BAB 35: CINTA DAN PERANG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PENAUT KASIH

Petang itu ketika Puspa memberitahu ibu dan ayahnya keluarga Arman akan datang untuk merisik dan memohon tarikh yang sesuai, kedua mereka tercengang.

"Kenapa terlalu tergesa-gesa?" soal Indah.

"Apa yang tergesa-gesa ibu? Puspa kenal Arman sejak di universiti. Lepas itu putus dua tahun sebab dia kerja dan bertunang dengan Nora. Kemudian sambung balik masa dia masuk penjara. Jumlah semua enam tahun."

"Maksud ibu, Puspa bercinta dengan dia hanya lepas dia keluar penjara. Hanya beberapa bulan. Bukan begitu?" soal Indah.

Ibunya benar. Arman hanya bercakap mahu menjalin hubungan masa dating mendaki dinding. Puspa tersenyum mengingati wajah lucu Jack yang kononnya 'menangkap basah' mereka di JACK & JILL BOXING CLUB. Minyak lavender menjadi mangsa.

"Did he say he loves you?" soal ayahnya.

Puspa tidak menjawab soalan ayahnya. "Ayah takut dia teringin nak ambil harta kita ke? Dia bukan orang macam itu. Ayah sendiri kenal dia, kan?"

"Answer me!" desak Adam Prakash.

Ayahnya bukan jenis yang bersedia untuk menerima soalan untuk jawapan. Sikap peguamnya sering terbawa-bawa di rumah.

Puspa sudah mahu menangis. Kegembiraan siang tadi terasa akan terbang bila-bila masa apabila ibu dan ayah seolah-olah menentangnya. Ibunya terus bangun, duduk di sebelahnya, memeluknya dan membelai-belai rambutnya, macam dia masih kecil dahulu. Dia bersandar pada bahu ibunya mencari sokongan.

"Ayah Puspa tahu Arman anak yang taat. Tapi ayah takut dia pergi kepada Puspa on a rebound," kata Indah memujuk.

"Puspa dah tanya . . . Dia dah tak ada feeling dengan Nora lagi . . . Lepas kahwin, Puspa akan tinggal di rumahnya."

"Jauh sudah Puspa rancang tanpa ibu dengan ayah," kata ayahnya, jelas tersinggung.

"Ayah jangan marah. Tempat isteri mesti dengan suami, kan?"

"Ibu cuma takut Puspa tak boleh sesuaikan diri," kata ibunya pula.

"Puspa suka kediaman diorang. Sangat damai," balas Puspa.

Indah mengeluh. Nampaknya anaknya sangat nekad, sedangkan mereka belum lagi menjalankan ujian 'kesetiaan' kepada Arman, melalui 'hadiah' kelab ragbi itu.

"Ibu tolong jangan ungkit tentang status kewangan Arman, boleh?" kata Puspa, memandang ibunya dengan mata yang sudah berkaca-kaca.

"Bukan ke Puspa nak jadi peguam handalan, macam atok Puspa?" soal Adam Prakash.

Rasa geram pun ada. Apalah jampi azimat yang dipakai Arman sampai Puspa tak boleh berfikir dengan jelas ini? Otak licik Adam Prakash cuba mencerakin.

"Ayah, Arman dah janji tak akan halang kerjaya Puspa. I think that's good enough for me. Puspa pun tak akan halang kalau dia nak buka ladang cili atau main ragbi."

"Kami cuma mahu yang terbaik untuk Puspa," celah ibunya, mengusap air mata Puspa yang sudah turun tanpa dapat dihalang.

"Thank you ibu. Arman yang terbaik untuk Puspa."

Nampaknya peguam kanan dan pengurus kewangan syarikat antarabangsa sudah kalah. Anak mereka degil.

"Baiklah. Nanti ayah bincang dengan Cikgu Zahari."

Puspa bangun, peluk dan cium pipi ayahnya. Terasa basah.

"Kenapa ayah menangis?" soal Puspa.

Adam Prakash menyapu air matanya. Dia tak sedar dia menangis. "Selama ini Puspa tidak pernah melawan ayah. Tapi kali ini sebab Arman, Puspa sudah lawan ayah."

Puspa mengetatkan pelukannya, "Ayah, Puspa minta maaf. Puspa sayang ayah sampai bila-bila. Tak ada siapa yang boleh ambil sayang itu. But I've grown up now. I need to start my own life."

"Ayah ingat ayah baru kehilangan seorang anak perempuan."

Puspa duduk bersila mengadap ibu dan ayahnya. "Tak ayah . . . Puspa cuma nak besarkan keluarga kita sahaja."

"Inilah jadinya bila anak terlalu pandai." ujar Indah, yang turut menyapu air mata.

Puspa senyum, teringat dia akan Zahari yang sanggup memujuk dan mengajaknya pergi menjala semasa dia merajuk dengan Arman. "Ibu, ayah, Puspa dah kenal keluarga itu sejak kita kendalikan kes Arman. They are wonderful people. Very caring and loving. Percayalah."

"Ibu percaya, sayang. Mari ibu hug and kiss," kata Indah sambil mendepangkan kedua tangannya.

*****

KINI ADA SAYANG

Puspa rasa lega. Selesai konfrontasi kecil dengan keluarganya, dia naik ke biliknya. Terus dia hantar mesej kepada Arman.

Puspa: Assalamualaikum.

Arman: Waalaikumussalam, sayang.

Puspa senyum. Dulu 'Sayang' tu tiada.

Puspa: Esok kita pergi shopping ya? Banyak barang nak beli.

Arman: Sayang ajak siapa ni?

Puspa: Ajak abang la. Ajak siapa lagi?

Arman: Okey. Lain kali kena sebut tau.

Puspa: Sebut apa?

Arman: Sebut - 'Abang', esok kita pergi shopping ya?

Puspa: Mengada-ngada.

Puspa tahu ibu dan ayah bukan tak suka Arman, tetapi soal masa dan kewangan. Kalau mereka bantah, Puspa fikir masih ada yang memegang kuasa ala-ala 'Hakim Mahkamah Persekutuan', Atok Haidar.

Puspa percaya Atok Haidar akan menyokongnya.

Sembang WhatsApp diganggu bibik yang mengajak turun untuk makan malam. Selesai makan, ibu dengan ayah ajak sembang lagi hal pertunangan dan nikah. Jam 11.00 malam baru Puspa dibenarkan masuk tidur. Payah sungguh mereka nak lepaskan anak manja yang seorang itu.

Sebelum tidur Puspa menghantar mesej:

"Ibu dan ayah dah okey. Nanti abang panggil diorang 'ibu dan ayah' juga ya . . . Good night."

Dia tarik selimut. Tak fikir Arman akan menjawabnya. Arman pasti tidur awal sebab dia harus berada di kebunnya sebelum matahari naik. Tetapi dia dengar mesej masuk:

"Good night sayang. I love you."

Puspa tahu dia telah mungkir janji dengan ibu dan ayahnya untuk bersabar. Dia tahu dalam peperangan cinta antara Nora, Nelly dan dirinya, dia underdog. Cuma dia nekad tidak akan mengalah. Pergolakan rumah tangga Dzafri dan Nora mengubah rancangan awalnya untuk menunggu ekonomi Arman mantap. Kebetulan dia dapat bantuan Malik yang ada kepentingan sendiri. Dia harap Nelly tidak kecewa. Dia ada Malik. Nora pula harus kembali kepada Dzafri. Mungkin ini kejam.

All is fair in love and war.

Puspa tidur dengan senyuman di bibirnya.

*****

SAHABATKU

Petang esoknya Malik datang tersengih-sengih macam kerang busuk, ketika Arman sedang merumput. Arman tidak guna racun rumpai. Malik mencangkung dan turut menolong mencabut rumpai.

"Mengapa? Rasa bersalah ke?" soal Arman. Jarang Malik menolong buat kerja, walaupun mengaku dia ada 'modal saham' dalam kebun itu.

Malik tak menjawab. Tangannya terus mencabut rumpai di perdu pokok cili.

"Tak ada nak minta maaf ke?" soal Arman lagi.

"Pasal apa nak minta maaf?" soalan dibalas soalan. Malik kemudian menoleh ke arah sahabatnya dan tersenyum panjang.

"Aik? Terlebih makan semut ke? Siapa yang cakap Jumaat ada mixed gender day tu?"

Malik ketawa terbahak-bahak. "Yang kau tak semak, pasal apa?"

Ya tak ya jugak. Akibat cemburunya kepada Puspa, dia menonong sahaja pergi. Dia tumbuk Malik secara main-main. Malik mengelak.

"So, macam mana perkembangannya?" soal Malik.

"Minggu depan."

"Isy! Lamanya . . . Ingat esok lusa."

"Mengarutlah engkau . . . Belah perempuan yang tentukan. Diorang dah buat program. Merisik dan bertunang sekaligus. Lepas tiga bulan, nikah."

"Dah miang sangat tu." Malik mengusik sambil ketawa kecil.

Arman senyum. "Ikut suka kau nak kata aku miang. Tadi kata lama sangat. Jealouslah tu."

"Memang aku jealous. Tapi kau kena ucap terima kasih kat aku."

"Pasal apa pula?" Ganti dia yang menyoal.

"Kalau aku tak tipu, kau tak pergi cari Puspa. Kau dok besar kepala dengan ego kau."

Arman ketawa. Memang dia ego. Tetapi tuduhan besar kepala macam tak patut. Kalau dia ada sifat simpati kepada Nora yang kematian bayinya, takkan itu pun salah.

"Yang kau pula macam mana?" soalnya.

"Aku lain." jawab Malik, sambil bangun menegakkan badannya. Sakit pinggang juga buat kerja ni.

"Lain celah mana pula?"

"Yang ego Nelly."

"Oh . . . Patut lah aku nampak kau berdua berpeluk-peluk hari tu," Arman menyindir.

Muka Malik terus jadi merah. "Kau nampak?"

"Aku nampak dengan mata kepala aku . . . Aku patah balik, sebab nak ambil but. Mujur aku tak laung Pak Haji Ismail . . . Ha ha ha!"

Mereka sama-sama ketawa.

"Pasal apa aku tak perasan?"

"Mana nak perasan. Tengah syok."

"Otak kau tu kuning lah Arman . . . Hari tu Nelly menangis. Kita pula macam abaikan dia."

"Entahlah. Terus terang aku memang sengaja buat gitu. Tak mahu galakkan dia atau buat dia salah faham. I don't want to spoil your chances."

"Thanks Arman. You save my face."

"You are my buddy. Dunia dan akhirat."

Malik nampak sedih. "Harap lepas kau kahwin nanti, kau tak lupakan aku." 

Arman tepuk bahu Malik. "Sebenarnya Nelly tu confused. Sebab kau ada di depannya selalu. You are always there for her. So, she takes you for granted."

"Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Mungkin kami sama-sama akan tua begini."

"Malik. Aku tahu apa terjadi kepada dia, dan engkau juga . . . Masa aku bertunang dengan Nora dulu. Aku rasa cukup bersalah. Agaknya sebab tu aku kena kifarah."

"Isy . . . ada ke pulak sebab tu. Sebab Badar jahatlah. Sebab ada syarikat gunakan stafnya sebagai keldai untuk edar dadah."

"Sampai sekarang si David tu tak ditemui."

"Dah mati kot? Kena bunuh. Tau sahaja kartel ni. Kejam."

Kalau mereka tak kisah menganiaya dia sehingga dipenjarakan, atau mungkin dihukum gantung, sudah tentu mereka sanggup berbuat apa sahaja, sama ada untuk balas dendam, atau untuk menutup jejak bukti kejahatan mereka.

"Itulah aku bimbang sangat pasal adik-adikku."

"Allah ada."'

"Allah dan alat-alat yang kita gunakan ini."

"Hebat ya Datuk Haidar tu. Tak sangka di Malaysia, sistem pengintipannya setaraf KGB dengan CIA juga."

"Alhamdulillah, kerana itu Abang Hail tidak lagi bising tak cukup makan . . . Ha ha ha."

"Kak Mira sabar sungguh dengan sikap panas baran Abang Hail tu . . . Selalu kena tinggal pulak  - buat kerja politik."

"Itu namanya isteri solehah."

Mereka diam. Tangan mereka masih sibuk membersihkan perdu pokok cili.

"Engkau dah jumpa isteri baru Jack?" tiba-tiba Arman bersuara.

"Belum."

"Isteri baru dia muda tau. Sebaya Puspa. 15 tahun lebih muda daripada Jack. Tak bertuah ke dia?"

"Yeke?"

"Tapi isteri dia bisu. Katanya dia bertemu masa sama-sama terlibat dalam latihan team paralimpik. Aku jumpa dia masa discuss nak siapkan bilik di kelab minggu lepas. Tunggang langgang aku nak berkomunikasi dengan dia."

"Ada baiknya isteri bisu ni. Tak melawan cakap," kata Malik selamba.

"Jahatlah kau Malik," dia tumbuk main-main dada Malik.

"Aku doakan apa yang kau dengan Puspa rancang berjalan lancar."

"Amin!"

Arman bangun, buka sarung tangannya dan duduk di atas kerusi yang menghadap kebunnya. Malik duduk di sebelah. Dia tahu masih ada serabut bersarang di benak Arman yang belum dilepaskan. Mereka diam seketika. Masing-masing melayan lamunan.

"Malik, aku tahu Jack cuba tolong aku melalui kelab BLACK SELADANG tu," kata Arman memecah sesunyian.

Rupanya fikiran Arman melencong ke kelab ragbinya.

"Apa yang kau tahu?"

"Aku dah semak semua nama pemain lama dalam senarai Kelab BLACK SELADANG. Ada yang dah tak main lagi. Ada yang main dalam kelab lain. Semuanya bekas pemain Kelab ADAM BOYS, milik firma ADAM PRAKASH & PUSPA."

"Maksud kau kelab itu dijenamakan semula jadi BLACK SELADANG? Kau marah ke pada Jack kerana tak berterus terang?"

Arman menggeleng-gelengkan kepala.

"Mereka semua nak tolong aku. Cuma aku rasa malu. Sanggup ayah Puspa serah kelab itu pada Jack sebab nak tolong aku. Sedangkan dia boleh dapatkan coach lain yang lebih berpengalaman. Bila tukar nama, ranking pun jatuh at the bottom, sebab dah jadi kelab baharu."

"Jadi kau nak buat macam mana?"

"Aku kena buktikan . . . I am worthy of their sacrifices."

Malik letak tangan ke bahu Arman. Tak kira ke mana matlamat sahabatnya, dia tetap sokong.

"Arman, jangan kau ungkit depan Puspa."

"Aku tak akan buat macam tu. Cukuplah aku menyakitkan hatinya dengan fe'el Nora."

"Abang Long!" Kedengaran suara lantang adiknya Sarah. Dia sedang berlari-lari anak ke arah mereka. Skirt labuh diselaknya sampai dekat lutut. 

Arman memandang adiknya penuh kasih. Isy! Budak ni tak tau ke umurnya dah masuk 12 tahun? 

"Umi masak pengat pisang dengan keladi. Minta Abang Long dengan Abang Malik balik makan."

Arman dan Malik bangun untuk membasuh tangan.

"Bagus kan? Kalau dapat isteri pandai masak. Satu rumah dan jiran tetangga pun kenyang," kata Malik. Dia nampak sayu. Arman paut bahu Malik sambil mereka berjalan menuju ke rumah.

Di hadapan mereka, Sarah berjalan sambil melompat-lompat.

"Semua dalam rancangan Allah," katanya teringat roti yang dimasak Puspa.

Dia tak harap Puspa akan jadi pandai memasak. Kalau Puspa sanggup terima dia yang masih terkial-kial mencari dahan untuk berpaut, mengapa tidak dia terima Puspa seadanya?

Mungkin tuahnya akan berubah. Siapa tahu?

*****

❤️💙

*Kempen sikit*




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro