S2 - Bab 14💋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

My Baby,
Your Daddy.




HSH.

Jungkook bangun dari pembaringannya. Dengan wajah yang mamai dia menggosok bahagian lehernya yang sakit akibat dipukul sesuatu.

Dia meraba- raba kawasan persekitaran, mencari- cari jika Harley masih berada berhampiran dengan dirinya.

Namum hasilnya hampa, kelibat bahkan tubuh gadis itu langsung tidak dilihatnya sama sekali.

“Harley?”

“Rania?”

Panggilnya sambil berpaut pada sofa kerana matanya masih berpinar. Seluruh kawasan dicarinya, namun hasilnya masih kosong. Jungkook menjadi kesal.

“Lelaki tak guna!” pasu bunga yang berada berhampiran dengannya di hempas diatas lantai.

Kalau dia tahu siapa yang melakukakan perkara itu kepadanya semalam, dia takkan maafkan dan lepaskan.

Disebabkan lelaki itu, rancangannya untuk memiliki Harley gagal serta merta.

“Jahanam!”

“Jungkook? Kau okay tak?” tegur Jimin yang baru sampai. Terus saja dia melangkah menghampiri Jungkook yang sedang berapi- api itu.

“Macam mana kau boleh tahu aku ada kat sini?” soal Jungkook datar. Pelik bila Jimin muncul tanpa diundang.

“Aku call kau semalam, kau tak angkat. Bila aku tengok latest location kau, kau dekat sini. Sebab tulah aku kesini.” terang Jimin segera. Dia tak mahu Jungkook mencurigai dirinya.
Jadi dia perlu memainkan wataknya saat itu juga.

Geure?

“Hem. Kau macam mana boleh jadi macam ni? Bukan kau kuat ke? Kalau jalan pun, boleh gerun orang tengok.” ucap Jimin seraya membantu Jungkook untuk duduk di sofa.

“Semalam ada lelaki pukul aku sampai aku pengsan. Aku tak tahu lelaki tu siapa. Dia dah bawa bakal isteri aku dan anak aku lari dari sini. Aku takut... dia jauhkan Rania dari aku. Aku takut.” ucap Jungkook seraya meraup wajahnya.

“A- aku tak berniat nak takutkan dia sampai macam tu. Aku tahu aku salah. Tapi niat aku baik, aku nak selamatkan dia dari terus menerus ditipu oleh Taehyung.” katanya lagi.

Jimin mendiamkan diri, bibirnya diketap.

“Kau sayangkan Harley?”

“Jimin, kalau aku tak sayangkan Harley. Aku takkan terhegeh- hegeh dekat dia. Aku cintakan dia, dari dulu sampai sekarang.” luah Jungkook seraya mendongakkan wajahnya.

“Aku nak rasa macam mana hidup sebagai seorang ayah untuk Rania. Kalau kau tahu, tolonglah beritahu aku...” rayu Jungkook seraya menggoncang lengan Jimin.

Lelaki itu mengetap bibirnya. Tak pasti sama ada hendak berterus terang ataupun tidak.

“Jimin...”

“Aku tahu dimana Harley.” ucap Jimin.

“Dia bersama dengan aku.” kata Jimin lagi. Jungkook terdiam seketika sebelum bibirnya mengukir senyuman sinis.

Kayu besbol yang tergeletak diatas lantai dicapai sebelum tubuh Jimin dihampirinya. Lelaki itu masih lagi pegun ditempat yang sama.

Sama sekali tak berganjak dari tempatnya.

“Bila ada orang yang khianati aku, kau pun tahu apa akibatnya, kan?” ucap Jungkook. Kayu besbol diangkat tinggi.

“Daddy!” laung Rania sebelum berlari mendekati kedua lelaki tersebut.

Rania menolak perlahan tubuh Jungkook agar menjauhi Jimin. Kanak- kanak kecil itu mendepakan tapak tangan, seakan mahu melindungi Jimin dengan tubuh kecilnya.

“Jangan sakitkan daddy Rania!” ucap Rania. Wajah cuba digarangkan. Jungkook menjadi serba salah. Kayu besbol dicampak diatas lantai kerana dia sedikit terpegun.

Rania bahasakan Jimin sebagai daddy?

Rania... ini daddy Rania.” ucap Jungkook seraya duduk mencangkung. Mata Jungkook mula berkaca-kaca bila Rania menggelengkan kepalanya.

“Rania... i'm your daddy.

“No! Daddy Rania tak jahat macam uncle!” ucap gadis kecil itu. Serentak air mata Jungkook jatuh membasahi pipi.

Entah kenapa, ucapan gadis itu seakan pisau yang menikam hatinya. Sakit. Hatinya sakit mendengarnya.

“Rania... ini daddy Rania.”

Gadis itu menggeleng kecil, tapak tangan Jimin diraih oleh gadis itu buatkan hati Jungkook makin retak melihatnya.

Uncle jahat dekat mummy, uncle nak pukul daddy Rania.”

“Rania...” lirih saja nada suara Jungkook bersuara. Dia mahu Rania memanggilnya daddy. Bukan uncle.

Matanya melirik ke arah Harley yang sedang menangis.

“Harley please, tolong bagitau Rania yang aku ni ayah dia. Please. Aku mengaku aku salah. Tolonglah Harley, Rania anak aku. Aku daddy dia!” rayu Jungkook.

Harley cuma menangis manakala Jimin juga ikut terdiam. Rania yang memanggilnya dengan panggilan daddy, dia...

Dia tak ada hak untuk membantah.

“Aku daddy Rania.” ucap Jimin.

“Tidak!” tengking Jungkook. Tubuh kecil Rania ditariknya kedalam pelukan. Bahu kecil gadis itu dijadikan bantal untuk melepaskan segala tangisan.

“Maafkan daddy, maafkan daddy Rania. Daddy janji tak buat lagi. Call me daddy again, please. Please...

“Daddy koo, jangan sakitkan mommy lagi. Please?” pinta Rania dan dibalas dengan anggukan dari Jungkook.

Dia tak kuat jika itu melibatkan Rania.





.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro