kalau kita dah... I mean, nama kau pun ada Haydar kan walaupun kau tak suka nama tu. It's just a humble present from me."

"Aku tak kisah if kau dah benci aku, we can just break this relationship. For what we want to say in it kalau one of us keeps hurting the counterpart. Kan, Haydar?"

"Razif, apa yang kau hurtkan aku? Aku sayang kau, Razif. Kau betul-betul tak nampak lagi ke selama ni?"

"Haydar, kau bukan untuk aku. Kau tunggu aku dua tahun tapi apa yang aku buat sebagai balasan. Not more than sakitkan hati kau. Kau tunggu dua tahun just to feel sad for most of the time, tak worth it, Haydar. Pergi jelah. As much as it hurts for you, it's hurt for me too."

Aku nampak air matanya mula memenuhi tubir mata. Gelang di tangannya itu terlepas ke lantai dan diambilnya semula. Dia pandang gelang itu berselang-seli dengan wajah aku.

"Sampai hati kau kan, Razif. Sampai hati kau."

"Haydar, aku buat ni untuk kau."

"Razif, kau mungkin sakitkan hati aku tapi percayalah, besar mana salah kau pada aku nanti or apa sekalipun terjadi pada kita, aku takkan pernah mampu bencikan kau, Razif. Mungkin aku menangis sekarang tapi aku menangis ni sebab aku tahu aku tak sanggup hilang kau. Aku tak boleh bencikan kau. Aku menangis ni jugak sebab aku teringat kenangan-kenangan kita. Those might be decent but those were memories, Razif."

Aku tahu aku ni kering sangat ke hati ke apa tapi setitik air mata pun belum mengalir dari mata aku.

"Tapi, as a last request, ambillah gelang ni, Razif. Even as a friendly gift, ambillah. Assumelah dia apa benda sekalipun. Aku just nak kau simpan je. Dan bila-bila kau teringatkan aku, tengoklah gelang tu." Kemudian dia berjalan menunggu ke pintu. Dibukanya sebelum muka aku dipandang aku sekilas. "Jaga diri eh, Razif."

"Haydar..." Aku menahan pemergiannya. "Maafkan aku."

"Kau tak pernah ada salah dengan aku, Zif. Aku je yang bodoh fikir aku ada peluang." Dia kemudiannya berjalan pergi meninggalkan aku.

Aku menutup pintu sebelum bersandar di baliknya. Barulah air mataku menitis ke pipi. Tapi the damage is done. There's no turning back.

Aku menerima mesej daripada Romeo yang dia terpaksa pulang ke Tanjung Blanja petang itu kerana ayahnya sedang sakit di Hospital Changkat Melintang, Perak. Jadi, aku pun berjumpalah dengan Abang Mandar seorang diri.

Abang Mandar mengambil aku dan kami sempat makan terlebih dahulu di KFC berhampiran sebab katanya dia lapar dan Mamanya ada fashion show di Singapore.

"Razif nampak stress je. Are you okay?"

Aku mengangguk lambat.

"Chilllah. Cerita je. Abang ni kan dah macam abang Razif jugak."

"Takde apalah. Nothing serious."

Dia makin khusyuk melahap ayam goreng itu. Aku saja yang hilang selera ketika itu.

"Razif, you are not you. Cerita jelah."

Aku tiada pilihan melainkan untuk ceritakan kesemuanya kepada dia. Dia sendiri yang mengaku kononnya dia itu adalah abang jadi dia sepatutnya menerima aku seadanya dengan semua ini. Aku tak ambil risiko apa-apa.

"Roy ni Masrun Kasilan ke? Roy Jawa?"

Aku angguk.

"Kau percaya ke Roy tu?"

"Kenapa Abang cakap macam tu? Apa yang peliknya dengan dia?"

"Banyak sebenarnya. I don't knowlah tapi bagi Abang, mulut dia tu jangan percaya sangatlah."

"Kenapa?"

"Masa dia first year dulu, adalah Abang dengar dia ni suka jadi informer untuk orang bercinta and most couple yang dia consult tu mesti break tak lama lepas tu. Then adalah yang panggil dia tu Mami JaRoy. Lawak pun ada juga bila difikirkan balik."

"Maksud Abang, dia suka bagi orang break?"

"Amboi, suka dia kalau bab membawang ni eh? Tak jugak actually. Cumanya, entahlah, Abang tak rapat sangat dengan dia tu tapi ada jugak my mutuals selalu pesan hati-hati dengan dia tu. Also, siapa je yang boleh tahan dengan mulut celaka si Finn tu? Roy tu stay sebab nak rebut jawatan KDlah tu.

Did I got scammed or what? Tapi for what Roy nak buat macam tu?

"Dahlah jangan fikir. Simpan suara kejap lagi nak rehearse."

Aku pandang gelang HAYDAR di tangan. Ah, kalau ada kena-mengena dengan Roy, pasti Haydar dah dapat tangkap dulu. Kan?
——————

Nasib baik Abang Mandar cepat masuk line. Anyway, that's maybe the end of their relationship so far but let's see how it's gonna be resolved. Cerita panjang lagi jangan risau.

Jadi Roy di pihak benar atau tidak? And Finn pun?

Sneak peek tak ada tapi next chapter is from Haydar's POV. Mesti sedih punya kan? So stay tuned ya!

50 votes macam biasa...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro