Epilog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Welcome to Starbucks!"

Tahun ketiga aku belajar di INSEMAS dan dah masuk tahun kedua aku berkerja part time di sini. Bukannya ibu ayahku di Sarawak sana tak mampu nak menanggung aku ke apa, tapi aku naklah juga cari duit sendiri. Lagipun, contohnya waktu weekend, aku bukannya ada buat apa-apa. Bukannya ada rumah nak balik ke apa so baik aku kerja.

Lagipun, kerja di sini sedikit sebanyak mampu membuatkan aku melupakan Danny. Aku tak mahu melupakan dia tapi aku mesti melupakan dia. Kadang-kadang, kita terpaksa walaupun kita tak mahu. As much as we don't want to.

Aku sayangkan Danny. I still do and I always do. Tapi aku tahu dia bukan untuk aku. Dunia kami jauh berbeza. Gaji aku seminggu merupakan gajinya sejam. Minuman paling mahal di sini merupakan air kosong baginya.

"Jonathan, kemas drawer bawah tu kejap..." Manager aku berbunyi. Aku menurut perintah.

Aku membongkok dan mula mencuci rak di bawah kaunter tersebut. Kemudian aku dengar bunyi customer masuk dan beberapa barista perempuan menjerit excited. Malas hendak kisah, aku buat kerja aku. Barista kat sini memang dorang punya nak menjerit tak kira masa.

Habis mengemas itu, aku berdiri tegak semula. Aku nampak muka manager aku bukan main tersenyum ketika itu.

"Senyum semacam Kak Tila. Dah kenapa?"

"Wey, handsome wey customer tadi!!!"

"Mana dia?"

"Ada tadi dia kata dia nak pergi tandas kejap. Nah kau buatkan air dia."

Aku ambil cup yang diberikan oleh Kak Tila dan melihat air apa yang dipesannya. Mocha Praline Venti Double Shot Whipped Cream. Aku tengok nama dan dia hanya letak 'Sayang <3'.

"Kak, nama ni memang dia nak ke akak yang letak sendiri?"

"Kau ni pun. Takdenya aku nak pedajal customer macam tu. Tapi kan, Jonathan, aku macam familiar tengok muka customer yang tu."

"Yeah, sure why?" Aku malas nak melayan tapi gaji aku dia yang tuliskan so aku layan sajalah sambil tangan aku membancuh air itu.

"Macam selalu nampak muka dia. Tapi aku tak kenal dia siapa. I mean, aku tak kenal siapa nama dialah."

"Akak cakap benda sama jugak to almost every cute boys yang masuk sini, Kak. Your point?"

"Kau ni babilah, Dik. Cuba layan sikit akak kau punya emosi ni."

"Nak layan bagai akak bukannya girlfriend saya pun."

"Yalah dah kau tu tak nak girlfriend, nak boyfriend je."

"Perlu ke nak attack macam tu sekali?"

Kak Tila ketawa sebelum seorang pelanggan datang ke kaunter untuk memesan air dan aku pula sambung membuat air tadi. Setelah siap, aku memandang nama yang tertera di cawan tersebut.

Sayang. Satu nama yang kerap Danny aku panggil dahulu. Aku panggil dia Sayang dan dia panggil aku Baby. Agaknya siapalah Babynya sekarang kan? Model manalah yang dapat dia sekarang? Pastinya orang itu sangat kacak dan cantik, setaraf dengan dia. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

"Sayang!" Aku melaung nama pada cup tersebut dan menunggu sebarang reaksi. Tapi yang aku dapat hanyalah pandangan orang sekeliling. Sebab tulah korang, janganlah nak letak nama 'Bangang'lah, 'Si Bodoh'lah. Fikirkanlah pasal kami ni sama. "Sayang!!!"

"Wey, tu mamat handsome tu punya tadi. Dia kat tandas. Kejap lagi datanglah tu." Kak Tila memberitahu.

Aku meletakkannya di tepi dan kembali membuat kerja aku tadi.

"Is this mine?" Aku dengar satu suara di tepi kaunter. Suara yang aku kenal dan aku rindukan pemiliknya.

Aku berpaling dan dia memegang cawan bertulis 'Sayang <3' itu. Dia tersenyum memandang aku.

"Is this mine?" Dia bertanya lagi.

Aku mengangguk. Aku melangkah ke arahnya.

"Good. And this one?" Dia menunjukkan jarinya pada aku. "Still mine?"

Aku menjongket bahu. Dia mengambil sesedut air kopi Yahudi tersebut sebelum memandangku semula.

"I'll see you on break..."

Danny. Ya, same ole cheesy Danny...
------------

Makanya, story yang dipilih untuk menjadi Razif Haydar 2 adalah SPOTLIGHT which will be featuring Manuk and Danny as the main couple...

Thanks for your firm support towards Razif Haydar. I am beyond grateful and beyond happy writing this story sampai tulah, Temptation kena abandoned.

Tapi with that being said, if nak update laju on Spotlight just like Razif Haydar, give me cooperation and show your supports by vote and comment. Those mean millions to me.

Update akan bermula esok jadi stay tuned, okay! I will update here once dah posting there. Or maybe you know, follow me?

See yalls on Spotlight!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro