Bab 9👑

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Belle Áme | 09

Lauren membelek- belek telefon pintarnya kerana bosan menunggu.

Setengah jam yang lalu Taehyung menelefonnya mengatakan bahawa dia mahu berjumpa dengan Lauren petang nanti di sebuah restoran. Katany mahu meluangkan masa dengan aku selaku tunang dia. Huh.. something fishy.

Lauren!” seru Taehyung sebaik memasuki restoran, dia tarik senyum kotaknya melihatkan wajah pelik Lauren sebelum melangkah mendapatkan gadis itu.

Punggung dilabuhkan pada kerusi, berhadapan dengan Lauren.

“Lama tunggu?” soalnya. Lauren cuma menggeleng petanda ianya tidak lama.

Geure, pesanlah apa kau nak. Hari ni aku belanja” kata Taehyung. Lauren tidak memberi sebarang reaksi, dia cuma pelik. Kenapa lelaki itu nampak lain macam saja hari ni? Tidak mahu banyak berteka-teki, Lauren memesan makanan diikuti dengan Taehyung.

“Em.. kau kenal kawan akukan? Jimin?” soal Taehyung, tidak mahu sebenarnya dia berlama- lama dengan gadis itu. Yalah, buang masa saja!

Lauren berdehem kecil, petanda bahawa dia mengenalinya. Siapa tak kenal Jimin yang akhir- akhir ini selalu mengikutinya kemana saja di fakulti?

“Kau suka dia tak?”

Lauren mengangkat wajah. Selaku tunang, Taehyung tak sepatutnya menggalakkan dia untuk menyukai lelaki lain.

“Tak-”

“Tipulah. Em, janganlah malu nak ngaku. Kalau kau sukakan kawan aku, kau dekat jelah dengan dia. Lagipun dia sukakan kau..” kata Taehyung. Mahu memancing Lauren. Kalau Lauren sukakan Jimin, senanglah dia nak minta putus dengan mama. Cakap je yang Lauren curang. Habis drama!

“Saya tak ada perasaan macam tu dekat dia-”

“Rupa kau mengingatkan dia pada bekas tunang dia yang terlibat kemalangan dua tahun lalu. Aku sedih tengok dia macam terkejar- kejarkan kau. Lagipun dia buat macam tu sebab rindukan bekas tunang dia..” dengan perlahan Taehyung mula membuka cerita kepada Lauren.

“Boleh tak tolong temankan Jimin? Untuk hapuskan kesuyian dalam diri dia tu? Aku tak nak dia bersedih.” pinta Taehyung dengan wajah yang cuba disedihkan untuk meraih simpati. Lauren mengetap bibir, baru saja dia mahu menjawab makanan yang dipesan sampai di meja mereka.

“Jadi a- awak minta saya untuk goda Jimin?”

“Bukan macam tu. Aku minta kau temankan dia. Keluar dengan dia, luangkan masa dengan dia. Kau jangan risau, kau takkan diapa- apakan. Percayalah, Jimin tu baik.”

“Dan awak jahat.” balas Lauren perlahan. Dia sakit hati. Sanggup Taehyung serahkan dia pada Jimin yang tak mempunyai sebarang ikatan langsung dengan dia?

“Sa-saya tak nak terlibat dalam hal macam ni. A- apa awak buat akan bagi kesan pada Jimin. Dia baik. Dia boleh cari orang lain-”

“Please. Buatlah untuk aku. Kau tak kasihankan Jimin ke? Dia sukakan kau. Kau temankanlah dia. Okay, kalau kau buat apa yang aku minta. Aku akan keluar dengan kau, macam ni, selalu. Aku janji” kata Taehyung, separuh memujuk.

“Kalau kau tolak, aku burukkan imej kau kat fakulti.” ugut Taehyung kerana geram dengan kelambatan Lauren untuk membalasnya. Tak ada pilihan lain, Lauren terpaksa menurutinya.

“O- okaylah.”

“Macam tulah tunang aku.” Taehyung berkata sambil memerli. Dia tak nak ambil tahu langsung perasaan gadis yang bergelar tunangnya itu.

Nak jaga perasaan dia? Jangan harap!

.

🌟vote✔
💬comment✔

   ⬇
   ⭐

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro