60 [ C U R H A T ]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Apa yang keluar di sosial media kamu tu, ada la sebabnya. Kalau keluar berkaitan kematian, maknanya Tuhan nak kamu beringat soal mati." —Cikgu Hazlina, Cikgu Perakaunan.

Bila kenangkan balik kata-kata cikgu aku waktu ni, kalau ikut logik aku mungkin fikir sebab algorithm di aplikasi sosial media itu sendiri. Kalau kita like satu feed tentang kematian, maka lepas pada tu, pasti algorithm detect dan akan keluarkan lagi feed tentang sesuatu yang kita like tadi.

Namun, jika direnung-renungkan, aku pun adalah seorang yang suka bertangguh. Bertangguh apa? Tangguh bertaubat. Dan aku terfikir, sebenarnya apa yang kita doakan selalu dalam solat posisi duduk antara dua sujud itu, pada bacaan والهدني itu yang bermakna 'dan berikan aku petunjuk' atau berikan aku hidayah itu terjawab apabila keluarnya sesuatu teguran atau posting berkenaan agama di persekitaran kita paling dekat di sosial media.

Ya, mungkin itu salah satu hidayah yang Allah turunkan. Namun, kerana malasnya aku yang tak sedar diri hari-hari berbuat dosa sedang rahmat Allah yang aku terima itu adalah setiap detik, aku memilih untuk bertangguh hanya kerana malas!

Oh masih tidak sedar dirinya aku! Malah mengeluh lagi. Langsung tak ada lafaz syukur. Hinanya.

Dan tadi sewaktu aku menolong ibu memasak, video di fyp TikTok ibu berkenaan ustaz wadi berkata;

"Dia tahu adanya syurga dan neraka, tapi dia memilih untuk menangguhkan taubat."

Kata beliau lagi,

"Ada orang datang ceramah saya, dia kata 'saya nak bertaubat ustaz tapi saya belum cukup kuat.'"

"Habis tu, nak tunggu apa baru nak bertaubat? Tunggu Umur 50 an 60 an dulu baru nak bertaubat? Nak tunggu esok malaikatul maut datang baru nak bertaubat?"

Tercalar. Tersentak. Sentap.

Apa yang boleh aku simpulkan di sini, aku pasti hidayah Allah sentiasa ada. Cumanya kita saja. Setelah sedar lalu bertindak memperjuangkan syurga nanti atau memilih untuk selesa dengan posisi duniawi tika ini.

Dan ingatlah, jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Dan antara orang alim dengan pendosa, Allah lebih menyukai pendosa yang sentiasa malu dan bertaubat kerana dosanya berbanding si alim yang sentiasa angkuh dan bongkak kerana amalnya.

Manusia sifatnya bukan suci dari segala dosa malah takkan terlepas dari berbuat dosa. Biarlah kita berbuat dosa lalu insaf namun tetap jatuh ke dalam lembah dosa sekalipun, jangan sesekali berputus asa dengan taubat. Asbab itulah, jangan tinggalkan doa ni:

Supaya Allah benarkan kita pergi menghadapNya dalam keadaan sudah bertaubat.

Pengajaran di sini buat semua hamba Allah yang hadir sampai ke sini adalah jangan bertangguh untuk bertaubat.

Semoga hidupmu diberkati dan dirahmati selalu. Fi hifzillah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro