Bab-32: Boyfriend?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"GOOD morning, Princess!" ujar Luna  sambil masuk kedalam bilik Irene lalu mengalihkan langsir biliknya dan membuka jendela dengan luas seluas alam.

Kelihatan dua orang dayang istana yang berdiri di belakang Luna cuba untuk memberhentikan Luna daripada melakukan kerja sebegitu. Mereka berdua seperti ingin berkata, 'Berhenti, Tuanku. Itu tugas kami.'

Tetapi Luna tetap Luna.

"Urgh, Bonda! Silau lah...," rengek Irene sambil menggosok-gosok matanya dek cahaya matahari yang cerah memancar terus ke kelopak mata.

"Hey, Princess. You should wake up now. Is this a Querna Princess? Oh my god! Buat malu Bonda sahaja lah. Bonda dulu pun reti bangun awal," kata Luna sekaligus memerli anakndanya kerana bangun lewat.

Akhirnya Irene bangun daripada baringannya. "Sekejap. Kenapa Rin ada disini? Bukankah Rin dekat pejabat Academy sebentar tadi?"

Luna tersenyum senget. "Your boyfriend bawa Rin kesini. Rin tak bagitahu pun dekat Bonda yang Rin ada kekasih hati."

"What!" Terus merah muka Irene mendengar perkara yang dilakukan oleh Raikarl.

"Urgh, berapa lama Rin terlelap?" soal Irene. Luna mengambil tempat disebelah Irene dan melabuhkan punggungnya disitu. Dia mengarahkan kedua-dua Dayang istana untuk keluar dan memberi ruang kepada mereka.

"Ada lah dalam dua hari Rin pengsan. Your power is still weak. Rin tak dapat menyesuaikan diri di bumi, dan tekanan  kuat yang mengejut disana membuatkan kuasa Rin semakin lemah. Tapi jangan risau,  Rin akan pulih dalam masa dua atau tiga hari lagi." Luna mengusap kepala Irene dengan lembut.

"Bonda..."

Luna memandang Irene. "Yes, sweety?"

"Bila kuasa Rin akan keluar? Is it true i'm your daughter? Kenapa Rin tak dapat guna kuasa macam Daryan dengan Darwin? Kenapa Rin seorang sahaja ketinggalan?" Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Bondanya. Luna hanya memberikan senyuman nipis. Anaknya sudah meningkat dewasa.

"Rin anak Bonda. Selama-lamanya anak kesayangan Bonda. Rin tahu kan yang Rin istimewa? Kalau bukan sebab Rin nanti, mesti dunia sudah hancur dimasa hadapan." Luna menarik Irene kedalam pelukannya.

"Dan Rin akan perlukan 'dia' untuk berjuang bersama-sama dengan Rin nanti."

Irene mendengus. Asyik nama 'dia' sahaja yang naik apabila topik ini keluar. Tiada nama lain pun. Kalau Bonda suka sangat dengan si dia tu Bonda ambil je lah dia jadi anak Bonda!

"Daryan dengan Darwin tu pewaris takhta. Semestinya mereka berdua perlukan kuasa yang kuat untuk mentadbir. Lagi-lagi Daryan tu putera mahkota. Tapi kes Rin lain. Kalau orang jahat dapat hidu kuasa Rin terdedah dari Rin kecil, mesti Rin akan dibunuh." Luna serius berkata. Irene pula terdiam.

"I'm sorry for asking you about this again." Irene memeluk Luna erat. Luna menarik senyuman manis.

"Itu bukan salah Rin. Bonda yang sepatutnya minta maaf."

Pelukan dilepaskan.

"By the way, can I ask you something?"

Dahi Luna berkerut. "Ya?"

"Macam mana dengan Princess Rhosyn Roux? Sudah lama Rin tidak mendengar khabar tentangnya. Apa kaitan dia dengan Daryan?" soal Irene lagi. Sesungguhnya dia masih tidak faham tentang hubungan sepupunya Daryan dengan Roux Elf itu lagi.

Luna melepaskan nafasnya perlahan.

"Cukup sahaja Rin tahu bahawa kehadiran Princess Rhosyn Roux itu cukup membuatkan Daryan meletakkan tahkta dan sekaligus menjadikan Darwin mengambil alih gelaran Putera Mahkota."

Irene tersentak.

"Kenapa?"

"Find it by yourself. Rin kan bijak. Tak menarik lah kalau Bonda sahaja yang beritahu Rin semua benda. Cuma sekarang Daryan masih tidak membuat pilihannya. Sama ada kekal atau lepas." Luna bangun daripada duduknya.

"Bonda keluar dulu. Princess Irene jangan lupa untuk mandi. Sekejap lagi your boyfriend will come to pickup you. Faster, sweety." Luna memberikan senyuman senget.

"Bonda!"

Irene mengurut pelipisnya. "Why everyone like him?"

Wajah kacak Raikarl hadir ke dalam mindanya apabila difikirkan balik, memang kacak juga Raikarl itu.

"Argh!" Irene menjerit kecil. Ini tidak boleh dibiarkan!

RAIKARL menyandarkan tubuhnya ke dinding. Matanya dipejam seketika menutup iris merahnya. Dia kini berada di luar Istana menanti kehadiran Irene setelah meminta izin daripada Permaisuri Luna untuk berjumpa dengan Irene.

"Sorry, i'm late." Irene membetulkan riben dirambutnya sambil berjalan perlahan kearah Raikarl.

Raikarl dengan perlahan mengalihkan tangan Irene dan membetulkan riben tersebut. Ketinggian mereka yang berbeza membuatkan Irene mendongak untuk melihat Raikarl.

Wajah mulus Raikarl dengan mata kuyupnya melajukan detak jantung Irene berdegup kencang.

"Done. Kau rosakkan rambut kau semata-mata nak betulkan riben tu. Dah kusut rambut kau." Raikarl menjatuhkan kedua tangannya. Kemudian Raikarl menunduk kebawah untuk memandang Irene dan pandangan mereka bertemu.

Raikarl berdehem, "Ehem."

"You make that ugly face again," sambung Raikarl sejurus itu memandang kearah yang bertentangan.

Pantas Irene menekup wajahnya. Tidak mahu menunjukkan kepada jejaka itu bahawa kulit di pipinya sudah memerah ssperti delima.

"Let's go," ujar Raikarl lalu berjalan mendahului Irene membuatkan gadis itu mengejar langkah Raikarl. Mereka berjalan seiringan di sepanjang taman bunga Istana.

"Kenapa kau nak jumpa aku?" soal Irene pelik.

"Saja. Kau dah okey?" jawab Raikarl sekaligus menanyakan soalan kepada Irene. Ingin menunjukkan yang dia itu prihatin.

"Ya..." Irene mengangguk beberapa kali.

Suasana menjadi senyap seketika. Hanya bunyi burung berkicauan kedengaran memenuhi kesunyian diantara Irene dan Raikarl. Entah kenapa Irene rasa janggal apabila dia bersama Raikarl sejak pulang ke Wonderland semula.

"Anyway, terima kasih sebab bawa aku ke istana masa aku pengsan dua hari lepas. Bonda yang bagitahu aku tadi." Irene bertindak untuk memecahkan kesunyian.

Raikarl angguk. "Okay. You're heavy."

Irene menjeling Raikarl dari tepi.

"What? Its a fact. Pipi kau pun kalau kau tambah makanan lagi nanti sekejap lagi pecah meledak." Raikarl memicit pipi Irene beberapa kali. Seronok pula picit lemak macam tu.

"Jangan lah!" Irene menepis tangan Raikarl daripada terus memicit pipi licinnya. Rosak nanti, jatuh wang hantaran!

"What?" tanya Raikarl tidak puas hati. Dia suka melihat wajah Irene apabila gadis itu marah. Nampak seperti orang kerdil.

"Nanti orang fikir kita pasangan kekasih. And I dont want that happen! Di Istana ni ramai maids and knight. Kalau mereka nampak, mesti aku kena jadi bahan tujuh keturunan." Irene berkata dengan geram.

"Why not?" kata Raikarl selamba.

"Are you kidding me right now? Hell no!"

Raikarl menarik Irene dan menyandarkan tubuh kecil itu ke dinding daun. Dia merapatkan wajahnya kepada Irene dengan perlahan-lahan.

"So what? It's will be fun because I can see you everyday," bisik Raikarl rapat ditelinga Irene. Terus wajahnya merah sekali lagi dek kerana perbuatan yang tidak disangka-sangkakan daripada Raikarl.

"No!" Irene menolak bidang dada Raikarl dan berjalan menghentak-hentakkan kaki ke tanah menandakan yang dia sedang protes dan malu.

Raikarl hanya memerhati tindakan Irene daripada belakang kemudian tersenyum nipis.

"You really make me crazy now."



♚♚♚

To Be Continued...

Read•Comment•Vote

I dah addicted dengan Manhwa sekarang ㅠㅠ kalau lama tak update tu tahu lah I dekat mana.

Hidup single macam ni la.
Jangan cari I ㅠㅠ

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro