Bab 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEKUNTUM bunga ros tergenggam pada tangan Harith. Kaki mengorak langkah perlahan-lahan ke arah sebuah meja yang diduduki seorang gadis. Tanpa sebarang suara, tanpa sebarang bunyi, Harith diam-diam berdiri sambil menahan senyum di belakang Melrose. Niat di hati adalah mahu melakukan kejutan buat gadis itu.

Melrose nyata masih fokus dengan buku-buku dan segala nota di atas meja. Peperiksaan akhir tahun akan menjelang tiba. Jadi, dia tidak boleh mengabaikan pelajarannya.

Tatkala lehernya tiba-tiba dirangkul seseorang dari belakang, tubuh Melrose mengeras beberapa detik. Kurang sesaat, ada sejambak bunga ros dihulur di depan wajahnya pula. Melrose ternganga teruja. Tahu sudah siapa gerangan orang dibelakangnya ini.

"Happy valentine, sayang. For you. Rose for rose," bisik Harith penuh romantis.

Tidak lama, rangkulan tangan di leher Melrose mulai dilepaskan. 14 Februari. Hari kekasih sedunia. Hari dimana orang-orang menyatakan ucapan kasih sayang kepada pasangan mereka yang tercinta. Sama seperti yang Harith lakukan. Untuk insan tersayang.

Harith mengambil tempat di sisi Melrose, kekasih hatinya. Riak Melrose masih tergamam, dengan mata yang masih tertumpu pada hadiah pemberian Harith.

Setelah itu, mereka saling bertentang mata. Pandangan mata Melrose berubah terharu. Sebulan sudah berlalu hubungan mereka sebagai pasangan kekasih. Dan ini merupakan kali pertama dia mendapat sesuatu yang bermakna dari jejaka pujaannya itu.

"Thank you, love! Tapi you tak perlu buat kejutan macam ni pada I sebab I..."

"Tak suka bunga?" pintas Harith. Berlapis dahi Melrose setelah itu.

"How do you know?"

Hujung bibir Harith menaik sesaat. "You dah lupa waktu pertama kali kita berjumpa? You sendiri tak suka bila I panggil you dengan nama Rose. Kalau nama Rose pun, you tak suka. Jadi, I yakin mesti you pun tak suka pada bunga ni juga."

Melrose sekadar mendiamkan diri. Tanda mengiyakan fakta tersebut. Seketika, dia merenung puluhan kuntuman bunga ros yang mekar berkembang di tangannya. Rasa serba salah bertandang tiba-tiba. Harith yang faham apa yang sedang dirasai Rose, seraya mendekatkan jarak mereka.

"Hey, boleh I tahu kenapa you tak suka dipanggil Rose?" soal Harith. Dagu Melrose ditarik agar renungan gadis itu kembali ke arahnya. Tidak lagi sibuk melayani dunia sendiri.

"Sebab dulu... setiapkali sambutan birthday I, arwah ayah I akan beri hadiah bunga Rose pada I. Setiap tahun, ayah I takkan lupa. Tapi selepas ayah I meninggal, no more rose for me. Dan I jadi tak suka bila orang lain yang gantikan tempat dia. Bagi bunga Rose dan panggil I dengan nama Rose." Suara Melrose menahan hiba di hujungnya.

Angkara peristiwa itu juga, sehingga kini tiada seorang pun yang dibenarkan untuk memanggil dia Rose. Itu akan mengingatkan dia kembali pada arwah ayahnya. Sehinggalah Melrose bertemu Harith. Lelaki itu, dengan beraninya memanggil dia dengan panggilan yang sudah lama tidak didengari oleh tuan badan.

"I'm so sorry. I tak tahu yang benda ni ada kena mengena dengan memori pahit you. You nak I buangkan bunga ni?"

Harith ingin mengambil semula bunga di tangan Melrose, namun gadis itu lekas-lekas melarikannya dari dirampas oleh Harith.

"No, it's fine! I nak bunga ni. Hmm.. wangi!" Melrose tersengih riang tatkala menghidu haruman bunga ros segar di tangan.

"Selepas you bagi bunga ni, I rasa macam nak cuba untuk hidupkan 'Rose' balik. I dah decide yang I takkan marah lagi kalau orang nak panggil I Rose dan bagi I rose. Because I think I'm falling in love with rose today, and it's all because of you."

Renungan Melrose mendalam ke arah Harith. Lelaki kesayangan, dan cinta pertamanya.

Harith yang tidak menyangka dengan kata-kata itu, langsung menghamburkan tawa yang riang.

"You memang pelik, Rose. Do you mean that you are starting to love yourself right now?"

Hanya angkat kedua bahu sebagai respons dari Melrose. Siapa saja yang tidak mencintai diri sendiri? Sepanjang mengenali Harith, Melrose banyak belajar tentang kehidupan. Cara berdamai dengan takdir, juga menghargai apa yang ada di sekeliling. Paling penting, cara menghargai dan menyayangi diri sendiri.

Bak kata Harith; how you love yourself is how you teach others to love you.

"Rose."

"Hm?" Suara lembut Melrose menyahut. Tanpa sedar, kehadiran Harith sudah mematikan niatnya untuk mengulang kaji. Fokus sepenuhnya tertumpu buat lelaki bermata biru di depan mata.

"Sepanjang kita bercinta, you pernah fikirkan soal kahwin?"

Soalan Harith buatkan Melrose terkesima. Matanya terkelip berkali-kali. Adakah...

"You nak propose I?" Mahukan kepastian terlebih dahulu.

"Eh, tak! Bukan, you jangan salah faham! I bukan nak lamar you sekarang. I cuma nak kepastian tentang hubungan kita. Actually, I tak suka kalau you anggap kita ni tak serius. I mean sekadar suka-suka dan tiada penghujung." Lekas-lekas Harith membetulkan ayatnya.

Bukan apa, usia mereka masih muda. Masing-masing masih belajar dan mempunyai komitmen yang belum selesai. Namun, bukan bermakna yang Harith sekadar menjadikan Melrose sebagai 'kajian' untuk menghilangkan rasa bosannya. Tidak!

"I cuma nak kepastian. You perempuan pertama yang I sayang sepanjang hidup I, Rose. I takut you akan lukakan hati I kalau I beri sepenuhnya rasa sayang pada you."

Ucapan itu buatkan Melrose kembali terharu. Bunga di atas riba dialihkan seketika. Kedua tangan Melrose kemudian mencapai tangan kekasihnya lalu mereka bertentang mata buat kesekian kalinya. 

"Harith, listen me. I tak pernah terlintas untuk main-mainkan hati you. I'm serious! Jangan sesekali terfikir yang I dekat dengan you cuma untuk hancurkan perasaan you. I betul-betul ikhlas sayangkan you." Ucapan dari Melrose itu, buatkan Harith turut sama terharu.

"Me too. I'm deeply in love with you, Tya Melrose. Janji dengan I, you takkan tinggalkan I walau apa yang jadi?"

Kedua antara mereka saling menumpahkan isi hati terdalam. Melrose kemudian angguk kepala dengan yakin sekali.

"I janji. I takkan khianati you." Itu nekadnya! Melrose pasti hubungan antara dia dan Harith akan berkekalan lamanya jika mereka saling percaya dan berpegang antara satu sama lain.

"I'll propose you one day, Rose. Please wait for me." Biasan mata Harith yang penuh serius. Sangat-sangat memaksudkan kata-katanya.

Melrose senyum lebar. "Yes, I will."

Tanpa mereka sedar, beberapa keping foto diambil seseorang dari jauh. Kemesraan pasangan itu secara tidak langsung bakal mendatangkan hasil yang lumayan buat 'jurugambar upahan' itu.



SEGALA pukulan dasar dari Melrose dapat ditepis dengan baik dan tangkas. Itu sudah cukup membuatkan Rafqael naik angin. Bukan ini kemajuan yang dimahukan. Pelajaran yang diajar selama ini seolah-olah tidak berguna sama sekali.

"Come on! Where's your energy?!" Tengkingan Rafqael menggemakan seluruh ruangan gimnasium tinju. Geram dengan tingkah lawannya yang terlihat sangat lemah kala ini!

Wajah Melrose semakin berpeluh dan kemerahan. Kata-kata Rafqael membuatkan dia semakin tercabar. Renungan matanya kemudian menembus tajam ke arah jejaka itu. Meskipun berhadapan dengan lelaki, bukan bermakna yang dia boleh dicop lemah dan loser. Nafas kembali dicari, sebelum Melrose meluru semula ke arah Rafqael.

Jeritan geram dari Melrose acap kali kedengaran sepanjang pertempuran. Lain pula buat Rafqael yang begitu tenang mengawal dan membaca setiap pergerakan Melrose. Tidak terkesan sama sekali. Malah, banyak peluang yang terhidang buat Rafqael untuk melakukan pukulan pada Melrose. Cuma dia sahaja yang enggan untuk menyakiti gadis itu.

Pukulan dasar pertama yang dilakukan Melrose adalah jab left dimana pukulan yang berjangkauan paling jauh dengan lead hand dari posisi bertahan. Saat Melrose melayangkan pukulan, kepalannya memutar sebelum dia mendarat dalam posisi horizontal. Sasaran utama bagi teknik ini adalah bagian hidung Rafqael. Namun, jejaka itu sangat tangkas mengelak dan percubaan Melrose gagal.

Setelah itu, Melrose mencuba teknik cross right pula dimana pukulan lurus yang dilayangkan dari tangan dominan. Sasaran utama pukulan ini adalah bagian wajah Rafqael. Ketika melancarkan cross, Melrose cuba menarik kepalan kiri untuk melindungi muka dan dagu miliknya. Kali ini juga sama, serangan itu berjaya digagalkan oleh Rafqael.

Hinggalah...

Tumbukan Rafqael secara tiba-tiba lalu tepat berhenti di hadapan wajah basah milik Melrose. Menjadikan gadis itu membulatkan mata dan tergamam sendiri. Mereka kaku berkeadaan begitu, dengan genggaman tangan Rafqael yang bersedia untuk memecahkan wajah Melrose. Cuma tinggal seinci sahaja lagi.

Ya, gadis itu kalah buat kesekian kali.

"Kau tak fokus, Mel!" Suara Rafqael yang mendatar. Rafqael seraya menjatuhkan genggaman tangannya. Lalu dia menjarakkan diri dari Melrose yang kelihatan tercungap-cungap. Peluh rinik mengalir di tubuh sasa milik jejaka itu. Rafqael mencapai botol minuman miliknya lalu diteguk rakus.

"Kalau kau berterusan serang musuh kau dengan cara macam tadi, kau mungkin akan tersungkur dengan sangat mudah." Nada suara Rafqael yang kembali tenang. Tidak lagi meninggi seperti tadi.

Melrose sekadar mendengar sahaja. Sedar yang dia banyak melakukan kesilapan yang mudah ketika bertempur tadi. Tidak seperti sebelum-sebelum ini.

"Sorry." Hanya itu ucapan yang terbit dari mulut Melrose. Kepala menunduk sesal.

Perasan dengan tingkah itu, Rafqael mengeluh kecil. Selesai sahaja mengelap peluh di seluruh badannya yang berotot itu, dia berjalan ke arah Melrose semula. 

"Kau ada masalah? Mind to share with me?" soal Rafqael penuh prihatin.

Sejak tadi sebenarnya, Rafqael perasan yang minda gadis itu seperti tiada disini. Seolah-olah ada sesuatu yang menganggu fikiran Melrose sehinggakan fokusnya terbang pergi. Tapi, latihan tetap harus dijalankan jua. Hal peribadi perlu dicampak ke tepi!

"Nothing. Mungkin aku cuma stres," hanya itu jawapan yang diberikan. Rafqael sekadar mengangguk faham.

"Esok aku nak racing. Kau nak ikut?"

Melrose geleng kepala perlahan. Tidak mahu untuk menerima ajakan jejaka tersebut. Penolakan itu tidak semena-mena menerbitkan rasa kurang senang buat Rafqael. Jejaka itu berdecit tidak puas hati.

"Kau dah jarang keluar dengan aku. Kau ada sembunyikan sesuatu ke belakang aku?" soal Rafqael penuh syak wasangka. Matanya mengecil ke arah wajah Melrose. Sekadar mahu membaca riak wajah gadis itu.

"Mana ada. Aku cuma malas nak keluar. Lagipun, aku dah nak final."

Melrose membalas penuh tenang dan mendatar. Dia kemudian berjalan meninggalkan Rafqael yang seakan mahu menggali maklumat tentang dirinya. Tidak semua urusan peribadinya, bakal didedahkan kepada Rafqael. Yang rahsia, biarkan sekadar rahsia.

"Jangan beralasan dengan aku, Mel. Kau tak nak keluar dengan aku, tapi boleh pula kau keluar dengan dia!"

Langkah Melrose berhenti serta-merta. Lontaran suara Rafqael menggemakan telinga, namun apa yang lebih menarik perhatian adalah ayat terakhir jejaka itu. Melrose memusingkan badan menghadap Rafqael semula. Debaran di dada sedaya upaya cuba disembunyikan.

"Apa... maksud kau?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro