Intro with Borang

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

♥️ assalamualaikum ♥️

Saya buat Shop ini adalah untuk kesemua mereka yang mahu. Ini adalah permintaan beberapa orang wattpaders yang agak rapat dengan saya. Jadi saya tak ada masalah nak buat.

Jangan lupa letak dalam reading list dan juga promote book ni di MB anda semua. Saya melihat ya... 👀👀👀

So, di sini saya buat Logo, Review dan juga Vote sekali kan lah dengan Promote. 4 sekali gus tapi rasanya tak adalah susah sangat kan?

Oh ya! Saya nak tekankan jangan marah jika lambat dapat (untuk logo). Sebab saya sendiri pun idea macam entah apa-apa. Insha'Allah saya akan buat secepat yang boleh.

Bagi Review, Promote saya tak ambil masa sebab saya memang minat membaca. Bagi Vote pula, saya hanya akan Vote buku anda tak lebih dari 20, boleh? Sebab saya takut ada hadnya.

Jadi, clear kan?

Follow? Silalah. Bagi yang dah follow saya tu harapnya tidaklah unfollow bukan batak follower tapi senang nak tag. Lepas tu awak nak unfollow balik pun saya tak kisah. Hak masing-masing.

***

Logo!

Logo yang saya buat tak adalah cantik sangat pun. Banyak tiru orang je. Dan banyak buat untuk diri sendiri. Naik menyampah seh kalau kau orang tengok logo aku.

Sample:

(ini saya punya dp)

(orang yang sama)

So, tak cantik kan? Dah tahu. Macam melebih pun ada juga. Warna warni dan terlampau blink-blink daa..

Borang Logo:

Username:
Huruf (Jika perlu):
Nickname:
Quotes (jika nak, jangan terlalu panjang):

***

Review!

Okay bagi review saya akan baca setiap buku awak. paling tak pun 20 chapter ke bawah. di sini saya tak kisah nak letak berapa banyak book awak yang awak nak saya review.

Kenapa 20 ke bawah? Bagi saya mudah faham jalan cerita. Selalu orang letak 10 kan? Saya ni bagi nak tambah keseronokkan saya buat keputusan 20 chapter. Kalau best saya baca sampai chapter berapa yang awak dah buat.

Jadi, apa yang saya akan tengok?

Dari jalan cerita, semestinya. Janganlah terlalu pelik. Baru umur 16 tahun dah jadi Ketua Pengawas. Baru umur 20 tahun dah jadi CEO. lainlah jika awak dah buat awal ii yang watak itu pandai hingga lompat kelas ke.

Dari ejaan, mestilah. Setakat typo tu saya tak berapa nak kisah sangat. Paling banyak pun typo awak 1 chapter kurang dari 10 perkataan. Kalau ada awak boleh edit balik.

Penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Serta titik, tanda seru, tanda soal dan koma.

Sebagai contoh ya?

Kesalahan huruf besar.

“awak, saya ada sesuatu nak bagitahu awak.” ❌

“Kau tahu tak mak mah dah makin terkenal?” ❌

Pembetulan:

“Awak, saya ada sesuatu nak bagitahu awak.” ✅

“Kau tahu tak Mak Mah dah makin terkenal?” ✅

Huruf besar pada perkataan pertama ayat semestinyalah huruf besar. Semua pun tahu, tapi tak apa kita boleh belajar. Kata nama seperti nama orang, nama tempat mestilah huruf besar.

***

Kesalahan tanda soal dan tanda seru:

Okay ini saya ada nampak dalam banyak buku. Tapi, saya tak salahkan awak semua pun. Saya nak tegur tapi takut kena marah. Jadi, macam ni ya?

“Awak nak tahu tak tadi kan saya jumpa Mak Mak yang garang tuh?!!!!” ❌

“Weh!!! Tadi kan aku jumpa Selena Gomez!!! Cantik gila!!!” ❌

“Kau tak tahu????” ❌

Pembetulan:

“Awak nak tahu tak tadi kan saya jumpa Mak Mah yang garang tu!” ✅

“Weh! Tadi kan aku jumpa Selena Gomez! Cantik gila!” ✅

“Kau tak tahu?” ✅

Tanda seru dan tanda soal semestinya tidak boleh bersama. ‘?!’ tak boleh, ya?

***

Kesalahan koma:

Okay, koma ni untuk berhenti seketika. Macam awak ii semua bercakap. Tapi tak adalah awak nak berhenti. Yang berbeza dalam tulisan saja.

“Awak, sebenarnya tahu kan?” ❌

“Cinta saya bukan untuk awak Safiyya.” ❌

Pembetulan:

“Awak sebenarnya tahu, kan?” ✅

“Cinta saya bukan untuk awak, Safiyya.” ✅

***

Kesalahan huruf kecil ketika ayat bersambung dengan dialog.

Banyaklah saya jumpa. Lagipun saya juga sama sewaktu masih dalam awal ii penulisan. Jom, kita check.

“Arma sayang Ibu.” Kata Arma. ❌

“Kau ni memang suka buat masalah!” Jerkah Adrian. ❌

Pembetulan:

“Arma sayang Ibu,” kata Arma. ✅

“Kau ni memang suka buat masalah!” jerkah Adrian.

Hah! Dekat ‘Arma sayang Ibu’ ada dua kesalahan kalau awak perasan. Tanda koma dan huruf kecil. Jika awak nak buat macam contoh saya bagi itu, awak kena guna tanda koma dan bukan titik.

Lainlah jika begini:

“Arma sayang Ibu.” Arma berlari lalu memeluk Ibunya. ✅

Kesalahan:

“Arma sayang Ibu,” Arma berlari lalu memeluk Ibunya. ❌

Okay?

***

Kesalahan titik.

Ya! Kat sini aku marah sikit. Sebab saya agak tak suka bila titik yang digunakan lebih dari hadnya. Seperti ini...

“Alah..... kenapa tak boleh pula....?” ❌

Pembetulan:

“Alah... Kenapa tak boleh pula?” ✅

Nampak jelas kan perbezaannya? Titik tidak boleh lebih dari tiga. Dan sebelum tanda soal mahupun tanda seru sememangnya tidak digalakkan untuk meletakkan titik sebegitu panjang. Faham?

***

Promote? Tiada had. Saya boleh saja promote buku awak. Tak kisah pun. Jika hendak Review automatic saya akan promote sekali.

Jika sekadar hendak Promote dan tidak Review pun tak ada masalah. Nak Vote dan Promote tanpa Review pun saya tak kisah.

Borang:

Username:
Title book:
Nak Review/Promote/Vote:
Tags (5 orang yg aktif):

Okay itu saja! Terima kasih beri kerja sama! ♥️♥️♥️


★ waalaikumussalam ★

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro