Bab 28👑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

“Taehyung- ah! Awak busy ke petang ni? Jom jalan- jalan?” ajak Rahee seraya memeluk erat lengan Taehyung. Walaupun tidak mendapat balasan dari lelaki itu, Rahee tetap bergayut pada lengan lelaki itu seperti koala.

“Rahee sayang, saya busy. Ada hal penting yang saya kena uruskan petang ni. Esoklah eah?” pujuk Taehyung, tidak mahu Rahee terasa hati dengan tolakannya. Yup, dia memang betul- betul ada hal penting petang nanti.

Yalah, nak tengok rumah baru dengan wife, bukan penting ke tu?

“Penting sangat ke, Tae? Kita dah lama tak keluar berdua Taehyung.. saya rindu...” meleret-leret jawapan yang diberi Rahee padanya. Taehyung tidak menjawab, dia masukkan phonenya kedalam kocek seluar.

“Pentinglah sayang, mama yang minta. Dia nak Tae uruskan syarikat tu lepas Tae lulus nanti, kalau Tae tak datang, mama mesti marah.” bersungguh- sungguh Taehyung memberi alasan walaupun hakikatnya dia sedang berbohong. Bohong sunat!

“Alaaaa” rengek Rahee, wajahnya disembamkan pada bahu Taehyung.

“Oi Tae!” sapa Kai di hujung koridor, dia melambaikan tapak tangannya dengan riang. Taehyung cuma membalas dengan mengangkat tangan. Kai berlari- lari anak menuju ke mereka sebelum beriringan menuju ke dewan makan.

So, kau jadi nak keluar malam nanti? Ada party malam ni, dekat rumah Jiwoo.” kata Kai. Rahee yang mendengarnya terus mengangkat kepala.

Pantang sangat dengar party, dia mesti ikuti! Rasa tak lengkap kalau dia tak pergi mana-mana party. Yalah, diakan social girl?

Wahh Tae! Jomlah!ajak Rahee. Taehyung menggelengkan kepalanya, dia tak nak menganggu waktu berduanya dengan Lauren.

“Aku tak bolehlah”

“Lah? Kenapa tak boleh? Kau bukannya ada bini pun kat rumah.” perli Kai seraya sama- sama melabuhkan punggung diatas kerusi. Rahee ketawa kecil.

Bila mendapat anggukan dari Taehyung, terus saja dia pukul geram lengan lelaki itu kerana berfikiran yang Taehyung sedang bermain- main dengannya. Hish!

“Yup, aku betul-betul tak boleh.” jawab Taehyung.

Pleaselah, tae. Kali ini je.. hem?” pujuk Rahee seraya membuat muka comel dengan puppy eyes nya itu. Taehyung sudah rasa serba salah. Dia pandang muka kai.

“Jomlah bro, lagipun apa kata Jiwoo kalau kau tak datang party dia? Kata kawan, tapi ini batang hidung tak nampak langsung.” kata Kai. Taehyung mengetap bibir. Dia berbelah bahagi.

Kalau dia pergi dengan Kai dan kawannya, janjinya dengan Lauren akan dianggap main- main. Dia tak mahu sakitkan hati Lauren tapi dalam masa yang sama, dia tak mahu sakitkan hati kawan- kawannya.

“Hem.. okaylah, aku pergi.” jawab Taehyung dengan helaan nafas berat. Rahee sudah bersorak gembira begitu juga Kai. Lelaki itu tersenyum menyerigai.

...

Lauren mengeluh berat, jam didinding sudah menginjak ke angkat 10 malam tapi kelibat Taehyung langsung tidak dilihatnya. Dia sudah bersiap hendak keluar dengan Taehyung sejak petang lagi. Tapi Taehyung buat dia hampa.

“Tak tidur lagi, Lauren?” tegur Puan Kim diatas tangga. Lauren menggeleng kecil, dia berpeluk tubuh.

“Lauren tunggu Taehyung, ma” jawab gadis itu. Puan Kim senyum nipis, dia menuruni anak tangga sebelum melabuhkan punggung diatas sofa.

“Taehyung ada janji apa- apa ke dengan kamu hari ni?” soal Puan Kim. Lauren senyum hambar.

“Dia janji nak keluar tengok rumah baru dengan Lauren hari ini.” jawab Lauren seraya membelek- belek jarinya. Puan Kim menghela nafas berat. Dia lirikkan matanya pada jam didinding.

“Taehyung lupa le tu..” kata Puan Kim.

“Tak apalah Lauren naik dulu. Pergi tidur, Taehyung tu kalau tak pukul 11 atau 12 tak sah kalau tak balik malam. Esok Lauren ada kelas, kan?” kata Puan Kim. Lauren hembuskan nafasnya berat. Dia terpaksa menuruti perintah mak mentuanya sebelum mendaki anak tangga ke tingkat atas selepas memberi ucap selamat malam.

Beberapa minit selepas itu terdengar bunyi enjin kereta menderum sebelum wajah Taehyung terpancul dimuka pintu. Wajah kelat mamanya dipandang redup. Bibirnya diketap.

“Dari mana, Tae?”

“Em.. Tae keluar kejap ma. Jumpa kawan-”

“Jumpa kawan sampai lewat malam? Sedarlah Tae, kamu tu dah berbini. Kamu dah janji dengan Lauren nak bawa dia tengok rumah baru, tapi balik malam. Kesian tau Lauren tunggu kamu dari petang sampai malam.” bebel Puan Kim. Taehyung cuma mampu mengetap bibir, rasa bersalah dengan penerangan mamanya.

“Yalah, Tae naik atas dulu. Goodnight, ma!” kata Taehyung sebelum berlari naik ke tingkat atas.

Dia menghela nafas berat sebaik ternampak Lauren isterinya yang sudah tertidur diatas katil.

Sorry..” bisik Taehyung seraya merebahkan tubuh disamping Lauren.

.

Nak majuk jap.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro