43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ingatlah saudara saudari seagamaku, jika harimu terasa kosong, hidupmu dibelenggu bosan tiada hujung, persis tiada siapa peduli akanmu, jangan sesekali kau memilih untuk ber'couple', my dear.

Itu bukanlah solusi. Malah menambah depresi. Allahlah yang patut kau cari. Rintihan rayumu yang Dia rindui.

Rahmat Allah itu luas. Kasih sayang Allah kepada kita takkan ternoktah. Buktinya, hingga ke hari ni kita masih bernafas dengan oksigen ciptaan Allah. Allah suka bila kita menangis menginsafi diri kerana dosa.

Tak ada manusia yang sempurna. Berbuat dosa, lalu menyesal dan bertaubat. Meski kitaran itu sentiasa berputar, moga pengakhiran kita berakhir tika kita sedang bertaubat.

—Pendosa hebat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro