BAB 56: PUSPA BUNUH DIA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

*Bahagian ini Sis paling sukar untuk menulisnya. Sebabnya? Sis tak pernah menulis babak ganas satu pergaduhan.*

SERANGAN

"Umi tertinggal . . ."

Kata-kata Puspa mati di situ. Bukan Umi Khadijah di hadapannya, tetapi seorang lelaki bertubuh tegap, memakai balaclava yang hanya nampak matanya. Segera Puspa menutup semula pintu, tetapi lelaki itu lebih pantas menendang kerusi roda Puspa, sambil melangkah masuk. Kerusi roda Puspa terdorong ke belakang dan terhenti setelah terlanggar dengan sofa di ruang tamu itu. Puspa pusing kerusi roda untuk melarikan diri. Dengan mudah sahaja lelaki itu menangkap kerusi rodanya. Dia keluarkan pisau yang terus diacukan ke muka Puspa. Daripada pandangan matanya yang bengis, Puspa tahu siapa dia.

Badar.

Entah dari mana datang kekuatan, Puspa tendang bahagian antara paha lelaki itu. Badar jatuh tersungkur. Pisaunya terpelanting. Puspa pandu kerusi roda automatiknya menuju ke pintu. Tetapi lelaki itu menarik rambut Puspa dari belakang sehingga dia terjatuh dari kerusi rodanya. Badar ketawa. "Kau nak ke mana? Cari Arman? Aku nampak dia di hujung kebun."

Daun pintu ditendangnya rapat.

"Orang-orang aku akan bunuh dia sekejap lagi . . . Hahaha! Emak mentua tersayang kau pun tak ada. Tengok orang mati. Hahaha . . ."

Barulah Puspa sedar, panggilan kematian itu rupanya palsu.

Puspa menjerit dengan sepenuh tenaga. Namun suaranya gagal dikeluarkan dengan kuat. Lelaki itu cuba menumbuk muka Puspa. Tetapi Puspa dapat mengelak. Apa yang dipelajari daripada Arman untuk survival dirinya cuba diaplikasi. Tangan Badar dipegang dengan sekuat tenaganya.

Mereka bergelut di lantai. Puspa balas pukulan Badar. Tepat di muka.

Badar terkejut dengan serangan daripada perempuan lumpuh yang disangknya lemah. Namun, sekuat mana tenaga Puspa, tidak dapat mengalahkan tenaga lelaki itu. Dia menyentap tangan Puspa dan menampar muka dan menumbuk perutnya berkali-kali. Puspa cuba menjerit lagi. Tetapi suaranya masih tersekat di kerongkong.

Badar ketawa.

"Diam! Aku bukan nak bunuh kau. Belum lagi. Kau insuran aku untuk keluar dari Negara ini."

Dalam keadaan masih terjelepuk, akibat ditampar dan ditumbuk, Puspa hanya mampu mengesot undur. Kali ini dia mengesot menuju ke biliknya. Di sana telefon bimbitnya ditinggalkan. Lalu, tangannya mencari-cari apa-apa sahaja untuk dijadikan senjata. Kerusi ditolak jadi penghalang. Pasu bunga, buku, habis dibalingnya. Perbuatan Puspa menjadikan Badar semakin marah.

"Tak padan dengan lumpuh!" Sekali lagi dia menampar muka Puspa. Darah keluar dari mulut nya. Lelaki itu ketawa mengejek.

Puspa teringat apa yang diajar Arman kaedah untuk menjaga dirinya jika diserang. Puspa Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut untuk mengurangkan kesakitan akibat tumbukan itu dan mengelak daripada pengsan. Badan ditegakkan. Sekali lagi dia cuba menjerit.

Seolah-olah selak yang mengunci kotak suaranya terlepas. Jeritannya keluar dengan kuat dan nyaring. Dengan kasar tangan Badar menutup mulut Puspa. Lantas Puspa gigit tangannya. Semakin berapi marah lelaki itu. Dia tolak Puspa ke lantai. Sebelah tangan kasarnya mencekik leher Puspa. Sebelah lagi merentap baju yoga Puspa.

Dengan pantas juga Puspa menarik balaclava yang dipakainya.

Benar seperti disangkanya.

Badar senyum senget. Dari mata dan senyumannya itu Puspa tahu apa yang mahu dilakukan oleh Badar.

Ya Allah! Aku takkan benarkan penjahat ini melakukannya.

"Apa-apa pun boleh jadi senjata. Di leher ada point yang lemah." 

Kata-kata Arman berbisik di ingatannya.

Bibir, gigi dan jari-jari Badar dengan rakus meratah tubuh Puspa yang terdedah. Puspa terus merontan-ronta. Sementara sebelah tangan cuba menangkis serangan seksual Badar; sebelah lagi mencari apa saja yang boleh dijadikan senjata. Dia terpegang sebuah buku berkulit keras. Buku itu antara yang dibalingnya tadi. Puspa kumpul semua sisa-sisa kekuatanya yang masih ada. Tulang buku itu dihayun ke leher Badar dengan sekuat tenaganya.

Badar terkejut dan terus menegakkan badannya. Silap Badar kerana tidak pengsankan Puspa; kerana mahu menyiksanya dalam sedar. Mata Badar melilau mencari pisaunya yang tercampak di bawah meja kopi. Tetapi ketika bangun untuk mengambil pisau itu, dia terhuyung hayang. Lehernya yang dihentam tulang buku, tetapi dadanya yang terasa amat sakit. Dia terjatuh.

Puspa mengambil kesempatan itu untuk cuba berdiri. Tetapi dia masih tidak berdaya dan kembali jatuh terjelepuk. Namun dia tidak putus asa. Dengan separuh mengesot dan separuh merangkak Puspa mengerakkan seluruh tenaganya menuju ke biliknya. Terasa kakinya cuba diheret oleh Badar yang juga merangkak di belakangnya. Puspa terus menendang Badar beberapa kali sambil menjerit . . .

*****

JERITAN

Kini musim air surut. Sungai di tepi kebun Arman menjadi tempat permainan kanak-kanak kampung berkubang di hujung minggu. Arman terdengar seperti ada orang menjerit. Dia agak suara budak-budak yang riuh rendah sedang bermain di sungai itu. Tetapi jeritan itu berulang lagi. Ia seperti dari arah rumahnya sendiri. Matanya menangkap sosok Debab berlari kencang seperti ketakutan dari arah rumah masuk ke belakang stor kebun Arman dan tidak kelihatan lagi.

Sesuatu menakutkan Debab yang tidak pernah peduli kepada orang ramai yang keluar masuk.

Arman melihat saluran CCTV di telefon bimbitnya. Gelap. Ia telah dimatikan. Arman tahu bahaya sedang menanti. Sambil berlari pulang, dia menekan butang amaran di telefon bimbitnya. Dia yakin Suhail dan orang-orangnya pasti mendapat mesej itu.

But kalis airnya yang berat mengurangkan sedikit kelajuan lariannya. Tetapi tidak deria rasanya. Arman sempat mengelak sebelum pisau seorang penyerang yang mahu menikam curi berjaya menemui sasaran. Diterajangnya kepala penyerang itu dengan kakinya yang bersarung but keras. Penyerang itu jatuh dan tidak mampu bangun lagi. Tetapi dua rakan subahatnya terus menyerang, masing-masing dengan pisau di tangan.

Betul kata DSP Mahadi. Badar telah bersatu dengan geng pisau; sekumpulan pembunuh upahan senyap.

Geng pisau membunuh dengan menikam mangsa di tengah khayalak ramai. Pembunuh kemudian melarikan diri di celah-celah orang ramai, menyebabkan dia sukar dikesan. Hanya jika kebetulan di situ ada CCTV, mereka mungkin kantoi. Tetapi, pembunuh sangat licik mencari kawasan yang tidak dipantau pihak berkuasa untuk melakukan jenayah.

Arman mencari ruang untuk melepaskan diri. Pantas dia berlari menuju ke rumah untuk menyelamatkan Puspa. Dua penyerang a.k.a. pembunuh upahan mengejarnya.

"Ya Allah! Selamatkan isteriku . . ."

Dua buah motorsikal tiba. Arman tahu salah seorang daripada penunggangnya Suhail, walaupun wajahnya ditutup kain. Lantas dua penyerang yang mengejarnya menukar haluan dan berlari menuju ke kereta mereka yang diletakkan di tepi jalan. Suhail dan pemuda kampung terus mengejar mereka..

Arman berlari bagai tidak jejak tanah menuju ke rumah. Debar jantungnya semakin kencang.

Pintu ditendang. Matanya liar meneroka ruang tamu yang sudah tunggang langgang. Suasana sepi.

"Puspa!"

Tiada jawapan.

Arman bergerak dengan berhati-hati. Dia nampak tompokan darah di atas lantai dan pecahan kaca. Hatinya diburu ketakutan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Takut apa yang terjadi kepada Puspa. Isteri tersayang.

"Puspa!"

Kelihatan sekujur tubuh terbaring di lorong menuju ke biliknya. Tubuh Badar. Arman menyepak tubuh itu. Tidak berkutik langsung. Entah mati entah hidup.

Di mana Puspa?

Arman pusing tombol pintu biliknya. Terkunci. Puspa di dalam. Adakah dia cedera?

"Puspa! Ini abang. Buka pintu . . ."

Sepi.

"Puspa!" Suaranya semakin kuat. Semakin terdesak.

Tiada jawapan. 

Arman tendang pintu biliknya.

Dilihatnya Puspa duduk memeluk lutut di sudut bilik, tersedu sedan menangis. Arman meluru dan terus memeluknya. Puspa menjerit dan meronta-ronta. Matanya kelihatan liar, ketakutan. Dengan lembut Arman pegang muka Puspa supaya memandangnya.

"Puspa sayang . . . Ini Abang . . . Abang Arman . . ." Dia memujuk.

Puspa tersedar. Dia dalam dakapan suaminya, bukan penjahat. Jeritannya terhenti. Tangisan dan sedu sedannya berubah menjadi esak-esak kecil.

"Puspa bunuh dia. Puspa bunuh dia . . ." Jari telunjuk Puspa terketar-ketar menunjuk ke arah pintu.  

"Jangan pedulikan dia . . ." Kata Arman. Tubuh Puspa didakapnya. Penuh kasih. Penuh kesyukuran.

Air matanya turun bercucuran.

"Arman! Puspa!" Kedengaran suara Suhail memanggil.

"Kami di sini . . . Dalam bilik. Abang Hail tolong panggil 999."

*****

SELEPAS

Arman bawa Puspa ke hospital untuk menjalani rawatan dan mendapat laporan doktor. Setelah diperiksa, didapati Puspa hanya mengalami kecederaan luaran. Bagaimanapun, doktor menahan Puspa di hospital supaya boleh dipantau mengikut prosedur hospital swasta itu bagi kes kecederaan fisikal. Juga untuk memantau kesan trauma yang mungkin dialami sebagai mangsa serangan.

Yang menghairankan doktor hospital itu, Puspa boleh berdiri dan bersuara dengan jelas. Doktor tiada penjelasan saintifik mengenainya. Mereka hanya dapat merumuskan kemungkinan shock serangan itu telah mengejutkan saraf Puspa yang selama ini 'tidur' akibat gangguan dadah bercampur racun. Menurut dapatan forensik polis, bahan toksik yang digunakan ialah racun ipoh yang dicampur dengan dadah immobilizer yang selalu digunakan perisik negara penjenayah.  

Kemungkinan juga semangat survival Puspa berjaya menggerakkan isyarat ke dalam sel-sel otaknya untuk membangunkan sarafnya yang 'tidur'. Pakar neurologi hospital mahu Puspa datang lagi untuk ujian, bagi memastikan tiada lagi gejala lain yang boleh mengganggu kesihatannya.

Badar dimasukkan ke dalam ICU. Dia mengalami pendarahan dalaman.

Mangsa pukul leher suspek dengan tulang buku. Begitulah antara lain catatan polis.

Malam itu Arman menemani Puspa di hospital. Adam Prakash dan Indah terus datang ke hospital, sebaik sahaja diberitahu mengenai serangan Badar. Indah menitiskan air mata melihat anaknya lebam pipi kiri kerana ditumbuk Badar.

"That's it. She is coming back with us," kata Adam Prakash, sambil berdiri.

"No. She stays. She needs me," kata Arman. Inilah kali pertama Arman membantah kata-kata bapa mentuanya. Tangan Puspa memaut lengan Arman.

"You didn't take care of her! Kamu cuai!" marah Adam Prakash.

"Mujur Puspa selamat," kata Indah, menyokong suaminya.

"Bukan salah Arman, ayah. Dia tengah uruskan kebun. Puspa yang cuai sebab buka pintu tanpa soal jawab."

Bagi Puspa, keadaannya yang sudah boleh bersuara dan berdiri itu memberinya satu kekuatan baharu. Tetapi ibu dan ayah mahu mencantasnya kembali dengan memisahkan dirinya daripada Arman. Takkan usia perkahwinannya yang tak sampai sebulan akan berakhir? Arman sebahagian daripada dunianya. Tanpa Arman, kehidupannya tiada apa-apa makna.

"Tiada siapa boleh pisahkan kita, sayang" tegas Arman, menenangkan kegelisahan Puspa.

"Bukan nak pisahkan. Cuma biar Puspa tinggal sementara dengan kami," jawab Adam Prakash. Suaranya masih tegas. "Biar Puspa betul-betul sihat."

"Adam, di mana rasionaliti kamu?" soal Zahari yang dari tadi berdiam diri, tidak mahu masuk campur. "Secara tidak langsung kamu nak pisahkan mereka."

"Arman boleh tinggal dengan kami," kata Indah. "Sekurang-kurangnya sampai hilang trauma Puspa."

"Kamu tahu perkara itu mustahil. Bukan hanya isteri kena ikut suami, tetapi kehidupan Arman di sini." Zahari hanya terfikir anaknya masih muda. Baru mengalami trauma dipenjarakan walaupun tidak bersalah dan ditinggalkan tunang. Macam-macam dugaan yang anaknya lalui dalam usia yang muda itu.

"Walid, biar Arman settle benda ini." Dia tidak mahu walidnya bergaduh pula dengan bapa mentuanya. "Puspa akan tinggal di mana Arman berada. Noktah."

"Kita boleh dapatkan tanah dekat Ipoh, kalau kamu mahu." Masih keras suara Adam Prakash.

Puspa melihat ayah, ibu dan suaminya sudah mengambil posisi serang dan pertahan. Dia perlu bunyikan wisel penamat perlawanan ini. "Ayah! Ayah nak buat silap macam Dada juga ke?"

Terdengar nama Dada (Atok), Adam Prakash terduduk. Ingatannya terbang kepada kehidupan dirinya 30 tahun lalu. Rumah tangganya sering diganggu ayah dan mentuanya. Cuma kali ini lebih dahsyat lagi kerana anak kesayangan itu turut berhadapan dengan gerombolan penjahat. Seribu keinsafan menerpa. Mana mungkin dia sanggup membiarkan anaknya menerima penyiksaan emosi seperti dirinya. Dada dan Atok Haidar tentu akan memihak kepada Puspa. 

"Maafkan saya Abang Zahari. Saya terbawa-bawa perasaan marah kepada penjahat itu. Saya lepaskan marah kepada Arman." Nada suaranya dikendurkan.

Khadijah menghampiri Indah dan memeluknya. "Insya Allah, kami akan jaga Puspa dengan baik. Kakak minta maaf sebab tadi tinggalkan Puspa sendirian . . . Kakak tak periksa panggilan itu palsu."

Adam Prakash dan Indah tahu, tidak kira apa mereka kata, Puspa tidak akan mengikut mereka pulang ke Ipoh.

"Maafkan kami juga kak. Kami terburu-buru, sebab sayang anak menantu," kata Indah sambil menyapu air matanya.

"Puspa sudah buat keputusan untuk bersama dengan Abang Arman, walaupun dia papa kedana. Walaupun bahaya sebesar mana." Itu penegasan anaknya yang terpaksa mereka akur.

Adam Prakash dan Indah hilang punca untuk memujuk anaknya mengikut mereka kembali ke Ipoh. Bagaimanapun, konflik keluarga dapat didamaikan. Mereka pulang setelah makan malam dengan Zahari dan Khadijah. Arman tidak tahu apa lagi yang mereka bincangkan.

Arman merenung isteri yang begitu besar pengorbannya, sehingga hampir nyawa pun hampir melayang. Mereka berbalasa senyuman, seperti baru berkenalan. 

Indahnya dunia! 

Esok bahagian muka Puspa yang dipukul Badar akan bertukar seperti tempeh basi.

Sungguh! Cintanya kepada Puspa semakin mendalam.

*****

❤️💜❤️ 

*Cinta itu milik semua insan. Tiada sempadan budaya, bangsa dan warna kulit*





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro