𝖗𝖊𝖋𝖑𝖊𝖐𝖘𝖎 𝖓𝖆𝖋𝖘𝖎 # 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pantulan pewaris nyata
Katanya kaulah yang sempurna
Tiada bentengan boneka
Tiada yang mampu setandingnya
Sinis mengungkap atau mengejek?
Ah, keduanya sama belaka
Kiranya muka hadapan licin paripurna
Menoleh pula disebalik
Indah lagi menurut khabar

Evaluasi dan tanggapan mula membara
Kau kata dialah sahabat setia
Wujud pula cebisan diryah
Pamer kau di khayalak
Lagaknya hukuman sehingga an-Nar

Sini soalan menuju
Apa miratmu ditelan buana?
Atau reflektormu dimamah segara?
Tiada sinis, cuma bertanya
Tujunya pada kau
Refleksikan dulu keinsafan nafsimu
Sebelum menafsir karenah lain
Mengerti?

Jangkap rasa nafsi itu
Sehingga gamaknya dia meneruskan
Pijakan sedikit demi sedikit
Tanpa rasa empatimu
Kau abaikan suasana kenalan
Ikhtiar dirinya mencuba nasib
Manalah tahu terjerat kasih
Diantara mana-mana daya

Tapi keangkuhan kau memecahkan semuanya
Bongkaknya dirimu mematahkan daya
Rasa valid kau ke Jannah
Sementara dia dibaham bara
Begitukah?

Jangan rasa kau sempurna
Andai amalmu sekecil kuman sahaja
Adil bukan?


**********
𝕮𝖆𝖐𝖆𝖕 𝖉𝖊𝖓𝖌𝖆𝖓 𝖔𝖗𝖆𝖓𝖌 𝖐𝖊 𝖈𝖆𝖐𝖆𝖕 𝖉𝖊𝖓𝖌𝖆𝖓 𝖈𝖊𝖗𝖒𝖎𝖓 𝖇𝖆𝖓𝖌?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro