Bab 39👑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

“Ini ya, Lauren? Budak junior tu. Hem.. Tengok dekat- dekat lagi cantik” puji Jackson. Lauren cuma senyum tipis, dia gosok lengannya kekok. Kini dia serta dua lagi kawannya sedang berada didalam meeting room, khas untuk pelajar sunbae tersebut.

“Ya gila, aku tengok kalau compare dengan Rahee dan Jiwoo, Lauren lagi cantik~ Kan?” sampuk Sehun. Terus Jiwoo dan Rahee yang berada didalam bilik tersebut menjelingnya tajam. Sehun cuma tersengih kecil. Langsung tak rasa bersalah.

“Sudahlah tu, jangan usik dia lagi.” kata Jimin yang diam sedari tadi. Dia duduk diatas meja sebelum tersenyum kecil.

“Saya rasa awak semua tahu kan kenapa sunbae panggil kamu kesini?” tanya Jimin. Serentak, Lauren, Nana dan May mengangguk kecil. Jimin senyum lagi.

“Saya nak awak bertiga turut serta dalam group kami. Kami bercadang nak buat bar kecil- kecilan sempena festival musim panas tu dan saya decide nak ambil kamu berlima untuk dijadikan waiter.” terang Jimin. Terus ketiga- tiga mereka berpandangan sesama sendiri.

What?! Waiter? Not my level okay.” sampuk Rahee seraya meniup- niup kukunya yang sudah dicat menggunakan warna merah itu. Jiwoo juga turut memuncungkan bibirnya.

“Lauren kalau awak tak nak, saya tak paksa. Yalah, awakkan baru habis kelas? Mana tau penat, lagipun bar kita kena buka malam ni. 3 hari persiapan, rasanya dah siap.” ujar Jimin bila dia melihat Lauren yang nampak serba tak kena sahaja itu. Lauren menggeleng kecil.

“Tak, tak apa. Saya masuk group awak” jawab Lauren, melebar senyuman Jimin dan ketiga lelaki yang berada didalam ruangan tersebut.

Good, lepas ni ikut Kak Hani tukar baju. Dia dalam perjalanan ke sini.” ujar Jimin lembut dan serentak orang yang ditunggu-tunggu datang sambil membawa dress merah pendek.

I'm sorry guys, i'm late!” kata Hani seraya menyerahkan dress merah pendek kepada Lauren, Nana, May serta Rahee dan Jiwoo.

“Pergilah tukar, saya nak tengok penampilan awak semua dan saya akan betulkan kalau ada kekurangan.” pesan Kak Hani. Ketiga- tiga mereka melangkah keluar dari ruangan tersebut untuk menukar pakaian.

“Oh ya, Taehyung ada kat mana eh? Dia dah uruskan khemah ke? Kita book 4 buah khemah,kan?” soal Jimin selaku ketua dalam group tersebut. Jackson mengangguk kecil.

“Rahee, Jiwoo, kenapa tak tukar baju lagi?”

“Nantilah, awal lagi.” jawab Rahee. Jimin cuma membalas dengan helaan nafasnya. Baru sahaja Jimin mahu memberi nasihat, pintu utama ruangan tersebut terbuka dan muncul Taehyung dengan senyuman lebarnya.

“Maaf lambat, weh. Aku baru hantar assignment tadi.” katanya dan sebaik melihat kelibat Rahee diruangan tersebut terus muka dia berubah cemberut. Dia alihkan pandangan lalu bergerak ke peti minuman sejuk.

Assignment kau kena tolak lagi ke?”

“Aniya, kali ni ssaem terima. Tak sia-sia aku betulkan lagi kelmarin” balas Taehyung. Yalah, ini kali kedua hasil kerjanya ditolak.

“Ohh baguslah.” jawab Jimin. Mereka keluar dari ruangan tersebut kembali menjadi hening bila mereka lihat Rahee mulai berdiri dari tempat duduknya dan menghampiri Taehyung yang sedang berdiri membelakanginya. Hani dan Jimin berpandangan sebelum mengangkat bahu, buat- buat tak tahu jelah.

“Taehyung- ah.” panggil Rahee lembut dan serentak lengan Taehyung dia peluk.

“Apa?” jawab Taehyung acuh tak acuh sebelum tangan Rahee dialihkan dari lengannya. Gadis itu mengeluh perlahan.

“Tolonglah maafkan saya, Tae..”

Sorry, aku dah jumpa orang yang lagi baik dari kau.” jawab Taehyung dan serentak pintu diruangan tersebut ditolak sebelum Lauren, Nana dan May melangkah masuk. Terus tak berkelip Jimin, Taehyung, Jackson, Sehun serta Kai yang berada didalam ruangan tersebut.

“Wah..”

“Kenapa mesti pakai dress macam ni?” soal Taehyung bila lama dia berdiam diri. Dia jarakkan diri dari Rahee. Matanya memandang penampilan Lauren atas- bawah, dia akui memang Lauren cantik sangat, tapi gadis itu hanya boleh berpakaian seperti itu dihadapannya seorang. Bukan orang lain!

“Ini salah satu taktik untuk tarik banyak pelanggan, Taehyung.” jawab Sehun. Taehyung mengeluh perlahan.

“Bukan macam ni caranya. Mereka nampak tak selesa.” kata Taehyung. Dia melangkah menghampiri Lauren sebelum lengan gadis itu disentuhnya perlahan.

“Bagitau saya kalau sayang tak selesa..” bisik Taehyung lembut.

I- I'm fine..

“Okay! Jomlah kita pergi tinjau bar kejap. 2 jam lagi nak start. Rahee, Jiwoo, pergi tukar baju.” kata Hani sebelum melangkah keluar dari situ diikuti yang lain. Taehyung cuma memandang belakang tubuh Lauren dengan pandangan redup.

“Dia akan okaylah, Tae. Jangan risau, aku akan jaga girls tu, takkan ada orang yang boleh dekat.” kata Sehun lalu berlari keluar dari ruangan tersebut. Kini tinggal Taehyung dan Jimin sahaja.

“Kau suka dia Tae?” soal Jimin.

“Kalau ya, kenapa?” jawab Taehyung tanpa berselindung lagi sebelum melangkah keluar dari situ. Jimin cuma ketawa kecil.

“Kalau suka cakap suka, kalau melepas nanti susah pula.” kata Jimin pada Taehyung yang sudah jauh didepan. Dia cuma mahu mengusik sahaja.

Aku suka..” jawab satu suara buatkan Jimin menoleh, namun tiada sesiapa disitu kecuali dirinya sahaja. Meremang bulu roma Jimin sebelum dia mengambil keputusan untuk keluar dari situ. Seram noh!

“Melepas? Huh. I don't think so.” bisik seorang lelaki berpakaian hitam sebelum tersengih sinis.

.

Muah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro