Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ibu Reen mengambil aku dan Romeo pada petang Khamis itu. Memang hampir setiap minggu, memang Romeo akan ikut aku pulang ke rumah unless kalau aku tak ajak dia. Bukan apa, Joni selalu balik, Syed asyik dating and kalau dia tak dating pun dia akan balik jugak dan Manuk pula kerja weekend. Kesian pulak si Romeo ni seorang diri je kat kolej.

"Esok takde kelas ke apa korang dua ni?" Ibu Reen bertanya seraya memakai cermin mata hitamnya. Oh ya perkenalkan, bidadari kedua dalam hidup Papa selepas Mama (I hope), Sarina Mohd. Ali aka Reen aka Madam Reena, dia ada spa and saloon dia sendiri. "Kita pergi ambik Rose dengan Remy kejap."

"Rania kat mana?" Baru aku sedar adik tiri aku umur tiga tahun tu takde kat situ.

"Ada kat kedai. Korang balik rumah jaga adik-adik tau. Ibu nak pergi kedai balik ni."

"Okey."

Unlike any other mak tiri, she isn't the best but dia terima aku seadanya (I hope). Lagipun, Ibu Reen ni kawan baik dengan arwah Mama dulu masa kat INSEMAS. Jangan risau, dia tak caras laki orang. Even selepas Mama meninggal pun, dia ada je cari boyfriend lain tapi mungkin, jodoh dia kuat dengan Papa.

"Ni korang balik ni nanti keluarkan ayam dengan ikan kembung dalam peti ais. Lepas tu buatkan air asam, Ibu nak masak ikan bakar hari ni."

Maka petang tu, aku dengan Romeo pun memotonglah apa yang patut sementara menunggu kepulangan Ibu Reen untuk memasak. Papa tak berapa bagi aku nak memasak walaupun sebenarnya, aku boleh je memasak. Dia je yang tak yakin.

Malam itu, semasa makan malam, Papa mula bertanya tentang band aku join tu.

"Romeo tak join sekali ke band tu? Sedap jugak suara kamu tu."

"Maleh saya, acik. Ni bior jelah si Razif ni masuk sorang. Kerja yang ada tu pun tak terbuat lagi nak join benda ni sume."

"Oh ya, sekarang INSEMAS band memang dah under KD eh?" Papa mengajukan soalan kepada aku. "Zaman kitorang dulu, benda tu legacy. Masa Papa final year baru audition cari apprentice."

"Tu 22 tahun dulu, Papa. Dahlah kitorang punya KD tu pun poyo masalahnya." Tak guna punya Romeo, dia boleh tersembur nasi dalam pinggan masa aku kata begitu. Dasar takde adab!

"Who's the KD Muzik sekarang? Papa dapat that e-mail but tak bother nak tengok nama KD tu."

"Razif Sufian. Finn orang panggil. Bassist Bandwagon."

"Oh, Finn. I know him."

"Isn't that anak Rani Sharmila, that singer?" Ibu Reen pula mencelah sambil menyuap lauk ke mulut Rania.

"Ha'ah. Anak that singer." Entahlah, menyampah dengar nama Haydar and The Razifs tu

"Orang lain beriya nak mengaku dorang anak artis. Anak Papa yang seorang ni je tak nak mengaku dia anak Krul Sym4ny dengan Diana Fendi."

"Betui tu, acik. Awok dah lama kabo kat dia ni toksah nak berahsia sangat tapi dia degey jugok takmo dengo apa awok kabo..." Romeo ni ada aku TAMPOR kejap lagi.

"Takpelah, Romeo. Dia tak bangga agaknya."

Aku senyumkan saja. To be honest, aku sangat bangga dengan Papa. Cuma, salahkah aku nak rasa macam anak orang biasa. Anak seorang arkitek. Duduk pun di kondo yang ayah dia sendiri reka. Ada je rumah atas tanah tapi entah, Papa aku macam ada soft spot dengan rumah high-rise sampai duduk penthouse tingkat 23-25.

Selepas makan dan berbual depan TV semua, aku dan Romeo meminta izin masuk ke bilik. Lagi lama duduk depan TV tu, lagi banyak benda kena korek nanti. Bukan boleh percaya sangat Papa tu.

"Zif, nak tanya?"

"Apa?"

"Paseynye kau tu macam tak siyor benor dengor nama si Haydar dengan abang dia tu? Apa ke paneh benor kau dengan dia?"

"Mana ada aku tak puas apa-apa? Aku okey jelah." Is it that obvious?

"Kepala hotok kau takde apa. Depan mak ayah kau, kau tarik muka bila sebut nama dia. Paseynya?"

"Tak ada apa. Janganlah risau."

"Awok nanye je. Idokle paksa tapi siapa lagi pun yang faham engkau tu daripada aku?"

Tak dinafikan, walaupun Joni tu roommate aku, aku lebih banyak bercerita dengan Romeo berbanding yang lain. Maybe sebab dia bagi advice yang aku kena dengar dan bukannya yang aku nak dengar.

"Nat apa cerita?"

"Kau dah kenapa takde angin takde ribut tanya pasal Natalie ni?"

"Takdeler. Lama beno tak dengor cerita. Nok jugok tahu ate hidup ke lagi awok punya bekaih tu?"

"Hidup je lagi. We are still in speaking termslah. Kitorang break pun sebab commitment kan. Aku dengan dia, both tak boleh commit."

"Yeler tu yeop. Bukan aku tak keney kau ni." Dia menarik selimut menyelimuti badannya.

"Awallah nak tidur dah."

"Ate engkau yang kata esok nak pergi kubur mak kau. Aku tidurlah awal." (You know what, penat aku tulis loghat peghok ni. Balik tulis biasalah. Kome bayangler sendiri)

"Awal pun takdelah lepas Subuh nak pergi. Dalam 8,9 macam tu jugaklah."

"I need 8 hours of sleep every night, okay!"

"Fine, pergilah tidur. Semoga mimpi hantu."

Tak sampai lima minit, bukan main kuat dia ni berdengkur. Aku pulak yang annoyed dengar bunyi serombong sangkut belerang dia tu. Siapa jadi bini dia ni nanti aku cakap goodluck awal-awal.

Malam itu aku gunakan dengan study lirik lagu yang diberikan oleh Finn semalam petang. One of lagu yang kami akan nyanyikan adalah lagu Love Sucks yang juga adalah lagu Bandwagon sendiri.

To be honest, aku tak rasa Bandwagon ni band indie pun. In fact, dorang ni anti-indie sebab Finn sendiri kata yang dia tak suka budak yang bagi dia acah-acah. Finn, kau tu yang acah-acah.

Sedang aku ralit study lirik lagu yang ditulis oleh Roy (the lyric is brilliant not gonna lie), aku menerima satu panggilan. FaceTime pulak tu tapi masalahnya dari nombor yang aku tak kenal pulak tu.

Aku pergi ke bilik air senyap-senyap dan menjawab panggilan tersebut.

"Hello..." Suara lelaki. Dan aku tak fond dengan pemilik suara itu.

"Kau nak apa?"

"Wait, asal skrin kau gelap?"

"Hah?!"

"Skrin kau gelap. Kau kat mana?"

Aku terus check skrin handphone aku. Shit! FaceTime Video ke hanat?! Asal aku tak sedar?

"Haa baru nampak muka."

"Kau nak apa?" Aku annoyed seriously.

"Saja nak call. Tak boleh ke?"

"Aku nak tidur. Dah lambat ni."

"Lambat amende baru pukul 11 malam."

"It is late. Sekarang ni kau nak apa?"

"Kau ni kan aku dah cakap yang aku nak call je." Dia ni bodohlah. Tapi aku pun taklah pulak rasa nak end call. "Kau dah makan?"

"Kenapa? Nak suapkan?"

"Eh kalau kau bagi aku onz je nak suapkan. Bukan susah pun."

"No thanks."

"Kau balik eh?"

"As you can see, bilik air INSEMAS tak secantik ni."

"Betul. Bilik air sini buruk kut."

"Reportlah Koordinator Divisyen kau tu suruh dia buat report."

"Dia handle academic matters je wey mana nak layan hal kolej kediaman kita."

Is this guy for real? Call aku without any intention.

"Kau balik sini bila?"

"Weekend takde practice so I'm guessing Ahad."

"Oh, kau duduk mana?"

"Seriously tho why kau interested sangat nak tahu pasal aku ni?"

Dia ketawa di hujung talian. "Takdelah. Aku gurau je. Okeylah, aku gerak dululah. Kau ni..."

"Aku ni apa?"

"Nothing. Bye!" Dia matikan panggilan. Babi!

Aku simpan handphone dalam poket, tarik flush for God knows what reason dan keluar dari bilik air. Tapi mujur aku takde sakit jantung sebab bukak pintu keluar muka si Romeo.

"Kau borak dengan siapa?"

"Haa?! Kau ni pun!"

"Bukan main rancak lagi."

"Takde siapalah. Kau bukan dah lena ke tadi?"

"Nak terkencing. Dah tepi sikit aku nak kencing."

Seriously si Haydar ni? Apa masalah dia?
----------

So agak-agak, apa masalah si Haydar tu? Also, untuk imagine muka ayahnya si Razif aka Uncle Fakhrul kita, voilà! Sunny Suwanmethanont!!!

Masa tua

Masa muda mungkin? Zaman beliau dan Diana Fendi. Now tahulah kan mana Razif dapat his good looks.

Enjoy!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro