S2 - Bab 19💋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

My Baby,
Your Daddy.


Mommy?

Rania terkebil- kebil dihadapan pintu bilik ibunya yang sedikit terbuka itu. Matanya melirik ke jam di dinding, sudah pukul 8 pagi.

Hurm, mommy jarang bangun lambat bisiknya dalam hati.

“Mommy?” panggil Rania lagi sebelum menolak pintu bilik. Diatas katil ibunya sedang berselubung didalam selimut. Bibir Rania mengukir senyum nakal, dia berniat mahu mengejutkan mamanya pagi tu.

“Ehem!”

Rania melangkah merapati susuk tubuh yang bersembunyi didalam selimut sebelum menepuk punggungnya kuat.

“Mommy bangun! Dah lewat!” selimut ditarik dan tersembul wajah yang tidak asing dimata kanak- kanak kecil itu.

“Eo? Daddy Jeon?”

“Eum... Ra- rania nak sarapan? Biar Daddy buatkan untuk Rania special untuk hari ni.” ucap Jungkook gelabah bila Rania hampir menarik selimut yang menutupi tubuhnya. Gadis kecil itu berubah curiga.

“Kenapa? Daddy buat benda tak baik ke dengan Mommy?” soal Rania polos, selimut yang masih membalut tubuh Jungkook itu ditariknya namun dengan cepat Jungkook menahannya. Merah mukanya.

“Ra- Rania jangan macam ni. Mommy tengah tidur, ani... Mommy sakit. Daddy sembuhkan Mommy tadi. Nanti eloklah.” ucap Jungkook makin gelabah bila Rania bercekak pinggang.

“Betul ni?”

“Ya, sayang. Daddy tak tipu. Rania nak sarapan, kan? Tunggu Daddy kat bawah. Kejap lagi Daddy turun.” arah Jungkook seraya menyerabutkan rambut Rania. Gadis kecil itu tersebut.

“Rania tunggu daddy kat bawah!” ucap Rania girang sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Jungkook menghela nafas lega.

Harley yang masih terlena disisinya itu dilirik sekilas. Bibirnya mengukir senyum kecil sebelum memberikan ciuman sekilas di dahi Harley.

“Good morning, sayang.” bisiknya tepat ditelinga Harley.

“Eugh..”

Baru Jungkook berura- ura mahu membaringkan tubuhnya semula suara Rania yang memanggil namanya itu membantutkan perbuatannya.

“Ya, ya daddy turun!” bingkas Jungkook turun dari katil lalu mengutip pakaiannya yang bertaburan diatas lantai. Risau jugak kalau- kalau Rania tiba- tiba menerjah masuk kedalam bilik waktu dia dalam keadaan tak berbaju.

Malu bhai.

Harley mencelikkan matanya, kelibat Jungkook sudah tidak ada didalam bilik tersebut. Dia kembali memejamkan kelopak matanya.

Keluhan terlepas di bibir menyedari kesilapan yang dilakukannya.

“Harley, kau memang dah gila.” bisiknya. Rambutnya yang kusut dikusutkan lagi.

Dia tak pasti mengapa malam semalam terasa begitu berlainan. Dia tak tahu kenapa dia boleh jatuh didalam godaan Jungkook sedangkan egonya sendiri sudah kuat menahan diri.

Tapi dia masih gagal.

Dia mengikuti suara hati yang sememangnya salah.

“I'll take you to heaven...”

Harley menggeleng perlahan, cuba menghilangkan bisikan- bisikan lelaki itu.

Harley bangun dari pembaringan lalu masuk kedalam kamar mandi. Dia perlu berbincang dengan Jungkook tentang perkara semalam.

It was a mistake.



. . .



Say AAA” Jungkook mengangakan mulutnya, meminta Rania untuk berbuat demikian juga.

Rania membuka mulut, satu sudu nasi goreng kimchi selamat masuk kedalam mulut Rania. Kanak- kanak itu tersenyum suka.

“Daddy masak sedap! Macam masakan mommy.” puji Rania seraya menunjukkan thumbs up kepada Jungkook. Makin melebar senyuman lelaki itu jadinya.

Tak sangka masakan kaedah 'cuba jaya'-nya itu menjadi betul- betul sedap. Eii kalau tak sedap tadi habis kena roast anak sendiri.

“Daddy kenapa datang sini tak bagitau?” soal Rania sambil mengunyah. Jungkook tersengih kecil.

Kalau dia bagitau Rania, tak adanya honeymoon semalam, bisik Jungkook sambil ketawa kecil.

“Daddy saja nak bagi surprise dekat anak Daddy ni. Daddy dengar Rania menangis seharian. Sebab tu Daddy datang sini. Nak bagi heal dekat anak daddy.” ucap Jungkook, kali ini ucapan betul- betul datang dari sudut hatinya yang paling dalam.

Dia mahu bersama anaknya.

Dan dia mahu mengambil hati Harley semula.

Kisah semalam masih segar didalam ingatannya. Dia tak mahu melakukan hubungan itu jika Harley menolaknya. Namun, tidak. Harley menerimanya...

Perasaan semalam tidak dapat diungkapkan dengan kata- kata. Dia seperti lelaki terbahagia bila gadis yang dia mahukan mula menunjukkan tanda- tanda mahu menerimanya semula.

“Morning mommy!” sapaan Rania buatkan Jungkook yang sedang berkhayal tersentak. Dia berpandangan untuk beberapa detik dengan Harley sebelum masing- masing melarikan pandangan.

“Mommy, daddy masakkan Rania nasi goreng. Sedap! Macam masakan mommy.” puji Rania buatkan Jungkook kembang semangkuk.

“Eo... baguslah.” balas Harley.

“Oh ya mommy, boleh tak Rania nak call Daddy Chim? Nia nak cakap yang Nia dah baik. Sebab Daddy Chim yang minta Nia call dia semalam. Boleh tak?”

Harley cuma mengangguk. Rania menjadi teruja, dia melompat turun dari kerusi meja makan sebelum melangkah naik ke tingkat atas.

Kini hanya tinggal mereka berdua saja di dapur. Suasana menjadi hening. Tiada seorang pun diantara mereka yang mahu memulakan bicara.

“Harley... errr pasal semalam-”

“It was a mistake. I fall for you and thats was a mistake.”

Dahi Jungkook berkerut seribu.

“W- What do you mean? Harley, apa maksud awak?”

Harley melepaskan keluhan kecil. Dia memberanikan diri untuk menatap mata lelaki itu.

“Tell me this is a joke.”

“Saya cakap, saya salah. Kita tak patut buat benda tu. We're wrong.”

“Awak risau awak mengandung? I- I can marry you if that makes you said that. I'm always ready. Harley...”

Harley mengundurkan diri setapak ke belakang bila Jungkook melangkah mendekatkan diri kepadanya.

“Apa yang buatkan kau susah sangat nak terima aku? Aku dah tunjukkan kau yang aku cintakan kau. Semalam. Kenapa kau tak tolak aku semalam?”

“What did you mean by your action last night? You accept my kiss even my touch. Y- you don't avoid it at all. So what is that? What is that, Harley?!” kedua bahu gadis itu dicengkamnya kuat.

Tubuh Harley sudah tersandar di almari didapur tersebut.

“Jangan cakap kau cuma nak gunakan aku untuk puaskan nafsu kau-”

“Saya bukan perempuan macam tu-”

“Habis tu apa?! Kau terima aku semalam. Tapi sekarang kau tolak aku? Pandang aku Harley! Pandang mata aku! Aku tahu kau cintakan aku. Aku tahu kau sayangkan aku.”

“Apa yang buat ego kau tinggi macam ni, Harley?”

“Kau nak balas balik apa yang aku buat pada kau dulu? A- aku sanggup. Kau boleh pukul aku, tampar aku, pijak aku. Tapi tolong jangan...” Jungkook menjeda ayatnya.

“Jangan mainkan perasaan aku.”




.

GRRRRRR

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro