e l e v e n

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Waa update tahun baru 😂
Zuzu akan kirim lagi satu update malam ni, insha Allah ehe
Lepastu zuzu off kejap tau, zuzu nak gi jalan
Picheww

now on air : rejected

|| chapter 11

Teh panas yang terhidang Jungkook capai lalu menyisipnya perlahan. Sesaat kemudian keningnya bertaut, teh itu dibawa jauh dari bibir.

Dahinya berkerut seribu, teh itu ditenung lama. "Min ni sabotaj aku ke apa? Ini letak gula ke apa ni anjim." Dia mengeluh perlahan sebelum bangun dan membawa cawan tersebut ke pantri.

"Pengarah.."

"Dia bawa cawan teh dia ke?"

"Dia nak buat lagi satu kot."

"Kalau macam tu baik dia suruh Cik Ryu buatkan satu teko terus."

Para stafnya menggaru dagu, pelik betul dengan gelagat CEO mereka. Kalau waktu Cik Eun yang bekerja dulu, bukan main seronok mengarah itu ini.

Pintu pantri yang sedikit terbuka itu Jungkook tolak perlahan untuk memuatkan badannya. Dia dan Min berbalas pandangan. Masing-masing terdiam dan mengerdipkan mata, buffering.

"Pengarah? Pengarah nak ambil apa? Biskut kan.. tuan dah habiskan.." suaranya semakin perlahan saat diungkit semula tentang pertistiwa beberapa hari lepas.

Rupanya biskut yang Min ambil itu untuk Puan Jeon. Jungkook tempahkan kerana mamanya ingin memberikan biskut tersebut kepada kawannya yang baru tiba dari Sepanyol. Jalan penyelesaiannya, mereka berdua ke bakeri tersebut bersama dan Jungkook memesan biskut kegemarannya semula.

Tapi Min yang bayarkan.

Jungkook? Puas hati.
Min? Sakit hati.

"Ah, bukan biskut. Ni, awak cuba rasa teh awak buat ni." Cawan tersebut disua pada Min. Wajah kacak pengarah dan cawan itu dipandang silih berganti. "Kenapa? Dia rasa apa?"

"Rasa lah sendiri, aduh."

Min mencebikkan bibir lalu menyisip sedikit teh itu.

Keningnya berkerut. "Halah, tawar sikit je. Tuan tak boleh makan banyak sugar, tak elok untuk kesihatan." Jungkook mengajuk bebelan Min, tanda menyampah dileteri sedemikian rupa.

"Aku tahulah aku ni dah terlalu manis okey, tapi teh yang kau buat ni tawar sangat tahu?"

Min buat muka meluat.

"Anyway, meh lah saya letakkan gula ya, tuan pengarah-" cawan tersebut dibawa jauh hingga Min hampir sahaja terlanggar dada Jungkook. Nasib baik kakinya sempat menahan badan.

"Takpe. Aku letak sendiri. Kalau kau letak nanti, aku kencing manis pulak. Kau sebenarnya deungkee kan dengan aku?" Jungkook menjeling Min tajam seraya menyenggol bahu gadis itu hingga Min tertolak ke tepi sedikit.

Jungkook dipandang atas bawah. Hatinya sudah menyumpah seranah si anak Jeon. Tahu sakitkan hati orang je.

"Helo, Mr. Jeon Jungkook. Aku takde masa nak deungkee dengan orang macam kau. Layaknya makan selipar jepun aje kau ni, tahu ke tidak?"

Jungkook menjelirkan lidah dan memutarkan bebola mata, riak muka annoyingnya turut dilakar kemas diwajah.

"Tak tahu, Cik Ryu Min."

Min mendengus kecil sebelum keluar dengan sepiring coklat. Matanya mengerling ke arah pintu, tawanya meletus seiring dengan gelengan kepala.

+ rejected +

"Alamak, ma.."

Min mengangkat wajah memandang Jungkook yang sedang bercakap dengan ibunya melalui telefon. Fail disusun kemas lalu dibawa bersama. "Kalau macam tu Kook kena beli lah.. haa."

Kook. Min ketawa kecil. Comel.

"Oh haa. Boleh boleh. Takpe, Kook boleh heret PA Kook sekali. Dia bukannya ada kerja sangat pun." Dahi Min berkerut. Ah sudah, tiba-tiba dia terlibat sekali.

Jungkook mengerling Min seraya menghantar isyarat mata supaya gadis itu jangan berani lari. Min mengeluh berat dan seperti biasa, buat mimik menyampah.

Panggilan ditamatkan, Jungkook berjalan mendekati Min.

"Office hour dah habis. Jadi aku nak kau teman aku pergi shopping complex sekejap. Aku nak kena hadiah untuk kawan Papa aku and.. aku perlukan orang perempuan untuk ikut."

"Tapi, Jungkook-"

"Tiada alasan diterima. Ada bantahan? Takde? Okey bagus. Jom." Jejaka itu terus menonong ke arah pintu tanpa mengambil hairan si gadis itu berasa jengkel dengan perangainya. Kakinya ditahan dari diangkat dan melempar kasut tumit tinggi pada Jungkook.

"Shopping je kan? Takpe kot. Lagipun barang parents dia-"

"Cepatlah, Min!"

"HAA ORANG DATANG LAH NI!"

❚❚ to be continued : rejected

A/N
thank you 200 reads 😭❤️✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro