S2 - Epilogué💋

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

I'll never forget the taste of you.















PAK!

Macam mana korang buat kerja ni? Satu haram pun tak kena! Memang korang nak kena buang kerja ke apa?!” tengking Jungkook, dua buah fail melayang diatas lantai sementara dua lagi dihempas kasar diatas meja.

Necktie dilonggarkan, wajah Jungkook sudah merah petanda yang marahnya sudah sampai ke tahap ubun- ubun kepala.

“Lain kali, kalau korang tak nak kerja tulis surat resign dan hantar dekat saya. Pintu keluar sentiasa terbuka untuk orang yang pemalas macam korang ni!” tengking Jungkook lagi. Bibirnya diketap, geram.

“We almost lost 2 milion kalau saya tak buat semakan hasil kerja korang. Kalau tak, kontrak 2 milion hilang macam tu je. Korang ada duit ke nak ganti?” soal Jungkook seraya menjeling seorang demi seorang pekerjanya yang sedang menundukkan wajahnya itu.

“Lain kali, kalau kerja tak siap dan tak sempurna, jangan cuba- cuba nak bergosip. Korang fikir saya tak tahu ke apa yang korang cakap dibelakang saya?” perli Jungkook seraya melabuhkan punggungnya diatas kerusi.

Dia belum bodoh lagi tak tahu dengan gosip hangat yang sedang dibualkan oleh pekerjanya itu. Gosip apa lagi kalau bukan gosip tentang dirinya?

Gosip tentang dia mempunyai anak luar nikah itu tersebar cepat didalam kalangan para pekerjanya. Dia tak tahu dari mana punca datangnya gosip tersebut. Dia malas untuk ambil tahu soal itu.

Baginya, kerja lebih penting dari perkara itu.

Iayalah, mulut orang mana boleh kawal, dua tiga hari nanti lesaplah gosip tu sendiri.

“Semua boleh keluar. Jangan ulang kesilapan ni lagi. Kalau tak saya takkan segan- segan tolak gaji korang. Keluar!” arah Jungkook, mencicit para pekerjanya melangkah keluar dari ruangan tersebut.

Takut hendak menghadapi bos garang bagai harimau itu. Dua minggu sejak kejadian itu berlaku, sikap Jungkook mula berubah 360 darjah. Dia bagaikan Jungkook yang baru.

Jungkook sudah tidak menjadikan kelab malam sebagai tempat persinggahan. Dia juga sudah tidak melayani perempuan dikelab malam itu bahkan alkohol juga tidak disentuhnya lagi.

Jungkook menjadi lelaki dingin, dia mula menyibukkan dirinya dengan kerja di pejabat namun sesekali menangis merapati keadaan hidupnya yang sunyi.

Jungkook bukanlah lelaki seperti yang orang sekeliling mengenali dirinya. Dia tak pernah sekalipun tersenyum. Hanya pandangan mata yang tajam dan bening saja.

And if someone ask why, he just gonna answer with cold face that gonna told you everthing.

The old Jungkook is dead.

Drt drt!

Deringan telefon pintar Jungkook mematikan lamunan lelaki itu buat seketika. Matanya tertancap ke arah skrin telefon yang memaparkan nama si pemanggil.

Keluhan dilepaskan sebelum butang hijau digeselnya. Telefon dilekapkan di telinga sebelum tubuh disandarkan pada kerusi.

Good afternoon, Daddy Koo!” suara Rania kedengaran begitu ceria dihujung talian membuatkan bibir Jungkook menguntum senyum kecil. Hatinya berbunga- bunga mendengar suara sang anak yang membuatkan hatinya merasa tenang seketika.

Daddy tengah buat apa tu?” soal Rania.

“Daddy tengah buat kerja sayang. Baru je Daddy marah orang tadi. Tapi bila dengar suara princess daddy ni, hati Daddy rasa tenang sikit.” balas Jungkook. Jarinya laju saja menaip kertas kerja. Kedengaran Rania ketawa kecil dihujung talian.

Daddy ni, tak kesian ke? Nia kalau kena marah, mesti menangis. Nasiblah Daddy tak pernah marah Nia lagi. Hehe.

“Daddy takkan marah Nia kalau Nia tak nakal. Nia nakal tak sana?” soal Jungkook. Matanya memberi isyarat kepada pekerja yang baru masuk kedalam pejabatnya untuk meletakkan fail diatas meja.

Ehe... Nia nakal Daddy. Nia baru je lari dari Mummy Harley masa tengah jalan- jalan dekat taman bunga tadi. Sekarang, Nia tak tahu Nia kat mana.” ucap Rania buatkan Jungkook serta merta berhenti menaip.

“Nia jangan main- main boleh tak sayang? Mana Mummy?”

Nia tak tahu... Nia hilang jejak Mummy-

“Rania Jeon, jangan buat Daddy marah. Bagi phone ni dekat Mummy sekarang.” ucapan Jungkook terhenti bila mendengar suara tangisan Rania dihujung talian. Bibirnya diketap, bingkas dia bangun dari duduknya.

“Sayang duduk sana, kejap lagi Daddy sampai. Jangan pergi mana- mana, please. Stay with Daddy.” ucap Jungkook, kunci kereta dicapai sebelum dia meluru keluar dari bangunan tersebut.

Location detector ditekan sebelum keberadaan Rania dicari.

.      .      .

JUNGKOOK melangkah keluar dari perut kereta sebelum berlari- lari anak ke lokasi anaknya berada. Mata Jungkook meliar memandang kawasan taman bunga yang luas itu.

Tapak tangannya menggigil menandakan bahawa dia takut untuk kehilangan Rania. Anaknya itu terlalu kecil untuk keluar dari pangkuan keluarga.

“Nia kat mana? Boleh tolong describe dekat Daddy tempat Nia sekarang?” soal Jungkook, telefon masih lagi dilekapkan di telinganya.

Cuacana panas terik yang menyengat saat sedikitpun tidak dihiraukan oleh Jungkook. Yang berada difikirannya adalah anaknya Rania, Rania dan Rania!

Heum.. Nia ada kat dalam sebuah dewan. Dewan tu berbentuk kubah bulat. Tak ada orang kat sini Daddy. Nia takut... cepatlah datang!

“Kejap lagi Daddy datang sayang, jangan keluar dari dewan tu ya? Jangan matikan panggilan, please. Daddy sayangkan Nia.” ucap Jungkook. Dia berlari- lari anak menuju ke dewan yang dicat putih dan berbentuk bulat itu.

Almost there, sayang”

Saat Jungkook memasuki dewan tersebut, panggilan Rania serta- merta terputus.

“Rania? Rania?”

Jungkook mendail nombor anaknya semula, namun yang dia dapat hanyalah suara operator yang memintanya untuk menelefon kembali.

Damn it!

Tanpa berlengah, pintu dewan ditolak dan kali ini nombor Harley pula didailnya.

Yeo-

“Kau ni memang tak sayangkan anak dah ke? Rania hilang kau buat tak tahu je?! Kalau kau dah tak nak jaga Rania, kau bagitau elok- elok dekat aku. Biar aku yang jaga anak aku sendiri!” tengking Jungkook sebaik panggilan tersambung.

Nafas Jungkook termengah- mengah. Amarahnya kembali memuncak bila tak mendapat sebarang respon dari gadis itu. Hening dan senyap.

“Kalau kau memang tak sayangkan Rania, aku akan ambil dia. Kau boleh blah dari Korea ni, kahwin dengan mana- mana lelaki yang suka!”

“Siapa cakap saya tak sayang tak sayangkan Rania? Saya sayangkan dia. Dan ya, saya akan kahwin dengan lelaki yang saya suka sekejap lagi.”

Jungkook sedikit tersentak. Nafasnya menjadi perlahan, bibirnya diketap.

Awak nak tahu saya akan kahwin dengan siapa? Turn around.

Perlahan- lahan Jungkook membalikkan badannya, telefon yang masih melekap di telinganya hampir terlepas melihat Harley dengan gaun pengantinnya sedang berdiri ditengah dewan tersebut. Jantungnya mula berdegup kencang.

Can- cantik, bisik Jungkook didalam hati. Namun riak wajah terpegunnya cuba dikawal agar tak ketara dimata Harley.

Saya nak kahwin dengan awak.” ucap Harley dengan senyuman lebar. Gaun pengantin putih yang dikenakan Harley kenakan saat itu seakan bercahaya bila cahaya matahari menyirami tubuh Harley.

Jungkook terpegun. Bibirnya terkatup rapat. Dia tak tahu hendak mengucapkan apa lagi, yang pastinya dia masih terkejut.

“Aku tak layak jadi suami kau-”

“Kalau awak masih rasa bersalah dengan apa yang berlaku kepada saya dulu, saya dah maafkan bahkan dah lupakan semuanya. Saya pernah buat kesilapan, begitu juga awak.”

I accept you, Jungkook and I want you to be my husband and be Rania's Daddy. Kita boleh mulakan hidup baru, sebagai suami isteri. Itu yang awak impikan, kan?” soal Harley, dia melangkah menghampiri Jungkook namun lelaki itu mengundur kebelakang, mahu mengelak dari didekati gadis itu.

“Aku dah cakap aku-”

“Jeon Jungkook, will you marry me?” soal Harley, gadis itu mengetap bibir, menunggu jawapan dari lelaki itu.

“Cepatlah jawab Jungkook oi! Mekap Harley dah nak cair tu! Aku penatlah! Nak rehat! Kang aku culik betul- betul anak kau ni, meroyan kau.” sampuk Jimin yang baru keluar dari tempat persembunyiannya bersama Rania. Kanak- kanak itu ketawa kecil sebelum melambaikan tapak tangannya.

“Aku...”

I'm not letting you go easily without saying yes.” ucap Harley, tali leher Jungkook ditarik membuatkan lelaki itu terdorong kearahnya. Harley mengenyitkan matanya membuatkan pipi Jungkook serta merta merah- kemerahan.

Marry me and make me your Mrs. Jeon.

“Really? You wanna get pregnant and having a second baby?” balas Jungkook, lengannya melingkar erat di pinggang Harley membuatkan jarak mereka menjai rapat.

Harley tersenyum kecil, dia tahu Jungkook sudah kembali.

Anything for you...” bisik Harley buatkan Jungkook tersengih kecil. Dahi Harley dikecupnya lembut, serentak membuatkan air mata gadis itu jatuh membasahi pipinya.

I'll marry you, Harley Kwon.”

“Yahuuuuu!!! Dah Rania, jom balik. Biar Daddy dengan Mummy kamu berasmara dana dekat sini.” ajak Jimin, tubuh kecil Rania digendongnya sebelum mereka melangkah keluar dari kawasan tersebut.

Jungkook tersengih kecil.

“Jadi... jom kahwin?” soal Jungkook, rambut Harley dielusnya perlahan sebelum matanya dikenyit satu. Harley tersenyum kecil, dia mengangguk kecil.

“Jom!”

“Kajja!” tubuh Harley diangkat secara bridal style.












The end. Macam tulah cinta Mummy dengan Daddy. Baksu!” ucap Harley seraya menepuk tangannya. Wajah teruja si kecil Jaehyuk menghiasi sebelum bilik tersebut riuh dengan suara tepuk tangan dari anak lelakinya itu.

“Wah! Mesti Mummy cantikkan masa pakai baju wedding! Jaejae rugi tak tengok!” ucap Jaehyuk seraya memuncungkan bibirnya. Harley tersenyum kecil, dia cuit hidung Jaehyuk, geram dengan kecomelan anaknya itu.

“Nanti Mumny tunjukkan gambar ya? Sekarang Jae kena tidur. Tengok Daddy kamu tu, tercengat depan pintu bilik,tak takut?” soal Harley, tubuh kecil Jaehyuk diselimutkan. Kanak- kanak itu cuma akur dengan arahan Harley.

Ciuman sekilas diberikan didahi anaknya itu.

“Selamat malam, Jae, Nia.” ucap Harley seraya menepuk punggung Rania yang sudah terlelap disamping Jaehyuk. Terlalu asyik mendengar cerita mummy, sampai terlelap jadinya dia. Kesian.

“Ha awak buat apa pula tercengat kat sini?”

“Ikut saya kejap. Nak bagi surprise sikit. Hehe.” lengan Harley ditarik selepas Jungkook melilitkan sapu tangan untuk menutup penglihatan gadis itu.

“Kajja.”

“Eh?”

Tubuh Harley diangkat secara bridal style sebelum Jungkook melangkah menuruni anak tangga perlahan- lahan.

“Nak bawa saya pergi mana?”

Syhh, bukan surprise kalau saya bagitau.” bisik Jungkook. Tubuh Harley diturunkan dibawah sebelum penutup mata Harley dibuka.

Happy anniversary, sayang.” bisik Jungkook seraya mengenyitkan matanya. Dibelakang rumah, sudah ada sebuah meja bulat kecil yang terhidang kek dan makan malam.

“Saya tak dapat ajak awak keluar makan, jadi saya prepare sendiri. Hope you like it, sayang.”

I like it.

Bibir Jungkook menguntum senyum lebar, lengannya melingkar di pinggang Harley sebelum tubuh gadia itu ditariknya rapat.

Thank you.” bisik Jungkook, bibirnya hampir menyentuh telinga Harley. Mata bertentang mata, 2 tahun menjalinkan hubungan suami isteri, denyutan jantung Harley masih lagi berdetak laju untuk lelaki itu, Jeon Jungkook suaminya.

“Thank you for everything, sayang.” Jungkook kenyitkan matanya. Lagu slow dance yang dipasang membuatkan tubuh mereka bergerak perlahan, mengikut rentak lagu tersebut.

“Oh ya, disebabkan kita tak dapat keluar honeymoon dan anak- anak pun dah tidur kan? Jadi apa kata kita...” Jungkook menjeda ayatnya, bibirnya hampir melekap di bibir Harley.

Mummy, Daddy buat apa? Eh ada kek?! Nak jugak!!” teguran dari Jaehyuk dan Rania buatkan Harley menjarakkan dirinya dari Jungkook.

“Kenapa tak tidur lagi, sayang?”

Uncle Jimin call Nia tadi. Dia cakap Mummy dengan Daddy ada surprise malam ni. Tulah kami nak ikut.” jawapan Rania buatkan Jungkook membulatkan matanya.

“YAH PARK JIMIN!!”




















-The End-



Finally dah tamat😭😭!! I'm emo.

Sha ucapkan terima kasih kepada yang sudi baca story hambar sha ini. Huehue, sesungguhnya author potato anda ini terharu dapat habiskan story ini di tahun ini juga. Yeay!

Thanks sebab sudi sumbangkan vote dan komen pada setiap chapter dan sudi tunggu next update yang berikutnya.

Ok, last but not least, sha minta maaf kalau ending story ini agak tak memuaskan, huehue, sha dah cuba terbaik yini aja yang mampu. Huehue.

Eum... senanyekan, sha nak cuba bukukan (insyaallah) dan dalam book version sha akan baiki semuanya tapi sha tak janjilah, huehue.

Dahlah, papai!




Daddy Issue (S1&S2)
complete ✓

Jeon Jungkook fanfiction
4rt

S1 - 43 Chapter
S2 - 30 Chapter
Total : 73 / 73 Chapter ✓

Status : Complete ✓

Start : 18.04.2020 (saturday)
End : 07.12.2020 (monday)



Jumpa anda di fanfic Fix me, Doctor!

Papai!💓💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro