07

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Keilan cakap apa yang kita nak borak amat kontroversi di Jupiter. Oleh disebabkan itu, kami ambil masa 7 minit jalan kaki pergi Pluto hanya untuk bergossip. Aku fikirkan perempuan sahaja yang minat akan perkara melalaikan macam ni. Rupa-rupanya lelaki sekali. Kami ada ajak Noah, tapi mamat tu cakap dia terlalu malas nak berjalan dan dia ada kerja untuk dilaksanakan.

Jadi sekarang, aku bersama Keilan sedang duduk di cafe Pluto yang sudah malap. Cuma ada baki beberapa orang pelajar sahaja yang sedang duduk melepak, buat kerja sekolah atau tunggu baju siap didobi di kawasan ini.

"Hang dak tau ka? Mamat tu ada satu agenda."

"Agenda apa benda? Dia yahudi ke?" Keilan geleng kepala sambil juihkan bibirnya sedikit. Aku mula rasakan itu habit dia — dia suka mencebik (pout). Efek anak bongsu mungkin?

"Okay, hang tahu kan sekarang pilihan raya dah nak mula? Basically sekolah kita ada dua parti yang bertanding tiap tahun. Which is, Changers dan Kayangan." Aku meletus ketawa selepas mendengar nama kepada dua parti tersebut. Keilan tayangkan riaksi pelik, terus aku tutup mulut dan geleng kepala, "awat?"

"Tak, nama parti tu kelakar. What the fish? Kayangan? Apa itu parti untuk golongan orang kaya raya ke?" Kami masing-masing diam seketika. Keilan tayang riaksi wajah kosong tapi aku dapat baca yang dia tengah jerit 'yelah bodo! Apa yang hang lembab sangat?!' Pada wajah aku sekarang.

"Oh...so Kayangan tu Parti budak-budak Achieved?" Dia angguk kepala perlahan,"okay, so let me guess...Khazin under parti Kayangan? Am i right?"

"Yeah! You're totally right my Sen. Right now, mamat tu tengah approach semua budak kelas kita terutamanya yang dekat Jupiter untuk ikut jadi penjilat dia." Tambah satu vocab baru untuk aku pada hari ini, penjilat? Wow? Aku tak pernah tahu there such a word for that?

"Dia approach aku, Zamrin and...aku rasa semua budak lelaki Jupiter dah ikut dia kot? Tapi main agenda dia, dia mybe tengah cari his puppet."

"Puppet?"

"Hang ni cuba banyak sikit ambil tahu hal sekeliling." Bidas dia seakan sudah naik meluat dengan aku yang banyak soalan. "Agenda Kayangan ni diorang akan hantar budak-budak genius bertanding. Masalahnya, yang genius semuanya golongan macam kita," dia tunding jari telunjuknya ke arah aku dan dia silih berganti,

"Budak-budak Ten? (nama panggilan untuk diorang yang masuk guna exam macam kami)" sekali lagi dia angguk kepala macam burung belatuk,

"Hang habaq sikit weh golongan Achieved tu mana je yang bijak pandai? Hampir semua sebal sebal belaka." Aku tersentap sebentar mendengar ayat yang diguna pakai oleh Keilan ini. Boleh tahan lancang jugak mulut mamat ni, "ini plan Kayangan, diorang punya kepentingan adalah budak-budak Achieved, tapi untuk dia tarik vote dari golongan Ten, dia hantar pupet dia budak-budak Ten yang genius or yang boleh buat kerja."

"Kalau hang nak tahu Khazin tu, dia masuk sini pakai cable dari abang dia. Tapi one thing about him, dia dapat tajaan macam mana kita Ten dapat." Mata aku terbuntang, gila punya manusia kapitalis! Semudah itu sahaja dia rembat hak orang lain?!

"Ye ke weh?! Macam mana boleh jadi macam tu?" Aku yang sudah sedia terkejut, bertambah lagi terkejut berganda. Keilan yang khusyuk bercerita juga menayang riaksi yang sama. Mujur kami tak menjerit sahaja selepas ditegur oleh suara asing itu. Mata kami sama-sama terbuntang. Shit! Siapa makhluk tuhan yang datang terjah orang macam ni?!

Aku beranikan diri angkat kepala, seorang budak lelaki bersama baju t-shirt berkolar yang dibutangkan sampai atas menjamah mata. Tanpa segan silu dia ambil tempat duduk bersebelaham Keilan sambil tersengih-sengih lagak kerang busuk.

"Eh Bakara, hang sejak bila ada sini?"

"Sejak dari tadi, aku dekat dobi basuh baju. Weh korang dua boleh tolong ajar aku guna dobi tak?" Aku ni susah betul nak faham dia ni. Ini kali kedua aku terserempak dengan Bakara, dan kali kedua jugalah aku hilang kata-kata dengan apa yang keluar daripada mulut dia.

"Dobi?" Soal Keilan sedikit keliru,

"Haah, aku tak reti siot nak guna dobi. Canggih sangat, dekat 15 minit aku cuba mencari cara macam mana nak guna."

"Hang meh ikut aku, aku tolong hang." Mereka berdua pergi meninggalkan aku buat seketika. Aku cuma perhatikan mereka sahaja dari jauh memandangkan cafe dengan dobi Pluto berada di ruang yang sama. Keilan mengajar lelaki yang seakan tersesat di masa hadapan itu satu persatu langkah bagi mendobi.

Hampir lima minit atau lebih mereka selesaikan masalah dunia itu, baru kemudiannya mereka pulang ke tempat duduk tadi.

"Okay jom sambung, korang berdua borak pasal apa tadi?" Bakara pula yang teruja. Aku pandang Keilan untuk mendapatkan kepastian. Dia juga seakan sedang berbelah bahagi akan perkara ini.

"Hang duduk kolej mana Bak? Aku dak pernah nampak hang slalu pun." Keilan buka topik baru, dia cuba bawak lari topik ni atau macam mana pun aku tak pasti.

"Aku tak duduk kolej pun. Aku ulang-alik sebabkan rumah aku berhampiran sini je."

"Habistu hang buat pa kat sini?" Tambah Keilan lagi sambil garu kepalanya yang entah gatal atau tidak. Keningnya seakan mahu bertaut antara satu sama lain memikirkan jawapan Bakara tadi. Akupun pelik, dia kata dia ulang-alik tapi apa kejadahnya dia mendobi dekat sini?

"Aku tengah tunggu ayah aku. Dia ada mesyuarat, harini aku tak bawak motor disebabkan motor aku hantar servis." Keilan angguk kepala,

"Pastu apa ke pasal hang basuh baju pulak?" Aku rasa mamat utara ni ada masalah trust issues, dari riak wajah dia boleh nampak yang dia kurang percaya akan Bakara. Kening sebelah kanan naik tinggi sambil tangan menongkat dagu,

"Mesin basuh rumah aku rosak, baju aku dah habis guna semua. Itulah aku basuh baju dekat sini."

"Tapi aku ada soalan weh," malas mahu tunggu Keilan bersoaljawab dengan Bakara. Keilan tu kalau borak kau bagi dia masa seluas semesta pun dia tak akan rasa penat dan terfikir mahu berhenti bercakap, "apa faedah yang kau dapat kalau kau contribute under Kayangan?"

"Hang boleh secure kolej kat Jupiter. Kalau dak, pi lah sana hang duduk dekat Gelandangan atau berebut kuota sikit Pluto ni." Balasnya bersahaja,

"Kenapa dengan Pluto?" Aku menyoal,

"Hang dak terpikir ka apa pasal nama kolej sini guna nama planet paling besar dengan paling kecik? Which is Pluto and Jupiter? Indeed, Pluto is not even a planet?" Keilan menyoal dan aku tahu dia tidak mahu jawapanpun untuk soalannya itu, "sebab Jupiter kolej budak-budak Achieved and Pluto kolej untuk budak-budak Ten. Itulah kalau kau perasan, Jupiter lagi gah gila babi dari Pluto."

"Apa gila? Dah macam conspiracy illuminati dah." Aku sandarkan badan pada kerusi. Perbualan ini sangatlah intense dan memerlukan otak aku untuk dikerahkan sedikit.

"Tapi hang dak payah risau, kita masih ada sistem merit. So kita sekarang kerja kumpul merit je weih."

"Kenapa tak nak report dekat pengetua je weh?" Keilan diam dan begitu juga aku. Kami berdua sama-sama beri riaksi kosong pada Bakara. Apa punya idea dia bagi ni? Dia borak macam pengetua tu bapak dia je?

"Kita tak ada akses Bakara. Kita kena ada nama dulu baru kita boleh senang-senang naik jumpa pengetua." Balas Keilan tenang. Ini kalau dapat dekat aku lah, aku dah maki aje mamat ni. Nasib kami baru kenal, jadi aku tak boleh memaki sesuka hati, "so, aku ada plan bernas untuk kita settle kan masalah ni."

Keilan duduk tegak, dia rapatkan badannya ke meja dan beri isyarat buat kami berdua merapat kearahnya. Kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan beberapa kali seperti mahu melintas jalan. Kami berdua juga menuruti sahaja apa yang dia perintah. Tertarik agaknya dengan idea mamat tu,

"Kita bukak band." Dengan nada separuh berbisik dia berkata,

"What?"

"Band tu apa dok?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro