t w e n t y s i x

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jjajang!
💜

now on air : rejected

|| chapter 26

"Ada orang besar nak datang pagi ni!"

Dahi Min berkerut mendengar keriuhan tersebut. Dia melangkah mendekati para staf yang sedang galak bergosip memandangkan waktu kerja lambat lagi mahu bermula.

"Kan? Oh my god! Dengar cerita kan, pengarah Kim tu kacak!" Mary dan para staf wanita menggila sekejap. Yang lelaki hanya memandang mereka bosan.

"Cik Ryu! Cik Ryu akan sambut Pengarah Kim tu, kan?"

Min mengangguk. Mary dan yang lain terus mencapai tangannya dan menggoyang kuat. "Huwaa jealousnya!"

"Ish, korang ni! Dah dah!"

Mereka ketawa dan kembali berborak sesama mereka. Min ke mejanya, mengemas apa yang patut. Sebuah fail biru berkenaan agenda hari ini dicapai dan dibuka.

Pengarah Kim, huh?

Nama penuh pengarah lapangan terbang antarabangsa itu dicari.

Ini dia.

Sunyi. Bibir Min terkunci rapat.

"Isaac Kim.."

"...Pengarah.. AENA?"

Gambar pengarah muda tersebut ditatap tanpa mengerdipkan mata. Kepalanya digeleng. Tak. Semua ni gila.

+ rejected +

"Selamat berkenalan, Tuan Jeon Jungkook." Jungkook tersenyum lebar dan bersalaman dengan pengarah muda yang baru sampai di Laviste. "Selamat berkenalan juga, Isaac Kim."

Isaac tersenyum kecil.

Min menggigit bibir, menelan perit liur dan menahan diri dari mengalirkan air mata. Mengapa.. segalanya tentang lelaki itu mirip seseorang yang pernah menjadi orang teristimewa untuk dirinya?

"Meet my secretary, Ryu Min."

Min membungkuk hormat pada Isaac sambil mengemam bibir kuat. Entah mengapa dirinya menjadi lemah saat berhadapan dengan Isaac yang pastinya tak kenal dia pun.

Dia berdiri tegak semula, menguntum senyuman semanis yang mungkin untuk klien terpenting syarikat. Min terperasan Isaac tak henti-henti merenungnya sedari tadi. Gadis itu berdehem.

"Nice to meet you, Mr. Kim."

Isaac tersenyum kecil, fokusnya kembali terarah pada Jungkook. "This is my PA, Mellissa Kim. Mungkin Cik Ryu boleh berkawan dengan Mel. Hurm?" Bahu gadis yang berdiri di sisinya disenggol.

Mellissa memandang Jungkook dan Min silih berganti sebelum membungkuk hormat. "Nice to meet you, Mr. Jeon, Ms. Ryu."

Mata Mellissa berkaca saat memandang Min mengukir riak keliru. Biar semua ni jadi rahsia. Dia tak mahu sesiapa terancam kerananya.

"Maybe we should get going." Isaac mencelah saat menyedari Mellissa hampir menangis disitu. Jungkook tersenyum dan mengiringi jejaka itu ke bilik mesyuarat.

Isaac merendahkan kepala, merapatkan bibirnya pada telinga Mellissa. "Ingat apa yang kau dah janji, kan? Just shut your pretty mouth, Hwa." Gadis itu mengangguk gerun, memalingkan wajah.

Isaac tersenyum sinis.

+ rejected +

Pintu dibuka perlahan. Min melangkah ke arah sinki dan membuka paip, membasuh tangannya. Dia menoleh ke kiri, seorang gadis sedang membetulkan solekan di cermin.

"Eo.. awak Mel, kan?"

Mellissa memusingkan badan ke belakang dan tersenyum kekok, niatnya untuk memeluk Min seerat yang boleh diperam dalam hati. Tak boleh. Min tak boleh tahu apa yang dah terjadi.

"H-haah. Awak.. Cik Ryu.. kan?" Min ketawa kecil, mencapai sehelai tisu dan mengelap tangannya. Dia berdiri di sebelah Mellissa. "Panggil saya Min je," balasnya mesra dengan senyuman yang belum luntur.

Min, kau tak tahu berapa besar aku rindu nak jumpa kau, nyah.

Min, Eun baik-baik je kan?

Min, kau macam mana sekarang?

Min-

"Mel."

"Hmm?" Mellissa menyimpan lipstick di dalam beg yang dibawa. Min dipandang dari cermin. "Awak nampak macam Hwa. I-I mean you look like her. Cuma mata awak biru and.. kening awak tu nipis sikit. Mirip sangat dengan kawan saya tu. Maybe pelanduk dua serupa, kan?"

Mellissa ketawa kecil, janggal teruk saat ditegur begitu. "Obviously." Mereka berdua ketawa. "By the way, awak nak lunch dengan saya? Harini staf perempuan semua nak pergi makan sekali. Awak nak ikut?"

Min, kenapa kau baik sangat ni?

Kau tak berubah, Min.

Kau tetap Min yang dulu.

Aku minta maaf.

Aku yang berubah.

Aku yang hancurkan harapan kau.

Semuanya.. salah aku.

Aku kawan jenis apa, kan Min?

Aku rasa aku dah tak layak jadi kawan kau.

"Mel?" Mellissa tersedar dari lamunan. Min tertawa halus. "Boleh pulak dia termenung. Awak nak join tak? Ke awak dah balik dengan Isaac lepas ni?"

"Maybe saya kena ikut Isaac. I'm sorry, Min."

Min menggeleng. Tangan Mellissa digenggam. "It's okay. Kita boleh keluar next time. Lagipun AENA dengan Laviste kan dah buat deal. We're going to see each other more often." Matanya dikenyit. Tawa mereka meletus lagi.

Mellissa menggigit bibir, memaksa diri untuk bertahan buat beberapa saat lagi. Air matanya tak patut gugur saat ini.

"Okeylah, Mel. Kang bos bising lama sangat pergi toilet. See you next time!"

Min melangkah pergi. Mellissa berpegang kuat pada sinki, lutunya lemah hingga dia hampir jatuh terduduk. "A-aku minta maaf, Min.."

❚❚ to be continued : rejected

A/N
Keling tak? Haih lama ii cuti payah jugak. Makin keling zuzu ni😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro