Bab-29: Start.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Semua tentera Wonderland berehat seketika di dalam khemah yang disediakan. Seperti biasa Luna berjaga dan memerhati sekeliling di luar. Dia berdiri tegak dan rambut merahnya beralun ditiup angin. Dahinya dikerutkan.

Dumm!

Tanah yang dipijak bergegar. Air di atas meja berkocak.

Dummm!!

Bunyi itu semakin kuat. Dengan pantas Luna membunyikan penggera yang berbentuk loceng besar. Bala tentera Karnos hampir tiba.

"Semua bersedia! Bergerak ke posisi! Move!! Musuh dah tiba!" Jerit Luna dengan semangat yang berkobar-kobar. Khai memakai baju besinya. Pedang yang bersarung diambil dan disinsing.

"Kau dengar tu?" Lizz mengangkat keningnya dan melihat Ray, Redza dan Miya.

"Kita akan beraksi." Kata Miya dengan senyuman nipis. Shuriken angin yang dibuatkan digenggam dan hilang. Pedang bersarung diambil diikuti dengan Ray dan Lizz.

"Lets go." Redza memunculkan pedang airnya. Mereka keluar dari khemah dan melangkah ke hadapan. Kelihatan Luna dan Khai membelakangi mereka.

Tentera juga bersedia di posisi. Barisan hadapan sekali terletaknya tentera perisai. Diikuti dengan tentera berkuda di barisan kedua dimana terletaknya Raja. Dan tentera biasa bersama lembing dan senjata mereka yang tersendiri. Semua bersatu.

Dumm.

Gegaran tanah berhenti. Suasana kini sepi. Tapak kaki kuda berlari kedengaran dari pihak musuh. Dan mereka berhenti tepat di hadapan tentera Wonderland.

Mereka berhadapan. Melihat satu sama lain.

"Hello. So, where's she? I want to meet the heirs."  Karnos dengan perlahannya bersama kuda tempur bergerak kehadapan.

KARNOS


Karnos berhenti dengan kudanya di tengah. Panji bendera berkibar.

"What you searching for?me?" Suara Luna kedengaran. Luna bersama kuda putihnya bergerak kehadapan dengan laluan yang diberi oleh askar di tengah. Pakaian dia lain dengan baju besi dan seluar panjang. Rambutnya disanggul tinggi. Rantai merahnya semakin berkilau.

"Ahh, there you are my princess." Karnos menyeringai. "Kaulah pewaris tu dan penyumbang kuasa untuk aku!" Jerit Karnos diakhir ayat.

"In your dream." Luna mengetap bibir dan pedang di pinggang ditarik.

Karnos mengangkat tangan kanannya dan berundur kebelakang. Tenteranya mara.

Anak panah musuh dilepaskan.

"Serang!" Jerit Luna. Semua tentera memainkan peranan. Kini medan perang menjadi nyata. Ramalan dahulu kala menjadi nyata. Ada demons yang lenyap. Ada askar yang dibunuh.

Luna berlawan seorang diri.

"Jaga-jaga!" Satu pedang petir dihunuskan di leher Luna. Demons yang menyerangnya mengaum dan mati.

Luna membulatkan matanya melihat khai yang berada dekat di hadapannya. Sangat dekat. Dengan pantas Luna menepis tangan Khai di lehernya ke kanan dan menyepak kepala demons yang menyerang belakang Khai.

Luna memegang belakang Khai tidak mahu bagi terjatuh.

"Jaga-jaga." Kata Luna perlahan sambil melihat wajah Khai.

Mereka membetulkan keadaan. Kini masing-masing membelakangi masing-masing. Kekuda dipasang. Luna melihat khai dari ekor mata.

"Lawan sama-sama?"

"Yup. Lawan sama-sama." Khai menghunuskan pedangnya. Mereka bersama melindungi diri masing-masing. Dan mereka dikepung demons. Satu gelombang kecil membuat letupan telah membuat demons itu hancur.

Luna mencari arah mana datangnya gelombang itu. Kelihatan Miya yang memegang bebola angin melontar kearah demons. Lizz, Ray dan Redza juga tidak ketinggalan.

"Kami lewat ke?" Tanya Redza.

"Cukup dari tiada." Jawab Khai yang masih lelah. Redza membuat bebola air dan digabungkan dengan bebola angin milik Miya. Gelombang yang sama terhasil.

"Wow. Pandai betul main matching ni." Luna tersengih.

"Kita kena bijak." Kata Miya sambil melompat kearah demons.

Mereka membuat bulatan. Membelakangi masing-masing. Menjaga satu sama lain. Semua serangan dilepaskan.

"Guna pedang. Korang akan habiskan tenaga dengan kuasa. Mungkin ada lagi yang lebih kuat tiba." Pesan Luna sambil menyerang dengan pedangnya.

Mereka hanya patuh. She's the leader.

Semua demons berjaya dihapuskan. Luna memerhati sekeliling. Ramai tentera yang terkorban. Mereka berjuang habis-habisan.

Tapi hanya seorang yang dicari.

"Keluar la sial!" Luna menjerit dan jeritannya bergema. Dan dengan perlahan Karnos begerak kehadapan dengan kudanya. Bukan.

Dengan tiga gadis.

Mata mereka membulat.

"Hai. Miss me?"

♚♚♚

To Be Continued...

"Lets end this war."

[Edited]


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro