Bab 58

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Seriuslah?" Qiqi dan Haydar memandang aku serentak sebaik aku menghabiskan cerita aku. Semuanya aku ceritakan daripada semasa pertemuan aku dengan Finn lagi di pejabatnya.

Aku menunggu selama dua minggu sebelum saat ini datang kerana aku mahu mereka adik-beradik bertenang dahulu. Dan hari ini barulah aku bersedia mental dan emosi untuk menceritakan segalanya.

"So Roy is already a bitch since day one?" Haydar memandang aku tak percaya. Aku mengangguk. "And we trusted that snake?!"

"Tak apalah. It's undeniable kan yang dia memang convincing and pandai berlakon. We just got trapped in his twisted game." Damn bila Qiqi buka mulut, aku lupa umur dia 18.

"Anyway kenapa kau tak nak bagitau Danny pasal benda ni?" Haydar bertanya.

Aku kembali duduk di atas kerusi meja belajar aku. "We all know Danny to hot-tempered and semua action dia emotional-based. Benda ni kalau kita nak balas dendam, it has to be a smooth game. Kita tak nak Roy terlepas or ada peluang nak balas balik kat kita. I know I don't want that."

"Habis apa plan kau sekarang?" Haydar bertanya lagi. Nampak azam membara di dalam matanya.

"Kita ada group Tele band without Roy dengan Finn kan?"

Dia mengangguk.

"Suruh dorang semua left the group official yang ada si Jawa Totok tu. Lepas tu semua PM Roy tu tapi jangan serentak tau. Seorang demi seorang cakap nak quit..."

"Tapi bukan ke anything yang kita join tak boleh quit unless we are allowed by the KD ke?" Qiqi cuba memberi pandangan.

"And in case kau lupa, KD kita sekarang is that jerk, Masrun Jawa Totok tu." Turn Haydar pula bersuara.

"It won't be long." Yakin tak aku?

Mereka berdua memandang aku yang masih confident dengan apa yang aku baru katakan. Haydar siap mencemirkan matanya lagi.

"Maksud kau?"

"Petang ni ikut aku eh, Haydar."

Fast forward dua jam kemudian di rumah Abang Mandar. Aku, Haydar dan dia duduk saling bertentangan dan di hadapan kami terdapat tiga gelas jus oren sebab menurut logik cerita Melayu, orang kaya minum jus oren.

Abang Mandar memandang aku dan Haydar berselang-seli. Nampaknya apa yang aku ceritakan kepada dia tadi susah untuk diproses. Aku tak salahkan dia. Kami pun rasa susah perkara ini.

"You guys know it's not gonna working like that kan?"

"It can. Abang just kena accept the offer jadi KD."

"Razif, Abang tak nak jadi KD tu masalahnya. Kan Razif sendiri dah dengar the jobscope of being a KD kan? Abang tak nak buat benda tu semua."

"Tapi Abang, ini je satu-satunya peluang untuk saya avenge abang saya tu. Kalau Abang jadi KD, abang boleh eliminate terus Roy tu dari Divisyen Muzik. Kan KD yang pilih Timbalan kan and sekarang ni dia pun pemangku je. Belum official lagi kan?"

"So kau nak aku buat benda based on dendam? Kalau betullah itu yang kau cakap, aku dah lama boleh buat benda yang sama kat Razif ni dengan bapak dia. Tapi tahu tak if kita buat benda based on dendam, benda tu takkan end well."

Aku dan Haydar terdiam. Abang Mandar mencerlangkan matanya memandang kami berdua dengan pandangan seekor helang. Seram jugalah.

"Tapi Abang..." Haydar masih cuba membela keadaan.

"Haydar, bukan Abang tak nak tolong tapi Abang tak nak buat benda ni sebab nak lunaskan dendam korang. Abang tak boleh..." Kemudian dia memandang sekilas potret Papanya di dinding. "Jangan paksa Abang, boleh tak?"

"Tak, Abang. Kami tak paksa. Cuma, kami harap kami dapat kebenaran. Roy tu jahat, Bang. Finn dulu tak salah pun. Semua tu sebab termakan cakap dia tu. Dia tu snake, Bang." Aku menolong Haydar menambah-nambah sedikit.

"Abang kenallah dia tu. Memang daripada zaman belajar lagi dah macam tu. Tapi sekarang ni Abang nak korang dua fikir balik. Dia buat benda tu sebabkan dendam dia kat Finn. Habis kalau korang buat jugak, apa bezanya korang dengan dia? What makes yalls lesser of an evil compare dengan dia?!"

Sepanjang perjalanan pulang, aku tak mampu memandang muka Haydar. Dia yang dari tadi memandu hanya memandang ke arah jalan. Aku juga tak mampu memandang ke depan. Perancanganku gagal.

Air mata aku menitis ke pipi memikirkan aku gagal untuk membantu Haydar. Aku betul-betul ingin membantu dia. Dan aku tak sangka satu-satunya peluang aku untuk membantu hilang sebegitu saja.

"Razif, janganlah menangis..." Dia memandang aku dan memberhentikan kereta sebentar di tepi jalan. "Please, stop crying."

"I want to help you, Haydar. I really want to."

"I know..." Dia memeluk aku dan menepuk lembut belakang badan aku. "Ada kau dengan aku pun dah cukup membantu, Razif."

"Tapi... I thought he could help. I really thought so, Haydar."

"Faham, Sayang..." Wait, he called me Sayang! He fucking called me Sayang! "But janganlah jadikan itu beban. Kau tak salah apa-apalah."

"Kho tot na..."

"Mai pen rai, krap. Dah, jom kita pergi makan dulu eh."

Kami singgah di McD Drive-Thru dan dia beli bubur ayam macam biasa untuk aku dan dia beli Double Cheeseburger untuk dia sendiri. Kami makan di parkir McD tersebut.

Memandangkan aku yang masih mood tak best, dia menyuapkan bubur tersebut ke dalam mulut aku sambil aku menyandar di bahunya.

"How we want to beat him? Siallah Roy tu!"

"Razif, cuba ingat balik ayat Mandar tadi. Kan benda buat based on dendam, mesti outcome dia tak best."

"Who cares best ke tak? It's your brother we are talking about tau sekarang ni!"

"Razif! Dia buat kita, Tuhan tu tahu, Zif. Dia ingat sampai bila dia boleh pergi dengan kerja kotor dia tu?!"

Aku terdiam. Kenapa dia ni tiba-tiba heroic sangat ni?

"Razif..."

"Yes?"

"Aku sayang kaulah. Kau dah buat yang terbaik untuk tolong aku dengan adik-beradik. Jangan pernah fikir macam tu okey. Aku sayang kau tau."

Lagilah aku rasa nak menangis masa tu. Dahlah dia kehilangan abang kerana tamaknya seorang manusia, kini aku pula yang tak dapat membantu dia.

"But gotta know that I really wanted to help. I really want to."

"Aku tahu. Aku nampak."

"What if kalau lepas ni, Roy tu kacau kita lagi? Aku tak nak hilang kau lagi tau."

Dia memegang tangan aku rapat-rapat sebelum mengucupnya.

"Razif, kalau kita percaya each other, takkan ada apa dapat halang kita."

"What if we lost trust in each other?"

"Don't lose it."

Malam itu, aku tak dapat tidur. Haydar tidur di bilik aku berganti tempat dengan Qiqi. Sementelah begitu pun, aku masih tak dapat melelapkan mata ini. Mengantuk tapi aku masih memikirkan Haydar. Haydar dan adik-beradiknya serta Roy. Bajingan Jawa Totok!

"Sayang..." Pukul tiga setengah pagi, dia memanggil aku. "Masih fikir lagi pasal tu ke?"

"Yes."

Dia menarik aku ke rangkulannya sebelum dahi aku dicium. "Rasa benci takkan mampu kalahkan cinta."

"Maksud kau?"

"Roy buat semua ni atas dasar benci yet kami semua masih sayangkan arwah Finn. Roy cuba untuk pisahkan kita tapi aku masih kesayangan kau. Can't you see how miraculous it works?"

Aku tersenyum.

"Meh aku peluk. Tidur okey. Kau ada dengan aku ni pun dah cukup."

And to our all surprise, which aku rasa surprise jugak untuk Roy, satu INSEMAS mendapat broadcast message yang sama daripada pejabat admin. Broadcast message yang mampu membuatkan aku tidur lena pastinya.

Rombakan Jawatankuasa Tinggi Divisyen Muzik

Senarai jawatan dan penjawat yang baharu adalah seperti yang tertera:

Koordinator Divisyen: Amar Aiman Haydar bin Mohd. Razif
Timbalan Koordinator Divisyen: Romy Dahlia binti Rasyidin

Aku menghela nafas lega. Terima kasih, Abang Mandar! Terima kasih banyak-banyak...
-----------

Steady Abang Mandar!

Anyway guys, with the towering assignments that I have, updates mungkin akan slightly slow sikit but don't worry, still a daily update I promise.

Feel free to vote n comment too ehek...!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro