Bab 34👑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

“Kenapa kau lambat?” soal Taehyung sebaik melihat kelibat Kai yang tersengih- sengih memasuki dewan kuliah lalu mengambil tempat duduk disamping Taehyung.

“Aku terlajak tidur, yalah bila kau terlampau enjoy dekat night club semalam, itulah jadinya. Awek dia cun-cun woi!” kata Kai sambil berbisik- bisik. Namun senyuman tidak lengkang pada bibirnya.

“Ouh..” balas Taehyung, dia terasa diawang- awangan sekarang ini. Apa yang Kai cakap dekat dia, terasa seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Dia sebenarnya masih terkesan dengan Lauren, gadis itu berkahwin dengan dia bermotif. Dia cuma mahukan keselamatan dan secara tak rasminya dirinya dijadikan pelindung, itu tak adil. Apa dia fikir diri dia ini protector ke apa? Huh.. Taehyung mengeluh kecil.

Dalam masa yang sama, dia merasa bersalah, dia tahu dia tak patut melayan Lauren seperti itu. Gadis itu cuma perlukan perlindungan, bukannya harta atau apa- apa miliknya.

“Kau ni aku peratikan, kau dah lama tak ikut aku pergi lepak, pergi club ke apa. Kalau kau ikut pun, mesti kejap je. Nak cakap kau ada bini kat rumah, tak juga. Rahee tu elok je menunggu kau..” kata Kai, buku nota dia keluarkan dari begnya.

“Hem.. aku tak ada mood akhir- akhir ni. Aku ada benda lain nak buat selain buat benda tak berfaedah tu. Aku ada life sendiri.” jawab Taehyung. Kai cuma sengih kecil.

“Kenapa kau ni? Moody semacam je.” tegur Kai lagi. Pelik dengan sikap Taehyung yang acuh tak acuh sahaja itu.

“Tak adalah. Eh kau ada dengar berita tentang Gina ke? Junior kita. Dia mati kena tikam dekat makmal kosong di bangunan lama fakulti kita ni.” kata Taehyung, berita itu begitu menggemparkan fakulti hingga festival musim panas yang mahu diadakan minggu ni terpaksa ditunda untuk menghormati pemergian Gina.

Kes masih dibuka dan siasatan masih dijalankan. Cuma yang dia pelik, kenapa hampir 3 tahun dia belajar di kolej tersebut, baru sekarang timbul kes bunuh yang melibat pelajar tahun pertama, Gina? Kalau diteliti rekod gadis itu bersih tanpa sebarang kesalahan.. but.. cuma itulah, Gina pernah buli Lauren..

Takkanlah.. itu stalker Lauren yang buat? Lelaki yang Lauren cakap sedang mengekorinya kemana sahaja? Lelaki yang pernah pecah masuk kedalam rumahnya? Itu.. stalker psiko Lauren ke? Mengingatkan hal tersebut buatkan Taehyung merasa tidak sedap hati.

Terus dia mengemas bukunya yang berada diatas meja lalu berlari keluar dari dewan kuliah. Panggilan dari Kai tidak diendahkan dan sambil dia berlari, tangannya mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar lalu nombor Lauren didail.

Jantungnya berdegup kencang bila panggilannya tidak disambut. Taehyung terus masuk kedalam kereta dan memilih untuk menelefon mamanya.

Balik sekarang Tae! Lauren dekat hospital!” kata Puan Kim buatkan jantung Kim Taehyung mahu gugur. Sebaik mendapat alamat hospital, kereta Taehyung memecut diatas jalan raya.

...

Tit.. tit.. tit..

Lauren mengeluh perlahan, melihatkan keadaan Ray yang sedang dalam kritikal kerana kehilangan banyak darah buatkan dirinya menjadi serba salah.

“I'm sorry, Ray..” bisik Lauren seraya mengenggam tapak tangan Ray. Air mata yang bergenang pada tubir matanya perlahan- lahan tumpah.

Ray sudah melalui banyak perkara, lelaki itu pernah mempertaruhkan nyawanya demi dia dihadapan orang yang sama. Namun kali ini, Ray dalam keadaan parah.

“I already told Ray's parent, they will be here tomorrow.” kata Madame Sofiya sebelum bahu anak perempuannya disentuh. Hati ibu mana yang tak resah melihatkan riak sedih Lauren anaknya itu?

“I shouldn't invite him.”

“Don't think too much, Ray ira bien. (Ray will be fine.)

“He already been through so much, mom.” kata Lauren sambil menangis, Madame Sofiya mengeluh kecil sebelum dia mengusap bahu anak perempuannya itu. Siapa je tak sedih kalau kawan kau dari kecil sampai besar jadi macam ni?

“You need some rest, you should go home. Your husband don't know about this, right?” soal Madame Sofiya. Lauren mendiamkan diri.

Kalau dia bagitau Taehyung pun, lelaki itu kesah ke?

“I'll take care of Ray.”

Berkali- kali dipujuk akhirnya Lauren akur dengan permintaan mamanya, dia melangkah keluar dari wad yang menempatkan Ray dengan langkah yang berat. Berat untuk meninggalkan sahabatnya itu.

“Lauren!” terdengar namanya diseru dari hujung koridor hospital tersebut. Ketika dia menoleh, Taehyung sudah berlari menuju ke arahnya.

“Taehyung-”

Tubuh Lauren ditarik kedalam pelukan. Wajah risau lelaki itu bertayang menandakan yang dia betul- betul risau.

“Ke- kenapa ni?” soal Lauren tergagap sedikit bila Taehyung menyembamkan wajahnya pada leher Lauren.

“K- kau tak apa- apa, kan? Ada luka tak?” soal Taehyung dan pelukannya dileraikan dan secara tak sengaja tangannya tersentuh luka siatan pada lengan Lauren yang sudah berbalut buatkan gadis itu meringis sakit. Gelabah Taehyung lepaskan pegangan namun dia masih memegang lengan Lauren.

“Ma- maaf. Sakit tak? Siapa yang buat? Kat mana lagi luka?” soal Tahyung bertubi- tubi sebelum tubuh Lauren dibelek.

Ani.. ini je. T-tak apa, sikit je. Saya tak apa- apa.” jawab Lauren sebelum sekali lagi tubuh Lauren ditariknya kedalam pelukan. Gadis itu cuma mendiamkan diri.

“Aku minta maaf.. tolong jangan jauh dari aku lagi..” bisik Taehyung lirih.

Tae..”

.

Hurm.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro