02

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seminggu telah berlalu, aku dapat kalsifikasikan sekolah ni sebagai separuh best. Mungkin kerana aku masih tak nampak apa yang best dekat sini. Aku baru ada total 3 orang kawan. Itupun roommate aku sorang dan kawan random sorang lagi yang aku buat waktu orientasi. Aku cuba trick bagi gula-gula untuk buat kawan, tapi ramai orang tolak pelawaan gula-gula aku. Kawan dekat kelas masih tak ada lagi.

Kolej aku ni tak banyak budak yang satu aliran dengan aku. Lebih banyak budak budak aliran sains tulen, agama dan aviation. Ke bilangan sains sosial sikit? Itu aku belum pasti lagi.

"Hi, Senja kan?" Lamunan aku mati bila aku ditegur oleh seseorang. Aku cabut sebelah earphone yang sedang ligat bermain lagu Evaluasi daripada Hindia itu untuk memberi perhatian sepenuhnya terhadap perbualan. Seorang lelaki tinggi lampai tanpa meminta izin duduk di sebelah aku, "nama I Noah, kita satu kelas."

"Oh, hi Noah. By the way aku tengah tunggu grab nak keluar ni. Kau buat apa dekat sini?" Tidak mahu dia kekal melepak dengan aku, pantas aku beritahu niat mengapa aku di sini.

"Oh, I nak pergi Pluto. Keilan ajak I lepak. You kenal Keilan kan?" Noah ni personality dia soft boy. Typical lelaki yang akan jadi kawan para perempuan. Aku tak terkejut kalau dia come out yang dia cakap dia suka lelaki. Cara dia bercakap sekarangpun more to professional talking sebenarnya bukannya macam lelaki lembut yang dilabel sotong tu pun.

"Mamat Pineng tu kan? Kenal macam tu je lah, kitorang dulu saing masa interview." Keningnya terjungkit sebelah membawa riaksi muka pelik,

"Saing?"

"Sekali."

"Oh...sorry do first time dengar. By the way, you main gitar?" Matanya melekat pada gitar elektrik yang aku letak di sebelah tempat duduk. Aku cuma angguk,

"Haah, ni keluar nak pergi jamming dengan member ah."

"Stail doh you. Okaylah, have a safe journey. I pun nak gerak dulu. Bye!" Dia berlalu pergi. Aku balas lambaiannya sambil mata mengekori dia hingga hilang daripada pandangan. Kalau sekali pandang, dia nampak macam golongan spoiled brats yang suka habiskan duit mak bapak. Tapi biarlah, itukan masalah dia bukannya masalah aku.

'Tengku Khazin adik Timbalan Pengetua sekolah?!'

Amboi, headline confession Achiever High bukan main menarik perhatian. Laju tangan aku menekan notifikasi yang muncul tadi. Confession tersebut mengandungi puluhan balasan dan reaksi. Tapi aku tak terkejutpun dengan semua benda ni sebab aku dah siap-siap stalk benda ni waktu minggu orientasi lagi.

Ada banyak benda yang aku tahu pasal dia. Pertama, macam confession tu cakap yang dia adik kepada timbalan pengetua sekolah. Kedua, timbalan pengetua sekolah je yang gred DG41 taraf guru dan kakitangan tertinggi yang lain semuanya atas daripada dia. Tapi macam mana dia boleh duduk dekat jawatan tu mengalahkan mereka yang ada gred tinggi? Ketiga, mamat Khazin tu tak dapat tawaran mana mana sekolah professional pun permohonan Persekolahan Pusat dia gagal. Dia tak layak pun masuk sini kalau ikut 10 stages of exam. Jadi yang itu aku letak tepi dulu, sebab boleh aje dia masuk pakai duit macam 60 persen budak-budak kaya dekat sini.

Tapi kalau dia masuk ikut cara abang dia, agak sial jugaklah sebenarnya.

Tapi apa-apapun, aku bukanlah seorang perempuan psycho yang tak ada kerja sampaikan nak stalk mamat tu. Mari kita tadah tangan dan ucapkan terima kasih kepada Nik Manis sebab dapatkan infomasi pantas, panas dan terkini ni. Dia member merangkap senior aku dekat sini, so...aku buat kesimpulan itu kemahiran dia untuk dapat gossip macam ni dengan cepat.




╭──────────────────────────────
╰──➤ ✎*ೃ [Kelas Pertama]



Hari ni hari pertama kelas selepas seminggu dibazirkan dengan orientasi. Apa yang aku boleh cakap, kelas aku dihuni dengan manusia pelik. Diorang semua tak habis-habis mengagungkan mamat Khazin yang aku boleh label dia sebagai manusia tak ada adab. Dia tak habis-habis menjerit-jerit, berlagak macam mahu bergaduh dengan orang lain, bergurau kasar gila babi. Aku yang kasarpun aku rasa aku tak boleh terima kasar dia.

"Akupun tak minat perangai dia." Mampos, aku kena tegur macam tu je? Kepala aku dilarikan ke kiri dan kanan. Cari dari mana datangnya suara tersebut, "reaction muka kau nampak sangat tak suka doh. Cuba cover sikit, hahahah!"

Perempuan itu menampar bahu aku, "kau kolej Jupiter ke? Aku macam baru first time nampak kau."

"Haah, aku rasa Jupiter ramai lelaki. Perempuan ada dalam enam orang je dekat sana. Nama aku Senja, kau?"

"Fuh, sis you're so slay. Kau boleh panggil aku Batu, nama real aku Batrisya. Just call me Batu." Batu ni nampak macam seorang perempuan yang unproblematic. It's either orang suka berkawan dengan dia atau orang tak ambil kisah pasal dia. No in between, "anyway kau tahu tak? Aliran kita dekat sekolah ni aliran paling bawah sekali. I mean, bukan dekat sekolah ni je dekat among Malaysian pun."

"Huh? Maksud kau?" Batu tayangkan muka terkejut yang aku tak tahu akan perkara ini,

"Kau tak tahu? Sekolah kita ni top sebab sains tulen dengan aviation je. Sains sosial kita paling low, paling menjunam, paling teruk. Tahu sebab apa? Sebab kebanyakkan budak-budak sains sosial, budak-budak yang masuk sini pakai—" dia gosok ibu jari dan jari telunjuknya bersama, menunjukkan isyarat 'duit' "dah kalau masuk pakai duit, prestasi kita mestilah menjunam babe! Sebab tu kalau kau perasan, sains sosial tak ramaipun dekat sini. Populasi kita suku je dari keseluruhan. Itupun kebanyakkannya anak-anak orang berduit. Orang pandang rendah je dekat budak-budak sains sosial Achiever High sekarang."

Noh, itu panjang dia borak. Tapi agak mindblown bila dengar benda ni. Patutlah dekat Jupiter boleh kira guna jari je budak-budak yang satu aliran dengan aku, "kenapa kau cerita ni dekat aku?"

"Akupun tak tahu, mungkin sebab aku sure kau masuk sini ikut exam kot?" Aku terdiam, tak tahulah aku rasa dia macam sedang bagi back handed complement dekat aku. Dia nampak aku macam tak berduit ke apa? Or dia sejenis yang boleh baca personaliti orang lain kot, "tapi weh aku rasa aliran kita macam teruk sebab diorang baru bukak aliran ni kot?"

"Oh ya, kita batch ke enam kan?" Batu angguk kepala,

"Eh, nice lah borak dengan kau. Kalau ada masa datanglah Pluto. Kitorang ramai tau dekat sana. Diorang semua tu..." dia pusingkan jari dia menjadi satu bulatan ke arah sekumpulan besar pelajar perempuan, "...stay Pluto. Aku rasa Jupiter ramai lelaki and Pluto ramai perempuan lah."

"Alright Batu, kau kalau nak datang Pluto pun jom ah. Boleh join aku jamming sekali."

"Jamming? Maksud kau?" Aku balas soalannya itu dengan beri isyarat gitar. Batu tiba-tiba melompat kecil, dia tekup tangan pada mulutnya "kau main gitar?!" Teriaknya kecil, tapi sudah cukup menarik perhatian seisi kelas.

"Apa dia Batu?"

"Guys! Senja main gitar!" Pulak, aku tak terfikir personality dia se-cheerful macam ni? Aku cuba untuk suruh dia berhenti, namun...

"Senja? Oh yes! She's even play electric guitar guys." Noah sambung kegembiraannya, bertambah melompat-lompat perempuan itu jadinya. Sedaya upaya aku cuba tahan dia agar dia bersabar.

"Huhh?! Seriousy Noah?!" Noah angguk, "sis slayy!"

"Hangpa dak tau ka? Dia ada band kecik ah." Sambung Keilan. Aku gigit bawah bibir perlahan. Pulak dah, dia ingat lagi ke waktu interview dulu? Aku langsung tak ingat dia borak apa masa interview. Besar gila kapasiti otak dia untuk simpan benda tu semua.



Orang slay je kenal Nik Manis

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro