Prolog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"DAMN! I'm so scared. Macam mana dibuatnya kalau dia bunuh aku, Mel?"

Kegelisahan orang di hadapan membuatkan Melrose naik bosan. Bebola mata kemudian dijuling ke atas. Entah kali keberapa dia mendengar soalan itu hari ini. Sejak tadi asyik ulang tanggapan yang sama. Rimas!

"Kau boleh diam tak? Kenapa kau yakin sangat yang dia akan bunuh kau? Ramai orang dekat sekeliling kita sekarang ni. Lagipun, aku yakin dia takkan berani buat macam tu depan aku," keras nada Melrose memberitahu. Terselit keyakinan.

"Sekarang ni, aku tak nak kau jadi sotong jadian macam ni depan dia nanti. Kalau rosak plan ni, aku yang akan bunuh kau!"

Ugutan ditabur buat Yazir. Atau panggilan yang selesa digelar olehnya sendiri iaitu Zizi. Hanya dia yang boleh panggil sebegitu.

"Tapi aku tetap takut, Mel!"

Masih tetap sama. Tidak berubah apa-apa.

"Keep calm and follow the plan, okay? Aku kan ada. Aku janji aku akan protect kau kalau sekalipun akan jadi apa-apa," balas Melrose. Benar-benar memaksudkan. Suaranya mulai mengendur. Kembali lembut. Nada memujuk.

Belum sempat Yazir menenteramkan perasaan sendiri, panahan matanya tertangkap kelibat seseorang dari kejauhan. Menambahkan lagi kegelisahannya.

"Alamak, dia dah datang!"

Tubuh Melrose mengeras sejenak. Mengerti akan renungan tepat Yazir ke arah belakangnya, berserta ayat yang dituturkan, membuatkan dia lekas-lekas membetulkan duduk.

Kedua tangan Yazir di atas meja kemudian diraih oleh Melrose. Satu senyuman lebar diukir dibibirnya. Senyum bahagia.

"One... two... action!"

Deheman Yazir kedengaran setelah lantunan suara Melrose memberi isyarat untuk bermula.

"Baby, you are so pretty." Karakter Yazir berubah sekelip mata. Suara garau pula dikeluarkan dari pita suara. Renungan mata tepat menatap wajah Melrose yang nyata sungguh mempesonakan.

Melrose pula tersipu malu. Atau sebenarnya, sedang berpura-pura malu. Memainkan watak dengan sebaiknya. Kerana reaksi pada wajahnya sekarang adalah hal yang terpenting saat ini. Jika mahu rancangannya menemui kejayaan.

Lalu, mereka bergelak tawa sehinggalah...

Seorang jejaka berhenti melangkah dan berdiri tepat di sisi meja mereka. Melrose angkat kepala. Begitu juga dengan Yazir.

Mata bersabung mata. Jejaka itu lebih tertarik untuk menatap wajah Melrose dengan panahan penuh dingin. Langsung tidak mempedulikan kelibat Yazir yang nyata dalam diam masih menyembunyikan rasa gentar.

Dengan bibir yang masih terkunci, lengan Melrose kemudian diraih. Gadis itu automatik bangkit dari duduk. Dalam keadaan terpaksa, Melrose membuntuti jejak jejaka itu yang sedang menarik lengannya.

"Hei, tak payahlah tarik kuat-kuat!"

Bentakan dari Melrose bagai angin lalu. Insan yang membawa dia sekarang seolah berpura-pura tidak mendengar. Sudahpun keluar dari restoran, derapan kaki masih tidak menunjukkan tanda mahu berhenti.

Sehinggalah beberapa minit berlalu, mereka tiba di satu kawasan sunyi. Tiada sesiapa melainkan hanya mereka berdua.

Tanpa isyarat, bahu Melrose dicengkam kemas lalu ditolak ke dinding. Wajah pula sengaja mendekat ke arah Melrose, sehingga hidungnya menyentuh permukaan pipi gadis itu. Seketika, dia menghidu bau haruman yang amat dia rindui. Kini dan selamanya!

"Who is he?"

Rafqael menyoal tenang. 

"Dia kekasih gelap aku."

Melrose membalas tanpa rasa bersalah.

Hujung bibir Rafqael kemudian menyungging senyum sinis. Riak tenang sedaya dipaparkan. Menunjukkan dia masih lagi boleh bersabar walaupun jawapan sedemikian diberi.

"Jadi betullah, kau memang perempuan murahan. Kau layan lelaki lain belakang aku."

Tenungan Rafqael dibalas dengan berani oleh Melrose. Meskipun dengan jarak yang begitu dekat sekali, tidak membuat Melrose gugup untuk berbicara dengan jejaka itu.

"Betul. Dan aku takkan nafikan. Memang aku perempuan murahan. Layan lelaki lain belakang kau tu pun betul juga," balas Melrose pula.

Kemudian, sengaja tayang wajah mengejek. Jari-jemari Melrose naik membelai lembut wajah Rafqael. Seolah sengaja mahu bermain dengan api kemarahan jejaka itu.

Hanya beberapa saat sebelum rahang Melrose kemudian dicengkam kuat. Sekaligus menghentikan gerakan jari halus gadis itu ke wajah Rafqael. Kemudian, bibir Melrose terasa ditindih sesuatu. Dalam dan penuh nafsu, sehingga nafas Melrose tidak dapat mencari ruang udara.

Terasa seperti Rafqael tidak mahu berhenti mencumbuinya, tangan Melrose naik menolak kuat dada tegap jejaka itu. Lalu, tautan bibir mereka terlerai serta-merta. Menjadikan wajah mereka berjarak kembali.

"Stop it, Qael!" Tempik Melrose dalam nada tercungap. Akhirnya, dapat juga dia bernafas kembali.

"Kau sebenarnya memang nak berpisah dengan aku kan?" duga Rafqael. Sudah dapat menghidu niat sebenar Melrose.

"Exactly! Dan sekarang, apa yang kau tunggu lagi? Aku dah curang belakang kau. Takkan kau masih nak simpan aku sebagai isteri?"

Kaki dihayun setapak mendekati Rafqael. Melrose tayang senyum sumbing. Sekali lagi, jari jemarinya naik. Namun tidak pada wajah Rafqael, tapi dada jejaka itu pula. Mengusap lembut dada bidang itu dengan pandangan penuh menggoda. Tidak lama, bibirnya kemudian mencari cuping telinga Rafqael.

"Buat apa lagi nak simpan perempuan yang tak ada harga diri macam aku? Itu hanya akan labelkan kau sebagai lelaki dayus." Perlahan saja suara Melrose.

Selang sesaat, dada Rafqael ditolak kuat. Menjarakkan semula tubuh mereka berdua.

"Come on, Qael! Just say it!"

Melrose mula mencabar. Jeritan lantang yang dilontar itu tanpa sedar membuatkan wajahnya memerah. Tegang sekali suasana ketika ini.

Rafqael pula masih kekal diam. Meneliti wajah Melrose, dengan fikiran masih ligat memikirkan sesuatu. Tidak lama kemudian, dia mencari nafas sesaat sebelum mula bertutur.

"Boleh. Aku akan lepaskan kau. Dan kau boleh bebas."

Usai berkata, giliran kaki Rafqael menapak selangkah ke depan. Sama seperti apa yang dilakukan oleh Melrose tadi. Wajah semakin mendekat, hingga pucuk hidung mereka bersentuh sesama sendiri.

"Tapi ada harga yang perlu dibayar."

Kening Melrose terangkat tinggi. Riak tidak peduli mula terlukis di wajah.

"Apa pun harganya, aku akan bayar."

"Betul kau sanggup?" Rafqael menginginkan kepastian.

Dan Melrose mengangguk yakin.

"Anything?"

Angguk lagi. Lebih yakin berbanding tadi.

Dan Rafqael kemudian mengecilkan sepasang matanya, menatap wajah ayu sang isteri. Sebelah tangan naik menyentuh lembut dagu Melrose, sebelum meliar mengusap sekitar pipi gadis itu, bersama desah nafas mereka yang bersatu sesama sendiri.

"For the last time I ask you..."

Berhenti sejenak.

"Are you sure, Tya Melrose?"

Entah kenapa, tubuh Melrose seakan pegun dengan soalan yang dilontar kali ini. Mengapa dia rasa seperti dia akan menjerat diri sendiri jika dia mengiyakan?

Ah, jejaka seperti Rafqael memang pandai berbicara. Banyak tipu helah!

Tidak. Melrose tidak mahu percaya. Dan tidak mahu tertipu lagi! Ini pasti salah satu daripada taktik Rafqael yang enggan melepaskannya. Dan keputusan dia tetap...

"Yes, I'm very sure!"

Tegas sekali.

Dan, hujung bibir Rafqael naik sedikit. Seperti sudah menduga jawapan yang akan diberi oleh Melrose.

"Then, as you wish."

Untuk beberapa saat, Rafqael mendiamkan diri. Matanya dilarikan dari bertentang dengan Melrose. Menunduk kepala seketika, menahan sesuatu di dalam dada. Sesuatu yang bakal dia lepaskan nanti.

Seusai bersedia, jejaka itu mengangkat wajah. Merenung wajah Melrose dengan pandangan kosong. Tidak berperasaan.

"Mulai saat ni... aku lepaskan kau Melrose, dengan talak satu," tutur Rafqael senafas.

Jeda beberapa saat.

"Now, you're not even my wife anymore."

Ucapan terakhir Rafqael sebelum jejaka itu mula mengangkat kaki. Menghayun langkah meninggalkan Melrose seorang diri yang masih pegun berdiri. Seolah tidak mahu lagi mengambil peduli pada gadis itu.

"Thank you," ucap Melrose perlahan.

Walaupun dia tahu, Rafqael tidak mungkin mendengarnya lagi. Jejaka itu sudahpun menghilang pergi.

Bibir Melrose perlahan-lahan mengoyak senyum. Adakah dia sedang bermimpi? Pipi ditepuk beberapa kali, dan ternyata dia tidak bermimpi.

Dan, senyumannya semakin melebar.

Namun, jauh di sudut hati Melrose berasa sesuatu. Sesuatu yang membuatkan ketenangan yang seharusnya dia rasai sekarang ini menghilang pergi.

Tentang ucapan Rafqael sebentar tadi. Otak Melrose ligat berfikir. Bagaimana begitu mudah Rafqael melepaskan dia kali ini? Atau memang, jejaka itu sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya lagi?

Enggan lagi berfikir, Melrose kembali ke restoran tadi semula. Berjumpa dengan Yazir dan mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu kerana membantunya. Dan mereka beransingan pulang sesudah itu.

Melrose memandu pulang dengan perasaan yang bercampur baur. Sudah semestinya, dia langsung tidak berasa sedih kerana memang ini saat yang dia nantikan sejak dulu lagi. Tapi entah kenapa, hatinya terdetik rasa kurang enak. Ah, mungkin Rafqael sekadar mahu mengugut saja tadi! Mahu menakut-nakutkan dia saja!

Sesampainya di rumah, Melrose berkerut dahi melihat pintu rumahnya yang terbuka luas. Tidak mengesyaki apa-apa, dia keluar dari perut kereta. Kemudian menyelusup masuk ke dalam rumah dan...

"Along!"

Mata Melrose membuntang, rahangnya terbuka luas. Jasad abang kandungnya sedang terbaring kaku di atas lantai. Melrose pantas berlari mendekati. Air mata mulai merembes keluar. Tangisan akhirnya pecah tanpa ditahan-tahan.

"Jangan tinggalkan Mel, along!"

Tubuh abangnya digoncang berkali-kali. Tidak! Melrose belum bersedia untuk kehilangan satu-satunya keluarga yang dia ada sekarang ini. Cecair merah yang mengalir keluar di perut meyakinkan Melrose bahawa abangnya telah dibunuh! Tapi...

Belum sempat Melrose mencerna sesuatu, kedengaran derapan kaki seseorang mendekati. Laju dia menoleh. Tidak semena, mata Melrose membuntang sekali lagi. Apatah lagi, apabila melihat objek berwarna hitam di tangan insan yang sedang berjalan ke arahnya ketika ini.

Tak mungkin!

Dan jejaka itu pula mempamerkan senyum sinis. Berpuas hati dengan riak wajah yang dipapar oleh Melrose. Pistol di tangan diangkat seraya sengaja dimainkan pada wajah sendiri.

"That's the price you need to pay, Roisin."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro