S2 - Bab Tujuh Belas

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

He was her warmth,
           She was his peace

_____________________

“BUAT apa datang sini?soal Eugene bila wajah Seonghwa terpacul di muka pintu.

Lelaki itu cuma tersengih, sebelum menolak daun pintu lalu melangkah masuk kedalam apartment bekas tunangnya itu.

Soalan Eugene langsung tidak dijawabnya.

“Seonghwa-”

Chill-lah. Aku tak buat apa- apa pun, aku datang sini cuma nak ambil baju sweeter aku. Tertinggal hari tu.” balas Seonghwa, laju saja dia melangkah masuk kedalam bilik Eugene.

Almari pakaian dibuka lalu dibeleknya, mencari- cari sweeter yang dimaksudkannya itu.

“Em... mana pula ya?” soalnya, sengaja mahu melengah-lengahkan masa. Dia meniliti kawasan bilik Eugene, sebelum dia berpandangan dengan gadis itu.

“Dah jumpa? Kalau dah tolong keluar-”

“Eugene, aku datang sini sebab nak minta maaf. Aku tahu aku salah, tolong maafkan aku sebab buat kau macam tu.

Aku cuma terbawa emosi, kau pun tahu kan?” ujar Seonghwa, dia melangkah setapak, Eugene mengundur setapak.

“Saya faham dan saya dah maafkan, jadi boleh awak keluar dari aparment saya sekarang?” soal Eugene seraya menundingkan pintu keluar pada Seonghwa.

Lelaki itu mengetap bibirnya, cuma mengawal emosinya yang bakal meledak pada bila- bila masa sahaja.

“Aku masih tunang kau-”

“Bekas tunang.”

Seonghwa tersengih kecil, rambutnya yang lebat itu dia raup kebelakang sebelum berpeluk tubuh.

“Aku tak putuskan kau secara rasmi pun-”

“Oh tolonglah Seonghwa. Papa dah tahu pasal benda ni. Pasal apa yang awak dah buat.

Dia dah restu hubungan saya dengan Taehyung, apa lagi yang awak nak? Awak yang mak kahwin dengan Jihye sangatkan? Pergilah!” tengking Eugene, nafasnya turun naik menahan marah.

“Tapi hati kau masih pada aku, kan?” soal Seonghwa buatkan Eugene serta merta terdiam. Dia mengetap bibir.

Melihatkan itu sengihan Seonghwa makin lebar, dia melangkah menghampiri Eugene sebelum menarik lengan gadis itu hingga jarak mereka menjadi rapat.

“T- tak.”

“Jangan tipu, you mouth wants him, but your heart still mine.” bisik Seonghwa tepat ditelinga Eugene, rambut yang menutupi bahagian leher gadis itu dia selitkan pada telinga Eugene.

Right sayang?

“Hwang Eugene.” ucap seseorang sebelum tubuhnya ditarik kedalam dakapan seorang lelaki, erat saja pelukan lelaki itu dipinggangnya.

“Jauhkan diri kau dari bakal isteri aku.” dingin dan tegas saja nada suara Taehyung buatkan Eugene mengetap bibirnya, gerun.

Seonghwa cuma tersengih, seperti memerli saja.

“Bakal isteri? Woo belum tentu Eugene sudi jadi isteri kau kalau hati dia sedang berbelah bahagi. Well, kalaupun dia sudi. Hati dia tetap masih ada aku.” ucap Seonghwa.

Saat itu Eugene rasakan yang pelukan Taehyung pada pinggangnya makin erat.

Is it true?” soal Taehyung pada Eugene, dagu Eugene diangkat agar mata gadis itu bertatapan dengannya.

Eugene cuma diam saja, pandangan mata dilarikan buatkan Taehyung sedikit tersentak.

See?

Taehyung kini diam, pelukan pada pinggang Eugene dileraikannya perlahan- lahan.

“Kalau dia tak cintakan aku, aku akan buat dia jatuh cinta pada aku.” ucap Taehyung sebelum menarik tangan Eugene keluar dari apartment tersebut.

“Nak pergi mana, Taehyung?” soal Eugene dengan dahi yang berkerut.

“Kita kahwin.”

“Sekarang?!” soal Eugene, terkejut dengan keputusan drastik lelaki itu.

“Ya, sekarang.”

.

3 chapter lagi huwaaa

[👿]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💝]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro