+ 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HaLiaMin's

" Kalsom dilanggar lori semasa sedang menyelamatkan seekor kucing. Tamat."

Selepas habis menaip, aku terus menekan butang 'terbit' sebelum terus keluar daripada aplikasi Wattpad.

Ikon WhatsApp pula ditekan. Segala perbualan aku dengan Kalsom dibaca semula.

Kalsom.. Kalau lah aku yang kena ini semua.. Pasti kau masih hidup..

TING!

Satu notifikasi masuk, mengganggu mood sedih aku.

Aplikasi Wattpad itu terus ditekan. Mata aku terbeliak apabila melihat sebuah mesej daripada seorang senpai.

Mesej peribadi dari SEESAWRAH ;

Hai gadiskalsum, saya nak tanya. Adakah Bloody Diary ni cerita sebenar? Walaupun saya tak baca habis lagi, tapi daripada apa yang saya nampak, awak boleh menggambarkan cerita ini dengan baik sekali. Saya tertanya - tanya, adakah Kalsom, si mati tu ialah ahli keluarga ataupun sahabat-handai awak?

Keyboard ditekan. Jariku mula menaip jawapan untuk semua soalan si dia.

Balas dari gadiskalsium ;

Hai SEESAWRAH! Unfortunately, yes. Karya Bloody Diary itu berdasarkan dari cerita yang tertulis di dalam diary kawan karib saya sendiri. Dia tulis semua yang terjadi padanya sebelum membuat keputusan untuk membunuh diri. Disebabkan awak belum habis baca, saya nak bagi satu amaran kecil.

Aku tersenyum kecil apabila teringat kembali muka surat pertama yang tertulis didalam diary Kalsom.

Balas dari gadiskalsium ;

Jangan habiskan cerita ini kalau tak mahu nasib yang sama terkena pada awak.

End Of HaLiaMin's POV

- TAMAT -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro