Chapter Twelve

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



"Insane or insane?"

KAKINYA diseret menyelusuri deretan rumah di sebelah kirinya. Mindanya kosong, terlalu kosong. Arhan tidak mampu berfikir apa-apa lagi buat masa sekarang. Semuanya bagaikan kejutan besar baginya.

Cubaan membunuh dirinya, kehadiran misteri Adira dan perwatakan aneh Adira.

Adira...Dari mana gadis ini muncul? Bagaimana Adira tahu dia berada di situ? Terlalu banyak persoalan yang masih tidak terjawab yang berlegar-legar dalam mindanya.

Sekiranya Adira lewat sesaat tadi...Adakah dia benar-benar akan terjun? Adakah dia memang sudah tekad menamatkan nyawanya sendiri?

Dia gila.

Ya Allah. Apa yang dia dah buat?

Dia tidak sangka segoyah itu imannya. Dia langsung tidak fikirkan akibat daripada perbuatannya itu. Dia tidak jangka dirinya mampu berfikir sejauh itu. Begitu dahsyat bisikan-bisikan halus dalam mindanya sehingga mendorong dirinya melakukan perkara yang tidak pernah terlintas untuk dilakukan.

Gila.

Gila.

Gila.

Bunuh diri?

Arhan ketawa perlahan.

Kau bodoh, Han. Kau takut nak mati. Itu hakikatnya. Kau takut nak hadapi kematian.

"Kau memang nak mati ke?"

Soalan Adira bergema di gegendang telinganya. Soalan yang nampak mudah untuk dia jawab walhal dia sendiri berdebat dengan dirinya jika dia memang ingin mati.

Ya ALLAH...Maafkan hambamu yang lemah ini. Hamba yang mudah termakan dengan bisikan-bisikan syaitan sehingga lupa akan laranganmu. Dia sedikit pun tidak mempunyai hak untuk mencabut nyawanya. Satu-satunya yang berhak mengambil nyawanya adalah Dia. Dia saja yang berkuasa untuk memisahkan nyawa dan jasadnya apabila tiba masanya.

Teruknya dia kerana mempersoal takdirnya. Mempersoal kekuasaan Allah. Apa yang dia sebenarnya fikir? Sudah hilang akal? Mama juga dulu sering memesannya bahawa takdir yang Allah telah susun elok untuk kita, tidak boleh disoalkan kerana Allah tahu yang terbaik buat hamba-hambanya. Oleh itu, Allah juga telah mengatur takdir yang terbaik untuk kita.

Dia hanya manusia yang lemah. Langsung tiada hak untuk mempertikaikan takdirnya.

Bayangan wajah-wajah orang yang menyayangi muncul dalam mindanya. Satu per satu.

Zafrel.

Alan.

Kak Mah.

Tergamaknya dia untuk tinggalkan insan-insan yang sayangi dirinya. Mereka tidak pernah lelah dalam menjaga dirinya namun apa yang dia fikirkan? Untuk tinggalkan mereka? Bukan itu perbuatan yang tidak masuk akal ke? Begitu kau nak balas jasa mereka, Han?

Dia bersyukur kerana gadis itu memberikan tamparan yang hebat agar dia kembali waras.

"Adira."

Suara mendatar gadis itu bermain dalam mindanya.

"Cari aku bila kau dah dapat jawapannya."

Adira...

Kau siapa sebenarnya?

Langkah kakinya mati. Matanya merenung lama tanah sebelum mendongak kepala. Jelas langit sudah berubah mendung, tanda hujan bakal turun. Baru sebentar tadi cuaca kelihatan baik. Setitis air hujan jatuh atas mukanya. Setitis demi setitis air hujan jatuh ke atas mukanya sehingga hujan yang turun semakin lebat.

Tangannya bergerak, menadah air hujan. Setiap titisan air hujan yang jatuh ke atas tangannya diperhatikan.

Hujan yang turun dengan deras menjamah tubuh Arhan. Rambut dan pakaiannya dibiarkan basah kuyup. Arhan langsung tidak berganjak walau seinci pun. Kedua belah kelopak matanya dipejam lama. Beg sandang yang digalas di bahu dijatuhkan ke atas tanah yang lembap. Bunyi hujan sudah ibarat melodi yang indah di telinga Arhan. Bunyi yang sungguh menenangkannya.

Dengan air hujan yang membasahi wajahnya, air matanya turut mengalir. Takkan ada sesiapa mampu lihat air matanya ketika hujan.

"ARGHHHHH."

Satu raungan kuat dilepaskan sehingga terasa anak tekaknya ingin tercabut. Badannya tercondong sedikit. Dia mahu lepaskan segala yang bersarang dalam hatinya. Dia mahu jerit lagi meskipun tiada siapa yang akan atau mahu mendengar. Itulah hakikat yang perlu dia telan dan hadam.

Biarlah jika dia tidak dapat pergi dari dunia ini.

Dia perlukan masa ini untuk lepaskan segala yang membebaninya.

"ARGHHHHH." Sekali lagi, satu beban jatuh dari bahunya. Raungan demi raungan. Tangisan demi tangisan. Derita demi derita.

Arhan akhirnya mencangkung di atas tanah. Sebelah tangan dibawa ke matanya dan dilekapkan di situ. Matanya dikatup. Bibirnya pula kelihatan terketar-ketar. Bahunya terhinggut-hinggut bersama esakannya.

Rain, rain,
go away,
come again another day,
Wash all of my pain away,
rain, rain,
go away.

🌻🌻🌻

GILA.

Lelaki itu memang sudah gila.

Dan dia tidak kesah.

Dari jauh, diperhatikan belakang badan Arhan yang basah lecun. Tiada niat untuk mendekati lelaki itu. Lelaki itu perlu berseorangan. Itu saja caranya untuk menenangkan Arhan buat masa sekarang.

Batang payung erat dipegang. Bertemankan raungan dan tangisan Arhan, Adira menadah tangannya, membiarkan titisan-titisan air hujan jatuh pada telapak tangannya. Dilihat setitis demi setitis air hujan yang jatuh pada tangannya.

Tap.

Tap.

Tap.

Kepalanya perlahan-lahan mendongak menatap lama langit petang yang begitu gelap tanpa cahaya matahari.

"Ah, cantiknya langit."

🌻🌻🌻

"ADIK, adik tak boleh masuk!"

Terhenti jari jemari Encik Mustapha yang sedang menaip di atas papan kekunci. Pandangannya dihala ke arah pintu bilik ofisnya. Tidak lama kemudian, pintu itu terhempas memghasilkan bunyi berdetum.

Kelihatan seorang remaja lelaki yang berpakaian uniform sekolah berdiri di muka pintunya dengan wajah ketat. Berdiri di sebelah lelaki itu ialan setiausahanya, Syarifah yang berwajah risau.

"Maaf, tuan. Saya..." ujar Syarifah cemas. Sudah dia cuba halang lelaki muda itu dari memasuki bilik pejabat Encik Mustapha tetapi dia gagal. Entah dari mana lelaki itu datang, tiba-tiba mahu ceroboh bilik pejabat Encik Mustapha.

Encik Mustapha mengangkat tangannya sebelum mengangguk kecil.

"Tak apa. Leave us."

"Baik, tuan." Teragak-agak Syarifah hendak tinggalkan mereka berdua. Yelah, budak lelaki ni nampak macam bila-bila masa saja boleh capai pen dan tikam bosnya itu.

Syarifah akhirnya berlalu dan pintu ditutup rapat.

"May I know what is your purpose of coming here, young man?" soal Encik Mustapha tenang. Tangan disilang pada dada dan mata beku lelaki itu ditenung.

"Uncle tak tahu ke siapa saya?"

Berkerut dahi Encik Mustapha. Dia cuba gali kotak memorinya namun wajah lelaki muda ini langsung tidak tersimpan dalam mindanya. Wajah lelaki itu kelihatan asing baginya.

"Jadi, awak tak nak memperkenalkan diri awak ke?"

Lelaki itu ketawa seperti tidak percaya.

"Wah, nampaknya uncle betul-betul tak tahu Arhan."

Lagi berkerut dahi Encik Mustapha.

"What are you trying to say? Spit it out."

"Well, if you insist. Saya Zafrel, kawan baik Arhan dari tingkatan 1."

Kawan baik Arhan? Baru Encik Mustapha terfikir, selama ini dia tidak pernah tahu dengan siapa Arhan berkawan. Dia tidak pernah ambil peduli akan siapa Arhan bergaul di sekolah.

"Uncle memang tak ambil tahu kan tentang Arhan termasuk siapa kawan baik dia?"

"Apa yang kau cuba cakap ni? Jangan berbelit sangat boleh?" Encik Mustapha mula berang. Berubah terus gaya bahasanya.

"Baik. Saya takkan cakap berbelit. Saya datang ni dengan tujuan."

"Apa tujuannya? Make it quick. You're wasting my time."

Zafrel mengetap rahangnya. Nampak sangat Encik Mustapha tak ada hati pun untuk mengambil berat soal Arhan.

"Saya tahu, saya tak ada hak untuk masuk campur masalah peribadi Arhan tapi saya terpaksa kali ini. Uncle tahu kan, Arhan is not mentally stable sekarang? His mind is not in a healthy state, if you're even aware of that."

"Jadi?"

Zafrel nyaris-nyaris ketawa. Jadi? Itu yang dibalasnya?

"Saya rasa, kalau saya tak terangkan dengan lebih lanjut pun, uncle mesti dah tahu kan? Disebabkan perbuatan uncle, keadaan Arhan makin teruk. Fizikal dan mental dia. He isn't performing well in class kebelakangan ni. Cikgu-cikgu pun mula sedar akan perubahan tu. Dia tak banyak cakap dengan orang sekeliling dia termasuk saya sebagai kawan rapat dia. Dia seperti mayat hidup dah. Jasadnya ada di situ, tapi minda dia perlahan-lahan sedang mati."

Zafrel menarik nafas, cuba mengawal kemarahan dan kesedihannya di hadapan Encik Mustapha. Meskipun dia sedang marah tapi dia masih tahu hadnya. Dia sedar Encik Mustapha itu lebih tua daripadanya, jadi dia masih perlu hormatkan lelaki itu.

"Uncle sanggup ke biarkan minda dia mati? Uncle masih ada peluang untuk selamatkan dia. Dia betul-betul perlukan sokongan uncle dalam masa-masa seperti ini."

Encik Mustapha menghela nafasnya. Dia sandarkan badan ke kerusi empuknya. Dahinya diurut-urut bagi melegakan sakit kepalanya. Anaknya itu sudah bawa satu masalah, kawannya pula yang bawa lagi masalah kepadanya.

"Kau ni kan. Sekarang ni, kau nak cakap Arhan tak salah? Macam tu?"

"Well, biar saya tanya uncle satu soalan. Sebagai orang yang kenal Arhan lebih lama daripada saya, uncle betul-betul percaya ke Arhan akan buat semua itu.?

Encik Mustapha senyap sebelum dia melepaskan tawa. Ini seorang lagi manusia yang menyakitkan kepalanya.

"Kau nak cakap pihak sekolah sedang tipu aku? Nak kata mereka tiada bukti? Zafrel, aku rasa kau pun tak buta untuk lihat bukti yang ada depan mata. Jadi, sebab apa lagi aku perlu menidakkan bukti tu?"

"Dan uncle percaya semua bukti tu?" Entah mengapa, walaupun Encik Mustapha bukan bapa kandungnya, ada rasa sakit yang mencucuk hatinya. Beginikah rasa Arhan apabila tidak dipercayai oleh bapa sendiri?

"Macam inilah. Contohlah, kalau suatu bukti itu dibawa ke makhamah, takkan kau masih tak nak percaya bukti tu?"

"Tapi kita bukan di makhamah. Uncle yakin ke dengan semua bukti tu? Uncle tak terfikir ke kalau ada orang cuba frame Arhan untuk perkara yang dia takkan pernah buat?" Zafrel cuba mempertahankan Arhan.

"Zafrel, kenapa nak sangat tegakkan benang yang dah basah?"

"Saya tak tegakkan benang yang basah, uncle. Saya cuma tegakkan kebenaran. Arhan tak bersalah dalam hal ini. Ada orang sengaja perangkap dia dan menampakkan seolah-olah dia yang bersalah. Arhan takkan pernah terfikir untuk buat benda tu. Dia masih tahu halal dan haram." Panjang lebar Zafrel terangkan kepada Encik Mustapha.

"Kenapa kau yakin sangat? Depan-depan dia tak tunjuklah perangai tu, belakang kau? Belakang kita? Who knows what he's even thinking."

Zafrel terkesima. Tergamak Encik Mustapha menuduh anaknya sendiri walhal jika lelaki itu benar-benar kenal dengan Arhan, pasti dia akan tahu bahawa Arhan bukan orang seperti itu.

"Uncle tahu tak apa yang Arhan fikirkan selama ni? Satu-satu benda yang takkan lari dari fikiran dia?"

Encik Mustapha memeluk tubuh dan menaikkan sebelah kening.

"Sempurna."

Encik Mustapha terus mendengar dengan wajah yang tenang. Dia tiba-tiba berminat mahu mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Zafrel. Baru saja dia mahu halau Zafrel dari ofisnya, terus terbatal niatnya.

"Arhan tak pernah fikir pasal benda lain selain daripada tu. Dia tak ada masa pun untuk fikirkan benda lain sebab itu perkara yang dia kejar-kejar selama ini. Itu matlamat utama dia dalam hidup. Sempurna."

Zafrel mengemam bibir. Aku terpaksa, Han. Aku dah tak sanggup tengok kau hidup macam ni. Maafkan aku.

"Uncle tahu dia lakukan semua ini untuk siapa?" Perlahan saja dia mengajukan soalan itu.

"Siapa?" tanya Encik Mustapha tanpa menunggu.

"Uncle. Arhan dah tetapkan mindset dia, kalau dia dapat penuhi apa kehendak auntie Zara, dia pasti juga dapat gembirakan hati uncle. Dia tak pernah harapkan pujian orang lain, dia tak nak semua tu. Dia tak peduli pun. Apa yang dia kesah ialah pujian daripada uncle.

Dia tunggu setiap hari tanpa jemu untuk uncle kata yang uncle bangga dengan dia. Sebab itu satu-satunya cara untuk dia dapatkan perhatian uncle. Dia tak segila tu untuk buat benda yang tak senonoh semata-mata hendak raih perhatian uncle. Uncle fikir, selama ini dia belajar macam nak gila tu untuk diri dia ke?"

Juring mata Zafrel tiba-tiba terasa basah. Dia kemudian menggeleng perlahan. Tersentak Encik Mustapha saat dia melihat mata berair milik Zafrel.

"Dia buat semua untuk uncle saja. Uncle bayangkan, sampai ke tahap dia abaikan kesihatan diri dia sendiri? Uncle tak nampak ke, tahap kesihatan dia pun bukannya baik sangat. Masuk hospital pun dah berapa kali dah dalam masa sebulan. Bukan kesihatan dia je yang dia sanggup letak ke tepi, diri dia yang sebenar pun, dia dah tak kenal. Dia jadi orang yang sangat lain di luar sana. Dia paksakan diri untuk jadi orang lain untuk jadi....Huh the so called 'sempurna guy'.

Dan semua itu untuk jaga nama baik auntie Zara dan uncle. Imej dia sendiri jatuh pada tangga kedua. Uncle, dia dah berusaha terlalu keras untuk sampai ke tahap itu. Orang hormat dia, orang pandang tinggi Arhan sebab akhlak dan prestasinya yang cemerlang."

Zafrel terhenti seketika. Saat ini, dia benar-benar mahu sedarkan Encik Mustapha bahawa Arhan sangat perlukannya pada saat-saat begini. Sementara itu, perasaan sebaknya pula cuba ditahan, tidak mahu menumpahkan air mata di hadapan Encik Mustapha.

"Jadi, tak ada sebab pun untuk dia malukan diri dia macam tu kalau imej dia sendiri jaga bagai nak rak. "

Encik Mustapha tidak membalas. Wajahnya kekal tenang yang membuatkan Zafrel sedikit geram. Tiada perasaankah lelaki itu terhadap anaknya sendiri?

"He has been suffering a lot for the past few years, uncle. Uncle yang tak nak buka hati dan mata uncle untuk lihat semua tu. Semuanya untuk jadi sempurna di mata uncle supaya uncle sedar tentang kewujudan dia dalam keluarga uncle. Uncle masih fikir ke dia ada hati untuk buat benda tak senonoh tu? He has already set his eyes on his goal. And that is your attention and love," sambung Zafrel dan spontan kepalanya menunduk.

Air matanya tidak dapat dikawal lagi lalu setitis manik jernih itu jatuh pada pipinya. Dia lega kerana dapat lepaskan segala yang tersimpan di dada.

"Jadi uncle, you will never see that Arhan is always trying until you see it for yourself. Hargailah Arhan sebagaimana Arhan hargai uncle dengan sepenuh hati dia."

Lekas-lekas air matanya di pipi disapu. Itu bukan dalam perancangannya. Menitiskan air mata? Dia bukan mahu raih simpati Encik Mustapha, dia sekadar mahu menceritakan kisah Arhan yang tidak pernah dibuka kepada Encik Mustapha. Bibirnya cuba menguntum senyuman manis namun yang terhasil ialah senyuman kelat.

"Saya minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa. Saya tak ada niat untuk campur tangan masalah keluarga uncle. Saya harap, uncle dapat fikir-fikirkan apa yang saya cakap."

Zafrel menundukkan badannya sedikit.

"Assalamualaikum."

Dengan itu, pintu bilik ofisnya dikatup.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro