S2 - Bab 10💋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

My Baby,
Your Daddy.



DADDY? soal lelaki itu dihujung talian.

Eo? Awak bukan suara daddy saya. Habis tu, kenapa saya boleh dapat nombor ni? Awak siapa? Kenapa boleh tahu nama saya?” soal Rania bertubi- tubi buatkan lelaki yang berada dihujung talian itu ketawa kecil.

Suka dia mendengar celoteh suara kanak- kanak bernama Rania itu. Comel!

Rania salah nombor ni. Dapat dari mana?

“Eum... dari dalam beg sekolah Rania. Uncle nama apa?”

Kenapa panggil uncle? Panggil daddy kan dah elok?” ucap lelaki itu buatkan Rania tersenyum kecil.

“Boleh ke Rania panggil uncle ni daddy?” soal Rania dengan polosnya. Sekali lagi lelaki yang berada dihujung talian itu ketawa kecil. Ya tuhan, tak bosan kalau cakap dengan Rania ni.

Dia rela call 24 jam asal itu Rania.

Boleh je, sayang. Panggil daddy Penguin je. Jangan bagitau mommy tau?

“Okay, daddy! Tapi, daddy tau Rania dari mana? Daddy stalk Rania eh?”

Dari suara lagi daddy dah tahu yang ni Rania. Mana ada suara yang lagi comel dari suara Rania anak daddy ni.” ucap lelaki itu buatkan senyuman lelaki itu makin lebar dari yang sebelumnya.

“Geure? Tapi Daddy Tae tak pernah cakap macam tu dekat Rania. Dia selalu cakap Rania bising. Dia puji Rania masa ada mommy je. Boleh tak daddy jadi daddy Rania?”

Lelaki dihujung talian itu terdiam.

Daddy Tae cakap macam tu?” soalnya dihujung talian. Nada suaranya agak dingin dari yang biasa petanda dia tak suka sikap daddy tae yang diucapkan Rania tadi.

“Eum... tapi Rania tetap sayangkan Daddy Tae! Daddy Tae macam tu sebab dia tak nak Rania manja. Sebab tu kot?” ucap Rania.

um... Rania tak nak tidur ke? Dah lewat, walaupun esok cuti, tapi kanak- kanak macam Rania tak boleh tidur lewat. Kan tak elok?

“Okay, disebabkan Daddy dah cakap macam tu, baiklah Rania nak masuk tidur dulu. Daddy tidur elok- elok eah?”

You too, Rania. Sleep well.” bisik lelaki itu sebelum panggilan diputuskan.

“Location detected!”

Mata lelaki itu melirik ke skrin komputernya. Disebabkan Rania membuat panggilan kepadanya dahulu dan panggilan yang agak panjang itu membolehkan dia menemui alamat rumah kanak- kanak tersebut.

Tapi niatnya baik, dia mahu tahu bagaimana sikap Rania yang sebenarnya. Melalui penilitiannya, kanak- kanak itu ada iras Jungkook sedikit.

Mata bulatnya, gigi hadapannya dan alahannya terhadap kacang. Memang tak dapat disangkal lagi.

Tapi niat Jungkook tak baik.

Bibirnya mengatakan yang dia mahukan Harley dan Rania, namun perangai kaki perempuan dan pemabuk itu masih belum hilang walaupun selepas dia mengetahui Rania itu anaknya.

Dia cuma bimbang kalau Jungkook tak dapat jalankan tanggungjawabnya dengan betul sekiranya lelaki itu berjaya menawan hati Harley balik.

“Aih, masalah dorang, aku yang sakit kepala.” ucapnya seraya menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

. . .

Daddy nak pergi mana Mommy?” soal Rania bila dia melihat Taehyung sedang mengangkat beg pakaian ke luar rumah.

Matanya yang masih layu kerana baru bangun tidur digosoknya.

“Daddy nak pergi kerja sayang. 3 hari.” jawab Harley.

Rania mengangguk faham, ralit mata bundarnya memandang gelagat Taehyung yang sedang memasukkan beg pakaian kedalam bonet kereta sebelum matanya beralih memandang wajah Harley pula.

“Mommy.”

“Eung?”

“Daddy tak nak kiss Rania dengan Mommy ke? Kan selalu kalau Daddy nak pergi kerja, Daddy akan kiss Mommy dengan Rania. Tapi kenapa sekarang-”

“Rania.” panggil Taehyung, agak dingin buatkan Rania terus melangkah mendapatkan Taehyung.

“Daddy pergi kerja dulu, jaga mommy.” ucap Taehyung, dia berikan ciuman sekilas di pipi kanak- kanak itu. Rania tersenyum kecil.

“Eik? Daddy tak nak kiss mommy?”

Taehyung dan Harley sama- sama mendiamkan diri. Soalan sang anak tidak diberikan sebarang jawapan.

“Tae-”

“Saya pergi dulu.” ucap Taehyung masuk kedalam perut kereta tanpa memberikan apa yang Rania minta. Kereta Taehyung dipandu keluar dari halaman rumah sebelum menghilang dari pandangan.

Harley mengeluh kecil.

“Mommy janganlah sedih, jom kita buat pancake mommy?” ajak Rania sebelum menggoncang tapak tangan Harley perlahan.

“Jom.” balas Harley dengan sebuah senyuman.

Walaupun hakikatnya hatinya sedang sakit melihatkan layanan Taehyung tadi, tapi dia kena tetap senyum demi anaknya, Rania.

. . .

DING DONG!

Rania, pergi tengok siapa yang datang!” ucap Harley dari dapur.

Rania terus berlari lalu menjengukkan kepalanya keluar tingkap. Matanya membulat besar sebaik melihat kelibat lelaki yang berada diluar pagar rumah tersebut.

“Daddy!”

“Siapa tu Rania?” soal Harley yang baru selesai memasak makanan tengah hari. Langkah kaki Harley terhenti.

“Rania duduk dalam rumah je, biar mommy je yang keluar.”

Akur dengan arahan mommy Harley, Rania kembali duduk diatas sofa. Tapi matanya masih lagi menjenguk keluar rumah.

“Apa awak buat dekat sini? Macam mana awak boleh tahu alamat rumah saya?” soal Harley agak geram.

“Ay chill, aku kesini cuma nak jenguk anak aku, Rania. Dari mana aku tahu alamat rumah ni, tak penting. Just let me see, Rania.

“No! Rania bukan anak awak! How many time should i tell you!

“Aku boleh saman kau dekat mahkamah sebab cuba jauhkan anak dari darah daging aku sendiri.” ucap Jungkook buatkan Harley tersentak.

Bibirnya diketap geram.

Fine! 15 minutes.

1 hour

Mata bertentang mata, Harley terpaksa mengalah. Dia mempelawa Jungkook masuk buatkan lelaki itu tersenyum penuh kemenangan.

“Rania, my baby!” sapa Jungkook.

Harley terus melangkah masuk kedalam rumah tanpa mengucapkan sebarang kata. Bukan apa, dia cuma takut jika ada jiran yang melihat.

Nasiblah semua pembantu rumah tak ada hari ni, kalau tak mampus dia kena bersoal jawab.

“Rania, Mommy dalam bilik. Kalau ada apa- apa, cari mommy dibilik. Behave.” katanya seraya melangkah naik ke tingkat atas.

“Kenapa? Kau takut Taehyung tahu kedatangan aku kesini?” soal Jungkook ketika Harley sedang melangkah menaiki anak tangga.

“Aku kesiankan kau, Harley. Taehyung tipu kau hidup- hidup.”

“Apa maksud awak?”

“Sekarang bukan waktu yang tepat untuk aku dedahkan perangai sebenar Taehyung. Aku yakin, serapi mana pun dia rancang dan rahsiakan perkara ni dari kau, one day, rahsia tu akan terbongkar juga.” ujar Jungkook seraya tersenyum kecil.

Harley diam membisu di tengah tangga.

“Sejahat- jahatnya aku, jahat lagi lelaki yang kau panggil suami.”





.

Ayok! Siapa on call dengan Rania tadi?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro